Thursday, April 25, 2013

Rainbow Petal Cake.

Assalamualaikum wbt...























Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar deco seperti di atas. Taip ' Petal Cake' dekat Google.

Bukan saja tutorial. Korang boleh jugak belajar dekat Youtube.

Dah ramai yang share cara nak buat. Pi tengok dan belajar lek lok na.

Selamat mencuba. :)




Wednesday, April 24, 2013

Tuesday, April 23, 2013

Resepi Bread Butter Pudding.

Assalamualaikum wbt...





Tu diaaa... resepi dah datang. Jeng... Jeng... Jeengg..! heh.


Kesian pada adik-adik dan kawan-kawan yang menunggu. Mana la resepi tak muncul-muncul lagi ni. Dah suruh Google sendiri. Hampa tak mau. Manja sangat neh. Nak jugak resepi derhaka dari ahkak hampa. Terima kasih kerana sabar menunggu. Eceee.


Dah.. dah.. tak yah merapu banyak. Malu nanti tau. Sekarang bila jumpa customer. Ada yang baya-baya mak saya baca blog ni. Tu diaaa.. Saya malu-malu kucheng. Dush... dusshh! Blog ni kan dulu merapu ja panjang. Ilmunya sikit ja. hihii. 


Bismillahirrahmanirrahim...


Resepi Bread Butter Pudding ni saya dah olah dari merata entry blog yang saya baca. Biasalah... baca entry ni nampak best. Baca entry tu pun nampak best jugak. Jadi mari kita bergabung.. bergabung meletup. Eh!







RESEPI BREAD BUTTER PUDDING. (versi derhaka)

Resepi asal - klik sini


BAHAN A 


10 keping roti Butterscotch Gardenia
butter Anchor Salted secukupnya
Kismis ikut suka nak banyak mana
Choc chip ikut suka nak banyak mana
Serbuk kulit kayu manis kalau suka

* 'apasal bahan ko takde kuantiti ma?'

  ' sebab saya main ikut soka hati ja letak. tak ikut pun resepi' 

Kalau nak ikut kuantiti boleh rujuk resepi asal. ni kan resepi derhaka. 


BAHAN B


1 liter fresh milk ( saya campur fresh milk + whipping cream Anchor + susu cair)
200 gram gula kastor ( boleh kurangkan jika tak suka manis sebab roti dah manis)
10 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla


CARA VERSI DERHAKA.


Pertama - sapukan butter pada sekeliling loyang. Sapu sikit-sikit ja. Saya guna loyang 9 inc. Korang takde loyang 9 inc takpe. Jangan gelabah. Guna je loyang apa yang ada. Bulat ka. Segi empat ka. Asal tak bocor sudah!


Dua - Sapukan butter pada setiap keping roti. Saya silap. Pakai butter salted. Jadi hasilnya masin sikit. Masin sedap. Dia jadi lemak-lemak masin. Hentam ja lah. Dah nama derhaka kan. Pakai apa yang ada ja dalam peti ais tu. Lepas tu potong roti jadi bentuk tiga segi. Nak senang. Susun roti tu banyak-banyak. Potong sekaligus. Zaapp.. siap.!


Sebelum korang tanya. Meh saya nak bagitahu siap-siap. Tak kisah nak guna roti jenama apa na. Saya guna Butterscotch Gardenia. Kalau korang ada roti biasa pun boleh. Hasilnya tentulah tak sama na. Dah nama adik beradik tapi tak sama rasa. Buat dan rasa sendiri.


Tiga - Susun roti tu bertindih-tindih.. Nak susun ikut suka pun boleh. Tak kisah pun sebenarnya. Sebab nanti bukannya boleh nampak susun tu cantik lepas dibakar. Sambil susun boleh tabur kismis dan choc chip. Bagi saya la kan.. Kalau suka choc chip, kurangkan gula dalam bahan. Sebab choc chip yang saya letak manis. Dia kacau rasa bread butter pudding tu. Manis sangat. Sedangkan saya guna semi sweet choc chip je tu. Mungkin sebab saya suka hati ja tabur choc chip. Naahh.. rasakan la kemanisan choc chip di merata tempat. heh! 


