Tuesday, August 31, 2010

Resepi Oreo Cheese Cake.

Assalamualaikum wbt...




Cuti dah habis. Alhamdulillah, Tujuh hari bersama keluarga sepupu. Banyak pelajaran dan pengajaran yang saya dapat di sana. Macam-macam. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak sepupu saya tiga lelaki dan bongsu perempuan. Adoii, gamat rumah dibuatnya dengan kerenah mereka.

Nama ja cuti tapi masih lagi tolong buat kerja-kerja rumah. Tolong sepupu memasak. Mengemas. Kadang-kadang saya yang menguasai dapur tu sambil dibantu oleh sepupu. Ahaa, melampau kan. Dapur orang pun buat macam dapur sendiri. Ikut suka hati ja nak ubah barang. :P


26 hb lepas ulangtahun perkahwinan Kak Linda dan Cik Din yang ke 10. Semoga perkahwinan yang terbina akan dilimpahi dengan barakah, rahmah dan mawaddah hingga ke syurga. Insyaallah. Demi meraikan mereka, saya sempat bakar sebiji Oreo Cheese Cake. Cheese Cake lagi! =)

Sementara ingat resepi dalam kepala. Baiklah saya kongsi sama-samakan.




Bahan-bahan untuk dasar biskut :

2 cawan penuh biskut Oreo ( kalau suka tebal. Lebihkan lagi)
2 sudu besar  butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan untuk Cheese Cake :

2 bekas soft cheese jenama Philadelphia ( 300 gram setiap bekas)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan (belah 4)

Hiasan (takda pun x apa) :

1 paket kecil milk chocolate
1/2 cawan whipped cream


Cara untuk membuat dasar kek :

1.  Hancurkan biskut yang dah dikeluarkan krimnya. Kalau ada pengisar kering lagi senang. Cepat kerja. Nak kerja renyah pun ada. Masukkan biskut dalam plastik. Kemudian ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai. hehe.

2.  Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan brown sugar dan serbuk kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal. Kalau anda tambah kuantiti biskut. Makanya silalah tambah sedikit lagi kuantiti butter ya.

3.  Kemudian tekan di atas loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak.

4.  Sejukkan di dalam peti ais sebentar. Kemudian bolehlah teruskan dengan kerja-kerja membuat adunan cheese.


Cara-caranya :

1.  Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik untuk memudahkan kerja-kerja memukul. Sebaiknya satu jam atau dua sebelum kerja-kerja memasak dimulakan.

2.  Pukul cheese dengan menggunakan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Sehingga cheese benar-benar kembang. 

Kalau takda mixer pun tak apa. Gunakan tangan yang Allah berikan untuk tujuan memukul. Memang susah sedikit. Pengalaman saya membuat cheese cake dengan menggunakan manual (baca:tangan). Masa yang diambil untuk memukul cream cheese sahaja ialah 20 minit ya kawan-kawan. Ada berani kah? ;)

3. Bila cheese dah kembang. Masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit lagi. Bila nampak gula dah sebati denga cheese kira ok la.

4.  Seterusnya masukkan sour cream dan terus memutar untuk jangka masa 3-4 minit lagi. Tak perlu putar lama-lama. Cukup sekadar bahan tu sebati. Lepas ni nak putar bahan lain lagi.

5.  Kemudian, masukkan tepung, jus lemon dan esen vanilla. Teruskan kerja-kerja memutar lagi ye. Kali ni tak perlu lama. 1 atau 2 minit dah cukup.

6.  Kaupkan bahagian tepi bahan yang kurang mendapat kasih sayang mixer.

7.  Pecahkan telur sebiji. Putar selama 1 minit. Kemudian pecahkan sebiji lagi. Putar 1 minit. Pecahkan telur yang terakhir dan pukul lama sikit. 2-3 minit.

Untuk terakhir kali. Kaupkan semua bahan supaya sebati dan bersatu dengan yang lain. Bersihkan tepi-tepi mangkuk yang bersepah akibat dari percikan semasa memutar.

Keluarkan bekas yang mengandungi dasar kek. Patahkan biskut Oreo dengan menggunakan pisau untuk mendapatkan pecahan yang cantik. Tapikan, bila dah tenggelam dalam adunan. Tak nampak dah pun cantiknya. kehkehkeh.

Untuk membakar :


Gunakan kaedah water bath. Rujuk entry sebelum ini. Di sini.

Suhu yang saya gunakan ialah 150' C atau untuk gas pada tanda no 4 selama 45 minit. Sekiranya menggunakan dapur gas. Anda perlu tambah 10 minit sekiranya kek menampakkan tanda-tanda masih lembik sangat di tengah apabila digoyangkan.

Kemudian tutup api oven. Keluarkan aluminium foil. Kalau tak nanti kek lembab kat bawahnya. 


Biarkan kek di dalam oven selama 2-3 jam sebelum dikeluarkan. Masa ni bila digoyangkan bekas akan nampak seolah kek belum masak sepenuhnya. Tak apa. nanti bila dah dibiarkan 2-3 jam lagi selepas api ditutup. Kek akan masak lagi dengan saki baki panas yang ada.


Selepas tu masukkan dalam peti ais. Nak bagi sejukkan dia sebelum dimakan. Paling kurang 4 jam.. Kalau buat malam. Esok pagi boleh makan dah. Kalau tak sabar. haha.


Pengalaman saya. 4 jam tu dah ok la. Kalau lama sangat nanti susah nak keluarkan. Dia dah melekat kat tepi loyang. Nanti tak cantik bila nak keluarkan. 

Untuk hiasan :

Kalau tak nak letak ganache atau coklat cair pun tak apa. Terpulang. 

Kaedah satu :

Pecahkan satu peket kecil milk chocolate kepada ketulan kecil. Cairkan menggunakan kaedah double boiled atau masukkan ke dalam microwave selama 20 saat. Keluarkan kacau. Kalau masih berketul, tambah lagi 10 saat. Jangan dicairkan terlalu lama. Nanti hangus coklat tu ye kawan-kawan.

Bila coklat dah cair. Masukkah whipped cream dan kacau sehingga sebati.

Kaedah dua :

Masukkan whipped cream dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

Tuang ke dalam mangkuk yang berisi coklat. Kacau sehingga coklat cair kesemuanya.

Tuangkan atas Oreo Cheese Cake yang sudah dikeluarkan dari loyang. Biarkan sejuk selama sejam.

Kemudian boleh di hidang.






Tadaaa... 


Inilah sepotong Oreo cheese Cake yang menjadi santapan sahur saya. hehe.



Selesai ketiga-tiga resepi cheese cake yang saya pelajari dari Dina.




Berapa ramai dah yang merasa kek ni. Sampaikan saya dah boleh menderhaka kalau tak cukup bahan. eheh. Terima kasih Dina!


Akhir kata...


Selamat mencuba.

=)


Monday, August 30, 2010

10 Malam Terakhir Ramadhan...

Assalamualaikum wbt...



Pencarian bermula... 

Moga Allah permudahkan urusan untuk kita melipatgandakan ibadah di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini.

~ameen~

Thursday, August 26, 2010

:: York ~ Part 1 ::

Assalamualaikum wbt...


Selamat datang ke Yorkshire, United Kingdom. Anda bersama saya pemandu pelancong yang akan membawa anda menjelajah sekitar tempat-tempat menarik di sini berdasarkan gambar yang diambil.

Cheewaaahhhh.... ada gaya pemandu pelancong ke? atau gaya tukang karut saja. haha.

Serius.

Sudah lama saya simpan hasrat untuk datang ke York. Melihat bangunan lama yang cantik terpelihara. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt dapat jugak saya menjejakkan kaki ki sini bersama Salimah. 

Terharu.

Destinasi pertama. National Railway Station.

 Percuma. 

Tak perlu risau. Nak duduk dari pagi sampai petang pun tak pa. 

Takda masalah. 

Ehhh... jangan la duduk saja. 

Rugi. 

Pusing-pusing la tengok keretapi yang digunakan sejak zaman arang batu sampailah keretapi bullet yang paling laju kat Jepun tu. 

Semua ada.


Ini adalah pintu pagar Euston Station tahun 1838 di London.


Keretapi arang batu untuk tujual komersial. Dengan bayaran 1 pound tak silap. 

Boleh naik merasa tak sampai 10 minit pun.


Koc keretapi lama. 


Salah satu bangunan lama yang dijadikan hotel.


Lepas habis pusing muzium, baru kami ambil York City Sightseeing. Best la jugak. Duduk atas bas sambil dibawa pusing-pusing bandar York.

Salimah punyalah letih duduk sampai sempat tidur seround. eheh.



Bersihkan sungai dia?

York Minster dari jauh.


Clifford's Tower


Budak comel yang malu-malu bila saya ambil gambar. 



Saya suka bangunan lama. 

Jadi apa saja yang menarik di mata saya ambil saja gambar.










