Sunday, February 22, 2009

Tiada Yang Menarik

Assalamualaikum wbt
Salam sayang salam rindu buat semua. Dah lama saya tidak menulis sesuatu di sini..bukan tiada cerita..ada tapi tidak menarik..sekadar hari-hari biasa sebagai pengasuh merangkap bibik.


Ishh… Skill menulis sudah sedikit tumpul. Nak asah dengan kapak jap. Hahahaa.
Tetapi nampak gayanya hajat tak kesampaian. Dah sebulan berlalu. Pandai saya pilih tarikh untuk entry seterusnya. 22 febuary 2009. Nanti 22 mac 2009. Ye ke..tengok la kalau saya rajin kan..


Hari ini hari Ahad. Apa yang saya buat. Mengadap internet. Bersembang dengan junior-junior sekolah saya. Bertanya khabar. Bertanya soalan cepu emas.


Apa soalan cepu emas mereka..hahahaaa


Biasa la bila mencapai umur 27 tahun. Waarghh..banyaknya no yang saya kutip.. soalan yang dah tak jadi emas..dah jadi gangsa..pandai-pandai je..!


“Bila kak irma nak kawen..? ngeh…ngeh…ngeh…


Saya dengan slumber berkata..”Esok..!” kah kah kah. Sesedap rasa je memberi jawapan.


Ya, kalau ikutkan hati semua orang yang belum berkahwin nak je kawen esok. Tapi mana calonnya. Eheeemm, calonnya ada di Malaysia. Sedang berusaha mengumpul duit. Kumpul. Kumpul duit. Sebab saya tak nak dia berhutang. Selagi tak cukup duit. Tak yah kawen. Eceehhh…ye la tu..!


Persoalan kahwin bukan menjadi pokok utama saya walaupun usia sudah mencecah 27 tahun. Aaiishh..kenapa saya tidak merasa tua. Hahahaa. Nanti saya cerita kenapa. Sambung balik persoalan utama. Dalam usia meniti 27 tahun Allah memberi peluang saya menikmati keindahan bumiNYA yang luas ini. Oh. Saya mahu menangis. Kerana sehingga saat saya menulis ini syukurku tak henti padamu Tuhan. Atas nikmat yang kau berikan ini. Walaupun hanya bekerja sebagai pembantu rumah tetapi saya dikurniakan seorang majikan yang sangat-sangat baik. Tidak tahu bagaimana baik itu mahu digambarkan. Hanya mereka yang mengenali saja yang boleh merasai. Walaupun hanya bekerja di dalam rumah. Hari-hari saya 24 jam 7 hari seminggu saya habiskan di dalam rumah.

Tetapi nikmat itu tetap saya rasakan bila saya memandang langit yang biru. Saya suka langit yang biru walaupun adakalanya hanya kabus mendung yang kelihatan. Nikmat memandang anak-anak yang saya jaga. Tidak mampu digambarkan. Nikmat mendengar perkataan yang terkeluar dari mulut anak yang baru belajar bercakap. Baru lah saya tahu betapa gembiranya seorang ibu apabila melihat anaknya membesar…macam-macam lagi.


Bila semua nikmat ini saya hargai. Saya tidak memikirkan nikmat perkahwinan. Oh..jangan fikir saya tidak mahu berkahwin..mahu..mahu….cuma bila dalam situasi saya sekarang..saya lebih menikmati hidup sebagai seorang hamba yang sedang bekerja dan diberi peluang untuk menikmati keindahan bumiNYA ini.. dan saya tahu kenapa perkahwinan itu belum tiba dalam kehidupan saya buat masa terdekat ini…saya sangat2 tahu..dan saya tahu saya akan sabar menunggu masa dan ketikanya…aaiikk…jiwang pulak..!


Soalan kedua “ustazah…bila nak balik..?”


Soalan yang sangat-sangat kerap diulang tanya bila saya online..adakalanya penat nak jawab..


Wahai anak-anak muridku sekalian…ustazah juga merindui kamu.


Sekiranya apa yang dirancang menjadi kenyataan. Saya akan pulang tahun depan. Bila? Saya tak dapat nak berikan tarikh yang tepat. Kerana dalam hati saya meronta-ronta mahu tinggal lebih lama di sini. Melampau betul..! hahahaaa.. Janji saya sehingga bulan febuari 2010. Hajat di hati mahu tinggal lama. Paling lama sehingga akhir 2010 sekiranya segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau tidak. Ada kemungkinan besar saya bekerja lebih lama di sini. Mampukah kamu bertahan wahai irma? eehmm..tengok la nanti.


Jadi..itu lah dua soalan yang diajukan selain “ustazah apa khabar?” atau ” Hang pa habaq?”


