Monday, November 30, 2009

Malam Terakhir...

~Esok malam mak dah balik Malaysia~

Tuesday, November 17, 2009

Lebih Kurang 12 jam Lagi...

Sekarang mak dalam perjalanan nak ke mari. Jangkanya akan sampai dalam pukul 10.30 malam. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka untuk masuk ke Uk. Harapnya pegawai imigresen tu tak la tanya banyak.

Arrrghhh. ~BERDEBAR~

Sementara tu meh la layan lagi gambar autumn. Sementara ada kan. Nanti bila pokok dah mula botak. GONDOL. Lain
pula cerita.





Alhamdulillah cuaca petang tu sangat baik ( mengikut piawaian cuaca London yang selalu mendung T___T).

Ok. Nak sambung buat kerja. Petang ni nak ambil mak dah. Nanti 2 minggu la blok ni dianaktirikan. Heheh.

Tak sabar nak bukak beg mak. Ngeeeee...

Monday, November 16, 2009

Memburu Autumn...

Maple leave, Greenwich Park

Saturday, November 14, 2009

Ketika Cinta Bertasbih...

Ini cerita semalam. Bukan hari ini. Apatah lagi esok. Minggu depan pun bukan. Ehh. Minggu depan dua minggu takde entry. Tak nak. Tak nak. Blog akan di anaktirikan buat sementara waktu. Eiii. Tak sabarnya. Tadi baru telefon. Menambah barang untuk dikirim. Kalau boleh semua nak kirim. Haaiiipp. Sudah. Sudah. Lari tajuk. Cepat. Cepat patah balik ke pangkal jalan.

Kalau kuah laksa, simpan semalam baru sedap. Alamak, air liur dah meleleh. Telan ajolah. Gulp..!! Inilah entry asam laksa. HaHa. Kan dah mengarut.

Orait. Jangan betulkan skrin anda. Penulis memang tengah mabuk filem Ketika Cinta Bertasbih. Ayat pun dah jadi tunggang langgang. Layan je lah.

Semalam. Kan saya cakap mengantuk masa tulis entry. Nak jadi cerita. Lepas je publish entry saya pergi gatal tangan search filem Ketika Cinta Bertasbih kat youtube. Ini semua gara-gara cik din la. Ada patut dia letak status ni.

Mari layan Movie "Ketika Cinta Bertasbih" Citer Indo yg Popular..
Diadaptasi dari Novel karya Habiburrahman El Shirazy.


Sumpah TERUJA.

Saya tau dia download kat somewhere. Tetap degil juga tangan ni p cari kat youtube. Tengok. Salahkan jari. Sedangkan sendiri yang nak tengok. Kan ke elok tidur je. Memang SENGAJA tak nak tidur. Hihi.

Bila keluar je result. Ceewaah. Macam result peksa la pulak. Mata ni terus cari Ketika Cinta Bertasbih part 1. Tap. ADA. Terus klik kat tajuk. Sabar. Kot mana tahu trailer je ke kan. Kalau tengok durasi dia 10 minit memang untuk filem atau drama. Horey. Horey. Hip. Hip Horey. Bergembira. Cis. Bibik menyanyi.

Memang filem. Seronoknya sambil membetulkan posisi untuk menonton. Suka. Mata dari tadi mengantuk tak boleh nak buka. Terus segar. Memang nak kena mata ni tau. Besa tu. Tumbuk nanti baru tau. Dush. Dush.

Sapa yang dah baca novel dia MESTI takkan menyesal. Menurut pendapat kawan. Ceeitt. Dah keluar ayat skema. Baca novel dengan menonton filem sama saja. Takde diubah. Tak macam menonton Ayat-Ayat Cinta. Saya menonton sekali sahaja dah tak nak ulang. Tak Nak Ulang. Tak BEST..!!

Lagi best Ketika Cinta Bertasbih ni lokasi pengambaraan betul-betul kat Mesir. Mesti budak-budak Mesir rindu. Betul kan..?? Saya yang tak kesampaian hajat nak ke sana pun suka tengok pemandangan. Lagi la korang yang dah sampai ke sana.

Eh. Tak baik tau. Ni kes pujuk diri sendiri. Bersyukur Fazlinil Irma Mohamed Aki. Allah beri awak peluang datang ke sini. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Alhamdulillah.

Furqan.( diedit bila menonton kali keempat. Bukan Furqan. AZAM loorr..)HAHAHA Jangan cakap la. 9 TAHUN beb. Masak..!!

Tak nak cakap banyak la. Baik korang cepat-cepat tengok. Kadang-kadang youtube ni bukan boleh kira. Kalau dia nak suspended channel. Dia buat. Dah tak dapat tengok. Saya dah tengok. TIGA KALI. Ngeeeee.