York railway Station









York terkenal dengan nama York city walls. Ia adalah peninggalan sejak zaman Roman lagi. Dulu digunakan untuk tujuan pertahanan tapi sekarang dikekalkan sebagai salah satu dari tarikan pelancong.

Ada juga wall yang boleh digunakan untuk tujuan pejalan kaki.

Nak tahu lebih lanjut pasal wall ni. Meh baca di sini.








Wednesday, August 25, 2010

Balik Kampung. Hurraayy!

Assalamualaikum wbt.


Salam Ramadhan Kareem. 

Ketika anda membaca entry ini saya dalam perjalanan balik kampung. 


Hurraayy. alhamdulillah. 


Selepas  10 bulan tak menjenguk keluarga sepupu walaupun tak la berapa jauh pun rumah kami. 


Sibuk nau bibik ni. 


;P


Duk tegur sapa kat FB ja. hehe.

Tolak tambah 2 atau 3 jam perjalanan. Eheh, macam nak balik kampung Parit Jamil je kan dari KL.

Jadi selama 4 hari ni tolong tengok-tengokkan blog saya ni ya. 

Tak yah sapu sawang pun tak pa. eceh. 

Kalau terliur tengok resepi. Cubalah ye.

Nanti kita sama-sama dapat pahala.

=)








Ahaa... siapa pernah datang London mesti dah pernah tengok tube map ni kan. Saya dulu pun masa mula-mula terhegeh-hegeh nak tengok peta. Sekarang, ALHAMDULILLAH. Peta dah duduk dalam kepala. Bukan semua. Tempat-tempat yang biasa pergi je.

Ok. Kalau nak tahu kat mana rumah sepupu saya. Kalau nak tengoklah kan. Tak nak pun tak apa.

Woolwich Arsenal terletak di bawah peta belah kanan. Zon 4.

Uxbridge pulak di bahagian atas belah kanan. Zon 6.

Hujung ke hujung.

Tak apa. Demi saudara yang sama-sama merantau di negara orang. 




Tata.

Ramadhan Kareem.




Tuesday, August 24, 2010

Kueh Lopes.

Assalamualaikum wbt.


Stok beras pulut kat ofis (baca:dapur) saya memang banyak. Rasanya sampai tahun depan takkan habis kalau setakat buat Kueh Seri Muka. Jadi projek berganda pun bermula. Hari yang sama, saya buat 2 jenis kueh yang menggunakan bahan yang sama, pulut. 

Senang ja nak buat kueh lopes. Cumanya kat sini kami takda daun pisang nak balut pulut. Jenuh jugalah bermain dengan pulut nak jadikan dia bentuk bulat-bulat. Sekejap-sekejap melekit tangan dengan pulut. Memang mengalirlah air tangan saya di setiap biji kueh yang terhasil. Tu pasal laku sat ja masa dihidang. eheh. Almaklumlah kami ni takda bazar ramadhan. Siapa yang buat kueh melayu masa ifthor jamaie memang sangat laku.

Resepi Kueh Lopes.


Cara-cara :

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1/2 cawan air pandan (kisar)
1 sudu teh air kapur (saya tak letak)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pandan paste

kelapa parut (isi putih sahaja) dan garam untuk digaul dengan lopes.

Air Gula Merah.

1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
3 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara :


1. Basuh dan rendamkan beras pulut selama 2-3 jam dengan air kapur sebelum dikukus. Saya tak letak pun air kapur. Rendam biasa sahaja.

2. Campurkan kesemua bahan kecuali kelapa. Kukus selama 30 minit. Selepas 30 minit, kacau pulut untuk memastikan ia masak sekata. Kalau pulut tak cukup masak lagi. Tambah 10 minit lagi masa mengukus. 

Sekiranya korang rendam sekejap sahaja pulut. Bolehlah dibiarkan pulut tu dikukus lebih lama. Bila diperiksa ia lembut seperti nasi.

3. Bila dah masak, sejukkan seketika sebelum dibentuk menjadi bulat.

4. Satu cara : lumurkan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sejemput besar pulut. Bentukkan menjadi bulat. Buat sehingga habis. 

Part ni kena sabar banyak ye. Pengalaman saya, 2-3 biji sekali saya kena basuh tangan. Pastu lumur balik minyak. Bila melekat tangan dengan pulut. Basuh balik tangan. Lumur minyak. Ulang sampai habis.

Cara dua :  Gunakan penutup bekas Nescafe untuk membentuk jadi bulat. Alas dengan plastik untuk mudah masa keluarkan pulut. 

