Tuesday, March 31, 2009

Car Boot Sale

Assalamualaikum wbt

Kali ni nak cerita pasal shopping. Orang perempuan memang pantang diajak kalau tempat yang diajak tu ialah shopping mall. Err, car boot ni pun kira shopping mall jugak. Terbuka. Berbumbungkan langit berlantaikan rumput. Berudarakan angin sejuk. Pergh, sejuk-sejuk pun makin ligat kami berjalan. HeHe.

Semalam minggu kedua kami bershopping di car boot. Memang semangat tengah membara. Empat bulan berpuasa dari aktiviti shopping.Tu pasal la bila bermulanya musim panas. Semangat shopping tu membuak-buak.. Amboi, ayat. Tak kuasa nak layan. HaHaHa.


Ingatkan semalam akhi Fauzi tak nak pergi car boot sebab malam sebelumnya dia balik lambat dari berjumpa pak menakan dia kat Central London. Pagi Ahad lepas subuh kak ct telefon. Erk, satu rumah pun main calling-calling ke. HaHaHa. Kak ct bagitau akhi fauzi nak pergi car boot. Terus terbeliak biji mata. Hilang habis mengantuk. Tanya kak ct, syakirah nak pergi tak. Dia cakap syakirah tak bangun tidur lagi. Ehm, keciwa jugak la.Tapi masih lagi berharap, kalau syakirah nak pergi saya nak la pergi jugak.

Sambil bersiap dengar suara syakirah dari luar. Yeeaaa. anak daraku pergi jugak. Perjalanan nak ke sana mengambil masa 30 minit. Sempat lagi dalam kereta kami sambung lena walaupun sebentar cuma. Jadi la, nak tambah tenaga untuk bershopping.

Sampai je car boot orang ramai dah sampai lebih awal dari kami. Cuaca masih lagi sejuk walaupun musim bunga sudah menjelmakan diri. Sejuk. Sejuk. Abaikan saja rasa sejuk. Shopping yang penting.

Macam biasa kami berjalan sendiri. Shopping kat sini tak de maknanya nak sesat-sesat. Pandai-pandai la ingat kat mana parking kereta. Lagi-lagi nak ulang alik hantar barang kalau trolley dah penuh. Panjang la leher macam bangau nak cari kat mana parking kereta.

Err, tak payah la cerita secara detailkan. Nanti panjang berjela entry ni saya buat. Urgghh, tak sanggup la nak berjaga lama-lama.

Shopping kali ni saya beli 12 buah novel inggeris yang sangat-sangat murah giler. Takkan dapat di mana-mana kedai di seluruh dunia. Cewaah, ayat berlagak nampak. Memang betul. Saya beli buku ni semua dengan harga 50 pence sebuah. Ada tu saya beli dengan harga 20 pence je. Memang betul la ayat saya tu kan..!
Nak jadi cerita saya sampai tawar menawar dengan penjual. Dia letak harga 2 pound untuk empat buah. Saya dengan slumber je tawar sampai 1 pound. Dia letak 1.50. Saya minta 1 pound jugak. Tiga kali mintak dia pun 'go on' dengan harga yang saya mintak. Hooreeyyy.. berjaya..! Suka sangat sebab berjaya membuat tawar menawar. HeHeHe.
Pernah sekali di Malaysia, seorang penjual bertanya tentang kerjaya saya. Saya suruh dia teka.Terus dia jawab cikgu. Saya tanya kenapa pilih cikgu. Dia cakap sebab saya pandai cakap dan pandai membodek. Erk, semua cikgu pandai cakap ye. HeHeHe.

Haa.. nak cerita pasal gambar di atas. Binatang ni memang berlambak di car boot. Besar, kecil, comel atau hodoh semua ada. Bengang jugak tapi ni bukan negara kita. Terima keadaan ni dan berhati-hati dengan mereka. Tapi dekat car boot dengan orang yang ramai, memang susah nak mengelak dari mereka. Mereka ni memang tak menakutkan. Langsung tak menakutkan. Mereka suka pada orang. Tapi bukan orang macam saya okey..! Elaakk...
Ada satu masa, depan mata saya seekor anjing kencing atas trolley orang lain. Eeeiii, macam nak tendang-tendang je anjing tu. Nasib la bukan trolley saya. Kalau tak, mahu kena sumpah tak pasal-pasal.

