Tuesday, April 28, 2009

Bowness Cruise & Levens Hall

Assalamualaikum wbt


Salam sayang, rindu, cinta, kasih dan benci. Errkk. ada ka yang benci dengan saya. Hahaha. Jangan benci banyak sangat. Nanti bertukar jadi sayang. Eceeh, jangan percaya dengan dia. Percaya pada saya. Wakakaka. Sudah-sudah jangan merapu banyak sangat boleh. Sikit-sikit sudah la. Nanti berjela-jela entry ni. Jemu orang nak baca sampai habis.


Err.. Nak bagitau awal-awal. Entry ini memang akan jadi panjang. Tapi akan diserikan dengan gambar-gambar pemandangan yang SUPER DUPER CANTIK. Bukan saya yang cantik. Gambar yang cantik. Lagi betul bumi ciptaan Allah ini yang super duper MASYAALLAH cantik. Saya dan rakan-rakan mengabadikan dalam bentuk gambar saja. Kalau anda berpeluang datang ke UK, saya syorkan datanglah ke Lake District ni. Memang takkan menyesal punya. Kalau ada rezeki saya pun nak pergi lagi. Tapi nak pergi masa musim sejuk pula kot. Nak tengok gunung ganang diselaputi salji. Waahh, sudah berangan. Hehehe. Sapa nak pergi bawak la saya. Nanti saya jadi tukang ambil gambar. BOLEH?



Banyak kan? Apa ni? Pembungkus nasi lemak ke. AKAKAKA. Bukan la. Ini semua pamplet tentang Lake District. Saya baca ke? Baca. Tak sampai lima keping dari pamplet yang banyak-banyak tu. Hahaha. Tak pa. Tak pa. Esok lusa nanti kalau saya khatam baca pamplet ni, saya akan minta kerja jadi pemandu pelancong bagi rakyat Malaysia kat sana. Eh, apasal rakyat Malaysia. Yelah, boleh cakap BM kan. Tak yah la nak penat speaking London. Keh keh keh. Takde kemajuan langsung. Huh..!


Pagi Ahad selepas berehat sebentar bersama bantal dan selimut. Sejuk wooo. Tapi lupa la nak pakai stokin tebal. Penat punya pasal. Sapa yang tak paham kenapa saya penat. Baik baca dulu entry yang terdahulu. Tidur pun antara lena dengan tidak sahaja. Pukul tujuh dah terjaga sebab anak-anak tak solat lagi. Err, budak kecil dimaafkan kalau Subuh gajah. Hahaha. Sebab mereka kecil lagi. Anda kalau subuh gajah. Malu la. Selepas bersiap solat mereka dikehendaki turun makan. Eh, tak mandi ke? Tak payah la. Sini tak mandi seminggu pun ok lagi. Sembur perfume je. Ahaks. Memang sangat sesuai negara ini buat orang yang malas mandi macam saya. Wahaha. Eleeehh, ada lagi orang yang tak mandi lebih dari dua hari dari saya. Sapa. Sapa. Oh, biarlah rahsia. Tekalah. Jeng. Jeng Jeng.


Sarapan kami hari ni ialah roti dengan scramble egg. Tiada gambar yang sempat diambil. Sebab saya pun tak sarapan pagi. Perut saya tidur lagi pagi-pagi buta. Hahaha. Dalam sibuk mereka bersarapan, saya pula bertungkus lumus nak sediakan bekal untuk makan tengahari. Masing-masing bungkus untuk keluarga sendiri. Sedang sibuk ke sana ke mari, tiba-tiba ada "sesuatu' ( tak ingat apa. dah lama sangat simpan cerita. hahaha ) jatuh atas plastik makanan saya. Habis penyek bekas tu sampai terkeluar kuah kambing palembang. Arrrgghh, geramnya. Dah jadi dua kali kerja nak tukar bekas. Penat saya sediakan bekal itu dengan penuh sopan santun dan kasih sayang. Eceehh. Tiba-tiba nak jadi macam ni pulak. Hangin pun mata tetap meliar cari bekas kosong nak ganti. Nasib ada bekas tupperware muffin yang kami bawa. Lega siap satu hal. Dah. Teruskan bercerita. Tak yah nak merepek panjang-panjang.


Dalam kami rancang nak keluar pukul 9.15 pagi terbabas juga sampai pukul 9.25. Apa pun bila mula saja perjalanan ke Bowness Cruise, Lake District.Dalam perjalanan lagi kami disajikan dengan pemandangan yang sangat mengasyikkan. Ikutkan saya nak lelapkan mata je lagi dalam kereta. Tetapi rasa rugi pula melepaskan mata dari menikmati pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah. Ada masa tu terlelap juga tetapi cepat-cepat dikejutkan oleh Syakirah. Apa lagi dia nak suruh saya ambil gambar la. Huhu.



Dengan izin Allah, cuaca hari itu sangat lah baik dengan berlatarbelakangkan langit yang biru. Tak puas mata saya memandang. Kamera lagi la. Tak berhenti berkelip-kelip.



Cantikkan padang ni. Boleh buat adegan guling-guling ala hindustan. Err, sapa sanggup? Saya golekkan botol sudah la. Hehehe.



Nak cakap apa lagi. Memang cantik pemandangan di sini. Ehm, bukan setakat di sini. Semua tempat. Malaysia pun cantik jugak. Kalau tak, takkan ada Cuti-cuti Malaysia. Jom melancong. Cewaaahh...! Sabar.. sabar.. Nanti kita round Malaysia kan Kak Zai. Berangan. Berangan. Lalalaaa... Eh, berangan pun berangan jugak. Duit kena simpan kalau nak jadikan ia kenyataan. Simpan. Simpan. Ya simpan..


Angsa menyambut kedatangan kami.












Gambar-gambar di atas adalah panorama sepanjang perjalanan kami menyusuri cruise di Lake District. Takde cerita ke masa atas kapal? Err, nak cerita apa. Cerita kami yang mengelilingi bot dari bawah naik ke atas. Dari depan pergi ke belakang. Tak henti-henti ambil gambar. Sampai ke sudah tak duduk. Asyik berjalan je. Err, duduk la sekejap. Konon menikmati pemandangan sambil duduk. Tak sempat panas punggung dah bangun. Berjalan saja kerjanya. Ehm, yang lain takde apa.



Err..malas nak taip dah. Idea sudah kering. Panjang sangat merepek masa mula-mula. Keh keh keh.



Selepas habis kami menyusuri Lake District, perjalanan diteruskan ke Levens Hall.


Ok ini ada Levens Hall yang mana di dalamnya terdapat taman yang mempunyai pokok-pokok Topiary.


Apa kebenda Topiary ni?

Ha.. Meh nak cerita.. Duduk...duduk semua.

Topiary ni adalah seni memotong pokok-pokok besar dan renek menjadi pelbagai bentuk, saiz dan rupa seperti kon dan burung. Tengok la gambar tu. Betapa rajinnya mereka nak menjaga pokok-pokok semua supaya kelihatan seperti bentuk yang dikehendaki. Huiii, memang rajin.

Ia dikatakan bermula sejak zaman Empayar Rom lagi. Seni topiary ni berkembang sama pesat dengan berkembangnya Empayar Rom. Dengan kejatuhan Empayar Rom, topiary sering dijumpai di komuniti yang terasing seperti di biara-biara. Walaubagaimanapun topiary tidak berkembang sehinggalah kemunculan Renaissance Italy di mana ianya mula berkembang di seluruh Eropah dan mula muncul di taman-taman di raja dan mahligai-mahligai juga rumah-rumah yan g paling terkenal termasuk Versailles.

