Showing posts with label Cabutan bertuah.. Show all posts
Showing posts with label Cabutan bertuah.. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Pemenang Cabutan Bertuah.

Assalamualaikum wbt.

Dah tengah malam baru sedar saya berhutang keputusan pemenang cabutan bertuah.

Cepat-cepat salin nama, gunting dan cabut.

Tanpa membuang masa saya umumkan tiga orang pemenang yang bertuah.

Ada sorang tu memang bertuah sangat. Sampai dua kali saya cabut nama dia saja. :))

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....

Maka inilah nama mereka yang bertuah -




 ( Inilah orangnya. Dua kali saya cabut nama dia.

Memang bertuah betul mak buyung ni.) 


 


Tahniah..!!!

Pada yang lain... jangan sedih-sedih.

 Insyaallah, lain masa saya buat lagi cabutan bertuah ya. :))


Phewww... lega dah selesai hutang.


Selamat malam.


* _~





Sunday, May 1, 2011

Keputusan Cabutan Bertuah Irma Di London (1).

STICKY POST. ENTRY BARU ADA DI BAWAH. TERIMA KASIH.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, malam ni dapat juga selesaikan keputusan Cabutan Bertuah Irma Di London. Terima kasih buat semua yang sabar menanti. Sayanglah semua.

Mengikut syarat asal, saya sediakan 12 hadiah buat mereka yang bertuah. Saya pun bujet tak ramai yang ikut memandangkan masa tu follower pun tak ramai. Satu hari saya buka blog Mama Kembar nampak entry tentang Sapa Tengah Anjurkan Contest/Giveaway? Saya pun tergerak hati nak promo cabutan bertuah sendiri. Sejak dari hari tu semakin ramai yang menyertai dan dengan senang hati siap buat entry sekali.

Memandangkan sambutan pun bertambah ramai, saya pun dengan senang hati tambah lagi tiga hadiah. Bila dah tamat tarikh penyertaan. Saya mula mengcopy dan paste nama peserta. Fuuhh. RAMAINYA. Macam tak berbaloi ja dengan 15 hadiah yang saya nak bagi. Sekali  lagi, dengan senang hati masa dah selesai cabut 15 peserta yang bertuah. Saya pergi selongkar lagi kotak hadiah yang saya simpan cenderamata dari London. Pilih punya pilih saya tambah lagi 8 hadiah.

Jumlah semuanya 23 hadiah cabutan bertuah yang saya cuba kongsi bersama semua. Insyaallah ada rezeki lagi nanti akan ada cabutan bertuah yang seterusnya.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya umumkan 23 peserta yang bertuah.






Semua saya lakukan dengan kekdah manual. Ikut senang guna saja random.org. Barangkali untuk cabutan seterusnya. Pertama ni keterujaan dia tu sangatlah tinggi. Macam nak sambut menantu atau baby sulung. Excited kan lebih. macam tu lah saya. Copy dan paste nama peserta. Kemudian print. Sambil tengok tv, gunting satu-satu nama peserta. Dah siap, lipat pulak. Akhir barulah dapat buat cabutan. Gigihkan. Mak tengok je anak dia buat kerja gunting dan lipat tanpa banyak bicara.

Lambatnya keputusan bukan kerana saya malas. Sabtu  malam dan Ahad lepas saya berhujung minggu di rumah Mak Njang menolong dia membungkus kerepek dan gula-gula untuk kenduri sepupu hujung minggu ni. Tu yang tergendala sekejap.

Hari ni baru dapat selesaikan. Tadaaaa...




















Sekali lagi dengan senang hati saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang menjayakan Cabutan Bertuah Irma Di London (1).  

Buat semua 23 peserta yang menang TAHNIAH. Anda bertuah. Sila emailkan nama dan alamat untuk tujuan pengeposan hadiah ke 

niel_2203[at]yahoo.com

Hadiah akan dipos selepas semua 23 peserta menghantar alamat email kepada saya. 


Terima kasih semua.






Saturday, April 23, 2011

Masih Dalam Proses. Maaf Jika Anda Tertunggu. Senyum.

Assalamualaikum wbt.



Salam hujung minggu di petang Sabtu.

Senarai peserta Cabutan Bertuah Irma DiLondon sudah diprint. 

Maaf jika buat anda tertunggu-tunggu keputusan 12 (barangkali lebih) pemenang yang bertuah. 

Terima kasih kerana anda seorang yang sabar. 

Moga kesabaran kalian akan dibalas olehNYA.

Senyum.  Tak perlu kata apa-apa. Senyum.

=)




Wednesday, April 20, 2011

Irma Di London : Cabutan Bertuah (1)

STICKY POST SEHINGGA 20 APRIL 2010. ENTRY TERBARU ADA DI BAWAH.

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang dijanjikan sempena meraikan Followers yang dah mencecah 282 orang. Saya menganjurkan satu cabutan bertuah buat semua yang sudi datang singgah apatah lagi membaca blog ni. Lagi best, ramai yang dah cuba resepi yang ada. Tambah saham akhirat saya. Terima kasih.

Irma Di London : Cabutan Bertuah (1)

Syarat-syarat :

Pertama :

 Sekiranya anda FOLLOWER blog Irma Di London. Anda layak mendapat DUA cabutan bertuah.

Sekiranya anda PEMBACA blog Irma Di London. Anda layak mendapat SATU cabutan bertuah.

Cara-cara :

Tinggalkan alamat email atau alamat blog dan nyatakan sama ada anda follower atau pembaca blog ini.

Contoh :

Follower - niel_2203 [at] yahoo.com atau  http://irmadilondon.blogspot.com

atau

Pembaca - niel_2203 [at] yahoo.com

Cabutan bertuah ini bermula 4 April 2011 berakhir 20 April 2011 jam 12.00 tengahmalam.




Hadiah-hadiahnya ialah -

2 helai Tshirt London

1 keping tin cenderahati tempat-tempat di London

3 kotak Notecard (setiap satu mengandungi 12 keping notecard dan sampul)

3 keychain pengetip kuku London

3 keping fridge magnet London

Bermakna, ada 12 cabutan bertuah yang akan dilakukan.


Penyertaan yang tidak lengkap secara automatik akan terbatal.


Mudah kan. Jom tinggalkan komen ramai-ramai..!