Wednesday, October 12, 2011

Terima kasih mak..!

Assalamualaikum wbt.

Semenjak menceburkan diri dalam bisnes bakeri, mak selalu tolong saya kemas dan basuh peralatan yang saya gunakan. ~wahh ayat skema sebagai pendahulu kata~

Kadang saya dah tak larat nak hadap loyang dan senduk yang penuh sinki. Saya duduk la sat nak lepaskan lelah. Datang mak dia tak leh tengok sinki penuh. Terus la dia sinsing lengan basuh semua. Kadang saya seronok. Ye lah ada orang nak bantu. Bila dah selalu saya naik malu la jugak. Saya siap cakap, ' mak tak yah la basuh. nanti orang basuh. tapi kemudian na. bagi orang rehat sat.' Alasan baik punya kan. Ini namanya alasan nak cover malu. Auww.

Mak biasa datang hujung minggu ja. Hari Jumaat malam sampai. Jadi kalau tak nak mak tolong basuh, biasanya sebelum dia sampai saya dah siap kemas dan basuh bagi clear sinki. Bunyi macam hipokrit kan..? Bukan apa. Saya tak nak mak serabut susah hati tengok anak dia yang buat kerja lambat. ;P 

Ahad lepas saya dah siap basuh semua peralatan dan kemas dapur sebelum pergi Seremban. Saya tinggalkan  acuan lompang dengan acuan cheese tart dalam bekas jaring saja. Biarlah dia kering sendiri. Balik nanti boleh terus simpan ja.

Hari Isnin malam lepas balik dari Seremban (hari Ahad saya tidur rumah Keramat) saya tengok acuan semua dah siap tersusun elok atas kain. 

Macam ni. Terharunya saya..!! 



Terima kasih mak. Lain kali boleh tolong lagi. ~dushh~ 


7 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam irma..begitulah hati seorg ibu.Trharunyaaaaa sbb k.atie dah xder ibu lagi :(

Zaza said...

aci x klu saye tolong, smbil2 belajar? hihihi

Nadiah Sidek said...

bab2 nak mencuci perkakas tu memang masalah betul la. masalah pada saya la...tak rajin nak mencucinya! haha. kadang2 nak buat kek teringat pulak perkakas2 yang kena cuci nanti...terus terbantut hasrat buat kek :p

lady lavender said...

irma dapat mak yg sgt supportive :-)

Zack said...

a'kum,

waaah.. pinjam semua acuan tu jap ;) jeles ai, banyaknya~ kita punya ada 20 biji je, huhuhu... T_T nk beli bnyk2 lom mampu/berbaloi lg. hehe.. bestnya mak tlg..mak kita jauh kt sberang, jmpa pn sethn skali T_T

Unknown said...

irma.... mmg macam tulah seorang ibu.. kalau boleh tak nak tengok anaknya susah.... sy pun sama.. bila sesekali mak nak datang rumah sy akan susun yg mana patut tu pun mak mesti betulkan lg.......

lina said...

salam irma - kalau ada mak disisi mmg best..terbaik!