* Saya tak suka serbuk kulit kayu manis. Jadi saya tak letak. Korang suka. Boleh la letak sikit-sikit. Sikit je tau. Jangan memandai nak tunjuk terer derhaka terlebih. ~Eceh.. pandai pulak marah ye!~ 


Buat sampai habis semua roti tu.


Empat - untuk bahan B yang akan jadi pudding. Dalam hati mesti kata, 'Banyak giler telur' 'Tak nak ah buat. Nanti gemuk!' haha. Rugi weii tak buat. Saya bagi dekat kawan. Dia kata sedap sangat. Nak order pulak. Sebenarnya kan.. kalau fikir logik bagi mereka yang berfikir. Takkan la korang nak hadap 1 loyang tu sorang diri. Tak habis pun. Tak mungkin dapat habiskan sorang-sorang. Makan sikit dah kenyang. Saya makan sepotong ja. Tak boleh dah masuk lagi. Kenyang sangat. 1 loyang tu saya potong-potong dapat 3 bekas aluminium foil macam saya jual lasagna. Satu bagi kawan. Satu bagi kakak. Satu saya punya. Tu pun kan, seminggu baru habis. 


Jadi jangan la risau dengan telur yang banyak. Bukan korang makan semua. 


Untuk bahan B campurkan semua bahan dalam satu bekas. Kacau sampai sebati. Korang tengok bahan saya jangan pulak nak cari semua yang saya pakai tu. Naya pulak satgi nak pegi beli. Saya sebab bahan-bahan tu dah ada kat rumah. Jadi saya sarankan korang guna susu cair. Lemak berkrim disukai ramai. 

Dah sebati.. tuang adunan atas lapisan roti. Saya tapis. Korang pun tapis la jugak eh. Ikut tok guru. Jangan derhaka. Nanti saya rotan! :P


Sebenarnya... bila kita tapis, pusat telur yang ada akan tertinggal dekat penapis. Pusat telur tu yang buat rasa hanyir kalau guna telur yang banyak. Bukan saja suka suki suruh tapis.


Dah habis tuang, letakkan butter atas adunan. Butter ni yang akan bagi bread pudding kita berwarna keemasan. Mengancam. Pastu, biar sekejap roti dan adunan kastard berendam sampai lembut.


Masa ni nak panaskan oven boleh dah. Tunggu 10 minit baru masukkan loyang.


KAEDAH MEMBAKAR. 


Saya gunakan suhu 165 darjah dengan kaedah water bath. Letakkan loyang dalam loyang yang berisi air panas. Bakar selama 1 jam 15 min. Bergantung pada oven masing. Kalau korang buat setengah adunan jangan pulak bakar sama masa dengan saya. Confirm-confirm tak sama. Cuba sendiri na.


Nak habaq jugak lagi.. Kut ada yang nak tanya. ' kak.. rumah saya tak dak oven. Boleh dak nak kukus?' Saya tak pernah cuba. Apa kata hampa cuba. Pastu habaq kat kami na. 


VANILLA SAUCE

BAHAN A

1 liter fresh milk ( saya guna 500 ml fresh milk + 500 ml Anchor whipping cream )
200 gram gula kastor ( nak kurangkan pun boleh )
1/2 sudu teh esen vanilla


BAHAN B

40 gram tepung kastard
250 gram air


CARA-CARA 

Pertama - panaskan bahan A sampai mendidih. Api jaga naaa. Jangan kuat sangat. Nanti hangit. Kena sabaq sikit. 

Kedua - sambil tunggu susu mendidih. Bancuh kastard dengan air. Kacau. Bila susu dah mendidih, masukkan bancuhan kastard. 


Kacau sampai likat. Jangan likat sangat tau. Sedang-sedang ja.


Dah siap semua. Boleh dah hidang. Nak makan masa panas pun sedap. Makan masa sejuk pun sedap. Dua-dua saya dah cuba. Dua-dua saya suka. 