Fesyen untuk topiary akhirnya bertapak di Britain semasa pemerintahan William of Orange yang mengimport idea ini dari negara asalnya di Holland. Walaupun seni ini masyhur untuk bertahun-tahun lamanya, akhirnya pekebun landskap Britain memberontak untuk konsep taman terbuka ini. Eh, dorang ni memberontak sebab malas nak trim pokok apa? Hahahaha.

Walaubagaimanapun seni topiary masih lagi kekal dan ujud di Levens Hall.

Sekian, terima kasih.

Wahhhh, pandainya saya menghuraikan sejarah Levens Hall. Terima kasih Google..! Hehehe.















Ini adalah aksi-aksi anak dara semasa di Levens Hall. Sangat seronok sampai tak ingat dunia. Eh, ye ke..? ke awak sorang je ma.. Hihii.



Dah habis. Tunjuk gambar jalan maknanya dah habis la cerita.

Terima kasih kepada Kak Zu dan Husna atas gambar-gambar di atas.

Eh,mana gambar yang saya ambil. Hehehe. Semua dah saya delete dengan TAK SENGAJA. GATAL. P main setting buat apa. HAHAHAHA.


Abah, saya ingat kamu.


Mak, Saya rindu kamu.

Abang, akak dan abang hafiz, Amin dan adik.. Saya Sayang kamu
.

Buat anak sedara NAJWA & NAJIHAH nanti mak lang balik kita pergi taman ya.

Oh, rindu ini semakin menebal tetapi saya tidak mahu pulang lagi. Car boot sale melambai-lambai hari Ahad ini. Hahaha. Jangan marah.


SAYA SAYANG KAMU.


Err, entry ini sudah disimpan terlalu lama. Sejak hari Isnin. Tetapi diterbitkan pada hari Jumaat di atas sebab-sebab yang sengaja tak nak dielakkan. MALAS la tu nak habiskan cerita. Hehehe.

Sunday, April 26, 2009

Selamat hari Lahir Fatih


25 APRIL 2007 - 25 APRIL 2009

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KEDUA


MUHAMMAD FATIH MOHD FAUZI

11 BULAN

Anak cina mana sesat ni? keh keh keh

1 TAHUN

Nampak tak gigi saya dua batang?


1 TAHUN 1 BULAN


Jalan-jalan saya duduk dalam push chair je.


1 TAHUN 2 BULAN

Saya dah boleh duduk atas basikal. Seronoknya tengok pemandangan..!



1 TAHUN 3 BULAN


Semua orang nak suruh saya berjalan. Penat tau. Kaki saya tak kuat lagi.


1 TAHUN 4 BULAN

Adoyaaii.. Takde air ke? Dahaga la..


1 TAHUN 5 BULAN

Amboiii.. Boleh bermain lari-lari lagi.


1 TAHUN 6 BULAN

Makan duduk sayang.


1 TAHUN 7 BULAN

Ehm.. nak cikit boleh?


1 TAHUN 8 BULAN

Jelingan manja dan senyuman yang memikat. Eceeh, tergoda sekejap.


1 TAHUN 9 BULAN

Saya dah boleh main salji.


1 TAHUN 10 BULAN

Saya dah tahu apa itu sweet. HEHEHE


1 Tahun 11 BULAN

Buah hati ummi tinggi di udara.


Menjelang 2 TAHUN

Nak ke?


Saya dah boleh tolak kereta ini ke sana kemari.


Birthday Boy.


SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH BUAT UMMI DAN ABAH.


ADIK YANG BAIK BUAT KAKAK-KAKAKMU

Dari - Kak Irma Yang Suka Sakat Ateh :)

Saturday, April 25, 2009

Video Apa Salah Mereka

Assalamualaikum wbt


Anda nilailah sendiri. Nauzubillah. Mengucap panjang saya apabila melihat insiden ini berlaku. Lebih-lebih lagi saya berada dalam situasi kerja yang sama dengan perempuan itu. Memang tak dinafikan, tekanan bekerja sebagai pembantu rumah apabila berhadapan dengan kerenah anak-anak yang pelbagai boleh mengundang rasa marah dan geram. Tetapi itu bukan lah alasan untuk kita melepaskan geram terhadap mereka. Apalah salah anak kecil itu yang masih lagi tidak tahu berkata-kata untuk menzahirkan perasaan melalui percakapan.


Memang kalau tiada kesabaran yang tinggi kita mudah goyah dengan rengekan dan tangisan anak-anak kecil. Dalam masa yang sama syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak berdosa.


Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan pembantu rumah sahaja. MUNGKIN apabila timbul salah faham atau rasa tidak puas hati antara majikan dan pekerja yang menjadi mangsa anak-anak mereka. Sebaiknya antara majikan dan pekerja perlu saling bertolak ansur dan saling memahami tugas masing-masing. Sekiranya pembantu di buat seperti hamba tanpa dipedulikan perasaannya. Manakan tidak mustahil perkara ini terjadi.


Cuba anda berada disituasi mereka. Saya terkecuali. Jangan letakkan saya disituasi mereka kerana kebajikan saya sentiasa di jaga. Berada di rumah dua puluh empat jam tujuh hari seminggu. Bayangkan. Sedikit sebanyak tekanan itu akan terjadi.


Apa pun kita ambil iktibar dari kejadian ini. Berhati-hati apabila mahu mengambil pembantu rumah. Semoga anak-anak kita selamat di bawah jagaan mereka.


Wassalam.


Saya Sayang Kamu.

Tambah satu Lagi. SAYA SAYANG ANAK-ANAK SAYA.

Friday, April 24, 2009

Bebas Ke Sana Ke Mari

Bebas di udara


Assalamualaikum wbt

Hoooreeeyyy.. Seronoknya. Lega. Macam seketul batu besar dialihkan dari badan. Bukan setakat kepala okey. Seluruh anggota badan terasa bebas. Pheeww.


Err, apasal suka sangat ni? Ada apa-apa ke?


Memang ada macam-macam apa-apa yang membuatkan saya gembira malam ni. Bersedialah untuk membaca kegembiraan saya. Eceeehh, macam orang lain tak rasa gembira. Ehh, kalau awak gembira kongsi la dengan saya. Sekarang saya nak kongsi kegembiraan saya pada anda semua. Yuhuuuu. Tak habis-habis lagi seronok ni.


Ok, yang pertama saya gembira sebab hari ini business saya mendapat hasilnya lagi. Walaupun belum sampai tahap mendapat untung, sekurang-kurangnya modal sudah hampir dapat diperolehi sepenuhnya. Syukur alhamdulillah. Moga Allah luaskan lagi rezeki hambanya. Ya. mari kita pergi car boot lagi. JOM..! Err, adik, kakak, abang, pakcik dan makcik jangan jealous ye..! HAHAHAHA. Kalau nak merasa suasana car boot sale mari la melawat saya di sini. Ewaah. ewaah. macam la rumah ni rumah awak ye irma. Huahuahua. Err, kak ct boleh kan? Nanti kita boleh kirim macam-macam dekat mereka. Lagi-lagi novel. Buat pengetahuan semua, saya tahu kak ct baca blog saya. Hahaha. Tadi saya nampak Feedjit tunjuk orang London masuk. Kena pulak dia YM saya dari tingkat atas. HAHAHA. Sememangnya dia la. Siapa lagi. Kuii.. Kuii. Kuiiiii. Buat rondaan eh kak ct. Gelak besar saya. HAHAHA. Ops, jangan gelak banyak sangat. Tadi baru je nasihatkan Maryam. Jangan gelak banyak. Nanti syaitan masuk dalam hati. Dia tak nak keluar sebab dia suka duduk dengan Maryam. Hehehe.


Sambung balik. Heeiii, kalau menceceh serah pada yang pakar. Wakaka. Saya gelak dalam hati je ni.


Kegembiraan kedua saya adalah. JENG.. JENG.. JENG..drumroll please.


Saya nak Andy Extrange yang buat drumroll untuk saya. Boleh? Kenyit mata sikit.


Berangan la kau sampai ke tua. Huahuahua. Ok, yang kedua. Dari tadi yang kedua tapi mana isinya. Ini kesinambungan dari entry yang lepas. Tentang kaki novel. Yelah, pesta buku tak habis lagikan. Mestilah cerita pasal buku yang nak dibeli. Jauh tak semestinya tak boleh beli. Ini kes meminta simpati mak yang tersayang belikan la. Hahaha.


Sejak semalam saya mencari novel terbaru karya penulis yang saya minati untuk menambah koleksi yang sedia ada. Banyak ke? Tak la sikit je. Hehehe. Jangan percaya cakap dia. Percaya cakap saya. Setelah habis mengorek semua blog website kaki novel di internet. Dapat la sembilan judul yang memang NGETOP DI PASARAN. Bukan saya yang kata okey. Mereka yang sudah membaca bagitau saya. Eh, bukan bagitau la. Mereka tulis rumusan jadi saya andaikan memang best la kan. Jangan pulak anda yang membaca entry ini bila beli novel yang saya senaraikan di bawah dan anda dapati SANGAT TIDAK BEST. Kemudian salahkan saya. JANGAN okey. Mungkin citarasa kita nyata berbeza-beza. Tiap generasi punya citarasa sendiri. Gaya terkini irama muda mudi. Weeii, jangan melalut. Itu sudah jadi lagu.Lagu siapa. Lu pikir la sendiri. HAHAHA. Saja je. Kalau anda tahu memang terror la korang. Give Me Five! Eh, tak boleh.. perempuan saja boleh.Hehehe.


Nak tahu apa tajuk novel-novel saya. Ni memang kes saja nak bagi jealous ke? Buat Aizar terutamanya. Jangan jealous okey. Sikit-sikit sudah.



NOOR SURAYA
NYANYIAN TANJUNG SEPI
PANGGIL AKU DAHLIA
KEBUN MIMPI

HLOVATE
Aa + bB
ROOFTOP RANT


LYNN DAYANA

JIKA BENAR CINTA


SITI HASNEEZA ABD HAMID
ANGIN DINGIN DARI UTARA

RAMLAH RASHID
QASEH QAISY

NURUL SYAHIDA
PLAIN JANE

SUHANIZA SULAIMAN
BELAIANMU

IMAEN
LABYRINTH

LILY HASLINA NASIR
MOGA KAU MENGERTI
AKU ADA KAMU

ROSE HARISSA
MULANYA SATU CINTA

ZURAIDAH OTHMAN
SUCI WAJAH RINDU

NAS ALINA NOAH
SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU

ANIS AYUNI
SUNGGUH AKU CINTA

NORHAYATI IBRAHIM
CHINTA
HARUM CEMPAKA
MURNI KASIH
KEMBALIKAN CINTAKU

NORA ISMAIL
TUHAN LEBIH TAHU

MIMIE AFINIE
BILA DAH SUKA

HILAL ASYRAF
VT
LANGIT ILAHI – TUHAN TIDAK LUPAKAN KITA

FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN
SEINDAH MAWAR BERDURI
PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL
TAUTAN HATI
SYABAB MUSAFIR KASIH

Waaarrghh, banyak. Eceeh, buat terkejut pulak ye. Kui kui kui. Mak lagi terkejut. Hahaha. Sampai terpancul soalan. Ma, awak tak nak menyimpan ke? Nanti nak balik. NAK KAWEN? Aduiii, mak tersayang sudah berkias. HEHEHE. Saya pun apa lagi. Sudah bersedia dengan jawapan yang bernas. Mak, ini stok untuk setahun. Nanti lepas ni tak beli dah. Ma simpan la duit nak kawen pulak. Eleehh, ye la sangat tu. Nanti keluar novel Aisya Sofea beli lagi. Kak sya keluar lambat sikit ye. Biar reda penat mak memborong di pesta buku esok. Apa pun saya pesan pada mak, beli mana yang ada je. Kalau takde tak pa. Siap pesan pada mak, minta adik bawa beg galas belakang. Nak tolong bawakan buku saya. Boleh kan adik? Akak dah belanja makan esok. Bodek. Jangan tak bodek. Hehehe.


Ehm, lepas sembang dengan mak. Saya terfikir. Nanti kalau buku saya dah banyak sangat. Saya nak buat business sewa baca novel. Sebuah dua ringgit. Mahal tak? Dari saya simpan berhabuk. Baik kongsi dengan orang bacakan? Dapat jugak manfaat. Dah banyak untung boleh buat beli novel baru. Ehm, ada ke orang nak pinjam? Tak apa. Boleh difikirkan nanti. Simpan idea ni okey.

Ada satu lagi kegembiraan yang nak dikongsi. Apa dia. apa dia? Sabar. Sabar. Nak cerita ni. Ingat tak pakcik? Hahaha. Yang kami tinggalkan masa bercuti ke Lake District. Pakcik tu bapa saudara akhi Fauzi. Dia datang bercuti di sini selama sebulan. Jadi tadi hari terakhir dia di sini. Sekarang dah selamat berangkat pulang ke tanah air Malaysia. Huk huk sedih. Ceh, takde makna nak sedihnya. Suka lagi ada. Err, bukan saya benci dia kat sini. Sapa la saya nak benci dia. Saya kan bibik saja. Hahaha. Cumanya saya kurang selesa. Biasa paras bawah rumah ni saya yang kuasai. Ya, WILAYAH SAYA. Hahaha. Kalau ada tetamu pun setakat dua tiga hari pada hujung minggu. Ini kalau sampai sebulan. Memang sangat tidak selesa. Menyukarkan kerja-kerja saya di rumah. Lebih-lebih lagi bila bab nak sidai baju dan gosok baju. Selalunya bilik tetamu itu kami jadikan bilik untuk menyidai baju dan menyeterika sekali. Jadi bila ada tetamu semua kerja itu mesti dilakukan dalam bilik saya. Ehm, nampak gayanya bertambah malas la saya nak menggosok. Asyik nampak katil je. Hahaha.

Jadi sekarang bila pakcik dah balik. Senang la kerja saya. Nak naik turun buat kerja tanpa perlu takut dan bimbang. Huhuhu. Penat tau nak jaga aurat ni dari ternampak dengan orang bukan muhrim. Bukan penat nak pakai. Tapi penat emosi ni. Alhamdulillah, sebulan ini saya lalui dengan baik sekali. Tepuk tangan sikit. Eceeh..ceh..ceh. Ada lagi yang saya suka. Lepas ni pagi-pagi takde la kalut nak hidang nasi. Yahoo!



Ok, habis dah apa yang saya suka hari ni. Dalam saya duk suka ada jugak terselit satu berita sedih. Kakak kesayangan hamba ( eceh..! ) telah disumbatkan ( hahaha ) ke dalam hospital. Sempat lagi kau merapu ye. Serius..! Dia di syaki mengidap demam denggi dan talasemia. Ehm, memandangkan saya bekerja dengan doktor. Terus la menemuramah doktor Siti Fazilah Wak Sekak ( jangan marah ya kak ct. Kita JAWA kan. Bangga jadi anak jawa. hahaha ) pasal talasemia. Ehm, antara intipatinya. Talasemia adalah penyakit keturunan. Ehm. tak tau lah macamana. Adik nakalmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan. Err, baca novel aku jaga baik-baik. Jangan lipat-lipat atau kangkangkan dia. Buka sikit-sikit je. Hahaha. Sempat lagi tu nak bagi peringatan. Macam la kakak kesayangan hamba itu baca. Kalau dia baca pun mesti bila dah keluar wad nanti. Harap-harap kamu dan bayi yang dikandungkan sihat ya. Aku sayang kau..! Dunia akhirat..

Orait. Dah habis ke? Sebenarnya banyak je lagi kalau nak ditulis. Simpan-simpan la esok pulak. Dah pukul dua belas setengah malam. Dah masuk hari Jumaat.



Salam Jumaat yang penuh keberkatan.

Saya Sayang Kamu.



Wassalam.

Wednesday, April 22, 2009

Trisomi 18





Assalamualaikum wbt


Salam penuh kasih sayang di pagi Rabu yang penuh sinar cahaya matahari. Eceehh, suka la tu. Mentang-mentang la minggu lepas mendung sepanjang minggu. Awak pun jadi mendung jugak la. Tak baik sungguh kamu ni.

Hari ni jangan heran la kenapa entry saya berbeza tulisan. Entah la. Pagi tadi sedang sibuk nak masukkan video dari youtube dengan Ezzah. Sapa Ezzah? Sapa. Sapa. Kenal ke. Bukan Ezzah Aziz Fawzy. Atau Azza elite. Hepp, salah eja tu. Aaaa. Sapa Ek? Hahaha. Budak stress yang sedang berjuang untuk peperiksaan dia. Selamat berjuang adikku. Habis periksa nanti kita ajak kak ct pergi car boot sale. Shopping. Shopping. Shopping. Ooopss. jangan jeles. Jangan jeles yang lain. HAHAHAHA. Saja je kan. Lepas boleh masukkan dengan bantuan Ezzah, terus hilang font dan kawan-kawan baik dia. Ehm, tengah dok tanya kawan-kawan camana nak dapatkan balik font dan kawan-kawan.


ADA SESIAPA YANG BACA ENTRY INI TAHU CAMANA NAK BUAT? Err. bila saya post dia keluar tulisan yang saya nak. Tapi takde di bahagian create post. KENAPA YE..?


Apa pun saya nak kongsi satu penyakit yang boleh melanda bayi sejak dalam kandungan lagi. Eeehh, ini blog doktor kah? Jangan silap. Anda masih dalam blog seorang bibik yang bekerja di LONDON. Yang pasti dia bekerja dengan seorang doktor. Hari-hari mendengar cerita pesakit sambil makan malam. HEHEHE. Kebetulan yang tidak disangka penyakit ini menimpa seorang kawan kami yang sedang mengandungkan anaknya yang keempat. Mereka sekarang sedang dalam keadaan bersedia untuk menerima kemungkinan anak itu akan lahir bila-bila masa sahaja. Simpati kami bila mengetahui berita ini. Nanti saya akan wakilkan emak untuk menziarahi mereka. Besar jasa kakak ini pada saya. Dia lah yang selalu menjadi wakil menghantar barang-barang yang dikirim oleh mak untuk saya dari Malaysia.


Artikel ini saya temui selepas mengoogle Trisomi 18. Terima kasih abang google. Eceeh, apasal abang. Bukan Encik atau pakcik atau Atuk. Bla.Bla.bla. Hahaha. Saja je. Takde sapa pun risau kalau google ini lelaki atau perempuan. Ikut sedap anda la kan. Yang penting dia bagi maklumat yang kita cari. Kadang-kadang maklumat yang tak diminta pun dia bagi.

Ok. anda perlu baca artikel ini. Tak kira anda lelaki atau perempuan. Kerana anda bakal-bakal menjadi ibu atau ayah yang mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini. Nauzubillah. Hidup ini adalah ketentuan Ilahi. Sehabis mungkin kita cuba untuk menjadikan hari-hari dalam hidup kita indah seperti indahnya sang pelangi selepas hujan pergi. Eceehh, ayat tetiba jadi jiwang berkarat-karat pulak.


Mana artikel ni. Membebel je panjang. Hahaha.


Ok. Ok. Nah baca betul-betul.


APAKAH KROMOSOM ITU?

Kromosom adalah untaian material genetik yang terdapat di dalam setiap sel mahkluk hidup. Setiap sel yang normal mempunyai 46 kromosom yang terdiri dari 22 pasang kromosom non-sex (kromosom 1s/d kromosom 22) dan 1 pasang kromosom sex (kromosom X dan Y) yang menentukan jenis kelamin.

DARI MANAKAH KROMOSOM ITU?

Setiap orang mendapatkan 1 dari tiap pasangan kromosom dari ayahnya dan 1 dari ibunya, dengan kata lain setiap orang mendapatkan 23 kromosom dari ayah (dibawa oleh sperma) dan 23 kromosom dari ibunya (dibawa oleh sel telur), yang kemudian total menjadi 46 kromosom (23 pasang) setelah pembuahan.

APAKAH FUNGSI DARIPADA KROMOSOM?

Tiap untaian kromosom membawa informasi genetik yang sangat menentukan proses pertumbuhan dan perkembangan janin dan juga fungsi tubuh untuk kehidupan sehari-hari. Proses pertumbuhan ini meliputi pembentukan protein-protein tubuh, sehingga kelainan genetik atau struktur dan jumlah kromosom akan sangat mempengaruhi pembentukan protein-protein tubuh dan dapat mengakibatkan pertumbuhan dan perkembangan janin atau bayi yang tidak normal.

APAKAH PENYEBAB DARIPADA KELAINAN KROMOSOM?

Kelainan kromosom pada janin bisa diturunkan dari salah satu orang tua yang membawa kelainan kromosom, bisa juga terjadi secara spontan (dengan sendirinya) pada saat proses reproduksi. Usia ibu pada saat hamil juga salah satu faktor penyebab kelainan kromosom. Risiko terjadinya kelainan kromosom pada janin adalah 4 kali lebih besar jika ibu berusia 35 tahun atau lebih.

ADA BERAPA JENIS PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KELAINAN KROMOSOM?

Ada 2 jenis kelainan kromosom, iaitu:


1. Kelainan pada jumlah kromosom, di mana terdapat jumlah kromosom yang berlebihan (disebut dengan trisomi), seperti adanya kromosom yang berjumlah 3 untai (seharusnya hanya 2 untai atau sepasang) atau jumlah kromosom yang berkurang (disebut dengan monosomi), iaitu ada kromosom yang jumlahnya hanya 1 untai.


2. Kelainan pada struktur kromosom, diantaranya adalh delesi pada kromosom yang menyebabkan kromosom lebih pendek dari kromosom normal, insersi pada kromosom yang menyebabkan kromosom lebih panjang dari normal dan berpindahnya bagian satu kromosom ke bagian kromosom yang lain atau yang disebut dengan translokasi.


