Monday, October 31, 2011

Tempahan penutup Oktober.

Assalamualaikum wbt.































Terima kasih buat semua pelanggan yang menempah kek di atas dengan saya.

Sunday, October 30, 2011

Beli barang sebab nak hadiah.

Assalamualaikum wbt.

Hari semalam pergi Jusco nak beli barang pavlova.

Malas nak perjudikan tenaga berjalan ke Econsave KL Festival.

Mencari buah yang belum tentu ada.

Baiklah pergi Jusco yang memang dah pasti ada kan.

Lepas je selesai ambil dan timbang buah semua. Nak bayar.

Saja la kan, jadi mak-mak.

Belek barang.

Tengok harga.

 Banding harga. Tipu. Minah ni TAK PERNAH banding harga.

Apa yang dia tahu. Ambil. Bayar.

Kemudian.... ---------------------> Tiba-tiba... minah ni terpandang dekat satu barang.

Terpegun. Terdiam. Terpaku. Terpesona. TER... TER... TER...

Semua TERrrrrrrrrrrr lah ada dalam hati minah ni.

Pentingnya. Minah ni TERingin nak beli barang tu.

Kalau ikutkan keperluan minah tu (sayalah) takde lah terdesak pon nak pakai barang tu.

Disebabkan tawaran yang diberi membuatkan minah tu

(ehhh.. penat ahh guna minah-minah ni..! ;P)

ambil satu. Terus tanpa fikir dua kali ( kalau fikir dua kali mesti letak balik)

terus cepat-cepat pergi kaunter.  Nak bayar.

Apa la yang dibeli dek Irma ni..?



Sos Spaghetti Prego.

Saya bukan nak sos dia sangat.

Lebih TERuja nak dapat pengepit spaghetti tu.

Nampak menarik plak. Kaler merah. :)



Amacam... ada sesiapa yang tertawan sama..?? hihii.


Tak mahal pun. RM7.90 untuk dua tin.

Saya dah nampak korang yang senyum-senyum sambil baca entry ni.

Ya lah... kita geng kan..!

Beli barang sebab nak hadiah.

Betul dak..? tehee. ;)

Saturday, October 29, 2011

Hari ini. Jam 3.13 petang.

Assalamualaikum wbt.


Tingkat 12, PV12.

Rumah Danau.



Alhamdulillah... Thanks Nani.

Wednesday, October 26, 2011

Saya panggil Sambal Jawa.

Assalamualaikum wbt.

Semalam sebelum balik rumah mak boleh saya tanya, 'mak masak tak hari ni?'

Bila mak jawab masak. Saya terus kata nak balik makan. Perut dan dan tu jugak bunyi. Lapar.

Sampai rumah terus terjah dapur. Buka tudung saji tengok ada sup ayam. Ikan goreng. Sambal Jawa.

Ya Allah... sedapnya..!!

Sampai sanggup suruh mak tunggu kejap. Nak makan dulu.

Dah siap makan. Baru kami keluar pergi Kg Pandan.

Hari ni saya teringat-ingat Sambal Jawa.

Teringat sampai membawa saya masuk ke dapur hari ni. hehe.




Resepi Sambal Jawa.

2 genggam ikan bilis

5 biji bawang merah dihiris

3 biji bawang putih dihiris

7 biji cili padi dibelah tengah- nak pedas lebih tambah lagi 3 biji.

seketul belacan - anggaran sebesar ibu jari.

Cara-cara :

Goreng semua bahan dengan api yang panas. Satu persatu ya.

Kemudian tumbuk. Saya tak suka lumat sangat. Sekadar nak bagi bersatu ja. Macam dalam gambar.

Makan dengan nasi panas. Saya gerenti bertambah nasi. :)

Saya panggil Sambal Jawa. Ada ke nama lain lagi..?

Sebab kalau Google Sambal Jawa lain la pulak rupanya.

Apa yang pasti sambal ni adalah menu wajib bawak balik masa duduk KUSZA. :)

Tuesday, October 25, 2011

Iskk.. Rupanya korang ni adik beradik jugak ye.

Assalamualaikum wbt.


Minggu ni saya takde tempahan pavlova.

Cuma saya nak buat sebab dah janji dengan pemilik Yumi Bakeri nak bagi dia rasa.

Dia tanya saya duk beli kotak dan papan alas banyak untuk apa.

Saya bagitahu kotak dan alas papan untuk letak pavlova.

Dia tanya, 'apa tu?'

Saya pun jawab,' prom.. prang.. prom.. prang ------------ > its a dessert.'

Korang pun dah tahu kan.

Sejak hari Ahad saya buat sebiji. Bila dah masak dia tak jadi macam selalu saya buat sebelum ni.

Bila dah masak. Dah sejukkan. Kulit dia masih lagi melekit dan tak nak garing. Bila saya check bahagian dalam dia masih lagi berair.

Puas saya fikir kenapa. Ya... KENAPA...!!!!

Geram ok. Tak pernah pun sebelum ni dia buat perangai.

Saya tengok balik resepi. Kot saya salah atau terkurang letak bahan.

Betul je semua. Takde derhaka kat mana.

Saya sedih. Sedikit tertekan jugak. Saya masih tak jumpa kat mana punca.

Saya masih mencari sebab dan punca melalui pembacaan.

Baca. Baca. Baca. ---- > TAK JUMPA...!!!

Sampailah hari ni. Petang ni secara tepatnya. Bila saya Google lagi pasal meringue.

Saya jumpa artikel ni. Aaaarrghhhh... Rasa nak menjerit je tau.

Rupanya faktor cuaca pun main peranan jugak.

Making meringues on a humid day Try and avoid this if possible. The sugar in the meringue attracts moisture and makes it chewy. It may take longer for the meringue to bake and dry out in the oven, too.
Artikel penuh baca di sini.

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah yang sama dengan saya. Jadi sekarang korang tahu lah sebabnya apa kan.

Tu sebab saya kata macaron dengan pavlova ni adik beradik.

Siapa yang buat macaron tahulah macamana jadi kalau bancuh macaron dalam cuaca mendung. Lembab. Hujan.



Sama rupanya dengan pavlova. Haiiishhh... cerewet jugak rupanya korang ni. :)

5 biji Dua Ringgit dik..!

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya balik rumah mak.

Masa balik dari Kg Pandan, saya nampak gerai jual goreng pisang kat tepi bus stop.

Dah lama akak tu tak buka gerai.

Alang dia dah buka, saya pun pergi la beli.

Sampai kat gerai macam-macam ada. Rambang mata.

Saya tanya, 'berapa ni kak..?'


"5 biji dua ringgit dik..!"

Nasib la kau sedap kuih. Mahal pun takpa.

Untuk yang tak tahu. Kuih ni namanya Kuih Lompang ye. Sedap..! :)
Assalamualaikum wbt.


Siapa terasa tak payah angkat tangan. Saya yang terasa pun tak angkat tangan.


Yang atas tu takde kena mengena dengan saya sekarang. Masa depan. Insyaallah.
Macam saya masa kecik dulu, abah yang ajar ngaji.
Sampai nangis-nangis selagi tak betul bacaan.
Takut sangat. Malu sebenarnya. Sebab suara abah mengaji satu kampung boleh dengar.
Alhamdulillah, bila besar ni mak pula ambil alih. Perbaiki bacaan bila ada kelapangan.


Ahaaa. Ayat warna pink tu memang kena dengan saya.
Sangat kena dengan batang hidung sendiri.
Dush...
Serasa saya kebanyakan budak asrama bila balik rumah, memang kerjanya cover tidur.
Konon masa duk asrama tak cukup tidur lah kan. alasan.
Bila dah makin besar, perangai ni berkurangan.
Makin tua dah ada anak rasanya tak de la sampai tengahari kan.
Paling lewat pukul 8 dah masuk dapur buat sarapan.
Pssstt... kes saya boleh dikecualikan la ye. Biasanya saya akan berjaga buat kek.
Lepas Subuh baru saya tidur. ~lalalaa~


Ini ujian Allah pada kita hambaNya. Terutama perempuan.
Dari pemerhatian saya, ada orang dia belajar ilmu agama nun sampai jauh ke Timur Tengah sana.
Bila balik Malaysia. Bekerja. Berubah. Terpengaruh dengan persekitaran.
Ada orang belajar di negara Barat. Amerika. England. Australia.
Balik Malaysia, masya Allah. Ilmu dan peribadinya kalah orang yang belajar di Al-Azhar.
Maaf andai ada yang terasa. Ini kenyataan.
Bagi saya, ilmu bukan hanya untuk mendapatkan kerja yang baik.
Pentingnya untuk diamalkan dalam kehidupan.