Masa makan tu kan.. sempat lagi berangan. Kan best kalau letak kacang badam ka. Walnut ka. Pecan ka. Mesti sedap sambil kunyah roti yang lembut dengan kacang ranggup. Krup.. kraakk.. Krup kraakk. Berangan je la. Nak buat malas dah sebab yang ada tu pun dah sedap sangat. Lain kali ah cuba versi derhaka baru. 






Dah.. apa tunggu lagi. Pi beli barang lekaih. Cuba. Tak rugi. Saya jamin sedap.


Ehhh... lupa nak bagitahu. Masa masak tu jangan la diam ja. Selawat banyak-banyak. Zikir banyak-banyak. Doa banyak-banyak. Bagi bread pudding hampa sedap meletop sampai ngigau orang makan. 


Selamat mencuba! 


Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday - Bread Butter Pudding.

Assalamualaikum wbt.





Yummy.. tengah masak dalam oven lagi.

Aroma coklat dan susu sedang memenuhi rumah. Sedap sangat bau dia.

Resepi nanti ya. Doa-doa saya rajin menaip. heh!

Rasa nak buat jugak. Korang gugel je resepi. Lebih kurang sama ja.

Saya guna resepi kegemaran Dato Siti Nurhaliza. Ceeee. nak habaq jugak tuh!

Cer korang cari. Jumpa punya lah. Cuma saya punya versi derhaka. :P



Thursday, April 11, 2013

IKLAN : RED VELVET MINI PACK.


Assalamualaikum wbt...






TEMPAHAN RED VELVET MINI PACK.


HARGA : RM15.


BERAT ANGGARAN : 380 GRAM. ( BEKAS SAIZ 8X3 INC)


ORDER MINIMA : 2 BEKAS/RM30.


TARIKH PICK UP : KHAMIS 11 APRIL 2013. 5.30 - 6.30 PETANG.


TEMPAT PICK UP : PV12 PLATINUM LAKE CONDO

                                 ( TUNGGU DEKAT KLINIK ALAM MEDIK)


CARA TEMPAHAN : SMS /WHATSAPP - 013 258 8230. Irma.


CONTOH - IRMA - 1 SET/2 BEKAS - 5.45 PETANG.


TERIMA KASIH.





Tuesday, April 9, 2013

Eja Lain, Sebut Cara Lain.

Assalamualaikum wbt...




Haa.. cer korang perati nama-nama tempat dekat London. Dorang eja lain. Nak sebut bunyi dia lain.

Memang tergeliat lidah.

Dulu masa naik tube lalu Southwark. Berkerut dahi dengar sebutan dorang. Sampaikan saya kata, 'alaa... senang-senang sebut 'sodok' je lah.' :P

Sapa-sapa nak gi London tu boleh la praktis sebut. Nanti senang nak faham bila naik tube. Jangan sampai terlepas station sudah. :)





Monday, April 8, 2013

Variasi Kek Karamel.

Assalamualaikum wbt...


Salam hujung minggu. 

Mata dah mengantuk ni. Kalau dilayan baring memang boleh sampai Lenaland. Cuaca pun sedap je. Mendung dengan angin sempoi duk melayang-layang. Aarghh.. mata. Bertahan!


Alhamdulillah... dah hampir dua tahun saya bersama kek karamel. Jika diibaratkan seperti anak kecil, dah boleh berlari laju mengejar ayam. Adakala tersilap langkah jatuh tersadung luka di lutut. 


Bila diingat balik, ada juga rasa nak menangis bila ingat kenangan membuat kek karamel. Pecah. Lembik. Karamel hangus. Hanya Allah ja tahu perasaan masa tu. Pelanggan dah nak sampai ni. Kek yang disangka dah siap masak. Bila diterbalikkan, pecah terbelah dua. Allah... Allah... terpaksa tenangkan hati sendiri dahulu. Nak buat balik dah memang tak sempat. Makanya... terpaksalah saya hantar kek yang kurang sempurna kejadian. Nak sedapkan hati pelanggan, saya bagi diskaun sedikit. Adakala bila kek langsung tak boleh nak dihantar, terpaksalah saya minta maaf dengan pelanggan. Syukur tak lama kemudian dapat lagi mesej pelanggan nak tempah kek yang sama. Terima kasih pada pelanggan yang tetap setia dengan hasil kerja saya. Kesetiaan anda memberi semangat pada saya untuk memberi dengan lebih baik.















Saya baca setiap komen yang bertanya tentang resepi kek karamel. Sebenarnya saya sendiri pun ambil resepi dari kawan-kawan blogger lain. Cuba. Kemudian perbaiki. Korang taip ja Kek Karamel. Beratur keluar resepi. Sama semuanya. Bezanya cara bebel ja. Panjang. Pendek. Meleret. Jangan sampai orang bosan sudah.


Meh saya kongsi link kawan-kawan yang ada kongsi resepi kek karamel ni ya.


1-  Kak Ita - http://www.azlitamasammanis.com/2011/09/berakhir-sudah-sumpahan-itu.html


2- Sasha Rahmat - http://recipesasha.blogspot.com/2011/09/cake-caramel-new-version-of-pudding.html


3- Hasue - http://sue-hasue.blogspot.com/2012/04/resepi-dan-tips-membuat-kek-puding.html

4- Anna Qawina - http://annaqawina.blogspot.com/2011/12/kek-karamel-strawberry-nota-ringkas-ana.html

5- E-na - http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/kek-puding-karamel-pelangi-step-by-step.html




Nah.. saya dah 'suap nasi'. Tinggal nak kunyah dan telan saja. Selamat mencuba.


Untuk tempahan : Kek Karamel Strawberry RM55.

                           Kek Karamel Kosong RM40.


No hp/Whatsapp : 013 258 8230. Irma.


Terima kasih.







Friday, April 5, 2013

Sekali lagi... Rainbow Cake.

Assalamualaikum wbt...


Salam Jumaat penuh barakah buat semua.


Alhamdulillah.. sekali lagi saya dapat merealisasikan impian pelanggan untuk menempah Rainbow Cake dengan corak kelopak bunga. 





Alhamdulillah... pelanggan puas hati. Kata dia,'cantik dan sedap.'

Terima kasih Kak Yan.


Ramai yang bertanya. 'Saya nak order Rainbow Cake 1/2 kg ja boleh tak?' 


Dushhh... saya tak salahkan korang. Ok. Mari saya terangkan.


Saya jual kek berdasarkan adunan bukan berat. Satu adunan setiap kek akan menghasilkan berat yang pelbagai. Bergantung pada deco dan krim.


Kebanyakan kek yang saya gunakan bukan terdiri dari sponge cake yang kita sedia maklum tekstur dia ringan. Kek saya kebanyakan adalah kek yang bertekstur padat. Kek sahaja mencecah berat 1kg. Bila dicampur dengan krim dan deco. Kebarangkalian semuanya mencecah 2kg. Jika sponge cake kurang sikit berat dia. Ada la dalam 1.5 sehingga 1.7 kg.


Kesimpulan... berat hanya anggaran sahaja. Susah nak buat kek bila kira berat. Dia akan membataskan imaginasi saya untuk menghias kek. 


Satu lagi... korang tak leh nak samakan kek yang saya jual dengan kek kedai. Kebanyakan kek kedai memang guna sponge cake. Pastu deco pun lebih kurang ja kan. 


Kek saya buat memang khas untuk SATU PELANGGAN SATU ADUNAN. Ceee. nak ambik hati le tu!











RAINBOW CAKE DESIGN PETALS CAKE.

SAIZ : 8 INC BERAT : 2 KG.

HARGA : RM 150

Untuk tempahan : NO HP/ Whatsapp : 013 258 8230. Irma.


Terima kasih.







Monday, April 1, 2013

Pavlova Untuk Upacara Potong Kek.

Assalamualaikum wbt...