Kelainan kromosom yang paling sering diketemukan pada bayi adalah trisomi, iaitu trisomi 13 (sindroma patau), trisomi 18 (sindroma Edward) dan trisomi 2 (sindroma Down). Definisi dan gejala daripada penyakit-penyakit kelainan kromosomal tersebut adalah sebagai berikut:


Trisomi 13 (sindroma Patau)
Trisomi 13 atau sindroma Patau disebabkan oleh adanya 3 untai kromosom 13 pada tiap sel penderita, sehingga jumlah total kromosom pada tiap selnya adalah 47. Kelainan ini dapat menyebabkan gangguan berat pada perkembangan otak, jantung, ginjal, bibir dan rongga mulut (bibir sumbing) juga pertumbuhan jari tangan dan kaki. Namun kelainan ini sangat jarang terjadi dengan frekuensi 1 dari 8000 sampai 10.000 bayi yang lahir dan biasanya jika gejalanya sangat berat dapat menyebabkan kematian beberapa jam atau beberapa minggu setelah kelahiran.


Trisomi 18 (sindroma Edward)
Trisomi 18 atau sindroma Edward disebabkan oleh adanya 3 untai kromosom 18 pada tiap sel penderita. Berlebihnya jumlah kromosom 18 ini jarang terjadi dengan frekuensi 1 dari 1500 bayi yang lahir dan gejalanya adalah retardasi mental berat, gangguan pertumbuhan, ukuran kepala dan pinggul yang kecil, dan kelainan pada tangan dan kaki.


Trisomi 21 (sindroma Down)
Trisoma 21 atau yang disebut sindroma Down adalah kelainan kromosom yang paling sering terjadi dengan frekuensi 1 dari 700 bayi lahir dan bahkan lebih sering terjadi pada ibu yang hamil pada usia (>35 tahun). Pada penderita sindroma Down terdapat tiga untai kromosom 21. Jumlah kromosom 21 yang berlebih ini mengakibatkan gejala-gejala seperti retardasi mental, kelainan jantung bawaan, berat badan bayi yang kurang normal, pendengaran dan penglihatan berkurang, otot-otot melemah (hipotonia) dan kecenderungan menderita kanker sel daerah putih (leukemia).



APAKAH KELAINAN KROMOSOMAL DAPAT DISEMBUHKAN?


Penyakit yang disebabkan oleh kelainan kromosomal tidak dapat disembuhkan namun bayi yang menderita penyakit ini dapat dideteksi dengan melakukan analisa kromosom pada saat janin masih berumur 10-12 minggu.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI JANIN YANG MEMPUNYAI KELAINAN KROMOSOM?


Untuk mengetahui apakah janin mempunyai kelainan kromosom perlu dilakukan analisa kromosom. Untuk analisa ini diperlukan sampel yang mengandung kromosom bayi/janin seperti sampel darah yang diambil dari tali pusat bayi, sampel jaringan ari-ari (villi choriales) atau sampel cairan amnion (air ketuban).


BAGAIMANA PROSEDUR DAN APAKAH AKIBAT DARI PENGAMBILAN SAMPEL-SAMPEL TERSEBUT?


Pengambilan jaringan janin dari ari-ari dilakukan dengan menusukkan jarum melalui jalan lahir atau dinding perut kedalam alat kandungan dan menembus ke ari-ari kemudian pada daerah ari-ari yang disebut villi choriales diambil dengan cara aspirasi sejumlah jaringsn tersebut. Prosedur ini dilakukan oleh dokter ahli kandungan yang sudah berpengalaman melakukan tindakan ini. Prosedur ini dilakukan pada kehamilan 10 sampai 12 minggu. pengambilan air ketuban dilakukan dengan menusukkan jarum melalui dinding perut ke dalam alat kandungan kemudian sekitar 5-10 ml air ketuban yang terdapat dalam alat kandungan tersebut diambil. Prosedur ini dilakukan pada kehamilan 14 sampai 18 minggu.



ADAKAH RESIKO DARI PENGAMBILAN SAMPEL-SAMPEL TERSEBUT?


Efek samping dari pengambilan sampel cairan amnion adalah perut tegang, pendarahan, infeksi dan bocornya cairan amniotik kemudian kemungkinan risiko keguguran sebesar 1/2 - 1 %. Pengambilan sampel jaringan ari-ari mempunyai efek samping yang sama, namun kemungkinan resiko keguguran sedikit lebih tinggi, yaitu sekitar 3 - 5 %. Walaupun demikian telah dibuktikan bahwa kemungkinan keguguran ini lebih sedikit jika dilakukan oleh dokter yang berpengalaman.


APA YANG DIPERIKSA PADA SAAT ANALISIS KROMOSOM?


Dengan analisis kromosom jumlah dan struktur kromosom janin/bayi pada tiap selnya dapat dilihat, sehingga kelainan daripada jumlah kromosom dapt dideteksi sebelum bayi lahir.


APA YANG DILAKUKAN JIKA TERNYATA ADA KELAINAN KROMOSOM?


Jika memang ada kelainan kromosom keputusan untuk meneruskan kehamilan atau tidak berada ditangan anda. Namun hasil daripada analisa kromosom sebaiknya dikonsultasikan terlebih dahulu kepada dokter ahli kebidanan atau konseler genetik sebelum membuat keputusan. Anda mempunyai hak atas keputusan apapun yang anda pilih.



SIAPA SAJAKAH YANG DIANJURKAN UNTUK PEMERIKSAAN ATAU ANALISIS KROMOSOM?


Analisis kromosom pada janin sangat dianjurkan bagi:


* Pasangan yang pernah punya anak menderita kelainan kromosom, biasanya manifestasinya adalah sebagai berikut: gagal tumbuh, keterlambatan perkembangan, kelainan bentuk muka, cacat tubuh yang lebih dari satu jenis (misalnya seperti kebocoran katup jantung ditambah dengan bibir sumbing dan retardasi mental), perawakan pendek, kelainan alat kelamin, retardasi mental, mempunyai riwayat bayi lahir mati atau kematian pada bulan pertama setelah kelahiran.


* Pasangan yang mempunyai riwayat infertilitas (seperti kesulitan hamil, abortus/keguguran berulang), riwayat keguguran, dan riwayat keluarga yang mempunyai kelainan kromosom.


* Pasangan yang salah satunya membawa kelainan kromosom.


* Penderita kelainan kromosom yang sedang hamil


* Ibu yang hamil pada usia tua.


Ok. Sekarang anda faham tentang Sindrom ini?


Saya juga mahu berkongsi video tentang seorang bayi yang sempat hidup selama 99 hari sahaja. Dia menghidap Trisomi 18. Masa menonton video ini, memang perasaan sayu dan sebak tidak dapat ditahan. Bagaimana sepasang suami isteri Ginny dan Matt menantikan kelahiran bayinya yang menurut anggaran doktor tidak sempat dilahirkan. Kelahirannya adalah satu keajaiban, dan diberi nama Eliot. Eliot menghidapi penyakit Trisomi 18. Penyakit di mana dia mempunyai jantung yang lemah, kekeliruan DNA dan juga masalah buah pinggang.


Walau harapan untuk anaknya membesar memang langsung tidak ujud, Ginny dan Matt, menikmati setiap hari kehadiran Elliot dengan rasa gembira. Mereka mengadakan sambutan hari jadi ketika Elliot berusia 1 bulan dan menyambutnya setiap bulan yang berikutnya. Setiap detik bersama Elliot bagi mereka sangat berharga walaupun terpaksa bersengkang mata menjaga Elliot yang sakit.


Akhirnya Elliot diambil tuhan ketika dia berusia 99 hari. Ketika dihari pegebumian Elliot sebanyak 99 belon telah dilepaskan.


Saya amat kagum dengan sikap positif ibubapa Elliot yang menerima segala takdir dengan hati yang terbuka. Bahkan setiap detik yang berlalu bersama Elliot mereka nikmati dengan sesungguh hati.