5. Masak kesemua bahan untuk air gula merah sehingga mendidih.

6. Bila nak makan, gaulkan lopes dengan kelapa. Tuangkan air gula merah ke atasnya. 



Jom makan!

Resepi asal diambil dari Tok Guru Hana. Pastu pandai-pandailah anak murid derhaka. huahuahua.


Sunday, August 22, 2010

Tau Fu Fa.

Assalamualaikum wbt...


Salam Ramadhan buat semua. Dah masuk hari yang ke 12 di sini. Alhamdulillah puasa di musim panas tahun ini tidak menjadi beban kepada kami. Bayangkan ya. 17 jam berpuasa. Bermula jam 3.30 pagi sehingga 8.30 malam. Lama kan. Tetapi, Allah tu Maha Adil. Maha Penyayang buat hamba-hambaNYA. Sepanjang 12 hari berpuasa di sini, cuaca tidak menggambarkan musim yang sebenarnya. Setiap hari cuaca mendung, sejuk dan kadangkala hujan renyai turun seketika. Jadi 17 jam tidaklah membebankan sebenarnya. 

Kalau Maryam mampu menghabiskan 2 hari berpuasa selama 17 jam. Memang sangat memalukan bagi mereka-mereka yang beratur membeli nasi bungkus di bulan Ramadhan. Allahuakbar. 

Hari ni nak kongsi resepi lagi. Semalam kami menganjurkan majlis berbuka puasa sesama kawan-kawan dari Malaysia yang berada di sini. Salah satu menu 'istimewa' yang berjaya saya sediakan ialah Air Soya dan Tau Fu Fa. Seronok tak tahu nak katalah kan. Dalam hati terloncat-loncat seronok. Apalagi bila mendengar komen dari kawan-kawan. Ada yang kata, 'Boleh buat bisnes balik nanti.' 

Moga kerajinan untuk mencuba masak di sini akan berpanjangan sampai di Malaysia. Bukan apa, saya takut nanti dah ada di Malaysia. Seronok hulur duit sana sini nak makan. =)


Resepi Tau Fu Fa.


Bahan-bahan :

2 liter pati air soya dari perahan yang pertama. Masak sampai mendidih.

1 sudu teh GDL

2 sudu besar tepung jagung

1/2 cawan air


Cara-cara :

1. Bancuh GDL, tepung jagung dan air dalam satu bekas kecil.

2. Masukkan pati air soya yang dimasak dalam satu jag.

3. Sediakan satu bekas atau periuk untuk membekukan tau fu fa.

4. Dengan menggunakan nikmat 2 belah tangan yang Allah berikan, sebelah kiri pegang bancuhan GDL, tepung jagung dan air. Sebelah kanan pegang jug pati air soya.

Masukkan keduanya serentak dalam bekas. Kacau dengan sekali pusingan. Kemudian tutup dengan kain tuala dan penutup periuk.

5. Biarkan selama 1 jam untuk tujuan pembekuan.

Bila dah beku, boleh buang air yang ada. Sedap dimakan semasa panas atau sejuk dengan air gula merah atau air gula putih.

Alhamdulillah, percubaan pertama saya menjadi. Percubaan tapi buat 4 liter. Memang percubaan berani mati ni. ehehh.


Mulanya saya takut juga bila membaca entry blogger yang pernah mencuba buat Tau Fu Fa ni. Pheeww... cuak jugak kalau tak jadi. Sapa nak makan?

Tak lama kemudian, masuk ofis saya tawakal sahaja. Jadi tak jadi itu dah jadi NO 2. Yang penting cuba dulu.

Begitulah alkisahnya... dengan izin Allah swt. Percubaan pertama saya menjadi dengan baik. Nak tengok rupa dia macamana.


Jeng.... Jeng.... Jeng.....



30 minit selepas ditutup, punyalah tak sabar. Saya intai sikit dan goyang-goyangkan periuk. Uisshh.. lembik lagi. Tak pa. Tak pa. Sabar. Tunggu lagi 30 minit.

Lepas 1 jam. Inilah hasilnya. Tadaaaaaa....




Perghhh... sedap. Lagi-lagi bila sejuk. Pagi tadi masa sahur sempat lagi makan semangkuk. Memang berbeza kalau makan yang sejuk dan yang panas. Wallaaaahhhh..!

Dek kerana teruja tengok video inilah semangat untuk mencuba tu ada. Nampak senangkan. =)




Selamat mencuba ya.