Bagi saya payah tu sebab banyaknya pengaruh semasa.
TV. Radio. Internet. Paling besar ---> Facebook.
Tak yah kata orang. Saya pun sama.
Alasan. Sat la. Kejap je.
Lama-lama dah habis 1 jam dari masa azan Zohor kedengaran.
Bila tengok TV pun macam tu jugak.
"Ala best la plak adegan ni. Kejap-kejap."
Kejap punya kejap dah pukul 8. Baru la terkocoh nak ambil wudhuk.


Allah akbar. Sungguh. Allah bagi masa kat kita cukup 24 jam sehari.
Untuk kerja. Rehat. Dan ibadat. Saya yang tak guna sebaiknya.
Bila dah membazirkan masa, mula la kesal.
Pastu terbit dari mulut. "Sat ja dah nak habis setahun."

Muhasabah diri.

Sunday, October 23, 2011

Gelato Fruity, KL Festival City.

Assalamualaikum wbt.

Semalam bawak anak saudara jalan cuci mata dan poket dekat shopping mall baru. KL Festival City. Baru bukak 4 hari. Kira baby baru lahir lah ni. Lantai pun berkilat licin lagi. Kedai pun ada yang masih dalam proses ubah suai. Belum buka lagi. 

Orang tetap ramai. Biasalah. KL ni mana nak pergi kalau tak shopping mall. Nak pergi taman tengahari buta ni memang tak lah kan. Panas. Silap-silap balik rumah bukan dapat tenangkan fikiran. Dapat pening kepala ada la. 

Lepas hantar kek kitorang terus zasss. Jalan kaki je. Najwa boleh tanya, 'Mak lang kita nak naik teksi ke?' haha. Bumbung pun kita boleh nampak dari rumah Wawa. Memang tak lah..! 

10 minit jalan kaki dah sampai. Orang yang naik kereta pun berpusing tak dapat parking lagi. Kita sampai dulu.

Masa sampai Little Wok Kitchen tak de orang lagi. Masa balik sudah penuh dengan orang datang nak makan. 

Saya nak cerita pasal ais krim jeww.. Haha. Ye aiskrim mahal. Harga di kira berdasarkan berat.

Saya masa tengah duk pilih perisa siap boleh cakap, " Ni kira saingan Tuti Frutti la ye..?" Angguk je adik tu sambil senyum.

Adusss... Tuti Frutti pun berjanggut mahu pergi. Lagi lah Gelato Fruity ni kan. Untung lah korang dapat rasa sebab mak lang pun belum rasa lagi. haha. Lepas ni kalau korang minta aiskrim. Kita beli je yang dalam bekas. Korang nak mandi aiskrim pun boleh. 

Bestnya dekat Gelato Fruity ni sebab boleh rasa dulu sebelum kita buat keputusan nak ambik perisa apa. Agak-agak korang berani cubalah minta semua perisa. hehe. 



Ini pilihan Najwa. STRACCIATELLA. Mula dia test dulu sikit. Dah suka, ambil la semangkuk kecil. Ya. Kecik dulu sebelum kita dapat serangan sakit jantung dengan harga dia. bhahaha. Takut nak bayar.. ! ;P


Gelato Fruity ada banyak perisa. Memang rambang mata sangat nak pilih perisa apa. Saya rasa satu tips yang boleh pakai bila nak pilih perisa. Pilih perisa yang tinggal sikit je dalam bekas. Mesti ramai yang pilih sebab sedap kan. 

Selain dari perisa berasaskan susu. Ada juga perisa berasaskan sorbet. Lain kali kita cuba eh. Tunggu poket penuh lagi. ;P


Tiga orang anak saudara pun dah buat mak lang senak hati.

Sorang kuat menyakat. 

Sorang lagi kuat sentap. 

Yang kecik sekejap-sekejap nak berdukung. Kang dia buat perangai tak nak pegang tangan, ikut suka dia nak berlari tak tengok orang. 

Saya pun kena berlari sama.

"Semput mak lang..!"


Ikutkan saya beli satu kongsi bertiga. 

Nampak gaya yang kecik Nazirah tak reti lagi. 

Sian kat kakak duk tunggu dia suap. Last beli satu lagi. 


"Ira kongsi ngan mak lang ye."


'Bil bagi pada mak lang ye. Pandai korang.'

Kalau orang tanya best ke idak KL Festival City..? Bagi saya best sebab jalan kaki je nak pergi. Tak payah dah nak pergi Jusco beli Strawberry dan Blueberry. Popular pun ada. Cukuplah bagi saya yang sekali sekala nak lepaskan boring duduk rumah. 

Subway. Yeayyy. Tak payah dah pegi Wangsa Walk nak makan Meatball Marinara Subway. 

Oh ya.. Kat sana takde KFC, Pizza Hut atau McD ya. Selain dari tu ada Ayam Penyet, Little Wok Kitchen, Sushi King, Little Penang. Banyak lagi. Kena datang baru tau. 

Nak belanja saya kat Subway pun boleh. Nanti saya bawa pavlova untuk korang. Eceh. ;)


Saturday, October 22, 2011

Selamat pagi di hari Sabtu.

Assalamualaikum wbt.


Amacam peminat handbag Coach.

Sama tak..? heheh.

Thursday, October 20, 2011

Tempahan hari ini.

Assalamualaikum wbt.

Tempahan hari ini dibuat oleh seorang ayah untuk anak lelaki  beliau yang berusia 7 tahun. Masa hantar tadi, anak dia ada dalam kereta. Nampak cupcake terus berbunyi, 'whoaaa..!'

Senyum je saya tengok gelagat dia. 







Rainbow Cake with Cream Cheese

25 biji cupcake dengan tema Disney Cars.

Terima kasih kerana sudi menempah dengan saya.



Pertama dan Terakhir.

Assalamualaikum wbt.



Ini gambar masa tahun pertama di London.

Gambar kali pertama melihat salji turun.

Perasaan ---> semestinya teruja tak terkira.

Walaupun masa tu turun sikit saja. Syok tak sangka.

Esok-esoknya turun makin lebat.

Tarikh di atas 23/3/2008 - sehari selepas sambutan ulangtahun kelahiran yang ke 26. 

Hadiah dari Allah swt. Best kan..?


Seminggu sebelum tarikh nak balik Malaysia.

Kalau turun macam ni masa balik. 

Nangis la saya.

Kena tangguh tarikh masa penerbangan.

Tak silap lepas saja saya balik, salji turun lagi.

Lebat. Syukur dah sampai Malaysia.

Walaupun sebenarnya dalam hati ada juga terdetik,

'Bestnyaaa. kalau ada kat sana lagi.'

Takpalah... duduk Malaysia pun ada salji.

Hujan tu kan salji cair. hiks.

Ayat nak tenteramkan Jiwa & Lara. ;P

Salji memang best. Tak sanggupnya sebelum salji turun. Sejuk Ya ampun. Sampai ke tulang.

Itu yang tak sanggup nak hadap. Berstokin dan berbaju tebal dalam rumah.

Sikalang tak payah daah..! :D

Top 10 World’s Best Universities.

Assalamualaikum wbt.

Sambil tengok tv (sebenarnya dengar je. mata depan laptop ni ha.) saya baca berita dekat yahoo news. Saya akan klik bila tajuk best je.

Inilah satunya. Pasal 10 Universiti Terbaik Dunia.



Bagi nombor satu terus. hehe.  University of Cambridge, England. Tengok gambar pun dah nampak. Cambridge terkenal dengan aktiviti 'punting'. Sapa pi Cambridge tak naik 'punting' memang tak sah. Pandai je la awak Irma. ;)


Yang kedua dapat kat Harvard University. Nun jauh di Amerika sana.

Baki lagi lapan universiti seperti di bawah.

3Yale UniversityUnited States


4UCL (University College London)United Kingdom


5Massachusetts Institute of Technology (MIT)United States

6University of OxfordUnited Kingdom


7Imperial College LondonUnited Kingdom


8University of ChicagoUnited States


9California Institute of Technology (Caltech)United States


10Princeton UniversityUnited States


Sekian.

Selamat malam :)

Wednesday, October 19, 2011

Pergi Jusco sebab nak beli buah saja.

Assalamualaikum wbt.


Ya.. sebab buah-buahan ni.

Kalau tak kerana buah-buah ni, saya pegi Mymydin kat bawah rumah ni je.

Bila dah beli buah (eh..selalu buah beli bila nak balik. hehe)

biasanya kaki ni tak reti nak balik terus.

Destinasi wajib mesti singgah. MPH Bookstore.

Tak dapat beli, belek pun jadilah.

Aishhh.. bila la novel melayu nak turun harga jadi saploh hengget. ;P

Mulai esok. KL Festival City dekat simpang Jalan Taman Ibu Kota nak di buka.

Hurraaayy..!!

Harapnya adalah jual strawberry dan kengkawan.

Senang saya nak beli. Jalan kaki jeww. ;)

Satu lagi... -------> ada SUBWAY. Best bangat...!!

Nak tahu lebih lanjut. Klik sini ------------------->  KL Festival City.

Macam-macam ado..!!

Wordless Wednesday (15).

Assalamualaikum wbt.
















:: Happy Wordless Wednesday ::


Tuesday, October 18, 2011

Buah Markisa @ Passion Fruit.

Assalamualaikum wbt.

Pernah dengar nama buah Markisa..? Atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Passion Fruit...?

Saja la nak kongsi ilmu dengan korang semua.

Saya pun sebelum ni pernah minum air Sunquick Markisa ja. Buah dia tak kenal pung.

Semenjak berkecimpung dengan dunia Pavlova ni lah baru serius nak mengenali dengan si dia yang masam berdengung. ~Ewah. Pheewiit.~

Jadi korang yang tak kenal bentuk rupa dan rasa buah markisa ni tak perlu lah malu. Kita sama ja. Tak kenal pun sebelum ni.

Bermulanya... pertama kali saya tergerak hati nak cari buah ni masa beli buah untuk Pavlova. Saya cari dekat bahagian buah takde pun. Macamana saya cari. Saya tengok buah, pastu saya tahu nama. Bila dah semua buah saya kenal nama. Mana satu buah markisa ni..?

Saya pun tanyalah dekat pekerja bahagian timbang buah. Eheemmm... betulkan suara. ;P

' Kak... kat mana buah passion fruit?'

'Awak cari kat bahagian sana.' Sambil tangan tunjuk ke arah satu bahagian.

'Terima kasih kak.' Senyum.

Saya pun bergerak ke bahagian yang kakak tu tunjukkan. Memang ada satu bahagian buah yang saya tak tengok. Ingatkan situ bahagian buah yang berbungkus sikit bukan tempat buah markisa. Silap sangkaan daaa.

Sampai kat bahagian tu, saya belek satu persatu buah yang ada. Sampailah kat hujung sekali. Saya baca 'Passion Fruit.'

'Oh... ini ke buahnya.' Saya dan mak puas duk belek buah ni. Memang tak pernah jumpa langsung. Duk sama-sama tertanya, 'buah ni datang dari negara mana?' Sini jawapannya.

Bila dah senang dapat buah markisa. Saya gunakan sebagai ganti buah kiwi dalam Pavlova.

Perghhh... memang terbaik..!!

Bukti dia. SMS dalam entry yang lepas. :)

Itu satu dari banyak SMS yang saya terima. Alhamdulillah. Pavlova saya dapat diterima dengan baik oleh mereka. Terima kasih. Sayang korang..!!

Nak tengok rupa buah markisa..??


Inilah dia rupa buah markisa.

Rasa dia. ----------------> MASAM ya ampun...!! Pertama kali makan saya rasa dengan hujung lidah saja. Memang tak leh masuk sekali gus. Dah cuba dua tiga kali, baru ok. Sekarang saya boleh makan satu sudu terus. Nyumm.. Masam dia memang mantaaapp..!

Tu la pasal bila makan dengan pavlova. Memang mabeles aahh..!! :)





SEDIA MENERIMA TEMPAHAN - KEK KONTINENTAL.

Assalamualaikum wbt.




CHOCOLATE INDULGENCE CAKE


ITALIAN RAINBOW CAKE




CARROT WALNUT WITH CREAM CHEESE


OPERA CAKE




ROYAL CARAMEL




NUTTY CARAMEL




CHOCOLATE MASCARPONE 




Sekiranya anda berminat untuk mengetahui harga boleh email saya di -

irma_pv12[at]yahoo[dot]com


Untuk menyenangkan anda, sila tempah 3 hari sebelum tarikh yang dikehendaki.

Untuk tempahan banyak 1 minggu (barangkali lebih) diperlukan untuk menempah tarikh.

Tempahan di saat akhir untuk kek tidak akan diterima.

Saya tidak menyediakan penghantaran kek. Maaf ya.

Anda diminta untuk mengambil tempahan di pick up point :

Blok A PV12 Jalan Langkawi Danau Kota Setapak.

(berdekatan dengan uptown danau. di belakang Platinum Walk. Kondo kuning di bawahnya ada Nice Coffee Station, Klinik Alam Medik )

Anda suka saya tersenyum seronok

:)