Lepas ni nak tengok SANG MURABBI pulak. Cerita tu pun best. Banyak pengajaran buat semua. Bukan sahaja cikgu cikgi je. Kita semua kan Murabbi. Betul kan..?


Puisi Cinta Ketika Cinta Bertasbih

Selamat Menonton.

~5 Bintang~

Ketika CInta Bertasbih 2 baru ditayangkan bulan September lepas. Nampak gaya tahun depan la baru dapat tengok. Kalau nak cepat kena la baca novel. Tambah lagi senarai novel. Aarrrghh. Banyaknya novel nak beli. Pokai.


Friday, November 13, 2009

Malam Yang Panjang...

Baru pukul 6.30 petang. Mata saya dah layu. Badan separuh dah duduk dalam duvet. Mengantuk la. Sangat-sangat mengantuk. Mata ni dah separuh layu. Kalau tutup lampu sure dah mengembara ke alam mimpi. Pheewww. Bestnya.

Arrghh. Tu angan-angan je. Solat isya' pun belum. Ada hati nak tidur. Huh. Jangan mengada-ngada bibik. Kang ada yang terlajak sampai ke subuh. Dah la sejuk. Memang best kalau nak tidur.

Ops. Ops. Habiskan entry ni dulu. Takkan nak terperuk dalam draft je. Kompem jadi pekasam nanti. HehHeh.

Ehm. Takde cerita apa yang best. Sekarang dah sampai ke penghujung autumn. Nak pergi memburu autumn pun tak sempat lagi. Ceh, tak cukup lagi ke gambar yang ada dalam simpanan. HaHa. Mana puas lagi. Greenwich Park tu belum pergi. Aaaarrghhhh. Geram. Geram. Bila la boleh pergi T___T

Hari-hari cuaca sejuk dan mendung sampai ke petang. Nak keluar pun malas. Lagi la nak bersiap dengan coat. Mana boleh pakai baju nipis dah. Mahunya 3 lapis baju nak kena sarung. Kalau tak cukup tebal mahunya tak sampai dua jam dah tak tahan. Balik rumah pening kepala dan sengal-sengal badan.

Adoiii. Ni baru permulaan tau. Ada lagi 4 bulan nak menghadap cuaca sejuk ni. Dah la sejuk. Matahari pun malu nak muncul. Kalau ada pun sekejap. Dan tak boleh nak hilangkan rasa sejuk.

Sejuk tak nak. Memang tak nak. Tapi salji nak sangat. Biar lebat macam tahun lepas. Best ooo... Lempang kang bibik ni baru tau..!! Sejuk tak nak salji nak.

Fatih. Cepat sihat. Ma nak jalan-jalan ni.


Tuesday, November 10, 2009

Ikan Keli...

Ma nak mak bawa apa lagi? Ma nak ikan goreng ke?

Tak payah la mak. Susahkan mak je.

Ma nak ikan keli ke. Nanti mak bawa.

TUJUH hari lagi. Insyaallah saya tak perlu risau pasal soal jawab pegawai imigresen nanti. Mak akan ditemani oleh Opah Kenet. Dia memang terer bab travel.

Seronok. Seronok. Alhamdulillah.

Sunday, November 8, 2009

Bil Telefon Melambung...


Bil telefon sebuah keluarga naik melambung.Si suami memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang mengenai perkara itu.


Suami: "Ini dah melampau.Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah guna telefon tempat ayah bekerja."


Isteri:"Saya pun sama,saya guna telefon tempat saya bekerja."


Anak:"Oh maaf....saya gunakan SMS saja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga."


Bibik: "Jadi apa masalahnya? Semua orang pun gunakan telefon tempat bekerja . Sama pun saya."


Adoi. Bibik. Bibik...

Saturday, November 7, 2009

Semakin Dekat...





Insyaallah, masanya semakin hampir untuk bertemu dengannya.

Tinggal 10 hari lagi sebelum saya dapat memeluk dan mencium pipinya.


Rindu bau dia.

Ya.. 10 hari.

Sekejap je lagi.

Sabar ya Irma.

Semoga Allah permudahkan perjalanannya.

Ameen.



Friday, November 6, 2009

Doaku...




Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Tuesday, November 3, 2009

Pabila Mentari Tersenyum Girang...





~Mood Berangan~

Nak naik bas dua tingkat.

Duduk di tingkat atas.

Depan.

Sambil menikmati pemandangan musim luruh.


~Google Picture~

~Google Picture~

Bila..?? Kena tunggu mood nak naik bas datang. :D

Esok ramalan cuaca takde gambar matahari.

T________________T

Bibik SABAR.