Inilah kerja saya sepanjang 1 minggu bercuti. Bukan pergi makan angin. Masih duduk di dapur jugak. Sibuk dengan persiapan kenduri adik lelaki saya. Saya ditugaskan menyediakan cupcake goodies dan kek masa kenduri. 


Mak awal-awal dah bagitahu nak pavlova untuk kek. Saya tambah dengan brownies dan kek karamel. 


Memandangkan meja kecik comel je yang ada. Tak dapat la saya nak buat dessert table macam dirancang. Salah saya juga. Tak bagitahu dekat orang khemah nak meja panjang. Jadi bersempit lah mereka atas meja kecik tu. huhuu. 


Sebelum ni ada yang bertanya. Nak tempah pavlova untuk upacara potong kek. Saya tak jamin sebab tak tahu dan tak pernah ada pengalaman sendiri.


Maka selepas kenduri adik sendiri, boleh la saya bagi tip untuk mereka yang berminat.


Pavlova tak seperti kek pengantin lain. Boleh ditayang seawal jam 10 pagi sehingga pengantin sampai jam 1-2 petang. Tak boleh sama sekali.


Saya sendiri masa pengantin dah sampai. Duk kalut lagi kat rumah dengan kek semua. Akak saya bising apasal kek tak sampai lagi. Haha. Ingatkan pengantin lambat sampai sebab pagi tu nikah habis lewat. Pandai-pandai aje tokey kek buat andaian. Sekali pukul 12.30 pengantin dah sampai. Perghhh.. kalut suruh Kak Jah hantar dulu pavlova. Nanti saya menyusul dengan kek yang lain. 

Masa sampai dengan kek yang lain rupanya dorang nak jugak tunggu kek saya sampai. Bagus jugak. Sempat la saya snap sekeping dua gambar buat penyeri entry. Ceee. :)


Pavlova bertahan 1 jam paling lama dalam suhu bilik. Ini pengalaman saya. Orang lain saya tak tahu. Sebelum bawa pergi masjid, saya sempat letak dalam peti beku selama 1 jam saja. Cukup la nak bertahan sementara tunggu pengantin nak potong dan beraksi bagai. Tu pun kan... masa kitorang duk potong, saya dengar kakak saya kata, 'krim dah nak cair.' See... tu saya kira tak sampai lagi sejam kitorang potong kek semua. Nak lagi jadi sebab cepat cair. Hari tu cuaca memang panas. Lagi mudah krim kek nak cair. 


Tetamu berebut nak rasa pavlova. Sapa yang tak terpegun tengok pavlova 3 tingkat dah serupa macam kek pengantin. Tu pun ada hati nak buat semua 2 layer. Nasib saya sedar diri ja. Haha. Takut la jugak tiang tu tak boleh nak sokong berat pavlova. Maka selepas sedar diri, jadi lah dorang macam dalam gambar. Tu pun orang yang tengok dah tumpang rasa gerun semacam. Tinggi!


Kakak saya yang setelkan urusan potong pavlova. Tak menang tangan dia potong 3 biji pavlova. Sekejap ja dah habis. Licin! 


Senang hati saya tengok kek licin dan takde berlaku pembaziran. Alhamdulillah... 


Saya sendiri tak sempat nak rasa kek semua. Err.. sebenarnya tak teringin pun nak rasa. hihi. Cukuplah saya seronok tengok tetamu makan dan dengar respond 'sedap' dari mereka. :D


Jadi... lepas ni bagi sesiapa yang berminat untuk menempah pavlova untuk kenduri kawen. Boleh la baca tip yang saya BOLD di atas. Sikit ja tip tapi memberi kesan yang besar pada kek anda.


Jangan nanti ada yang sms atau call saya, 'akak... apasal pavlova saya cair.'


Nak lagi best boleh buat jantung gugur sekejap. 'akak... pavlova saya runtuh.'


Hahahahaaa... masa tu saya tak nak sedih atau terkejut bagai. Saya nak gelak je. Jahat!


Sapa suruh tak dengar cakap mak! :P