Tuesday, April 28, 2009

Bowness Cruise & Levens Hall

Assalamualaikum wbt


Salam sayang, rindu, cinta, kasih dan benci. Errkk. ada ka yang benci dengan saya. Hahaha. Jangan benci banyak sangat. Nanti bertukar jadi sayang. Eceeh, jangan percaya dengan dia. Percaya pada saya. Wakakaka. Sudah-sudah jangan merapu banyak sangat boleh. Sikit-sikit sudah la. Nanti berjela-jela entry ni. Jemu orang nak baca sampai habis.


Err.. Nak bagitau awal-awal. Entry ini memang akan jadi panjang. Tapi akan diserikan dengan gambar-gambar pemandangan yang SUPER DUPER CANTIK. Bukan saya yang cantik. Gambar yang cantik. Lagi betul bumi ciptaan Allah ini yang super duper MASYAALLAH cantik. Saya dan rakan-rakan mengabadikan dalam bentuk gambar saja. Kalau anda berpeluang datang ke UK, saya syorkan datanglah ke Lake District ni. Memang takkan menyesal punya. Kalau ada rezeki saya pun nak pergi lagi. Tapi nak pergi masa musim sejuk pula kot. Nak tengok gunung ganang diselaputi salji. Waahh, sudah berangan. Hehehe. Sapa nak pergi bawak la saya. Nanti saya jadi tukang ambil gambar. BOLEH?



Banyak kan? Apa ni? Pembungkus nasi lemak ke. AKAKAKA. Bukan la. Ini semua pamplet tentang Lake District. Saya baca ke? Baca. Tak sampai lima keping dari pamplet yang banyak-banyak tu. Hahaha. Tak pa. Tak pa. Esok lusa nanti kalau saya khatam baca pamplet ni, saya akan minta kerja jadi pemandu pelancong bagi rakyat Malaysia kat sana. Eh, apasal rakyat Malaysia. Yelah, boleh cakap BM kan. Tak yah la nak penat speaking London. Keh keh keh. Takde kemajuan langsung. Huh..!


Pagi Ahad selepas berehat sebentar bersama bantal dan selimut. Sejuk wooo. Tapi lupa la nak pakai stokin tebal. Penat punya pasal. Sapa yang tak paham kenapa saya penat. Baik baca dulu entry yang terdahulu. Tidur pun antara lena dengan tidak sahaja. Pukul tujuh dah terjaga sebab anak-anak tak solat lagi. Err, budak kecil dimaafkan kalau Subuh gajah. Hahaha. Sebab mereka kecil lagi. Anda kalau subuh gajah. Malu la. Selepas bersiap solat mereka dikehendaki turun makan. Eh, tak mandi ke? Tak payah la. Sini tak mandi seminggu pun ok lagi. Sembur perfume je. Ahaks. Memang sangat sesuai negara ini buat orang yang malas mandi macam saya. Wahaha. Eleeehh, ada lagi orang yang tak mandi lebih dari dua hari dari saya. Sapa. Sapa. Oh, biarlah rahsia. Tekalah. Jeng. Jeng Jeng.


Sarapan kami hari ni ialah roti dengan scramble egg. Tiada gambar yang sempat diambil. Sebab saya pun tak sarapan pagi. Perut saya tidur lagi pagi-pagi buta. Hahaha. Dalam sibuk mereka bersarapan, saya pula bertungkus lumus nak sediakan bekal untuk makan tengahari. Masing-masing bungkus untuk keluarga sendiri. Sedang sibuk ke sana ke mari, tiba-tiba ada "sesuatu' ( tak ingat apa. dah lama sangat simpan cerita. hahaha ) jatuh atas plastik makanan saya. Habis penyek bekas tu sampai terkeluar kuah kambing palembang. Arrrgghh, geramnya. Dah jadi dua kali kerja nak tukar bekas. Penat saya sediakan bekal itu dengan penuh sopan santun dan kasih sayang. Eceehh. Tiba-tiba nak jadi macam ni pulak. Hangin pun mata tetap meliar cari bekas kosong nak ganti. Nasib ada bekas tupperware muffin yang kami bawa. Lega siap satu hal. Dah. Teruskan bercerita. Tak yah nak merepek panjang-panjang.


Dalam kami rancang nak keluar pukul 9.15 pagi terbabas juga sampai pukul 9.25. Apa pun bila mula saja perjalanan ke Bowness Cruise, Lake District.Dalam perjalanan lagi kami disajikan dengan pemandangan yang sangat mengasyikkan. Ikutkan saya nak lelapkan mata je lagi dalam kereta. Tetapi rasa rugi pula melepaskan mata dari menikmati pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah. Ada masa tu terlelap juga tetapi cepat-cepat dikejutkan oleh Syakirah. Apa lagi dia nak suruh saya ambil gambar la. Huhu.



