Monday, January 17, 2011

Bangkai Ayam.

Assalamualaikum wbt...


Hari ini cerita kita bertemakan ayam ye. Bayangkan kononnya korang semua berada di pasar ayam Chow Kit. Nak beli ayam.


Cerita bermula.


Semalam semasa kursus seorang Pegawai Kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi cerita.

Pegawai  : Kamu tahu tak, ayam yang kamu makan setiap hari tu disembelih macamana?

Mestilah sembelih pakai pisau. ;P

Pegawai : Untuk kawasan Lembah Klang pembekal-pembekal ayam perlu menyembeli 10 ribu ekor ayam bagi memenuhi permintaan pembeli setiap hari.

Oh men...! banyaknya.. itu baru Lembah Klang ya kawan-kawan. 1Malaysia berapa banyaklah agak-agaknya. Tu tak masuk lagi cuti sekolah yang selalunya ramai betul nak kawen.

Sempat ke ayam tu membesar dengan sempurna..??

Sambung cerita.

Pegawai  : Bagi seekor ayam yang disembelih mengikut kaedah Islam, ayam tu memerlukan 3 minit untuk mati selepas terkena pisau yang tajam.

Kalau ayam degil tak ke lebih dari 3 minit nak mati. haha. Ada ke ayam degil. Nama je mantan anak tokey ayam. Sekali pun saya tak pernah tengok abah sembelih ayam. ;)


Pegawai : Jadi cuba kamu bayangkan. Sempat ke 10 ribu ekor ayam tu nak disembelih dan kemudiannya ditunggu sehingga ayam tu betul-betul mati. Kamu agak dia guna apa untuk mencepatkan proses kematian ayam tu?


Semua peserta diam tak menjawab. Ngeri pun ada gak.


Pegawai  : Bagi mempercepatkan proses, mereka masukkan ayam yang disembelih ke dalam rebusan air panas. Jadi kamu semua selama ni makan ayam apa?


Masa pegawai tu tanya, muka dan mata dia pandang ke arah saya yang duduk di hadapan barisan sekali. Alamak, nak kena jawab ke? Dalam kepala memang dah ada jawapan. Takut betul atau tak je.

Secara spontan saya pun terus menjawab, " BANGKAI "


Pegawai : Haaaa... tahu pun. Kamu semua makan bangkai.

Semua orang diam. Loya agaknya memasing.


Kemudian pegawai tu sambung cerita pasal restoren mamak 24 jam. Tentang kebersihan pekerja-pekerja. Tentang mereka yang sebenarnya bukan Muslim bila disuruh mengucap tak tahu. Apatah lagi membaca Al-Fatihah. Kedai yang bergantungan ayat-ayat Al-Quran diletakkan untuk mengaburi mata pelanggan.


Oh.. jangan kata saya memandai-mandai buat cerita ya. Ini cerita dari Pegawai Kesihatan KKM yang didengar oleh 100 orang peserta kursus semalam.


Balik rumah saya ceritakan pula dengan mak. Jawapan mak buat saya terdiam tak terkata apa. " Baru tahu ke? Tu sebab abah tak suka makan ayam segera. Dia boleh tahu ayam tu disembelih atau ayam mati. Tu kat pasar Chow Kit dulu ada kedai makan yang jual semangkuk sup penuh dengan isi-isi ayam. Awak ingat ayam apa tu? Tu semua ayam bangkai yang mati atau ayam langgar. Tu pasal dorang jual semangkuk RM3 saja. Kalau goreng ayam, ada lagi darah yang mengalir walaupun dah goreng lebih dr 5 min dengan api yang kuat. Tu maknanya ayam tu mati tak sembelih la."


Sejak dari semalam saya bukan setakat terdiam malah lebih percaya dengan cerita mak apatah lagi sudah dibuktikan lagi dengan cerita (pengakuan) dari Pegawai Kesihatan sendiri.


Satu lagi. Memang jelas ayam di Malaysia berbeza dengan ayam yang saya biasa guna untuk dimasak di London dulu. Saya kan hari-hari masak ayam kat sana. Apa yang saya perhatikan, ayam London tak ada lemak. Ada pun sikit sangat. Senang nak dibasuh banding dengan ayam Malaysia. Sekali basuh pun dah cukup. Bersih. Apatah lagi kalau basuh 3 kali.


Bagi saya, terpulang pada diri sendiri. Andai anda yakin. Boleh je makan ayam yang dijual di pasaran. Sekiranya ada rasa ragu carilah alternatif lain yang lebih selamat dan diyakini HALAL.



Saturday, January 15, 2011

Cak..!

Assalamualaikum...


Sambil tersenyum malu membuka pintu blog sendiri. Lama betul tak menulis (baca:membebel) di sini. Dah seronok hidup tanpa blog. Aiceh, tipu la sangat. Dalam hati terlonjak-lonjak kegelisahan menunggu bilalah nak dapat laptop baru.


Alhamdulillah, semalam Amin bawa balik laptop yang dah siap di install. Hari ni pulak dapat pinjam broadband akak. Nak tunggu masuk Streamyx alamatnya tambah lagi seminggu dua lah baru dapat menulis. Ini pun menulis sambil ditemani oleh anak menakan yang membaca satu persatu ayat-ayat yang saya taip dengan kuat. Habis satu rumah dengar suara dia. Aishhh. terbantut idea nak tulis merapu lebih-lebih.


Sekejap aje dah berlalu sebulan semenjak saya pulang dari London. Hari demi hari dimanfaatkan sebaiknya dengan keluarga dan saudara. Tu tak masuk lagi urusan peribadi yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Maaf lah ye kawan-kawan yang masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan saya. Ada rezeki dan panjang umur kita berjumpa juga. Sabar dulu na. 


Meh sambung lagi cerita.


Dah sebulan bercuti ni nampak gaya dah semakin seronok tak bekerja. Bangun pagi celik mata tak perlu risau nak kerja. Boleh lagi bermalas-malasan sambil membaca novel. Semestinya yang tak seronok bila duit mengalir macam air paip. Laju betul. hukhuukk. Tak lama lagi nampak gaya nak kena start dah bisnes. Nak tadah balik air paip yang mengalir.


Ahaaa.. satu lagi seronoknya balik Malaysia ni kan tak payah masak. Hari-hari mak yang masak. Sampai masa ceduk nasi baca bismillah. Makan. Sedap betul dapat lagi makan masakan mak. Saya pernah masak dua kali saja. Tu pun sebab nak masak Spaghetti Bolognese dan Mee Tiaw Goreng. Tak sedap la makan masakan sendiri. Terima kasih mak kerana sudi lagi memasak untuk anak-anak.


Banyak lagi cerita yang nak dikongsi. Nanti kita sambung lagi eh.


Nak pi ziarah blog kawan-kawan pulak. Dah lama tak menjenguk cerita dorang.


Irma dah tak kerja di London. Nampak gaya nak kena tukar alamat blog la kan?


Ataauu.. beli rumah barulah.


Nanti saya fikir-fikirkan. ;)