Minggu lepas tengah saya leka membeli, tiba-tiba saya terasa badan saya macam kena libas dengan sesuatu. Tengok-tengok, rupanya anjing yang melibas saya. Terkejut jugak la. Terasa keras ekor dia kena dekat peha saya. Nasib sama-sama kering. Kalau tak, kena la samak balik rumah. HuHuHu..


Haa.. Bunga pun ada di jual. Lagi-lagi musim bunga dah bermula. Macam-macam jenis ada dijual. Saya je yang tak minat. Eh, bibik tak berkebun ke? Hahaha. Kalau bab berkebun ni akhi fauzi lagi pakar. Saya tolong cabut rumput, siram dan pastikan laman tu bersih sahaja. Yang lain kita serah pada yang pakar. Err, ke awak malas irma? Sapa nak jawab. Angkat tangan. Cepat.. cepat..


Dekat car boot ni mainan pun ada. Macam-macam. Kalau rasa kesian kat anak-anak yang sanggup meneman anda bershopping upah la mereka dengan mainan ini. Sekali pusingan pun okey apa. Saya upah donut je dengan syakirah. Penat shopping kitorang rehat kejap makan donut.

Saya suka pemandangan langit masa ni. Sangat cantik. Gambar ini tak secantik realiti. Dalam realiti 1000 kali lebih cantik dan awannya berubah-ubah kedudukannya. Alhamdulillah, saya dapat menikmatinya di bumi mu ini Ya Allah..

Pukul 12.30 kami bertolak balik ke rumah. Habis. Balik rumah cerita lain pulak. Tak nak cerita. Panjang berjela pulak lagi nanti. Hehe. Cukup la takat ni.

Saya sayang kamu.

Sunday, March 29, 2009

Daylight saving Time


Assalamualaikum wbt

Entry ini dibuat sempena penukaran masa 1 JAM ke depan hari ini. Err, skemanya ayat. Hahaha. Tak yah la serius sangat.

Saya pun tak tahu sangat pasal asal usul tukar jam ni. Haa, itu tak bermakna tak tahu terus buat tak tahu. Ini lah masanya nak kena ambil tahu. Dah merasa duduk London kena la ambil tahu. Esok-esok kalau orang tanya tak la malu. Duduk London saja tapi tak ambil tahu. Berapa banyak tahu daaa. Erk, sebab makan tauhu ke tadi. Kueng. kueng. kueng.

Sebelum menulis entry ini saya menggoogle apa sejarah tukar jam ni.

Ok, jadi ini adalah apa yang saya dapat. Terjemahan dari wikipedia yang telah dipendekkan oleh orang yang tak reti sangat BI. Saya sedang mencuba. Erk, kalau nak tahu lebih lanjut anda taip la Daylight saving Time. Mesti jumpa punya. Lepas tu baca puas-puas dan buat entry yang lebih bagus, padat dan tepat informasinya dari apa yang saya buat. Tolong buat entry dalam BAHASA MELAYU. Saya sudah membaca banyak web yang ditulis dalam BI. Jujurnya BM tiada. Atau saya yang tidak ketemu. Jadi kenapa tidak anda yang mampu menguasai dua bahasa membuatnya di dalam bahasa ibunda kita. Boleh kan? Eceeh, membodek pulak. Lepas tu beritahu saya. Boleh saya tumpang baca dan tambah info. Saya pandai merapu untuk memanjangkan entry saja. Kah kah kah.

Ini apa yang saya dapat dan faham. Jangan Gelak. Saya tahu ayat ini skema bila dibaca.

Daylight saving Time(DST) atau dikenali waktu musim panas adalah satu sistem yang mengkedepankan masa supaya waktu tengahari mempunyai lebih sinar cahaya matahari berbanding waktu pagi.Biasanya jam akan diubah awal satu jam apabila hampir kepada musim bunga dan diubah kembali kepada jam asal apabila tiba musim luruh. Kedua-dua kejadian ini akan berlaku pada hari Ahad terakhir bulan Mac dan Oktober setiap tahun.

Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah. DST biasanya digunakan di wilayah yang suhunya sederhana, kerana perbezaan yang cukup besar antara waktu hari terang berbanding gelap sepanjang musim di wilayah-wilayah tersebut.