Sangat menyentuh perasaan. Saya yang masih belum mempunyai anak ini pun terasa sedih. Lagi mereka yang sedang berjuang dengan perasaan bila mengetahui anak yang bakal lahir atau sudah lahir menghidap penyakit ini. Ya, Allah lebih tahu kemampuan setiap hambanya. Dia menguji hambanya mengikut kemampuan diri masing-masing.

Di akhir menonton video ini saya menangis. Tapi tak la sampai banjir. Tersentuh dengan kesungguhan dan ketabahan ibu bapa ini yang meraikan kelahiran anak mereka di dunia. Lebih lagi mereka bukan Muslim. Apatah lagi kita yang mengaku Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Lebih saya malu pada diri saya sendiri yang kadangkala kurang sabar. Kurang sabar apabila menjaga anak-anak majikan saya. Seharusnya saya lebih positif dan SABAR dalam mendidik mereka.


Bila membaca kisah mereka, teringat pula pada Amir Yusuf. Cerita Amir Yusuf boleh di baca di sini http://www.fajaril.net/blog/. Mereka berada dalam situasi yang sama. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan penghuni syurga. Ameen.


Wassalam.


Saya Sayang Kamu.

Kaki Novel

Novel Yang Ada Di London



Assalamualaikum wbt



Hari Isnin saya telefon mak. Macam biasa tanya khabar. Alhamdulillah dia sihat. Sebenarnya yang lebih buat saya teruja bila abang bagitau mak pergi Pesta Buku dan beli semua novel untuk saya.



Yahooooo... sangat-sangat gembira. Bila sembang dengan mak kali ni dia cerita tentang pesta buku yang dia pergi bersama Enjang. Semua buku yang saya senaraikan ada di sana. Sampaikan setiap novel yang ada penulis dia ambil tandatangan. Waaahh, dasyat mak. Hehehe. Saya pun tak pernah atau lebih tepat malas nak ambil tandatangan dan yang lagi tepat MALU nak ambil tandatangan mereka. HAHAHA.



Kena mak saya beli siap ada tandatangan lagi. Mereka pun terkejut bila tahu mak saya baca novel mereka. Hehehe. Mak bagitau, novel-novel ni saya yang punya. Mak tumpang baca sekaki je. Mereka tanya kenapa saya tak datang beli sendiri. Mak jawab, anak makcik jauh kat London. Eceeehhh, glamer sekejap bibik ni. HAHAHA. Gelak lagi.



Dalam dok sembang, mak bagitau nak pergi lagi Pesta Buku jumaat ni. Waaalaah, bestnya. Saya pun apa lagi. Siap bagitau mak nak pesan lagi novel. Ehm, mak pun tak terkata apa. HEHEHE. Nak wat camana. Anaknya memang HANTU NOVEL.



Jadi tadi saya sempat cari lagi sembilan senarai novel best yang saya belum ada.


Nampak gayanya, balik Malaysia nanti saya tak payah ke mana la. Duduk rumah baca novel je. Eceeehh, ye la tu.



Sembilan novel yang saya cari -


Aku Ada Kamu - Lily Haslina Nasir.

Rooftop Rant - Hlovate

Kebun Mimpi - Noor Suraya

Chinta - Norhayati Ibrahim

Harum Chempaka - sama

Murni Kasih - sama

Kembalikan Cintamu - sama

Sungguh Aku cinta - Anis Ayuni

Tuhan Lebih Tahu - Nora Ismail.


Err.. esok nak sambung cari lagi. Sempat lagi. Mak nak pergi hari Jumaat.


Harap-harap semua ni mak dapat cari. Hehehe. Kalau ikutkan nak baca novel, memang nak balik Malaysia je. Tak pa..tak pa.. Sabar. Kumpul banyak-banyak. Nanti balik kampui balik baca semua.. Yuuhuuuuu. Best. Best.


Makan. Tak Payah Tidur. Baca Novel. Kah Kah Kah. Err, mak pun punyalah nak habiskan baca novel berjaga sampai pukul empat pagi. Sapa ikut sapa ni sekarang. Saya ikut mak atau mak ikut saya. Hehehe.


Okey. Dah lewat ni. Nak tidur.



BERANGAN. Balik Malaysia nanti nak pergi Pesta Buku bawa troli ni. Konon nak borong buku la kan. Tiga tahun tak dapat pergi. Boleh tak? Keh Keh Keh.

Saya Sayang Kamu.

Sunday, April 19, 2009

Hari Pertama Lake District, Lancester.



Assalamualaikum wbt


Dah lama tak menulis di blog. MALAS. Memang malas nak memerah otak nak cerita dan taip entry. Penat sejak balik dari bercuti. Dengan anak-anak ada di rumah cuti sekolah. Bertambah-tambah berganda kepenatan bila sampai malam hari. Hari-hari tak sempat nak tunggu Isya' mata dah mula kuyu. Arrghh, tak tahan nak bertahan lama. Lepas selesai solat isya' terus tarik duvey. Bila masa nak tulis entry baru. Eceehh, alasan bibik memang banyak. Haha.



Malam ni pun tak tahu la sampai mana saya boleh bertahan. Kalau sempat habis cerita pasal percutian. Kalau tak bersambung la esok nampak gayanya. Kalau tak esok, entah bila la. Sabar ajer lah. Lagipun menulis blog ni bukanlah keutamaan saya. Yang paling penting kerja dan ambil gambar. Ambil gambar itu penting ya tuan-tuan dan puan-puan. Sampai gatal tangan pergi padamkan gambar sendiri. Tu lah, tak nak belajar bagi pandai setting kamera. Sampaikan format memory card pun tak tahu untuk apa. Kan dah padan muka sendiri. Dah senyap. Jangan nak kenang lagi benda dah terjadi. Lain kali jangan gatal tangan sangat. Keh Keh keh. Gelak tapi sedih.



Menulis ini hanya sambilan mengisi masa senggang sementara menunggu mata mengantuk. Tapi bila ramai yang bagi respon suruh saya menulis buku. Buku yang berunsurkan keislaman pulak tu. Err, macam tak mampu la pula. Bukan mudah nak menyentuh hati manusia dengan apa yang kita tulis. Dah tu kalau saya tulis buku mahunya ambil masa sepuluh tahun baru siap. Huhuu. Nak membebel memang pandai. Hehehe. Sampaikan buat kuiz Facebook yang sengal tu pun boleh dapat keputusan yang saya memang kuat membebel. Hahaha. Tak percaya lagi. Percayalah. Nak bukti lagi pergi tanya anak murid saya. Bernanah telinga dorang dengar saya membebel. Baru mula mengajar sepuluh minit saya dah membebel. Hahaha. Mana datang kekuatan untuk bercakap sampai tak hengat dunia. Sedar-sedar dah habis masa. Keh Keh Keh.



Ops..Ops..Ooooopss.. nak ingatkan semua. Saja nak bagitau. Saya bukan sembarang saja membebel macam mak nenek yang tak ingat dunia dah bila bercakap. Saya kalau membebel setiap patah perkataan yang keluar ada nasihat yang nak disampaikan. Bukan saja nak membebel mengungkit cerita atau kesalahan anak murid. TIDAK. Saya dulu pernah NAKAL seperti mereka. Hasilnya saya layak menerima anak murid yang dua kali ganda nakal dari saya. Allah mahu saya menyayangi mereka dan mendidik mereka supaya menjadi manusia. Jadi saya tahu apa dan bagaimana perasaan mereka. Saya lebih suka mendekati anak murid yang bermasalah dari anak murid yang pintar. Eceeh, sebab awak tak puas lagi nakal masa sekolah dulu kan.. Tu yang nak masuk geng nakal jugak. Hahaha. Rindu pulak zaman sekolah dulu. Hehehe.