Dengan izin Allah, cuaca hari itu sangat lah baik dengan berlatarbelakangkan langit yang biru. Tak puas mata saya memandang. Kamera lagi la. Tak berhenti berkelip-kelip.



Cantikkan padang ni. Boleh buat adegan guling-guling ala hindustan. Err, sapa sanggup? Saya golekkan botol sudah la. Hehehe.



Nak cakap apa lagi. Memang cantik pemandangan di sini. Ehm, bukan setakat di sini. Semua tempat. Malaysia pun cantik jugak. Kalau tak, takkan ada Cuti-cuti Malaysia. Jom melancong. Cewaaahh...! Sabar.. sabar.. Nanti kita round Malaysia kan Kak Zai. Berangan. Berangan. Lalalaaa... Eh, berangan pun berangan jugak. Duit kena simpan kalau nak jadikan ia kenyataan. Simpan. Simpan. Ya simpan..


Angsa menyambut kedatangan kami.












Gambar-gambar di atas adalah panorama sepanjang perjalanan kami menyusuri cruise di Lake District. Takde cerita ke masa atas kapal? Err, nak cerita apa. Cerita kami yang mengelilingi bot dari bawah naik ke atas. Dari depan pergi ke belakang. Tak henti-henti ambil gambar. Sampai ke sudah tak duduk. Asyik berjalan je. Err, duduk la sekejap. Konon menikmati pemandangan sambil duduk. Tak sempat panas punggung dah bangun. Berjalan saja kerjanya. Ehm, yang lain takde apa.



Err..malas nak taip dah. Idea sudah kering. Panjang sangat merepek masa mula-mula. Keh keh keh.



Selepas habis kami menyusuri Lake District, perjalanan diteruskan ke Levens Hall.


Ok ini ada Levens Hall yang mana di dalamnya terdapat taman yang mempunyai pokok-pokok Topiary.


Apa kebenda Topiary ni?

Ha.. Meh nak cerita.. Duduk...duduk semua.

Topiary ni adalah seni memotong pokok-pokok besar dan renek menjadi pelbagai bentuk, saiz dan rupa seperti kon dan burung. Tengok la gambar tu. Betapa rajinnya mereka nak menjaga pokok-pokok semua supaya kelihatan seperti bentuk yang dikehendaki. Huiii, memang rajin.

Ia dikatakan bermula sejak zaman Empayar Rom lagi. Seni topiary ni berkembang sama pesat dengan berkembangnya Empayar Rom. Dengan kejatuhan Empayar Rom, topiary sering dijumpai di komuniti yang terasing seperti di biara-biara. Walaubagaimanapun topiary tidak berkembang sehinggalah kemunculan Renaissance Italy di mana ianya mula berkembang di seluruh Eropah dan mula muncul di taman-taman di raja dan mahligai-mahligai juga rumah-rumah yan g paling terkenal termasuk Versailles.

Fesyen untuk topiary akhirnya bertapak di Britain semasa pemerintahan William of Orange yang mengimport idea ini dari negara asalnya di Holland. Walaupun seni ini masyhur untuk bertahun-tahun lamanya, akhirnya pekebun landskap Britain memberontak untuk konsep taman terbuka ini. Eh, dorang ni memberontak sebab malas nak trim pokok apa? Hahahaha.

Walaubagaimanapun seni topiary masih lagi kekal dan ujud di Levens Hall.

Sekian, terima kasih.

Wahhhh, pandainya saya menghuraikan sejarah Levens Hall. Terima kasih Google..! Hehehe.















Ini adalah aksi-aksi anak dara semasa di Levens Hall. Sangat seronok sampai tak ingat dunia. Eh, ye ke..? ke awak sorang je ma.. Hihii.



Dah habis. Tunjuk gambar jalan maknanya dah habis la cerita.

Terima kasih kepada Kak Zu dan Husna atas gambar-gambar di atas.

Eh,mana gambar yang saya ambil. Hehehe. Semua dah saya delete dengan TAK SENGAJA. GATAL. P main setting buat apa. HAHAHAHA.


Abah, saya ingat kamu.


Mak, Saya rindu kamu.

Abang, akak dan abang hafiz, Amin dan adik.. Saya Sayang kamu
.

Buat anak sedara NAJWA & NAJIHAH nanti mak lang balik kita pergi taman ya.

Oh, rindu ini semakin menebal tetapi saya tidak mahu pulang lagi. Car boot sale melambai-lambai hari Ahad ini. Hahaha. Jangan marah.


SAYA SAYANG KAMU.


Err, entry ini sudah disimpan terlalu lama. Sejak hari Isnin. Tetapi diterbitkan pada hari Jumaat di atas sebab-sebab yang sengaja tak nak dielakkan. MALAS la tu nak habiskan cerita. Hehehe.

No comments: