Monday, October 3, 2011

Contoh kek yang saya buat.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. rezeki dalam bisnes bakeri semakin hari semakin baik. Syukur. Walaupun ada sekali dua berlaku kejadian tidak diingini. Contoh, rupa kek dah cantik tapi bila potong dia jadi pecah. Kiranya tak eloklah. Maaf ya Lin. Akak janji nak ganti nanti. Tunggu ya.

Alhamdulillah... bila pelanggan beri maklum balas yang positif. Saya senyum sorang-sorang baca email dan sms mereka. Syukur. Apa yang saya masak dapat diterima oleh selera mereka. Bagi yang diam tu tak tahu lah kan. hihii. Tak dapat nak agak. Kena atau tidak dengan selera mereka.

Apa yang pasti saya cuba sebaik habis mencari resepi yang terbaik. Masak dengan kasih sayang yang mencurah-curah. Ewaahh. ;)

Contoh kek dan kuih.


Apam Polkadot


Strawberry Cupcake dengan Coklat Ganache


Cupcake untuk majlis istimewa


Pavlova


Red Velvet Cake


Oreo Cheese Cake


Muffin - blueberry, chocolate, Vanilla Choc Chip


Chocolate Cupcake dengan cream cheese dan strawberry segar


Cupcakes dengan buah segar. Contoh strawberry dan blueberry


Chocolate Moist Cake


Red Velvet Cake


Chocolate Moist Cake untuk hari jadi


Puding Trifle


Makaroni Cheese Bakar


Kek Karamel


Red Velvet Cake untuk majlis pertunangan


Cupcake bertema untuk harijadi


Red Velvet Cake untuk hari jadi


Puding Trifle istimewa. 


Lapisan pertama Kek Coklat buatan saya sendiri.

Lapisan kedua kastard.

Lapisan ketiga jelly.

Lapisan keempat krim putar.

Lapisan kelima buah strawberry segar dan taburan coklat.


Cupcake bertema. Contoh untuk majlis pertunangan.


Red Velvet Cake untuk harijadi.


Biskut untuk majlis pertunangan atau hadiah hamper.


Cupcake dengan Edible Image.


Cupcake dengan Edible Image tema Puteri Disney.


Cheese Tart - 

Inti -Blueberry, Strawberry, Mango, Kiwi, Coklat.


Four Tier Chocolate Cake.


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui harga boleh email saya di -

irma_pv12[at]yahoo[dot]com


Untuk menyenangkan anda, sila tempah 3 hari sebelum tarikh yang dikehendaki. Tempahan di saat akhir akan diterima sekiranya tempahan masih kosong.

Untuk tempahan banyak 1 minggu (barangkali lebih) diperlukan untuk menempah tarikh.

Saya tidak menyediakan penghantaran kek. Maaf ya.

Anda diminta untuk mengambil tempahan di pick up point :

Blok A PV12 Jalan Langkawi Danau Kota Setapak.

(berdekatan dengan uptown danau. di belakang Platinum Walk. Kondo kuning di bawahnya ada Nice Coffee Station, Klinik Alam Medik )

Anda suka saya tersenyum seronok

:)



9 comments:

lady lavender said...

tahniah irma...semua cantik2. Kalo dekat mau akak tempah jugak :-))
Semoga bertambah murah rezeki irma.Aminn..

mama tisya said...

meriah smua...best bisnes ..smoga lebih succes...sy pn lama dh tk amik order cupcakes...bz ngan kj..buat utk suka2 je

fasheeha said...

kite duduk dekat rupanya. saya area gombak. dekat area balai polis gombak :DD best la tgk kek-kek akak. cantik sgt!

Eliss said...

terliurnya tengok kek !!! :)

lady lavender said...

irma..nak tanya satu lagi soalan kali ni bukan psl kek karamel lagi :-))

** akak confuse sikit psl kaedah water bath.Kita guna api atas bawah ke bawah aje? Akak google2 jgk tapi mcm tak dpt jawapan aje hehee..TQVM :-))

Fazlinil Irma said...

kak lady..

kaedah water bath still guna api atas bawah. cumanya bila kita guna kaedah ni kek akan masak serata. tak merekah dan kering. biasanya guna utk kek keju.

akak nak maklumat lanjut ada dlm blog chef hanieliza.

ini link dia. :)

http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1657322

lady lavender said...

terima kasih irma :-)).

Sekarang akak dah jelas. Akak ada jgk buka fp k.hanieliza tapi rasanya mcm tak bgtau pulak guna api atas ke bawah hehe..kot2 akak tak perasan tak tau lah.

Apa2 pun terima kasih sekali lagi. Jgn jemu ye tlg jawab soalan2 kemusykilan akak :-)

Juwita Jamaludin said...

good luck moga bisness bertambah maju..:)cantik2 semua kek tu

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

kak ader tak resepi untuk cheese tart bole share tak? plzzzz