Saturday, April 25, 2009

Video Apa Salah Mereka

Assalamualaikum wbt


Anda nilailah sendiri. Nauzubillah. Mengucap panjang saya apabila melihat insiden ini berlaku. Lebih-lebih lagi saya berada dalam situasi kerja yang sama dengan perempuan itu. Memang tak dinafikan, tekanan bekerja sebagai pembantu rumah apabila berhadapan dengan kerenah anak-anak yang pelbagai boleh mengundang rasa marah dan geram. Tetapi itu bukan lah alasan untuk kita melepaskan geram terhadap mereka. Apalah salah anak kecil itu yang masih lagi tidak tahu berkata-kata untuk menzahirkan perasaan melalui percakapan.


Memang kalau tiada kesabaran yang tinggi kita mudah goyah dengan rengekan dan tangisan anak-anak kecil. Dalam masa yang sama syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak berdosa.


Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan pembantu rumah sahaja. MUNGKIN apabila timbul salah faham atau rasa tidak puas hati antara majikan dan pekerja yang menjadi mangsa anak-anak mereka. Sebaiknya antara majikan dan pekerja perlu saling bertolak ansur dan saling memahami tugas masing-masing. Sekiranya pembantu di buat seperti hamba tanpa dipedulikan perasaannya. Manakan tidak mustahil perkara ini terjadi.


Cuba anda berada disituasi mereka. Saya terkecuali. Jangan letakkan saya disituasi mereka kerana kebajikan saya sentiasa di jaga. Berada di rumah dua puluh empat jam tujuh hari seminggu. Bayangkan. Sedikit sebanyak tekanan itu akan terjadi.


Apa pun kita ambil iktibar dari kejadian ini. Berhati-hati apabila mahu mengambil pembantu rumah. Semoga anak-anak kita selamat di bawah jagaan mereka.


Wassalam.


Saya Sayang Kamu.

Tambah satu Lagi. SAYA SAYANG ANAK-ANAK SAYA.

No comments: