Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Resepi Butter Cake (2)

Assalamualaikum wbt...


Heyyy.. resepi datang lagi. Setelah lama mendiamkan diri. Ecee. Saya kata resepi ni resepi yang senang, sedap dan sekejap je habis. Sapa tak suka Butter Cake angkat tangan..?

Lagi-lagi Butter Cake yang baru lepas keluar oven. Tunggu sekejap 1-2 jam. Fuhh.. mahunya ulang alik je tangan masukkan kek dalam mulut. Sedap.! ~caakap mulut penuh dengan kek~ 


Nahh.. nak bagi resepi senang. :)

Kredit resepi : Kak Sue Aleen.






Resipi:

250 gm mentega - saya guna Anchor Salted.
1 cawan gula kastor
5 biji telur 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik } ayak sekali dengan tepung
120 ml susu segar - saya guna susu cair.


Cara buat: 

1. Putar mentega & gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu, tepung, serbuk penaik dan susu segar. Putar lagi dalam kelajuan rendah hingga sebati.

3. Bakar pada suhu 170 ( saya guna suhu 160) darjah Celsius selama sejam. Kalau tak mau cepat berkerak, buat teknik steam bake dulu, guna api bawah saja. Remaining 20 minutes, keluarkan dulang air. Guna api atas bawah.





Selamat mencuba.. :)



Friday, December 16, 2011

Resepi Butter Cake.

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya dah tunjukkan gambar. Hari ni saya nak kongsi resepi mudah Butter Cake yang saya ambil dari blog Mama Fami. Terima kasih mama. :)

Sebelum ni saya pernah cuba dua kali resepi Butter Cake yang berlainan. Ini kira resepi yang ketiga. Alhamdulillah, menjadi dan mendapat reaksi positif dari pelanggan saya sendiri. Katanya lepas ni nak order lagi. Katanya, ' Jangan letak chocolate rice. Biar kosong.'

Sebenarnya chocolate rice tu saya yang pandai-pandai pi letak. hihii. 

Almaklumlah... nak ikut resepi chekgu. :)

Resepi ni memang senang. Dengan lima bahan saja dah boleh makan sebiji kek.

Serupa macam rancangan 5 Rencah 5 Rasa kan. Alaa.. yang chef dia suka lambung-lambung bahan tu. Nasib terer lambung. Ada sekali dia lambung telur pecah. Haha. Gabra dia. Siap bagitahu tokey yang dia akan bayar harga telur pecah tu. ;P




Resepi Butter Cake.

Rujukan asal : Butter Cake MamaFami


Bahan-bahan :

5 biji telur saiz A
180 gram gula kastor - saya kurangkan jadi 150 gram.
200 gram tepung naik sendiri - saya gantikan dengan tepung gandum + 3/4 sudu makan rata baking powder. Ayak ya tepung dengan baking powder.
250 gram butter - saya pakai butter jenama SCS. Konon nak sedap. Memang sedap pun. Sedap bangat..!
1/2 sudu teh esen vanilla.- boleh juga guna orange oil. macam yang Mama Fami guna.

Tambahan-

Chocolate rice untuk ditabur. Takde chocolate rice boleh ganti dengan kismis, badam, chocolate chip. Takde semua ni pun boleh. Tak yah letak apa. Sempoi kan. Yang penting rasa. 

Nanti ada yang tanya. 'Kak Irma kalau nak pakai Buttercup boleh tak?'

Boleh sayaaaanngg.. ;)

Buttercup, Butterlite, Anchor, Tartura, Farmcow dan Fernleaf. Semuanya boleh. Bezanya rasa lah kan. Semestinya butter yang mahal SCS akan menghasilkan kek yang lebih lemak dari segi rasa. Butter yang murah contohnya Buttercup dia merupakan campuran susu dan bahan lain seperti minyak kelapa sawit.

Jadi terpulang pada awak semua lah nak pakai butter jenama mana. 

Cara-cara :

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Leserkan loyang dengan saki baki butter yang ada pada pembalut. Kemudian alaskan permukaan dasar loyang dengan kertas minyak.

Panaskan oven pada suhu 170' C selama 15 minit atau lebih. Oven yang cukup panas lagi memudahkan kek untuk naik semasa tempoh pembakaran.