Mak ooiiiii.. Jauhnya ko melencong irma. Kata nak cerita pasal percutian ke Lake District. Ni dah masuk bab mengenang kisah lalu pulak. Memang la patut ko jadi cikgu yang kuat membebel a.k.a memberi nasihat. Waalaaaa, angkat bakul sendiri lagi. Huahuahuaaaa.



Ok.. ok.. ok.. mari kita mulakan cerita.



Pada suatu hari yang cerah. Berjalan seorang gadis yang COMEL. Ooooiiii, dah jangan nak berdrama angkat bakul sendiri kat sini. Cerita betul-betul. Anak murid nak dengar. Kah Kah Kah.



SERIUS.Ehm..



Jumaat jam 6 petang kami bertolak dari belakang rumah 57 Battery Road menuju ke Manchester. Aik..? Apasal manchester. Kata nak pergi Lake District. Uishh. Sabar la. Orang nak cerita la ni. Tak sabar betul. Hahaha. Best jugak menulis macam ni kan. Macam bercerita dengan anak murid darjah satu. Baru cikgu cakap tak sampai sepuluh patah dah ada anak murid yang menyampuk.



Ok, sabar ya anak murid. Duduk diam-diam. Pasang telinga dengar cikgu bercerita. Hehehee.



Plan asal kami nak bertolak selepas solat Jumaat. Kononnya pukul tiga petang paling lambat. Biasa la kan. Berjalan dengan keluarga ni masa memang tak boleh nak tepat. Kena bagi semua kenyang makan dan siap berkemas baru boleh bergerak. Jadi selepas bertungkus lumus dan berkejaran atas dan bawah. Kami pun bertolak meningalkan pakcik di rumah. Hehehe. Siapa pakcik? Kaya sangat ke kak ct nak upah pengawal keselamatan. Hahaha.



Kenapa kami pergi Manchester dulu? Sebenarnya program percutian bermula pada hari Sabtu malam. Memandangkan Lake District tu mengambil masa enam atau tujuh jam perjalanan sehala. Kami.. Err, sebenarnya Kak Ct dan Akhi Fauzi punya keputusan. BIBIK ikut saja. Hahaha. Saya sedar saya ni bibik je. Tapi ramai yang jeles dengan saya. Mana tak jelesnya. Bibik London. Glamer weeyyhh. Sakan bab berjalan. Lagi sakan bila time shopping car boot. Sedangkan kerjanya cuci jamban je. Errkk, bahasa ini tidak sesuai untuk anak murid darjah satu. Cikgu kerja masak-masak ya sayang. Mesti anak murid saya akan cakap saya buang tabiat panggil sayang-sayang. Kat Malaysia sayang tu KONONNYA panggilan untuk cik abang atau cik kakak TERISTIMEWA saja. Kalau umum masih lagi janggal diguna pakai. Sedangkan kita patut zahirkan rasa sayang itu pada anak kecil lagi. Ini tidak, kita malu nak menggunakan panggilan sayang pada ahli keluarga kita. Biar mereka dengar kita memanggil mereka dengan panggilan sayang supaya bila besar nanti mereka tidak tergoda atau terbuai apabila dipanggil sayang oleh orang luar. Saya suka melihat cara didikan kak ct dan akhi fauzi. Mereka tidak segan memanggil anak mereka dengan panggilan sayang. Sebabnya dia nak anak-anak biasa mendengar panggilan sayang dari mereka bukan dari orang luar. Katanya nanti bila orang luar terutamanya lelaki yang bergelar buah hati pengarang intan payung ulam jantung panggil mereka sayang, mereka tidak kisah sebab ummi dan abah mereka sejak kecil memanggil mereka dengan panggilan sayang. Jadi, jangan malu atau segan untuk memulakan panggilan sayang pada ahli keluarga anda. Mulakan dari sekarang. Jangan esok anda menyesal kerana tidak sempat untuk memanggil mereka sayang.



Sambung cerita. Itu selingan nasihat. Kan saya dah kata. Saya membebel memberi nasihat. Eceehh, ye la tu..



Kami singgah bermalam di Manchester sebelum menyambung perjalanan ke Lake District (LD - selepas ni saya akan gunakan singkatan ini. Penat nak taip panjang-panjang). Di Manchester kami bermalam di rumah kawan kak ct dan akhi fauzi. Esoknya pun begitu juga. Sibuk menyiapkan makan untuk pot luck di LD menyebabkan kami keluar lewat. Pukul tujuh malam baru kami berkonvoi dua kereta ke sana. Memandangkan perjalanan mengambil masa satu jam empat puluh lima minit sahaja. Kami menjadi orang terakhir yang sampai di situ. Macam tak biasa je. Orang dekat memang suka jadi orang terakhir. Bila sampai sana, kak syam dah sibuk membahagikan bilik untuk semua orang. Saya pun tumpang sekaki tengok kat mana la saya nak dicampakkan selama tiga hari dua malam ni.



Tunggu punya tunggu sampai la masa kak syam umumkan pembahagian bilik masing-masing. Naaaah, kau ambik. Saya di beri bilik bersama dengan DUA BELAS KANAK-KANAK PEREMPUAN. Haa, siap bold lagi. Punya lah haru. Eleeh, macam tak biasa pulak. Bukan awak memang suka budak-budak ke.? Adooii, pengsan saya bila dapat tahu kena jadi GURU BESAR bilik no 8. Dah la badan dah sememangnya besar. Kononnya bila saya jadi GB budak-budak takut dengan saya la kan. Huhuu. Takde maknanya nak takut. Mak-mak ni dah siap gelisah takut anak-anak ni buat bising. Orang putih ni memang pantang bunyi bising-bising ni. Lagi la bunyi suara anak-anak yang dah memang tak akan dengar cakap GB bila jumpa kawan. Yelah, mana tak terlampau gembira. Bukan senang nak jumpa kawan-kawan yang berbangsa MELAYU. Dorang tak berbangga jadi anak melayu yang bercakap melayu. Sebab mereka lagi syok cakap orang putih. Saja je nak bagi kak irma tergeliat lidah nak berkomunikasi. Bibik memang tak pandai cakap orang putih. Dia pandai ambil hati anak-anak melayu celup tepung gandum ni je. Ceewaaah, ye la tu. Tak percaya sudah. HAHAHAHA.



Jadi bab-bab bercakap memang saya serah pada yang pakar. Tak serah pun dorang dah cakap. HEHEHE. Bagus guru-guru kecil saya semua. Alhamdulillah, saya dibantu oleh empat orang GURU KECIL yang sememangnya kecil. TERIMA KASIH guru-guruku. Eh, GB memang takde kerja. Kerjanya mengarah guru-guru kecil membuat kerja saja. HAHAHA. Takde lah. Memandangkan guru-guru kecil ini lebih pandai berkomunikasi. Jadi saya serahkan tugas cakap-cakap dan handle anak-anak pada mereka. Saya selaku GURU BESAR merangkap BIBIK lebih suka duduk di dapur. Bermain dengan pisau dan periuk belanga yang semestinya tak perlu bersusah payah memikirkan apa yang nak dicakap. HAHAHA. GB bercakap bila perlu saja. Lagi-lagi bila masa nak marah. Masa tu baru dengar suara GB. Biasala kan. HEHE.




