Friday, April 10, 2009

Persediaan Terakhir


Assalamualaikum wbt


Penat. Mengantuk. Baju tak kemas lagi. Bilik bersepah lagi. Adoyaiii, banyaknya kerja nak dibuat sebelum hadirnya esok hari. Err, kerja tak siap tapi boleh lagi tulis entry blog eh. Hahaha. Boleh aje. Apa-apa pun boleh. Ni rehat sekejap. Tadi dah bertungkus lumus menyiapkan hadiah dan goodies untuk kanak-kanak.


Eh, saya nak pergi mana dengan hadiah dan goodies..? Hehehe


Esok saya akan pergi bercuti. Hoooreeyyy. One Two weee..... Sambil mengangkat kedua tangan. Angkat tangan nak betulkan urat laaa... Dah besar tak boleh seronok sangat. Seronok sikit-sikit je. Banyaknya kena berfikir untuk sentiasa memperbaiki diri. Nak tahu saya seronok atau tidak. Anda boleh nilai dengan berapa juta saya ambil gambar nanti. Memang akan meroyan dengan gambar-gambar percutian.


Saya nak pergi bercuti ke mana?


Saya nak pergi Lake District. Seronok. Seronok. Ibarat bulan jatuh ke riba. Saya pun tak tahu kenapa bulan yang dijadikan perumpamaan. Sedangkan kalau tengok bulan tu, mana cantik pun kan. Tapi ramai orang suka tengok bulan mengambang. Mungkin ada ketenangan di situ. Ok balik pada kenapa ibarat bulan jatuh ke riba. Tahun lepas saya kagum dengan gambar yang diambil oleh kakak senior saya yang sudah sampai ke Lake District. Saya pun pasang hajat nak ke sana tahun ini. Tak lama kemudian, saya mendapat satu berita yang mana tahun ni kami akan ke Lake District. Punya lah seronok. Tapi sikit je. Sebab masa tu lama lagi nak sampai ke tarikh yang nak pergi.


Hari ini alhamdulillah. Masanya sudah tiba. Tengok. Betapa cepatnya hajat kamu termakbul irma. Syukur alhamdulillah dipanjatkan pada Ilahi. Seandainya tiada aral melintang. Esok kami akan bertolak ke Manchester selepas solat Jumaat. Macam biasa lah kan. Berjalan dengan keluarga ni, masa tak boleh nak tepat. Mungkin paling lambat pukul 3 petang kami akan bertolak. Kami akan bermalam di Manchester semalaman. Pagi Sabtu selepas sarapan baru bertolak ke Lake District.


Semoga perjalanan ke Lake District ini dipermudahkan Ilahi. Moga percutian ini juga akan memberi manfaat dan menambahkan rasa kecintaan kami kepada Pencipta alam ini. Insyaallah.


Berjalan. Melihat. Mentafsir. Moga perjalanan ini akan meningkatkan IMAN seorang hamba pada Penciptanya. Ameen.


Saya sayang kamu.