Daylight saving time (DST) pertama sekali dicadangkan oleh Benjamin Franklin. Kemudiannya diperkenalkan secara serius pada 1907 oleh seorang jurubina bernama William Willet. Sejak itu banyak negara telah mengaplikasikan sistem ini di negara masing-masing.

Britain mula mengaplikasikan sistem ini antara 21 Mei dan 1 Oktober 1916.

Sistem ini pernah menjadi satu kontroversi. Ini kerana individu harus bangun dan tidur lebih awal daripada waktu yang biasa. Err, memang pun. Hehehee.
Dengan menambah cahaya matahari pada waktu tengahari memberi banyak faedah kepada industri perniagaan, sukan dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan cahaya matahari.DST berpotensi menjimatkan tenaga elektrik. Penundaan masa matahari terbenam dan matahari terbit mengurangkan pengunaan cahaya buatan manusia (cahaya lampu) pada waktu petang dan meningkatkan pengunaannya pada waktu pagi.

Pada tahun ini di UK DST bermula pada 29hb March 2009 Jam 12:59:59 pagi. Masa akan diawalkan ke jam 2 pagi.
Serentak dengan penukaran masa ini maknanya beza jam London dengan Malaysia ialah 7 jam. Hooreeyy.. Ada lebih masa untuk berym dengan kawan-kawan. Haisshh, bibik ni. Internet je memanjang. Err, tapi memang betul. Saya tak buat kerja belakang boss. Kak ct memang tahu saya ada blog, friendster, facebook dan fotopages. Kadang-kadang dia pun tumpang tengok apa yang ada dalam benda alah ni. Sporting kan boss saya. Eleeh, bodek lagi la tue.

Sesiapa yang berkenaan sila tukar jam anda kalau tak nak ketinggalan. Saya tak perlu sebab semua jam di rumah ini mempunyai radio kontrol. Dia akan bertukar dengan sendirinya apabila tiba waktunya nanti.

Errkk, pengsan la kalau saya nak menukar semua jam di rumah ni. Ewaaahh, dasar bibik pemalas. Hahaha. Wahai bibik-bibik sekalian, jangan ikut macam saya ya. Kerja rajin-rajin. Jangan main internet je memanjang.

Err, ada ke bibik lain baca blog saya. KAH KAH KAH. Gelak guling-guling.

Titik. Tutup entry.

Cop, kalau ada informasi saya yang salah sila tegur ya. Kesian pada mereka yang membaca info salah saya. Tolong tau..!

Saya Sayang Kamu.

Saturday, March 28, 2009

Hujung Minggu Yang Sejuk

Assalamualaikum wbt

Salam sayang dan rindu pada blog sendiri. Err, ye ke. HaHaHa. Lama tak mengupdate cerita. Tak ada cerita menarik. Bibik ada cerita menarik ke..?

Ada. Ada. Kejap nak fikir.

Err, shopping dekat car boot sale sampai tak ingat nak balik. Menarik kan!

Esok ada car boot. Dalam hati sudah ada bunga-bunga shopping. Jangan jeles.

Ok lah. Saya akan ceritakan apa yang terlintas dalam kepala saya sepanjang minggu ni.

Semalam datang angin rajin untuk membuat kuih. Bukan kuih baru nak belajar. Kuih yang dah pernah buat. Apa lagi kalau bukan Seri Muka yang berseri mukanya bila pertama kali dibuat. HeHeHe. kalau dapat mak mertua yang tak reti wat kuih. Confirm jeles. HaHaHa.

Kalau dapat yang terer pun, dia akan kata. LULUS ( warna merah bukan untuk gagal ke. highlight. biar bakal mak mertua nampak. erk, bakal mak mertua takkan baca blog ni. hahaha ) Boleh buat menantu.

Alamak, angkat bakul sendiri. Berat. Berat. Senget bahu nak angkat Hahaha.

Kali ni kak ct suruh buat lebih sebab nak bagi kat jiran sebelah rumah. Dah dua kali dia rasa air tangan saya. Pertama kali anak dia kata sedap. Masa tu bagi muffin. Kali ni tak tahu la apa reaksi mereka. Mereka bukan melayu okey. Bangla reti ke makan kuih seri muka. Aaarghh, hantam saja laah..! Kalau dibuang pun bukan saya tau. tapi sedih la kan kalau mereka buang. Hukhuk.. Dah la saya buat dengan penuh kasih sayang. Ceewaah. Ye ke?