Malam pertama selepas selesai makan malam hanya berlangsung dengan majlis taaruf sesama ummi dan bakal-bakal ummi sahaja. Eceehh, tak sabar la tu. HEHEHE. Anak-anak sudah dipos ke bilik NO 8 untuk mengelakkan kejadian histeria berlaku semasa majlis berlangsung. Selesai majlis taaruf, GB pun dengan penat longlainya naik untuk beradu lena. Buka saja pintu bilik, anak-anak murid GB semua belum tidur lagi. Masing-masing masih teruja berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Ada juga yang menunggu giliran memberus gigi di sinki. Jadi anda bayangkan cepat. Tengok GB ni. Dengan pembaca pun dia nak memerintah. KAHKAHKAH. Mari sayang, kita bayangkan sama-sama. Macamana keadaan bilik kami masa tu. Memang bising. Bukan senang nak uruskan mereka. Yelah, dua belas anak yang memang dari mak bapak yang berlainan. Ambil masa juga la nak suruh tidur. Nasib takde bedtime story je malam tu. Tak kuasa la nak layan story mory ni. HuHu. Yang penting mereka senyap dan tidur. Dah baring pun masih lagi dengar suara berbisik-bisik. Memang ikut perangai GB masa muda-muda dulu. HAHAHAHA. Selesai hal malam pertama kami di bilik NO 8 bila mereka semua lena diulit intan.



Saya pun dah penat tapi tak boleh tidur lagi. HUHUHU. Bibik mana boleh tidur. Memandangkan esok kami nak berjalan dari pagi sampai petang. Jadi malam tu kena la masak lauk untuk bekal makan tengahari. Kena pulak kak sal baru lepas melahirkan anak lelaki. Jadi dia dengan berbesar hatinya menaja dua ekor kambing untuk aqiqah. Bayangkan lagi, dengan keadaan kemudahan yang serba kekurangan nak masak kambing dua ekor. Memang kami hebat. Hahaha. Pertama kalinya saya menyiang bahagian organ kambing. Basuh kambing takde hal punya. Kambing sini takde bau maaa. Ini siang organ. Langsung takde pengalaman. Dalam hati tawakal je la. Potong jangan bagi hancur sudah. Lama juga la proses nak masak tu. Kami gunakan dua tungku dapur untuk letak periuk yang besar dan masak kambing yang memang banyak. Huuiii, memang sangat penat. Dua tiga kali juga la letak kepala lena sekejap atas meja. Dah pukul lima pagi saya menyerah kalah pada mata. Tak larat nak angkat dah. Kalau ada kayu nak sandar kat mata ni pun mesti terpatah dua. Tak larat nak tahan beban mata yang berat. Pukul lima tu dah ada la ummi-ummi yang bangun nak tukar shift. Jadi kami pun memang tak payah cakap, minta diri nak lelapkan mata sekejap. Naik je atas, gosok gigi terus cari bantal. Letak je kepala terus lena. Tu pun tak boleh lena betul sebab tempat baru. Saya ni memang payah nak tidur kalau berubah tempat. Apa pun dapat la merehatkan badan sekejap.



Ni dah masuk siang kira hari kedua dah. Nampak gayanya kena berhenti la dulu. Kalau nak cerita lagi tunggu la entry terbaru ye. Sekarang dah pukul dua empat puluh lima pagi. Saya selaku bibik di rumah no 57 battery road tak tidur lagi. HAHAHA. Nak kena tidur dah ni. Esok ada acara mingguan.
Apa lagi. Car Boot Sale maaaaa.. BERHENTI. TIDUR. Wassalam.


Saya Sayang Kamu.

Wednesday, April 15, 2009

Rindu pada Sebuah Kehilangan


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah saya selamat sampai dari percutian ke Lake District semalam jam 1 pagi. Semuanya berjalan dengan lancar.


Cuma satu. Atas kecuaian saya sendiri, saya telah terbuang gambar semasa hari pertama dan kedua di sana. Pada mulanya saya tidak merasa apa-apa sangat. Sudah tiada rezeki untuk menyimpan kenangan di sana.


Tetapi hari ini saya mulai merindui gambar-gambar yang diambil semasa menaiki cruise dan melawat ke Leven Hall.


Saya sangat merindui mereka. Terdapat dua ratus tujuh puluh keping gambar semuanya. Terbayang di mata pemandangan yang sangat cantik dengan disertai oleh langit yang biru. Cuaca seolah-olah menyambut kedatangan saya yang sangat menyukai langit biru.


Hari ini saya mulai menangisi kehilangan mereka. Saya tahu kehilangan mereka ada penggantinya. Semestinya yang baru tidak sama dengan yang lama. Kerana gambar-gambar itu diambil dengan rasa kagum dan syukur seorang hamba yang berada di bumi bertuah ini. Gambar yang ingin dikongsi bersama insan-insan tersayang. Tetapi semuanya hanya tinggal angan-angan.


Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Saya terima ketentuan Ilahi dan menerima semua kenangan itu hanya akan bermain di ingatan saya sendiri. Insyaallah, panjang umur dan murah rezeki saya akan ke sana kembali. Mengutip kembali kenangan yang hilang akibat kelalaian diri sendiri.


Lake District Cruise dan Leven Hall

11 dan 12 April 2009 dalam kenangan.

Monday, April 13, 2009

Mesra Kembara 09 Part 2

Assalamualaikum wbt


Hari ni Isnin. Mengikut jadual kami akan berjalan-jalan ke LEVEN HALL GARDEN.


Itu saja. Kemudian selepas makan tengahari dan solat Zohor akan membawa diri ke pangkal jalan. Huhuu..


Balik. Balik.


Kalau takde aral melintang kita jumpa malam Selasa.


Wassalam.


Saya sayang kamu.

Sunday, April 12, 2009

Mesra Kembara 09

Assalamualaikum wbt
Ini entry auto published. Takde makna saya nak bawak laptop pergi bercuti. Bawak kamera memang WAJIB okey. HEHEHE
Hari ini insyaallah sekiranya tiada aral melintang kami akan ke BOWNESS CRUISE. Naik cruise pusing tasik. Err, tak tahu nak gambarkan. tak pergi lagi. Hehehe.
Lepas tu akan bertolak ke BROCKHOLE VISITOR CENTRE. Tak tahu ada apa kat sini. Malas nak tanya En Google. Nanti saya cerita bila dah balik nanti ok. Sabar. Sabar.
Akhir sekali akan ke SOUTH LAKE ANIMAL PARK. Tak tahu binatang apa yang ada di sini. Akan diceritakan kemudian nanti juga.
Wassalam.
Saya sayang kamu.

Saturday, April 11, 2009

Singgah Di Manchester

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah perjalanan sudah sampai separuh jalan. Tadi kami sampai di Manchester tepat jam 10.34 malam.
Lambat juga kami bertolak tadi. Pukul 6 petang. Biasa la kan. Berjalan dengan family ni masa memang tak boleh nak tepat. Dah siap semua kenyang. Baru boleh bertolak. Dalam perjalanan pun semuanya dah tertidur. Akhi Fauzi pun mengantuk. Ganti dengan kak ct yang memandu.
Perrghh.. memang laju. Mula-mula saya ingat saya seorang je yang perasan. Rupanya Sarah pun perasan. HEHE. Empat jam setengah dah sampai Manchester.
Ok la ye. Dah lewat. Nak tidur.
Esok baru perjalanan ke Lake District bermula.
Wassalam.
Saya Sayang Kamu.