Ok. kat sini mungkin berbeza. Saya selalu dapat pertanyaan pasal oven. Ada yang kata oven dia kecik. Ada yang kata oven dia tak panas sangat. Saya plak garu kepala. Kadang saya tak dapat nak bagi jawapan yang tepat. Awak semua kena kenal oven sendiri. Macam saya, saya guna oven jenama Zanussi. Biasanya saya panaskan oven 170'C. Bila bakar saya turunkan jadi 160'C. Ada resepi menjadi. Ada resepi kadang terhangit jugak. Saya sendiri masih berkenalan dengan oven sendiri. Setahun masih belum cukup untuk saya betul-betul kenal dengan Baby Zanussi saya. ;)

Dalam satu bekas, satukan butter dengan gula. Putar dengan kelajuan perlahan selama 2 minit. Bila nampak dah sebati. Naikkan kelajuan mixer. Sampai habis tinggi. Putar sampai adunan bertukar warna krim dan sebati/ringan. Biasanya saya pukul dalam masa 4-5 minit. Bergantung pada mixer masing-masing.

Pastikan gula dah hancur baru masukkan telur ya. 

Bila butter dan gula dah hancur/sebati. Masukkan telur SATU PERSATU. Masa masukkan telur satu persatu saya perlahankan mixer pada kelajuan sederhana. Dah habis 5 biji saya masukkan satu persatu, baru saya naikkan kelajuan dan putar telur sampai sebati selama 2-3 minit.

Sambil putar, kaup bahagian tepi dinding supaya mereka jugak mendapat kasih sayang mixer yang cukup. :P

Kalau tak leh nak buat 2 kerja sekali gus. Berhentikan mixer. Kaup bahagian tepi. Sambung balik putar.

Masukkan esen vanilla atau jika suka gantikan esen vanilla dengan orange oil. Terpulang. Pilih salah satu. Putar lagi 1-2 minit.

Masukkan tepung yang telah diayak. Sikit demi sedikit. Guna kelajuan perlahan sehingga tepung habis. Kemudian naikkan kelajuan. Putar selama 2 minit. 

Masukkan adunan dalam bekas. Jika mahu taburkan chocolate rice (contoh). Tabur masa ni. Sebelum dimasukkan dalam oven untuk dibakar.

Masukkan adunan dalam oven. Bakar selama 45-50 minit bergantung pada oven masing-masing. Satu tips untuk tahu kek dah masak ialah bila adunan dah mula merenggang dari tepi loyang. Jika sudah, boleh keluarkan loyang dan tutup api oven. Jika belum renggang, tambah masa membakar 5-10 minit.

Sejukkan selama 30 minit. Kemudian boleh keluarkan kek dari loyang.

Butter Cake sedap dimakan sehari selepas dibakar. Masa ni kek akan menjadi lebih gebu dan lembab. 

Alhamdulillah... mereka yang menikmati kata sedap. Lain dari Butter Cake yang di beli di kedai. Yolah akak.. saya pakai butter mahal. Tu yang sodap..! ;)




Cer terai pakai SCS buat kek. Memang sedap. 

Selamat mencuba ya kawan-kawan. :)










Thursday, December 15, 2011

Butter Cake.

Assalamualaikum wbt.




 Errrr... Wordless Wednesday yang dah basi. kekee.

Resepi nanti saya bagi eh. Malam ni tengok gambar dulu. ;)

Tuesday, November 15, 2011

Blog terabai bila tuan tanah ...

Assalamualaikum wbt.



Sibuk praktis buat bunga dengan buttercream.

Ye kawan-kawan.... ini bunga tipu.

Bukan bunga betul.

Bunga yang biasanya baker letak atas kek.

Saya baru dapat buat dengan baik lepas pergi kelas dengan Kak Rani.

Suka bangat sampai dah dua papan saya buat.

Satu bunga pink.

Satu lagi bunga purple.

Ingat nak buat satu lagi dengan warna biru.

Tapi .... -----------------> dah pengsan lepas maghrib tadi. Penat.

Hari ni saya tolong ajar adik junior sekolah saya buat tartlet.