Minggu ni tak keluar rumah pun. Setakat hantar Maryam depan rumah takde makna okey. Itu memang kerja seorang bibik yang baik. Eceeh. Perasan!

Kalau cuaca baik dan tidak terlalu sejuk. Ini lah aktiviti kami. Memberi sedekah biskut atau roti kepada itik. Bukan roti habis tarikh ye. Roti yang baru dibeli. Sebab tak sampai hati nak bawak sekeping dua roti untuk diberi makan kepada itik-itik yang ramai ini. Paling sedikit dua bungkus paling banyak tiga. Lebih dari itu sudah dikira membazir. Itik-itik itu sudah berlagak tak mahu makan.

Kalau malas sangat nak keluar ini lah aktiviti kami dalam rumah. Melayan dia menyusun block dan kemudian memusnahkannya.


Lepas tu dengan kuasa separuh veto menyuruh kemaskan balik semua mainan yang bersepah. Err, itu bukan kerja bibik ke? Hahaha.

Err, sebenarnya saya penat sangat minggu ni. Tapi mata tak boleh nak tidur balik walaupun peluang itu ada. Dah lama tak tidur selepas subuh. Oh, betapa nikmatnya tidur selepas subuh. Terkenang zaman sekolah dulu dan zaman mengajar. Syok oo.. Lagi-lagi kena pulak hari hujan. Perrggh, lagi laju selimut ditarik. Tapi sejak bekerja sebagai seorang bibik ni, tidur di waktu siang memang sudah lama ditelan dek zaman. Hahaha. Nak ikutkan kat sini lagi best. Dengan sejuknya. Katil yang empuk. Duvey yang sangat best tak terbayang. Nikmat tidur itu lagi dua kali ganda syoknya. Oii... cukup-cukup la tidur siang. Esok-esok mahunya mati laki kelaparan bila isteri terbongkang tidur lepas subuh. Err, nauzubillah. Simpang malaikat 44. Tak nak bayangkan akibatnya.

Semalam jugak, sudah berjanji dengan Maryam semasa makan. Kalau dia habiskan nasi. Adakah anda mempunyai kesabaran yang TINGGI untuk menyuapkan nasi selama satu atau dua jam kepada seorang kanak-kanak kecil setiap hari? Hari ni nak temankan dia bermain basikal. Tapi dengan cuaca sejuk sebegini, nampak gayanya janji tinggal janji la.

Sudah la. Nak cerita panjang lagi tak tahu la entry ini selamat diterbitkan atau tidak. Sedang menaip pun wireless buat perangai. Sekejap ada sekejap tiada.

Nampak gayanya sebulan saya perlu bersabar untuk guna balik pc dalam bilik tetamu. Takde harapan la nak bukak page banyak-banyak dengan laptop saya.

Arrghh, nak baca blog orang laju-laju. Tensen. tensen. Titik.

Saya Sayang Kamu. Err, kamu sayang saya tak? ( Tak malu tanya. Eh, bukan ke kasih sayang itu perlu diluahkan. Kalau disimpan siapa yang tahu. Melainkan anda boleh membaca isi hati dia.)

Wassalam.

Monday, March 23, 2009

Selamat Ulangtahun Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal
Selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
*******
Eceehhh.. jiwang berkarat-karat la pula. Tak pa la kan. Setahun sekali. Terima kasih awak. Insyaallah, habis tour Uk ni saya balik ok. 2010. Err, tambah setahun lagi boleh? Hahaha.
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan atas nikmat bertambahnya usia menjadi 27 tahun pada tanggal 22 march 2009. Sekali lagi saya berpeluang menghirup udara segar di hari lahir saya ini.
Semoga dengan bertambahnya usia ini, diharapkan diri ini akan menjadi lebih baik dari hari-hari semalam.
Sambutan. Takde pun. Ada la kek dalam peti ais yang dah berkurun beli. Takde sapa nak makan. Dah jemu.
Sambut depan internet tengok Af7 sambil buat entry ini. Hampeh je sidi nyanyi lagu Imran Ajmain. HoHoHo.
Semoga hari-hari esok saya sentiasa berada di bawah peliharaan Allah swt. Ameen.
Hadiah ulangtahun yang paling bermakna tahun ini. Selsema dan batuk. Moga-moga ini menjadi kafarah di atas dosa-dosa yang lalu.
Tahun ini hari lahir akan diraikan di Car Boot sale. Car boot yang pertama di tahun 2009.
Yahoo..! ops, dah tua. Senyum... Senyum sambil kenyit mata.
Memang akan shopping sampai habis duit.
Terima kasih atas ingatan anda di hari tua saya.

