Showing posts with label Red VelVet Cakes. Show all posts
Showing posts with label Red VelVet Cakes. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

IKLAN : RED VELVET MINI PACK.


Assalamualaikum wbt...






TEMPAHAN RED VELVET MINI PACK.


HARGA : RM15.


BERAT ANGGARAN : 380 GRAM. ( BEKAS SAIZ 8X3 INC)


ORDER MINIMA : 2 BEKAS/RM30.


TARIKH PICK UP : KHAMIS 11 APRIL 2013. 5.30 - 6.30 PETANG.


TEMPAT PICK UP : PV12 PLATINUM LAKE CONDO

                                 ( TUNGGU DEKAT KLINIK ALAM MEDIK)


CARA TEMPAHAN : SMS /WHATSAPP - 013 258 8230. Irma.


CONTOH - IRMA - 1 SET/2 BEKAS - 5.45 PETANG.


TERIMA KASIH.





Friday, March 22, 2013

'Less Is More'

Assalamualaikum wbt...






RED VELVET CAKE.

HARGA : RM 100

SAIZ : 8 INC

BERAT : 2KG.

SMS/WHATSAPP : 013 258 8230. IRMA.


Terima kasih.




Sunday, November 18, 2012

Dah pakai baju.. :)

Assalamualaikum wbt...


Petang tadi jam 6 selesai sudah hantar semua Red Velvet pada pelanggan. 

Alhamdulillah.


Sampai je rumah terus mata tak leh nak buka. Ngantuk. Mana taknya.. semalaman tak tido.


Letak je kepala petang tadi terus lena sampai ke malam. Sekarang ni pun ngantuk lagi. Paksa juga bangun sebab nak tunggu dan salam cium sebelum mak balik tadi. Terima kasih mak gorengkan mee dan buat cucur udang untuk saya.




Mula-mula kena pakai singlet dulu. ;)




Sekarang dah pakai baju. Siap pakai skirt me'ah lagi. ehehh..!




Mula-mula kek Mu'iz sempoi macam ni ja. Tak letak aksesori lagi. 

Ada masa dalam 10 min sebelum Ct ambik kek. Saya pun letak gambar tambahan.





Upin Ipin..!!

Pandai-pandai je makcik kamu letak gambar Upin Ipin Mu'iz. Tak tau la kamu suka ke idak.. :)


Patutnya ada satu lagi Red Velvet untuk Kak Leen. Lepas siap je lepa kek saya dah ngantuk sangat masa tu. Sementara nak tunggu Kak Leen ambil, saya layan FB kejap. Tak teringat langsung nak ambil gambar. 


Dalam pukul 3.30 petang dah dapat feedback dari Kak Sakimah. Alhamdulillah, mereka sekeluarga suka kek yang saya buat. 


Pada yang lain... mahu mencuba Red Velvet Cake yang sedap. Dipenuhi dengan rasa cheese yang enak.

Boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Hanya SMS -


Nama - Item Order - Tarikh - Masa pengambilan.

Contoh -


Irma - Red Velvet 1.5kg + Edible Image Dora - 19/11 - 3 petang.


Mudah kan. Tak perlu kita berbalas mesej panjang-panjang. 


;)



Terima kasih pada semua yang mengorder hari ini.


Kak Sakimah - Nurli - Ct - Kak Leen.


Esok saya cuti... Yeaayyy...!!!!


Tak sabar... Tak sabar... Tak sabar....


;D





Tak pakai baju...!

Assalamualaikum wbt...




Red Velvet Cake sedang menunggu masa untuk dipakaikan 'baju'.


Selamat berhujung minggu kawan-kawan...!




Wednesday, November 14, 2012

Hijrah Seorang Pembuat Kek.

Assalamualaikum wbt...


Salam Maal Hijrah buat semua. Alhamdulillah... selesai doa akhir dan awal tahun Maghrib tadi. Doa dah selesai. Makna dalam doa tu yang nak dibawa sepanjang tahun. Moga Allah permudahkan kita untuk jadi hamba Dia yang soleh dan musleh. Aamiin..!