Kenapa saya tidak merasa tua..hahahaaa..tak rasa atau buat-buat tak rasa..
ha ha ha haaa. Ketawa lagi.


Betul..sungguh.. Saya tidak merasakan umur saya 27 tahun sehingga lah pada minggu lepas saya menulis umur saya di borang kehadiran program easter nanti..terdiam dan tergamam sebentar…eceeehhh..ye la tu..! Selepas itu baru saya terfikir. Sudah 27 tahun rupanya saya tahun ini. Sudah layak memegang title..cik puan irma…berangannn lagiii..!


Sungguh bila saya fikirkan..saya memang belum matang..kenapa..kerana saya dikelilingi oleh kanak-kanak setiap masa..hari-hari saya dikelilingi oleh kanak-kanak sehinggakan saya berfikiran seperti mereka. Saya kurang berinteraksi dengan orang-orang dewasa..bukan omong-omong kosong..tapi perbualan yang serius..nampak gayanya saya perlu berubah..menjadi manusia yang lebih matang dari segi pemikiran..dan memikirkan hal-hal yang lebih penting…ohh..tapi saya sangat suka dikelilingi kanak-kanak..melayani mereka dan seperti selalunya membuli sayang mereka..dan sesungguhnya mereka tahu saya sangat sayang mereka..saya selalu membayangkan saya mempunyai sebuah tadika yang didirikan dengan penuh kasih sayang. Seronoknya..!


Oh..saya tidak boleh menulis lagi..kerana anak-anak mahu mengguna komputer ini..DAN SEMAKIN MENGGESA BILA MAHU SUDAH..kerana sayangkan mereka saya beralah..


Insyaallah panjang umur kita berkongsi cerita lagi..


Jangan lupa..SAYA SAYANG KAMU..SAYANG SANGAT-SANGAT..!

Sunday, February 1, 2009

Muffin Pandan

Pagi ni saya bersemangat bangun pagi nak buat sarapan. Sebab semalam dah cadang nak buat muffin pandan. Tengok dalam stor semua bahan ada. Lagi la semangat nak buat muffin.
Pagi ni masuk dapur pukul 8.30. Lambat kan. Tapi memang kira awal la. Weekend kan. Masa untuk bermalas-malasan di katil. Dorang sume tak bangun lagi. Paling awal pun dorang turun pukul 10.30. Sambil buat sarapan pagi. Oh, nak cerita juga. Hari ni kita sarapan burger je. Senang + memang laku punya.

Mula la adegan kelentang kelentung membancuh muffin pandan. Err, bukan ke saya ni selalu mengamalkan sikap sopan santun di dapur ke? HaHaHa. Memang ikut satu persatu resepi kak rin. Sebab takut nak memandai-mandai jadi chef. Ni memang first time buat muffin seumur hidup saya. Ulang sekali lagi. SEUMUR HIDUP tau.

Dah siap bancuh bila masuk dalam cup dapat 8 cup je. Tak cukup la sarang yang ada 12 lubang. Tak pa la. Kita try dulu 8 cup nie. Dah siap semua baru teringat kamera. Cepat-cepat lari turun ambil kamera. Nak masukkan dulang muffin baca bismillah. Moga-moga menjadi. Tengah-tengah muffin tue syok naik saya dok bukak oven nak snap gambar. Tetiba kak ct tegur. Kak ct cakap jangan bukak sangat. Nanti dia tak mau naik.


Waarrgghh, cuak dah dalam hati. Harap-harap tak la kan. Dah la first time buat neyyhh. Lepas 10 minit. Waarghh, syoknya tengok muffin naik cantik. Tunggu lagi 10 minit. Sebab sifu ajar 20 minit. Kena ikut cakap sifu. Baikkan anak murid ni. Ikut sejibik-bijik resepi tok guru. Lepas 20 minit muffin naik membumbung. Ni pun ayat tok guru. Seronok tak terkata.


Alhamdulillah menjadi juga muffin pandan saya. Cadangnya buat muffin ni nak bawa ke rumah kawan kak ct. Dorang ajak makan tengahari. Jadi 8 mana cukup. Saya pun dengan senang hati bancuh lagi 12 cup. Ni kes seronok punya pasal sebab yang pertama elok menjadi.
Tapi yang kedua ni memang anak murid dah nak naik tocang. Dia pandai-pandai je sukat sendiri nak dapatkan 12 cup. Memang tak dapat la tittle anak murid mithali. HeHeHe. Dah siap 20 cup muffins kak ct cakap tak jadi pergi rumah kawan dia. Huhu. Sedih cikit. Tapi tak pe. Jiran ada. So rezeki dorang la merasa muffin homemade saya.

Alhamdulillah, muffin pandan saya sebanyak 20 cup semuanya menjadi.

Terima kaseh kak rin.