Friday, March 20, 2009

Balik Sekolah


Hari ni kena ambil anak-anak di sekolah sebab kak ct ada kursus di Central London. Memandangkan Fateh dah boleh berjalan tak payah la nak bawa push chair lagi. Kalau tengok aksi dia berjalan, amboi.. bukan main seronok lagi. Sampai memilih nak pegang tangan kakak-kakaknya. Bila Fatimah nak pegang tangan ditepisnya. Mahu dipegang oleh Syakirah saja. Sambil berjalan mulut tak henti-henti bercakap. Ntah apa yang diucapkan pun tak tahu. Atas ni gambar masa balik dari sekolah. Masa ni memang penuh bas dengan penumpang. Nasib dia tak menangis.



Inilah gambar buah hati pengarang jantung saya di sini. Mengenali mereka adalah sesuatu yang sangat berharga buat saya. Saya belajar bagaimana mahu mengawal emosi apabila berdepan dengan pelbagai kerenah mereka yang adakalanya membuatkan saya mahu naik suara. Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dengan baik. Terima kasih sayang.

Wednesday, March 18, 2009

Daffodils


Assalamualaikum. Salam sayang buat semua.

Hari ni saya keluar lagi. Selepas Maryam ke nursery saya pun bersiap-siap nak ambil gambar bunga daffodils yang sedang seronok berkembang.

Pergi kami naik bas. Sebab jauh juga tempat yang saya nampak daffodils banyak berkembang. Tapi masa balik kami jalan kaki. Punya la seronok berjalan tak sedar bila sampai rumah tengok jam, mak ai 2 jam kami berjalan. Punya la lama. Kalau tengok ateh 3 hingga 4 kali terjatuh. Sian dia. HEHEHE. BAlik rumah tak lama lepas rehat terus tertidur. Tu yang suka kalau bawa dia jalan. Balik rumah tak payah suruh pun dia akan tidur sendiri. Memang dah penat sangat.

Saturday, March 14, 2009

Cherry Blossom

Assalamualaikum.

Tengahari tadi bawa Fateh berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan ni. Kat sini jalan la pagi ke, tengahari masa matahari atas kepala atau petang takkan keluar peluh setitik pun. HEHEHE. Yang sakitnya bila terkena sinaran terik matahari je. Jadi masa ni la nak melaram cermin mata hitam. Melaram KE? Entah. HAHAHA.
Masa tengah seronok berjalan, ternampak la sebatang pokok cherry blossom yang sedang seronok mengeluarkan bunga. Memang tengah lebat.


Kalau selalu orang yang jadi model kamera saya. Kali ni bunga pula mengambil tempat. Seronok oo.. Tak payah nak suruh posing. Kita yang posingkan dia. HEHE.


Petang tadi pula, kak ct tunjuk gambar bunga daffodil tengah berkembang di Hyde Park. Geramnya tengok.
Rasa-rasanya berani tak nak pergi Hyde Park sorang-sorang Ahad ni.
Ehm.. Sambil mengenyit mata. HAHAHA
Tunggu je la.

