Showing posts with label Kelas Bakeri. Show all posts
Showing posts with label Kelas Bakeri. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Bunga Anemone.

Assalamualaikum wbt...


Semalam baru balik dari Kuantan. Lega dah selesai kelas yang diidam-idamkan. Minggu lepas pegi kelas buttercream dua tingkat. Balik KL dulu. Sabtu lepas pegi lagi untuk kelas fondant pulak. Dua minggu berturut la jugak saya berada di Kuantan. Sempat meronda sekali dekat East Cost Mall. Nasib kepala ting tong je petang tu. Lepas makan dan borong stok makanan untuk tiga hari, terus berkhemah dalam bilik hotel je. Memang syurga betul dapat berehat sambil baca buku. Bila mata ngantuk je terus pejam tanpa rasa bersalah. ~Ewaahh.. bestnya kalau dapat buat selalu~


Dah berehat tiga hari.. ni yang bersemangat masuk ofis pukul 6.45 pagi. :)


Saya tunjuk hasil saja la na. Masa kelas memang fokus betul. Tak sempat nak ambil gambar. Sapa yang buat fondant tau aje lah camana payahnya nak menguli fondant yang keras tu. 


Saya mengelat... suruh suami Kak Fad canai fondant terus atas kek saya. Tak yah tunjuk atas dummy. Hahaa. Budak malas tau nak balik cepat aje. :P







Masa belajar ada sorang lagi teman. Kak Za nama dia. Masa nak buat pemilihan warna tapak. Kak Za pilih pink. Saya dengan senang hati pilih biru. Bila masa nak buat hiasan. Memang ngam sangat la tukar warna sesama kami. Memang cun betul..!! ~ puji kek sendiri~








Tak cukup ambik gambar dalam kelas. Balik hotel petang tu sambung lagi dekat bilik. :P


Jadi layan aje lah gambar yang sama. Saya tengah rajin nak tunjuk. Bukan apa.. senang nanti sapa-sapa nak order. 







Selesai... Alhamdulillah... Rasanya untuk tahun ni saya nak tutup buku dulu. Nak fokus dengan apa yang dah belajar dan mula buat latihan. Kena bagi tumpuan lebih untuk fondant. Beli barang. Praktis buat. Nanti bila dah yakin baru boleh ambil order dengan cemerlang.


Ada tapinya kat sini... Selalunya yang buat saya tak cemerlang lagi tak terbilang jauh sekali nak gemilang bila ada sesetengah pelanggan yang bertanya. 'Akak... saya nak order kek fondant. macam ni... macam tu.. begini..... begitu.. yadaa.. yadaaa..."


Saya tanya, "Nak ambil bila..?"

Pelanggan, "Esok boleh tak kak.."


Hadoiiiii.... terus saya jawab. "Maaf ya, esok tak sempat."


Terus tutup order. Bagi saya yang masih lagi AMATUR (baca 6 harakat) memang perlukan masa yang lama untuk siapkan sebiji kek fondant. 


Buat bakal pelanggan yang saya kasihi lagi sayangi ( perempuan saja) pada masa akan datang. Tunggu sampai saya umumkan bila bersedia nak ambil tempahan.


Untuk tempahan kek fondant, sila tempah 1 BULAN SEBELUM TARIKH MAJLIS. Paling lewat pun 2 MINGGU. Senang untuk saya tolak order lain dan fokus pada tempahan korang.


Berapa harga kek..?


Ehmmm... saya bagitahu awal ya. Senang korang nak himpun duit siap-siap. Tak pun tengok bujet dalam poket, cukup dak nak order kek fondant. 


Harga untuk saiz Choc Moist Cake 8 inci design BUNGA ANEMONE ialah RM280. 


Saya nak letak harga pun ketar. Bila ditimbang sukat masa, tenaga dan seni yang dilaburkan untuk menyiapkan sebiji kek. Inilah harga yang berpatutan. 


Saya tak kisah orang nak kata mahal. Mai duduk kat tempat saya. Baru lah tahu susah senang nak siapkan sebiji kek.


Lagipun seni ni memang subjektif. Kan..? :)






Tuesday, June 19, 2012

Fondant. Hands On dan Demo.

Assalamualaikum wbt.

Penat. ~ sambil tumbuk-tumbuk leher. Picit-picit tapak kaki la kunun nak bagitau penat.~

Alhamdulillah. Rancangan yang dah lama ditulis, terlaksana juga akhirnya.

Sabtu dan Ahad, hujung minggu semalam. Saya menghadiri dua kelas fondant berlainan tempat.

Satu dengan Kak Ita Mahat, pemilik blog Gula dan Mentega. ~pi Google sendiri lekaih.~

Dua dengan Adik manis lagi cun. Annisa, pemilik bersama Cupcakes Confetti Studio. ~pi Google jugak~

Maaf pada semua yang bertanya order. Memang saya tolak secara baik semua order yang masuk. Kecuali satu. Memang tak leh nak tolak. Order dari mak sendiri untuk kawan dia. 

Sebelum ni saya suka tengok hasil kerja Kak Ita. Kemas, Cantik. Semestinya dah ada trademark dia sendiri. Jenuh juga nak cari kelas fondant.

Syarat saya satu je. Kelas tu mesti senang nak pergi dengan pengangkutan awam. Almaklum laaaaa (panjang nam harakat) saya ni kan takde kereta. ~ sambil buat muka sedih. ceitt~

Makanyaaa... pada pagi Sabtu jam 7 pagi, bermula lah perjalanan saya.

Danau Kota - KL Sentral - Kajang - Saujana Impian.

Jam 930 pagi baru la saya sampai rumah Kak Ita. Sempat lagi masa dekat KL Sentral saya breakfast McD dulu. :)

Kelas bermula jam 10 pagi. Ada 2 orang lagi selain saya. Aminah dan Yati.

Bermulalah sessi menuntut ilmu bagi seorang amatur seperti saya. Jika sebelum ni saya keliru tentang fondant, gum paste, figurines, gum tax, CMC blaaa... blaaa.... Terjawab lah semua persoalan yang selama ni duk terbang atas kepala saya.

Saya ambil Kelas Cupcakes Fondant dan Figurines. 

Nak pendekkan bebelan. Inilah hasil kerja saya selama 9 jam. 












Buat fondant ni memang penat. Bukan sikit penat dia. Bagi yang baru pegang fondant macam saya, nak siapkan satu set macam kat atas ni, mula pukul 10.00 sampai la jam 7.30 malam. Berhenti makan dan solat je. Tu pun tak sampai sejam rasanya. 

Pukul 10.30 malam baru sampai rumah. Tu pun mak dah call berulang kali masa kat KL Sentral. Saya tak dengar sebab saya perlahankan suara hp. Kunun nak fokus masa belajar. ;P

Masuk hari kedua. Hari Ahad.

Kali ni kelas dekat je. 20 minit dah sampai. Penat semalam masih bersisa. Tak boleh tidur walaupun mata ni memang ngantuk sangat lepas solat. Gagahkan kaki berdiri. Kena siapkan kek karamel sebelum pergi kelas. Sambil duk bergolek depan tv tunggu kek masak. Hujan turun. 

Puuuurrrr...!!!

Bestnya la kalau dapat sambung tidur. Berangan la sajork. ~sambil gosok baju~

Pukul 9.45 baru keluar rumah. Gila lambat betul. Siap SMS Annisa, kalau semua orang dah sampai. Mulakan saja dulu demo. Rupanya masa saya sampai, ada lagi 2 orang lambat dari saya. Selamat. Selamat. heh.

Hari ni tak penat sangat sebab kelas demo je. Kalau ada penat pun barangkali sisa-sisa dari kelas semalam. 

Apa yang best dengan kelas hari ni terletak pada dua perkara. Guru yang mengajar dan kek yang terhasil.

Satu... cikgu fondant saya ni memang muda. Di saat rakan sebaya dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di U, dia pula memilih bidang bakeri sebagai kerjaya masa depan dia. ~Ewaahh.. ayat macam nak masuk majalah~ 

Pada umur sekarang, dia dah boleh kendalikan kelas fondant sendiri. ~ saya nak buat kelas pun duk bertanggah lagi~

Dua... tahukah korang (mestila tak tahu kalau saya tak bagitau kaann) kek yang dihasilkan oleh Annisa bersumber inspirasikan dari benda yang ada di rumah dia. Langsir, butang, pengikat langsir dan kipas. 

Nak kata pelik pun tidak juga. Begitu lah seni. Jika kita pandai guna dan olah. Cantik la hasilnya. macam gambar di bawah.




Nampak simple tapi ada nilai tersendiri pada kek tersebut. Kalau sapa tengok pun tahu. Kek ni Annisa yang punya. Kalau bukan Annisa yang buat. Orang akan kata, 'Ko pegi belajar dengan Annisa eh..?' Tak pun, 'ko ambik idea kek Annisa kan.' Ayat kedua berbunyi sedikit kejam kan. :)

Alhamdulillah. hajat untuk belajar fondant dah tercapai. Tinggal lagi sekarang nak beli dan kumpul barang keperluan fondant. Duhet... duhet...!!

Oh ya... buat yang tidak tahu. Harga kek fondant mahal kerana tenaga dan usaha untuk membuat satu biji kek. Bukan senang ooo..!! 

Macam saya la kan yang amatuuuurrr ( baca 10 harakat) ni. Nak siapkan 1 set 10 biji figurines ambil masa 9 jam. Kalau buat pavlova dapat 4 set pavlova 1 kg 2 lapis. Satu set fondant RM160. Empat set pavlova RM300. Gila duhet betul Irma ni tau...!!! ;P

Hahaaaa... kalau dah minat. Duhet tu dah letak nombor dua. Keseronokan mengulit fondant sampai jadi kasut, kereta, beg tangan, DSLR dan macam - macam lagi tu yang tak dapat nak samakan dengan kerja membuat pavlova. Seronok dan ralit.

Apa pun, usaha untuk menuntut ilmu belum berakhir lagi. Ini baru permulaan. Ada lagi kelas-kelas yang akan menyusul bila poket dah penuh.





 

Tuesday, November 15, 2011

Blog terabai bila tuan tanah ...

Assalamualaikum wbt.



Sibuk praktis buat bunga dengan buttercream.

Ye kawan-kawan.... ini bunga tipu.

Bukan bunga betul.

Bunga yang biasanya baker letak atas kek.

Saya baru dapat buat dengan baik lepas pergi kelas dengan Kak Rani.

Suka bangat sampai dah dua papan saya buat.

Satu bunga pink.

Satu lagi bunga purple.

Ingat nak buat satu lagi dengan warna biru.

Tapi .... -----------------> dah pengsan lepas maghrib tadi. Penat.

Hari ni saya tolong ajar adik junior sekolah saya buat tartlet.

Ini baru satu resepi dah penat. Belum ajar 10 orang. ~Geleng kepala. Tak sanggup~



Ok bai. Nak masuk dapur balik.

Esok pagi customer nak ambik order.

Tempahan dibuka sekarang.

Assalamualaikum wbt.






Ini hasil kerja saya. Ada sesiapa nak tempah..?

Hubungi saya di talian 013- 258 8230.

Kita sembang lanjut nanti ya.

Terima kasih.

Tuesday, October 18, 2011

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN - KEK KONTINENTAL.

Assalamualaikum wbt.




CHOCOLATE INDULGENCE CAKE


ITALIAN RAINBOW CAKE




CARROT WALNUT WITH CREAM CHEESE


OPERA CAKE




ROYAL CARAMEL




NUTTY CARAMEL




CHOCOLATE MASCARPONE 




Sekiranya anda berminat untuk mengetahui harga boleh email saya di -

irma_pv12[at]yahoo[dot]com


Untuk menyenangkan anda, sila tempah 3 hari sebelum tarikh yang dikehendaki.

Untuk tempahan banyak 1 minggu (barangkali lebih) diperlukan untuk menempah tarikh.

Tempahan di saat akhir untuk kek tidak akan diterima.

Saya tidak menyediakan penghantaran kek. Maaf ya.

Anda diminta untuk mengambil tempahan di pick up point :

Blok A PV12 Jalan Langkawi Danau Kota Setapak.

(berdekatan dengan uptown danau. di belakang Platinum Walk. Kondo kuning di bawahnya ada Nice Coffee Station, Klinik Alam Medik )

Anda suka saya tersenyum seronok. 

:)



Wednesday, October 12, 2011

Kelas Demo Puan Zalina Yahaya.

Assalamualaikum wbt.



Empat jenis kek yang didemonstrasikan oleh Puan Zalina.

1- Carrot Walnut Cake dengan Cream Cheese

2- Opera Cake.

3- Chocolate Indulgence Cake

4- Rainbow Cake.

Alhamdulillah. Best. Banyak ilmu yang dapat dipelajari. Plus... dapat makan kek. Nyum... Nyum...!






Thursday, October 6, 2011

Alhamdulillah... Nama saya dah ada.

Assalamualaikum wbt.



Mulanya saya nak masuk kelas DIY dengan Puan Zalina. Bila email Puan, rupanya kelas dia dah penuh sampai tahun depan. YA. SAMPAI TAHUN DEPAN. Punyalah ramai yang nak belajar. Terkejut dan tergelak saya depan laptop semalam. Rupanya saya tak tengok sampai bawah. Tengok sampai habis bulan Oktober saja. Aduss...!! ~Tepuk dahi sendiri.~

Dah... takkan nak tunggu sampai tahun depan kan. Jadi saya pun tekad nak pergi kelas DEMO. Demo pun demolah..! Kita tengok dulu macamana. Ada rezeki mana tahu dapat celah belajar pada orang yang kensel saat akhir. Kita merancang, Allah yang tentukan. Itu pasti.

Pada yang bertanya nak belajar dengan saya. Maaf ya. Saya sendiri masih dalam tempoh belajar. Ke sana ke mari nak mahirkan diri. Tak mampu rasanya nak ajar orang sedangkan diri sendiri pun masih ada kekurangan. 

Apa kata kita sama-sama belajar dari mereka yang mahir. JOM...!! ;D

Sempat lagi nak bank in deposit pada BZEE BAKERY. Esok tengahari tempoh akhir bayaran.

Sekali lagi... JOM...!!!





Tumpang lalu.... Tumpang lalu...!!

Assalamualaikum wbt.

Tepi... tepi... saya nak lalu..!!! hehe.

Sapa... sapa nak lalu...?

Sayalah...!!

Sape awak....?


Eheemmm... Nama saya kek. Nama penuh saya Kek Bunga Ros Warna Ungu. Teheeee.

Cantik tak nama saya...?? ~pang sekali~

Nama saya cantik. Rasa saya laaaagiiii cantik. Eh.. bukan cantik tapi sedap. Semua orang terpegun melihat saya semalam. Cantik kata mereka. 'Mak Lang boleh makan ke kek ni..?' Senyum saya semalam. 


Ini tukang rasa pertama saya. Sekejap dia colek bunga tu. Pastu colek lagi. Kali ketiga dia colek, lepas tu saya cakap, 'kita tunggu kakak Wawa dengan Jihah balik ye.'

Itu cerita dah siap kek semua bagai. Meh kita patah balik cerita dari pagi. 

Ehm.... macam ni ceritanya. Semalam saya pergi belajar buat Italian Buttercream dan belajar buat bunga ros di Pandan Indah. Memang saya teruja sangat dengan bunga yang dihasilkan oleh pemilik Nina Cybercakes ni. Sangat cantik di mata saya. Bukan saja cantik. Tapi unik. Dengan warna dia yang tersendiri. Memang siapa yang tengok pasti terpegun lah. Eceh.

Lepas selesai sesi tanya dan jawab dengan Kak Nina. Makanya, saya pun dapat tarikh untuk belajar. Syukur saya diterima belajar walaupun lambat masukkan duit. Ini namanya rezeki saya. ;)

Makanya... hari Selasa pagi saya pun dengan kelam kelibutnya bersiap nak ke Pandan Indah. Bayangkan... tidur pukul 5.00 pagi. Pastu nak kena sampai kelas sebelum 10.30 pagi. Ya ampun... punyalah liat nak bangun mandi. Pukul 8 pagi dah buka mata. Pastu tengok awal lagi. Pejam balik. Pastu bangun pukul 9.00 pagi, mulalah kelam kelibut baju dan seluar tak gosok lagi. Nak mandi lagi. Nak sidai baju lagi. Aarrgghh.. inilah bahana tidur lambat. ;P

Pukul 10 pagi baru naik teksi. Dalam hati duk doa janganlah jem kat MRR2. Alhamdulillah... saya lewat 5 minit jewww. hehe.

Sampai je rumah Kak Nina saya memang tak segan dah. Sebab selalu tengok status FB dia memang status gila-gila. Jumpa depan mata memang sempoi. Ada ka dia suruh saya bawak laptop sambil duk tunggu buat kek. haha. Memang best lah kelas dia. 

Mula saya belajar buat buttercream. Bukan calang-calang buttercream. Italian buttercream. Memang sedap tip top. 


Kak Nina bagi saya rasa kek. Masuk mulut terus terdiam. Sedap. Saya dengan yakin bagitahu mesti Kak Nina guna butter SCS. Betul rupanya tekaan saya. Patutlah sedap sampai lupa nak minta bawa balik. Sebab kata Kak Nina, dia pun dah tak larat nak makan kepala kek. 


Mula-mula kena la bagi kek pakai baju kan. hihi. Kita tutup dengan buttercream. 


Pastu... Kak Nina kata, 'kita makan dulu...!!' 


Lepas makan baru kita mulakan dengan belajar buat bunga. 


Kak Nina tanya nak warna apa. Saya mula bingung nak pilih warna. Last.. Kak Nina pilihkan. haha. Bila tengok dia adun warna. Wallahhhh... Cantiknya warna. Terus jatuh hati.


Tadaaaaa...!!!


Inilah hasilnya. Alhamdulillah. Rasanya berbaloi sungguh pelaburan yang dikeluarkan untuk belajar dengan Kak Nina. Apa yang penting lepas ni kena banyak berlatih buat bunga. Baru lah boleh jadi secantik cikgu punya. :)

Oklah.. Dah ngantuk. Momentum nak bercerita pun dah merudum jatuh. Gedebushh..!!

Jumpa lagi nanti...







Wednesday, June 22, 2011

Kelas Cupcake di Bandar Saujana Putra.

Assalamualaikum wbt.

Ingat tak lagi entry Kaunter Pertanyaan Mahu Bertanya yang lepas? Lupa. Klik sini .

Lepas sahaja disahkan (ewah) menjadi pelajar Kak Edi, saya melipat gandakan usaha macamana nak pergi Bandar Saujana Putra. Mula-mula Google dulu kat mana BSP. Rasa macam tak familiar je kawasan tu. Makin lama makin stress jadinya sebab takde satu pun pengangkutan awam yang lalu sana. Sedih betul. 

Masa tu mula la teringat kat London. Nak pergi ceruk kampung mana pun ada bas yang lalu. Saya yang tak biasa pergi pun berani je redah pergi walaupun pertama kali. 

Bila pengangkutan awam di negara kita nak bertambah baik? Kesian pada kami yang SUKA (baca: mampu) naik bas je?

Dah habis usaha saya nak naik bas atau komuter, maka jalan terakhir adalah naik teksi terus sampai depan rumah cikgu. Dah malas nak fikir. Nak tenang-tenangkan fikiran. Esoknya kan nak pergi menuntut ilmu.

Pagi Sabtu jam 7.30 pagi saya dah keluar. Tunggu teksi. Biasa sekali tahan dah boleh naik. Hari tu LIMA KALI TAHAN pun, pemandu teksi tak nak hantar. Alasannya JAUH. TAK TAHU JALAN. 

Saya dah berdebar dalam hati. Jam dah menunjukkan pukul 8 pagi. Saya tak naik lagi teksi.

Sampailah teksi yang ke 6 berhenti. Bila saya kata nak ke BSP, dia mulanya tak tahu jalan. Saya tunjuk peta yang saya lukis. Dia dengan alasan yang sama tak berani nak hantar sebab jauh. Pakcik teksi tanya, 'Berapa yang awak biasa bayar?' Nasib saya dah kira-kira secara rambang tambang ke BSP. 

Pakcik teksi setuju untuk hantar. Dia minta tambah RM10 lagi. Takpalah kata saya. Sanggup. Asal sampai tempat yang dituju.

Dalam teksi sepanjang sejam perjalanan saya perlu dua kali lebih tenang dan sabar. Dalam diam akal ligat mencari jalan macamana nak bantu pakcik teksi yang tak tahu jalan. 

Pakcik teksi walaupun dia tak tahu jalan tetap juga cuba meyakinkan saya yang dia akan hantar saya walau macamana pun. Sampai satu ketika dia cakap, ' Pakcik dah lama perhati kamu tunggu teksi. Dua kali pakcik pusing, awak duk tunggu teksi lagi. Pakcik kesian. Tu yang pakcik berhenti bila awak tahan. Tanya nak pergi mana.' Terharu saya. Terima kasih pakcik.!

Sampai je kat Tol, pakcik teksi cuba tanya macamana nak ke BSP. Budak perempuan tol sendiri tak tahu. Aishhh. tak cekap betul. 

Masuk tol kedua pun sama. Tol gate girl yang tak dapat nak membantu. 

Syukur tol yang ketiga lelaki yang jaga. Dia pun cakap kami dah terlepas (baca silap) jalan. Kena patah balik dan ambil simpang selepas tiga pam minyak. 

Rupanya masuk Tol USJ (tak silap la) pastu nampak Lebuhraya Elite. Masa ni dah separuh LEGA. Alhamdulillah. 

Bila jumpa ja simpang Bandar Saujana Putra, lagi bertambah lega. Memang dah tak sesat la kan. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

5 minit sebelum pukul 9 saya sms Kak Edi. Kalau semua orang dah sampai, boleh je mulakan dulu kelas tanpa saya.

9.10 baru lah saya sampai. Punyalah lega sampai saya tambah lagi RM10 kat pakcik teksi. Tanda terima kasih saya pada dia kerana dalam 5 teksi yang saya tanya. Dia sorang ja sanggup hantar saya sampai BSP. 

Dari luar dah nampak kelibat Kak Edi menyambut kedatangan saya. Bila masuk ada 2 orang yang baru sampai. Lega lagi. Takde la saya lambat sangat. hehe. Masih ada 4 orang yang belum sampai.

9.30 Kak Edi mulakan kelas walaupun ada lagi 2 orang belum sampai.

Meh la tengok gambar pulak na. :)


Teruja betul dengan nozzle chekgu...!!


Mari bermain warna.


Tadaaa... Cantik betul contoh dari cikgu.


Contoh yang dibuat oleh chekgu.


16 biji yang dibuat oleh anak murid. Saya lah. Sapa lagi. :)


Kalau ada sesiapa yang nak belajar. Boleh la risik-risik pada Kak Edi. Klik sini untuk pergi ke blog dia.

Alhamdulillah, selesai kelas dalam pukul 1.30 petang. Syukur ada Kak Dina dan Kak Irma. Saya tumpang dorang sampai Wangsa Maju. Pastu naik teksi.

Terima kasih Allah kerana mempermudahkan perjalanan saya.