Ini baru satu resepi dah penat. Belum ajar 10 orang. ~Geleng kepala. Tak sanggup~



Ok bai. Nak masuk dapur balik.

Esok pagi customer nak ambik order.

Friday, November 11, 2011

Nak bagi semangat dekat kakak saya.

Assalamualaikum wbt.













Salam di pagi hening pada tarikh 11.11.11 jam 1.11.11 pagi.


Salam Jumaat yang penuh barakah. 


Moga kita sentiasa dalam kasih sayang Allah swt.


Sebenarnya saya nak kongsi tips membuat Kek Karamel ni. 


Berdasarkan pengalaman sendiri. Jatuh bangun buat kek karamel ni.


Memang adakala stress bila tak jadi. 


Cuma tak sampai menangis je. hihi.


Dah lama plan. Gambar pun dah ada.


Masa nak menulis yang menjadi kekangan saat ini.


Rasa bersalah berlama-lama di depan laptop.


Sambil mata menjeling pada dapur yang belum bersih. 


Insyaallah, saya akan cuba cari masa untuk tulis. Sabar ya.


Makanya -----> Ini adalah entry untuk kakak yang saya kenal bila berblog. 


Kak Lady Lavender ini untuk akak. 


Harap dapat naikkan semangat akak untuk berkaramel lagi.


Onnea siskoni..! :)




Mengabadikan entry ini pada tarikh 11.11.11 jam 1.11.11 pagi. 











Tuesday, November 1, 2011

Bila saya berpeluang memotong kek sendiri.

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak buat Kek Karamel untuk diri sendiri. 

Hari-hari buat untuk tempahan orang saja. 

Jadi semalam saya buat untuk Tok Chik Azizah saya.

Buat untuk makan-makan di rumah anak dia.

La ni pi rumah sedara pakat duk cerita pasal terliur tengok kek saya dekat FB. hihii. 

Sian depa. Duk telan liur.

-------> Sama jugalah dengan korang ye. Terliur. Cuma kita tak jumpa je. hikss.











Gambar yang terakhir ni saya ambil masa kat rumah dua pupu saya, Mak Lang Keda.

Nak ambik beriya segan.

Cukuplah macam ni je.

Tu pun dah senyum suka.

Cantik jugak na..!! ~ayat puji kek sendiri.

:: ---- Saja nak pos entry ni pada tarikh 1.11.11 jam 1.11.11 pagi ----::

Tuesday, October 18, 2011

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN - KEK KONTINENTAL.

Assalamualaikum wbt.




CHOCOLATE INDULGENCE CAKE


ITALIAN RAINBOW CAKE




CARROT WALNUT WITH CREAM CHEESE


OPERA CAKE




ROYAL CARAMEL




NUTTY CARAMEL




CHOCOLATE MASCARPONE 




Sekiranya anda berminat untuk mengetahui harga boleh email saya di -

irma_pv12[at]yahoo[dot]com


Untuk menyenangkan anda, sila tempah 3 hari sebelum tarikh yang dikehendaki.

Untuk tempahan banyak 1 minggu (barangkali lebih) diperlukan untuk menempah tarikh.

Tempahan di saat akhir untuk kek tidak akan diterima.

Saya tidak menyediakan penghantaran kek. Maaf ya.

Anda diminta untuk mengambil tempahan di pick up point :

Blok A PV12 Jalan Langkawi Danau Kota Setapak.

(berdekatan dengan uptown danau. di belakang Platinum Walk. Kondo kuning di bawahnya ada Nice Coffee Station, Klinik Alam Medik )

Anda suka saya tersenyum seronok. 

:)



Tuesday, September 20, 2011

'Cik Ema.. boleh makan ke ni?'

Assalamualaikum wbt.










Biasanya anak kecil yang bertanya. Dorang tengok cupcakes yang saya buat sambil mulut bertanya. 'Cik Ema boleh makan ke ni?' hehe. Comel la soalan dorang ni. Buat saya tersenyum tersengih tak tahu nak kata apa. Lantas mak dorang pun cakap. 'Ambiklah. Cik Ema ko buat memang untuk makan.' Kang anak dia menjawab pulak, 'Sayang nak makan. Cantik.' :)

Sejak dari saya belajar buat cupcakes dulu macam ni la jugak jadinya. Anak saudara tak nak makan cupcakes yang saya buat selagi tak disuruh. Alasannya sama. 'Cantik la kek mak lang. Pandai mak lang buat.' Eceehhh.. mak lang dia dah senyum kembang habis kena puji dengan anak saudara. Esok ada rezeki panjang umur dapat belajar hias kek dengan Kak Najah. Jangan la masing-masing buat perangai tak nak makan jugak. haha. Mahunya kek tu jadi hiasan meja saja.

Ayat dari kakak saya lagi best. 'Rumah ni dah macam orang putih. Hidang cupcake kat tetamu.' ;P

Sebetulnya nak cover malu. Biskut raya dah habis. Ganti dengan cupcake la senang. Kata tokey jual kek. Haruslah jamu apa yang berkaitan dengan kek kan.. ;D







Thursday, July 14, 2011

Cupcake untuk empat beradik.

Assalamualaikum wbt.


Bila buat cupcakes ni saya teringat dekat tiga beradik yang jauh di sana. Syakirah, Fatimah dan Maryam.

Rindu bila masa nak buat kuih atau kek, dorang pun nak tolong. Terutama sekali Maryam.

Sekarang takde sapa kacau saya. Tolong. Lagi lah takde. :(


Haaa... Ini baru betul. Hujung sekali Upin dan Ipin semestinya untuk Fatih. :D

Masa dorang balik Malaysia hari tu, saya tak reti lagi buat cupcake pakai edible image ni. 

Jadi pegi kedai beli la sebiji. bila tau punyalah senang.

Ehmm.. lepas ni tak yah dah beli. 






Wednesday, May 11, 2011

Resepi Nutella Mug Cake.

Assalamualaikum wbt.

Senang.  Mudah.  Cepat.

Betul. Betul. Betul. Tak tipu. Sepanjang tiga tahun perkenalan saya dengan spatula binti oven. Ini adalah resepi paling mudah, senang dan cepat yang saya dah cuba. Dalam masa 15 minit dah boleh duduk depan laptop menikmati keenakan coklat dalam mulut. Wah. Dah terbayang lebihan kek dalam peti ais. 

Bila baca memang nampak mudah kan. Masa buat tu pun nanti rasa sekejap je. Tak sempat nak habis kemas dapur. Dah berbunyi microwave. Ting..!!



Meh saya kongsi resepi Nutella Mug Cake dengan korang semua.

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.

2. Kacau rata sampai sebati.

3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)

4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.

Senang kan. Baca resepi ni seminit pun dah boleh paham. Saya ni punyalah lama dah beli bahan nak buat. Susu segar tu dah dua tiga kotak beli tapi tak buat. Boleh pulak guna susu segar makan dengan cereal setiap pagi. ha ha. 

Tangguh punya tangguh. Akhirnya hari ni menjadi juga. Memang tak sangka dalam masa 2 minit dah boleh masak kek saya. eceehh. Seronok tengok adunan tu naik turun masa tengah dibakar. Serupa macam larva gunung berapi tengah mengelegak. ho ho. Nasib tak melimpah ja. 

Apa lagi. Resepi ni memang sesuai sangat untuk penggemar coklat. Memang 100 peratus rasa coklat. Lagi-lagu Nutella. 

Saya bukanlah penggemar coklat. Jadi bila makan tadi saya tambah susu segar lagi biar dia basah. Lagi bertambah lembab dan semestinya sedap. Barulah kena dengan selera saya. Nyum Nyum.

Ada tiga mangkuk lagi dalam peti ais. Walllaaahhh...!!



Sapa-sapa yang teringin. Supaya awok sedekahkan kek ni. Sila angkat tangan macam saya. ~Usop Wilcha~



Monday, October 4, 2010

Resepi Red Velvet Cake.

Assalamualaikum wbt.


Oktober dah tiga hari berlalu. Malam ni baru nak mula dengan entry pertama. Mood nak menulis ibarat seperti bayi yang baru nak pandai mengesot. Lambat. Haaiii... Ini pun gagahkan diri menulis dan memerah idea supaya ayat tak kelihatan derita bila dibaca. 

Sambil membayangkan baju yang belum digosok di sudut bilik ini. Nanti saya gosok kamu ya wahai baju yang menggunung.

Saya mulai dengan entry kelentung-kelentang membuat kek bersama korang. Harapnya keseronokan melihat kek ini mendapat sambutan dapat dibaca melalui ayat-ayat saya dalam entry ini.

Dah lama saya lihat dan baca tentang Red Velvet Cake yang menjadi kegilaan ramai di merata blog. Mereka kata sedap sampaikan saya teruja untuk mencuba.

Bila tengokkan rupanya saya jadi gerun. Sungguh-sungguh gerun dengan warna merah yang garang. Sanggupkah saya membiarkan perut saya tercalit dengan warna merah? Ada ke orang nak makan kek ni nanti? Macam-macam yang bermain di kepala. 

Kiranya lama jugalah saya menangguhkan hasrat nak membakar sebiji kek yang bernama Red Velvet ni.

Setiap hari mesti cari semangat dengan melihat resepi, gambar dan video tentang kek ni. Dalam hati terdetik, 'Bila nak buat kek ni?'

Selepas hampir sebulan lamanya, malam Jumaat lepas barulah saya gagahkan diri untuk masuk ke dapur memulakan misi membakar Red Velvet Cake.

Jadi, dengan sukacitanya saya mahu berkongsi resepi Red Velvet Cake yang sudah tinggal sepotong sahaja di dalam peti ais. Errr... tu petang tadi. Sekarang tak tahulah ada lagi atau tak. Hihi.

Bismillahirrahmanirrahim...

Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~

Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Bukan apa. Katalah kulit telur tu TERjatuh dalam adunan. Kena pulak mak mertua depan mata nampak. Kang tak pasal-pasal kena leter sedas. Kalau mak mertua tak kisah tak apa. Contohlah kan. Esok-esok saya bagi contoh mak sendiri pulak. Err.. rasanya mak sendiri tak kisah kot. Kan mak..?

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.

Disebabkan saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut. 

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu. 

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti. 

Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Sekiranya korang TERlebih rajin. Belah kek menjadi tiga atau empat lapisan. Saya tak berani nak potong. Takut pecah. Siapa yang nangis nanti?

Jadi kek saya ada dua lapis sahaja. 

Ini kaedah dua lapisan. 

Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah. Ada paham ka? Jadi nanti dia akan terpenyek rata juga.

Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda. Saya sapu sikit ja. Tak tebal. Takut konon. Sebenarnya lagi banyak lagi sedap.

Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

Dalam kes saya terbalik. Saya letak bahagian bawah di bawah kerana kesilapan teknikal (tak sabar sebenarnya) kek saya terpecah bila saya nak tanggalkan kertas minyak. 

Sila tuang kesabaran yang tinggi bila mula menghias bahagian atas. Terutamanya orang seperti saya yang baru pertama kali nak buat. Keras tangan sungguh. Dah la takda spatula panjang. Jangan tanyalah alas kek yang boleh pusing-pusing tu. Memang takda. Idea baik punya pun datang. TING..! Guna pisau panjang la jawabnya. HaHa.

Masa ni la saya tabik spring toing.. toing.. pada mereka yang pakar menghias kek. Sebagaimana cantik mata memandang begitu jugalah lembut tangan mereka menari-nari bermain dengan spatula. 

Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais. Tak sabar dah ni nak tunggu hasil esok.

Keesokkan paginya. Naik pejabat terus buka peti. Tak sabar nak potong. Ambil gambar dan makan.

Berdebar ni... Apalah rasa kek baldu merah ni.. Dup.. Dap.. Dup.. Daaappp..!

Dengan segala hormatnya dipersembahkan....

Red Velvet Cake atau Si Baldu Merah.

Alhamdulillah. Menjadi. Nak nangis jugak. Dalam hati sahaja.



Oh... sila abaikan rupa saya yang berkedut. Pertama kali lah katakan.


Perasaan bersalah tetap ada bila tengok warna merah baldu.


Nak makan tak nak makan...?


Mengancam kan saya.


Posing lagi.


Bersedia.


Ini untuk anda. Sedap. Tak rugi mencuba.

Berbaloi sungguh saya pergi ke Tesco pada malam Jumaat lepas. Punyalah seronok nak buat kek sampai tak periksa bahan rupanya tak cukup. Mulanya dah separuh tekad nak batalkan niat buat. Bila fikir balik. Esok tak tahu lah apa nak jadi. Pukul 9 malam keluar beli serbuk koko Cadbury dan baking powder.

Penghargaan :

Resepi - Joy Of Baking dan zatidhati.

Gambar pemangkin semangat - Google Images 

Video penambah keyakinan - Youtube - ExpertVillage.

Tukang rasa kek - Kak Ct sekeluarga, Ezzah, Kak Zue dan Izzah.

Tanpa mereka saya pun tak tahu sapa nak habiskan Si Baldu Merah saya ni. Sebenarnya banyak lagi sumber lain yang saya baca. Ini yang utama. Terima kasih kepada semua. 

Sekali lagi kepada Kak Ct. Tanpa dia. Tak da rezeki kita semua nak merasa dan berkongsi resepi. Terima kasih sangat-sangat. Allah sahaja yang dapat balas jasa Kak Ct. ~Terharu~

Ada rezeki nak juga pergi Hummingbirdbakery. Insyaallah.

Buat anda. Selamat mencuba. Oh ya, kalau baca di resepi asal tak sama dengan saya tulis. Maknanya tu paham-pahmlah kan. Anak murid derhaka. ~Haaiipp... Rotan baru tau~


Tuesday, August 31, 2010

Resepi Oreo Cheese Cake.

Assalamualaikum wbt...




Cuti dah habis. Alhamdulillah, Tujuh hari bersama keluarga sepupu. Banyak pelajaran dan pengajaran yang saya dapat di sana. Macam-macam. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak sepupu saya tiga lelaki dan bongsu perempuan. Adoii, gamat rumah dibuatnya dengan kerenah mereka.

Nama ja cuti tapi masih lagi tolong buat kerja-kerja rumah. Tolong sepupu memasak. Mengemas. Kadang-kadang saya yang menguasai dapur tu sambil dibantu oleh sepupu. Ahaa, melampau kan. Dapur orang pun buat macam dapur sendiri. Ikut suka hati ja nak ubah barang. :P


26 hb lepas ulangtahun perkahwinan Kak Linda dan Cik Din yang ke 10. Semoga perkahwinan yang terbina akan dilimpahi dengan barakah, rahmah dan mawaddah hingga ke syurga. Insyaallah. Demi meraikan mereka, saya sempat bakar sebiji Oreo Cheese Cake. Cheese Cake lagi! =)

Sementara ingat resepi dalam kepala. Baiklah saya kongsi sama-samakan.




Bahan-bahan untuk dasar biskut :

2 cawan penuh biskut Oreo ( kalau suka tebal. Lebihkan lagi)
2 sudu besar  butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan untuk Cheese Cake :

2 bekas soft cheese jenama Philadelphia ( 300 gram setiap bekas)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan (belah 4)

Hiasan (takda pun x apa) :

1 paket kecil milk chocolate
1/2 cawan whipped cream


Cara untuk membuat dasar kek :

1.  Hancurkan biskut yang dah dikeluarkan krimnya. Kalau ada pengisar kering lagi senang. Cepat kerja. Nak kerja renyah pun ada. Masukkan biskut dalam plastik. Kemudian ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai. hehe.

2.  Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan brown sugar dan serbuk kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal. Kalau anda tambah kuantiti biskut. Makanya silalah tambah sedikit lagi kuantiti butter ya.

3.  Kemudian tekan di atas loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak.

4.  Sejukkan di dalam peti ais sebentar. Kemudian bolehlah teruskan dengan kerja-kerja membuat adunan cheese.


Cara-caranya :

1.  Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik untuk memudahkan kerja-kerja memukul. Sebaiknya satu jam atau dua sebelum kerja-kerja memasak dimulakan.

2.  Pukul cheese dengan menggunakan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Sehingga cheese benar-benar kembang. 

Kalau takda mixer pun tak apa. Gunakan tangan yang Allah berikan untuk tujuan memukul. Memang susah sedikit. Pengalaman saya membuat cheese cake dengan menggunakan manual (baca:tangan). Masa yang diambil untuk memukul cream cheese sahaja ialah 20 minit ya kawan-kawan. Ada berani kah? ;)

3. Bila cheese dah kembang. Masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit lagi. Bila nampak gula dah sebati denga cheese kira ok la.

4.  Seterusnya masukkan sour cream dan terus memutar untuk jangka masa 3-4 minit lagi. Tak perlu putar lama-lama. Cukup sekadar bahan tu sebati. Lepas ni nak putar bahan lain lagi.

5.  Kemudian, masukkan tepung, jus lemon dan esen vanilla. Teruskan kerja-kerja memutar lagi ye. Kali ni tak perlu lama. 1 atau 2 minit dah cukup.

6.  Kaupkan bahagian tepi bahan yang kurang mendapat kasih sayang mixer.

7.  Pecahkan telur sebiji. Putar selama 1 minit. Kemudian pecahkan sebiji lagi. Putar 1 minit. Pecahkan telur yang terakhir dan pukul lama sikit. 2-3 minit.

Untuk terakhir kali. Kaupkan semua bahan supaya sebati dan bersatu dengan yang lain. Bersihkan tepi-tepi mangkuk yang bersepah akibat dari percikan semasa memutar.

Keluarkan bekas yang mengandungi dasar kek. Patahkan biskut Oreo dengan menggunakan pisau untuk mendapatkan pecahan yang cantik. Tapikan, bila dah tenggelam dalam adunan. Tak nampak dah pun cantiknya. kehkehkeh.

Untuk membakar :


Gunakan kaedah water bath. Rujuk entry sebelum ini. Di sini.

Suhu yang saya gunakan ialah 150' C atau untuk gas pada tanda no 4 selama 45 minit. Sekiranya menggunakan dapur gas. Anda perlu tambah 10 minit sekiranya kek menampakkan tanda-tanda masih lembik sangat di tengah apabila digoyangkan.

Kemudian tutup api oven. Keluarkan aluminium foil. Kalau tak nanti kek lembab kat bawahnya. 


Biarkan kek di dalam oven selama 2-3 jam sebelum dikeluarkan. Masa ni bila digoyangkan bekas akan nampak seolah kek belum masak sepenuhnya. Tak apa. nanti bila dah dibiarkan 2-3 jam lagi selepas api ditutup. Kek akan masak lagi dengan saki baki panas yang ada.


Selepas tu masukkan dalam peti ais. Nak bagi sejukkan dia sebelum dimakan. Paling kurang 4 jam.. Kalau buat malam. Esok pagi boleh makan dah. Kalau tak sabar. haha.


Pengalaman saya. 4 jam tu dah ok la. Kalau lama sangat nanti susah nak keluarkan. Dia dah melekat kat tepi loyang. Nanti tak cantik bila nak keluarkan. 

Untuk hiasan :

Kalau tak nak letak ganache atau coklat cair pun tak apa. Terpulang. 

Kaedah satu :

Pecahkan satu peket kecil milk chocolate kepada ketulan kecil. Cairkan menggunakan kaedah double boiled atau masukkan ke dalam microwave selama 20 saat. Keluarkan kacau. Kalau masih berketul, tambah lagi 10 saat. Jangan dicairkan terlalu lama. Nanti hangus coklat tu ye kawan-kawan.

Bila coklat dah cair. Masukkah whipped cream dan kacau sehingga sebati.

Kaedah dua :

Masukkan whipped cream dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

Tuang ke dalam mangkuk yang berisi coklat. Kacau sehingga coklat cair kesemuanya.

Tuangkan atas Oreo Cheese Cake yang sudah dikeluarkan dari loyang. Biarkan sejuk selama sejam.

Kemudian boleh di hidang.






Tadaaa... 


Inilah sepotong Oreo cheese Cake yang menjadi santapan sahur saya. hehe.



Selesai ketiga-tiga resepi cheese cake yang saya pelajari dari Dina.




Berapa ramai dah yang merasa kek ni. Sampaikan saya dah boleh menderhaka kalau tak cukup bahan. eheh. Terima kasih Dina!


Akhir kata...


Selamat mencuba.

=)