Wednesday, March 11, 2009

Tempe


Malam semalam kawan akhi fauzi hantar tempe ke rumah. Sepuluh bungkus semuanya.
Ada satu cerita tentang si pembuat tempe.
Pada suatu hari tempe yang dibuat tidak menjadi. Tempenya memang menjadi kesukaan ramai. Dia sangat sedih kerana pada hari itu dia tidak mampu untuk membuat tempe yang dikehendaki pelanggan. Ini bermakna tiada lah hasil jualan untuknya pada hari tersebut. Apabila pelanggan bertanya tentang tempenya dia menjawab, Innalillahiwainnailaihirajiun. Yang mana bermaksud tempenya tidak menjadi. Dia tawakal sahaja pada Allah. Moga-moga ada pelanggan yang mahu membeli tempenya. Sudah menjadi rezekinya pada hari itu, ada seorang wanita yang mahu membeli tempe yang belum menjadi. Katanya mahu membawa ole-ole untuk anaknya yang berada di luar negeri. Jadi dia mahu tempe yang belum menjadi supaya apabila dia sampai di tempat anaknya tempe itu sedang elok menjadi. Wanita itu membeli kesemua tempe yang dibuat oleh si pembuat tempe.
Moral - Yakin rezeki itu datangnya dari ALLAH.
Jadi petang tadi goreng tempe letak bawang putih, kunyit dan garam. Memandangkan hari ni akhi fauzi tak kerja. Jadi dia dengan Fateh yang makan tempe tu dulu.
Habis tempe ini dimakan oleh mereka. Kak ct dengan Syakirah yang balik dari jumpa doktor gigi pun tak sempat nak merasa. Tak sempat pun nak buat sambal kicap. Eh, bukan tak sempat tapi MALAS.
HaHaHa.
Bibik MALAS.

Pejabat Pos


Ini cerita semalam. Kena cerita hari ni jugak. Kalau cerita esok dah basi..

Semalam hajat nak keluar ke pejabat pos. Nak hantar kad ucapan hari lahir untuk anak saudara saya di Malaysia. Maaf sayang..hadiah mak lang pos kemudian ya..!

Memandangkan akhi Fauzi pun cuti semalam. Jadi mudah la nak tinggalkan Fateh di rumah. Seusai solat Zohor saya pun keluar dari rumah. Ehm..buka je pintu rumah angin sejuk menyapa muka. Nampak gayanya walaupun dah masuk musim bunga tetapi sisa-sisa angin sejuk masih terasa. Walaupun sejuk tapi saya masih juga berjalan sambil menikmati cahaya matahari. Maksudnya, jalan tapi bukan berlenggang okay. Saya ni jalan mana ada lenggok..takde gaya langsung. Sampai je di perhentian bas yang takde tempat duduk. Maknanya kena berdiri. Nasib bas datang setiap 10 minit. Tak sempat nak lengguh kaki.

Pejabat pos di sini menumpang dalam kedai alat tulis. Jadi saya pun berpusing mencari sampul surat yang dikehendaki. Nampak gayanya semua yang dijual jenis bubble. Dalam hati ni malu nak tanya kat kaunter. Lagipun ramai pulak orang yang tengah beratur nak membayar. Kaki ni sambil berjalan, mana la tau boleh tanya kat sesiapa yang lain. Sampai di rak kad ada seorang perempuan sedang menyusun kad. Lagak gaya tak macam nak beli. Dengan beraninya saya pun menegur..


Are you working here?

Yes..

Do you have envelope like this? sambil menunjuk sampul surat yang saya bawa.

Yes. Behind the counter.

Thank you.

Kepala saya menjengah bahagian belakang kaunter. Tak nampak pun rupa sampul surat. Ish..betul ke perempuan ni. Ke saya yang salah dengar. Mulut ni segan lagi nak tanya kat penjaga kaunter. Dengan lagak selamba saya jalan lagi di rak sampul surat. Mana la tau saya terlepas pandang ke kan. Cari punya cari memang takde.

Bila saya jengah kepala di kaunter, takde orang beratur nak membayar. Saya cepat-cepat pergi tanya. Rupa-rupanya behind tu dia letak kat bahagian bawah meja. Memang la sampai bongkok tiga pun tak nampak. Saya pun tanya la ada tak sampul surat yang dikehendaki. Dia tunjuk yang saiz A4 punya sampul. Mak ai... dari yang kecil terus jadi besar. Takde yang sedang-sedang.

Dipendekkan cerita, saya pun beli la sampul surat bubble. Lepas siap masukkan kad terus saya beratur. Mula-mula ada dua orang yang beratur di hadapan saya. Ok la..tak ramai. Belakang takde orang. Tapi tak lama kemudian ramai la pulak yang beratur. Dalam hati risau jugak. Minta- minta la takde apa yang berlaku di kaunter nanti. Buatnya saya tak faham dia cakap apa. Tak ke haru..