Teruk sungguh la semangat menulis bulan ni. Memang ke laut betul. Entah laut mana tercampak. Jauh sangat sampai tak tercapai nak ambil balik. Dah setengah bulan November baru rasa nak menulis. Sambil menaip, telinga duk dengar Shah Rukh Khan duk cakap. Mata jeling sikit-sikit je. Tak tengok subtitle pun dah boleh hafal skrip. Heh..! 


Ok laahh.. masa untuk buat tayangan amal kek yang saya buat sepanjang bulan November. Alhamdulillah... bisnes berjalan dengan baik. Sampai ada masa saya kena tolak tempahan pelanggan. Tak menang tangan. Terima kasih pada Dia atas rezeki yang tak pernah putus. 














Antara hasil tempahan yang berjaya saya ambil gambar sebelum dihantar ke pelanggan. Pavlova dan Red Velvet tu dah tak larat nak ambil. Sama je hasilnya setiap kali saya buat. Tak banyak beza melainkan pelanggan minta letak gambar kartun.


Psstt... saya dapat tawaran kerja di London selama 5 bulan. 


Boleh tak saya anggap tu hijrah saya untuk tahun ni. ;P




Monday, October 15, 2012

Red Velvet dengan Tema Ben 10.

Assalamualaikum wbt...


Masih dalam suasana Cuti-Cuti Malaysia. Memang kali ni saya cuti sakan betul. heh.


Hari Ahad pagi dah sampai KL lepas selesai meraikan majlis konvokesyen adik lelaki saya di UTM. Esok sambung lagi cuti. Minggu depan baru saya start balik enjin kerja. :)




Red Velvet dengan tema Ben 10. Tempahan minggu lepas sebelum bercuti.


Terima kasih...






Tuesday, September 25, 2012

Jom Order Red Velvet Cake.

Assalamualaikum wbt...













Red Velvet Cake.

Untuk tempahan boleh hubungi - Irma 013 258 8230.


Terima kasih.



Tuesday, September 18, 2012

Sebelum Hari Rabu Tiba...

Assalamualaikum wbt...



Saya dah letak dulu entry Wordless Wednesday. hihi.

Malas nak tulis entry dah bermaharajalela.

Kerja tak leh malas. Nanti rezeki tak masyukkk. :)

Nak pi buat kek cekelat sat.

Kalau rajin. Malam ni keluar la satu entry.

Yaaaa.. Cik Rajin sila lah datang lagi sekejap lagi. heh..!!



Daaa...!!




Friday, June 15, 2012

Last entry untuk malam ni. Red Velvet Cake.

Assalamualaikum wbt.








Tempahan dari kawan sekolah rendah saya. Kek untuk adik lelaki dia.

18 tahun tak jumpa. Memang satu tempoh yang lama.

Dulu daya suka ngusik dia. hihi.

Sekarang masing-masing dah ada life sendiri.

Bila jumpa masing-masing cerita pasal kerja.

Bukan kerja sekolah. :)

Terima kasih Ayuni. 




**** Ok cukup untuk malam ni. Kena tiduq awal. Esok nak pi sekolah. :)






Wednesday, June 6, 2012

Jom tengok. Boleh order jika berminat.

Assalamualaikum wbt.

Seronoknya bila dapat cuti dari pegang tepung dan mentega. Tak yah nak fikir bangun tidur kena keluarkan mentega. Pastu nak sukat gula dan basuh telur.

Bangun tidur lepas solat boleh sambung tidur. Weehooaa... sekali sekala memang syok bangun bila matahari dah tegak atas kepala.

Tambah best lagi sekarang tengah tengok drama korea. My Girl. Walaupun dah tengok 2-3 kali sebelum ni. Layan je. Dah nama pun cuti kaaann..!!

Cuti tak bermakna takde gambar kek. Meh la saya kongsikan gambar kek yang lepas-lepas. Ada banyak lagi yang belum di kongsi.

Mana tau... ada sesapa yang tengok dan berminat nak tempah kan.



Rainbow Cake dengan tema Upin dan Ipin. Tambahan 9 biji cupcake dengan tema Liverpool.



Red Velvet Cake sempena Hari Ibu.



Red Velvet Cake untuk hari jadi.



Red Velvet Cake. Kali ni saiz 10 inci.

Mencabar jugak nak lapiskan kek ni. Tak kena gaya dan cara mahunya gempa kek jadinya.















Kek Karamel. Kek yang banyak menguji kesabaran saya sepanjang tahun. Ada ketika dia elok jadi. Ada masa dia menguji kesabaran saya dengan hasil yang kurang cantik. Semua ni saya belajar dari pengalaman sendiri. 


Ok.. dah masuk Zohor. Berhenti lah dulu. Nanti saya sambung lagi. 

Jom solat.


 


 

Wednesday, May 9, 2012

Tahniah Aisha - Terima kasih semua.

Assalamualaikum wbt.











Tempahan minggu lepas dari kawan sekolah rendah saya.

Lama kan.. Lapan belas tahun baru jumpa balik. Jumpa kat FB tak leh kira.

Ni yang buat saya seronok. Masakan membuatkan saya berjumpa dengan ramai orang.

Kawan sekolah rendah. Jiran yang tak pernah jumpa.

Saudara jauh pun ada. Tiba-tiba sms kata pavlova tak jadi. ~Adeiihh.. macam-macam tau~

Jumpa pembaca blog saya yang comel. ^ ^

Ramai. Tu belum campur yang tahu dari mulut ke mulut.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA.

Segala komen yang baik dan yang membina saya terima dengan tangan terbuka.

Friday, April 27, 2012

Hari Paling Sibuk.

Assalamualaikum wbt.

Di saat orang lain sedang lena beradu ( heww.. jeles ai) saya masih berjaga menunggu Red Velvet Cake saya masak dalam oven. LIMA BIJI kesemua sekali.

Tinggal lagi 4 loyang. Lepas ni bagi oven rehat sejam. Pastu sambung lagi dengan kek karamel dan pavlova.

Ada SEPULUH BIJI kesemuanya. Alhamdulillah rezeki.

Ini order yang lepas. Semalam punya.












 


Terima kasih pada yang mengorder.

Nak sambung buat cream cheese frosting. Pagi ni seawal jam 6.45 pagi dah ada pelanggan nak ambil kek.

Salam Jumaat!

Sunday, April 8, 2012

Red Velvet Cake sempena ABPBH 2011.

Assalamualaikum wbt.







Saya yakin ramai yang layan ABPBH malam ni kan. heheh.
 
Ada juga yang berebut chanel nak tengok bola. :)
 
 
 
 



Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday - Melepa kek. (20)

Assalamualaikum wbt.





Mulakan dengan bismillah..

Selamat bekerja kawan-kawan..! :)






Sunday, March 25, 2012

Mari... mari.. mari..!

Assalamualaikum wbt.

Mari tengok.. murah.. murah... murah..!

Malaysia bagus... Malaysia baik..!

Ini adalah salah satu dialog peniaga di Mekah dan Medina untuk menarik perhatian jemaah Malaysia membeli barangan mereka.

Nak gelak dengar bunyi slang mereka. Tahan. Simpan gelak dalam perut. Saya lemparkan senyuman ja. 

Itu kisah di Haramain. 

Sekarang kisah saya di Malaysia.

Alhamdulillah... rezeki dalam bisnes bakeri semakin bertambah. Tak putus tempahan walaupun saya berada di sana. Bila sms berbunyi, tak lain mesti sms tentang tempahan kek.

Sampai satu masa, bila saya ON kan hp selepas mendarat di Lapangan Terbang Changi. Bertalu-talu sms masuk. Bila saya periksa. Semua sms tanyakan tentang kek. Senyum saya bila baca satu persatu. 











Terima kasih pada semua yang menempah.