Alhamdulillah, selesai urusan di kaunter. Untuk menyelematkan keadaan dari tidak memahami berapa harga semua setem. Saya pun memberi wang besar. Sedangkan dalam uncang ada berlambak duit syiling kalau nak di kira di kaunter mesti terkial-kial punya.

Sekarang tiba lah saat untuk menampal setem. Sekali lagi saya melilau mencari gam ataupun bekas air untuk menampal setem. Kalau kat Malaysia kan ada bekas span kecil yang kita boleh celup setem dari menggunakan AIR LIUR. Nampak gayanya memang takde. Sudah.. saya dah berkira-kira nak beli gam. Tapi bila melilau mencari tak pula jumpa gam.

Nampak gayanya dengan hati separuh rela saya pun menggunakan air liur untuk menampal setem. JANGAN BAYANGKAN.. Tak best langsung aksi itu. Lagi meloyakan ada la. Dah lama meninggalkan zaman mengepos surat-menyurat.

Sekarang tinggal satu lagi masalah. Kalau kita nak menghantar surat ke luar negara kan ada sticker BY AIR MAIL par avion. Jadi saya dah jilat sticker tu tapi apasal tak terasa gam di belakangnya. Dua tiga kali juga la saya menjilat tapi masih juga takde gam. Dalam hati dah kacau. Apa la saya nak buat ni. Saya pun mencari pembantu kedai lagi. Nak tanya kot ada la gam percuma yang boleh dipinjam. Jadi saya tanya la dekat seorang lelaki..
Sir..do you have a free glue?

What?

Free glue. I want to stick this one. Sambil menunjuk sticker biru BY AIR MAIL.

Oh no.. you just peel off..

Sambil kebenggongan mengucap


Thank You.
Ya Allah.. Tuhan je tahu betapa nak gelaknya saya dengan aksi bodoh saya hari ni. Kenapa la saya tak terfikir langsung nak belek sticker tu. Yang saya tahu nak jilat je..

Sepanjang masa selepas itu mulut saya memang tersenyum mengingatkan apa yang berlaku. Betul-betul membuatkan saya tergelak sorang-sorang.

Haii..Irma...irma..

Selesai urusan di pejabat pos saya berhajat ke Superdrug. Selepas membeli ubat jerawat saya pun pulang dengan berat hati. Dalam hati memang nak berjalan lagi tetapi masa tidak mengizinkan.. Kena cari masa dan hari lain kalau nak berjalan lagi.

Sampai je rumah terus naik atas masuk pejabat. MASAK..! :)

Tuesday, March 10, 2009

Keunggulan Mukminah





Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH

menjalin agung sebuah cinta

menafkahkan hartanya fisabilillah


aku ingin sezuhud FATIMAH

akur tanpa jelak setiap perintah


aku mengagumi dan mahukan

gedung ilmu SITI AISHAH


aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR

menggendong puteranya yang masih merah

di tanah padang pasir yang merekah


bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda

fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA


pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH

tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah

biar tersingkap segala hijab

dua cinta takkan bersatu dalam satu hati

lantas ku serah cinta ini

untuk yang MAHA MENGASIHI


pasrahku pada mehnah perjuangan

bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI

terluka, terseksa, terpenjara

terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku

teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah

demi Islam bukannya menyerah galang-gantinya


atau setidaknya aku mengimpikan

hidup semulia MARYAM JAMEELAH

berteman pena menongkah arus kepayahan

ruh jihad ini perlu disemarakkan

dan biarlah aku yang menyemarakkannya


redhalah aku…redhalah aku..redhalah aku...

menjadi sayap kiri perjuangan


kan ku teguh menatang

serikandi ummah

hanya kerana Islam merindui

kemunculan peribadi

mukminah, muslimah, mujahadah yang rela mati dalam keunggulan iman

terpanggung gagah bagai harumnya pusara MASYITAH


TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN……

Sunday, March 8, 2009

Selamat Datang Musim Bunga 09








koleksi gambar musim bunga 2008
tunggu kedatangan gambar edisi 2009

.......la...la...la.....

***suka sangat***

dalam hati tumbuh bunga

daffodil

tulip

rose

Hujung minggu akan dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan

Hyde Park

Regent's Park

Greenwich Park

Green Park

Semoga Allah berikan saya kesempatan untuk menikmati musim bunga tahun ini

Ameen..