Wednesday, July 28, 2010

Alhamdulillah, saya dapat menyaksikannya sendiri.

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Hari ini dengan izin Allah swt saya dan anak-anak Kak Siti dapat menyaksikan sendiri Lavender Farm yang sejak dua tiga hari ini bermain-main di kepala saya. Sungguh. Sejak melihat gambar-gambar Kak Niza sekeluarga ke sana, semangat saya semakin meloncat-loncat nak ke sana juga. Setiap hari membuka laman web Mayfield Lavender Farm. Tengoklah apa yang boleh. 

Selain tu saya juga belajar bersungguh-sungguh macamana nak ke sana. Mula-mula cuak jugak kena naik train. Saya tak pandai naik train. Tengok lagi laman web TFL. Kalau-kalau ada cara lain. Alhamdulillah, ada. :)

Jadi pagi tadi dengan harapan yang tinggi moga Allah membantu memudahkan perjalanan kami ke sana.

Selesai solat Dhuha bersama Fatimah dan Syakirah kami memulakan perjalanan jam 10 pagi. Mengikut jangkaan perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam setengah. Tambah tolak darab bahagi semua, kami mengambil masa 3 jam baru sampai ke pintu ladang. Alhamdulillah, drebar bas sangat baik hati. Depan pintu ladang diberi kami turun. Sedangkan perhentian bas sebenar memerlukan kami berjalan selama 20 minit baru sampai ke pintu ladang. Semoga Allah merahmati kamu wahai drebar bas 166.

Tak nak larut dengan cerita yang panjang. Ikutkan memang panjang. Biarlah ianya menjadi kenangan buat saya dan anak-anak. Pengalaman untuk saya sepanjang bersama mereka. Terima kasih sayang kerana sanggup menemani kak Irma ke Lavender Farm.

Gambar-gambar.. Orait.. orait. Sesi pertunjukkan gambar bermula. Ayah Mat... Get set. GO..!



Pandangan pertama. Lautan Lavender. 

Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.


Haaa.. Awal -awal lagi dah diberi peringatan oleh pemilik ladang. :)


Isi perut dulu. Dah lapar.


Gambar pertama.


Model tanpa kebenaran.


Buat peminat kumpulan Ungu. Ehh silap. Warna UNGU daa.


Apalah yang disembangkan adik beradik ni. Saya tengok ja.



Gambar ini diambil oleh Fatih. 

Nampak gaya saya dah ada 'tripod' yang boleh diarah-arah. hikhikk. 



Model satu.


Model dua.


Model tiga.



Ketiga-tiga model saya.


Ada dua jenis lavender yang di tanam.

Jenis pertama.




Jenis kedua.


Lorong-lorong lavender.


Salah satu gazebo untuk berehat.


Gerai menjual barangan berasaskan lavender.


Lavender yang dijual. Terus dari ladang.


Pertandingan foto terbaik. Ada sesiapa berminat?


Terima kasih sayang kerana berkelakuan baik. Sangat baik sepanjang trip kita hari ini. Kak Irma terharu sangat bila ingat balik perjalanan kita tadi. Moga Allah ganjarkan kebaikan kepada kita untuk perjalanan yang mengajar kita untuk beramal dengan sifat sabar. 


Buat peminat lavender... semoga terhibur. :)

Sunday, July 25, 2010

Mayfield Lavender.



Assalamualaikum wbt.


Sekarang lavender sedang cantik berbunga. Kawan saya kata. Saya tumpang seronok ja dan sedang berangan dan membuat perancangan kalau boleh ke sana minggu depan. Gambar ini adalah ladang yang paling dekat dengan rumah Kak Ct. 1 jam kalau naik kereta. 2 jam kalau naik bus dan train.




Doakan saya diberi kesempatan untuk melihat Lavender sebelum pulang ke Malaysia.


Nak sangat pergi. Masa pun dah suntuk. Awal August nanti lavender dah nak dipetik.  




Moga Allah permudahkan. Ameen!





Mayfield Lavender Farm


Tuesday, July 20, 2010

Mango Lassi.

Assalamualaikum wbt.


Semenjak bekerja dengan Kak Ct sekeluarga ada satu minuman yang saya baru belajar minum di sini. Mango Lassi. Kalau tengok cara Kak Ct buat memang mudah. Bahan tak banyak tapi rasa dia memang sedap. Sangat Sedap. Tak tipu.

Mango Lassi biasa dihidangkan di restoran India. Nak kena tanya Lady Little Parlour. Dia suka makanan India. Mesti dia tahu. Saya tak pernah masuk restoran India. Betul ka Lady?

Saya nak kongsi macamana nak buat Mango Lassi. Kalau makan kat kedai mesti tak puas kan. Segelas harga di restoran boleh dapat 1 jug kalau buat sendiri. Lagilah kalau keluarga besar. Seronok kan kalau dapat minum ulang-ulang BANYAK kali. Kan? =)


Bahan-bahan :






1 tin mango pulp

Tengok gambar di atas. Ini contoh. Kalau ada jenama lain tulis Mango Pulp pun boleh juga. Jangan korang meroyan kat kedai kalau tak jumpa macam gambar kat atas sudah. Malu kat anak. ;P 

1 bekas plain yogurt yang besar.

5 sudu besar gula ( boleh nak tambah atau kurang. Gula MAHAL kan sekarang. heh)

Air

Ais kiub




Cara-cara :


1- Blend semua bahan sehingga sebati. 


2- Tuangkan dalam bekas air atau jug besar. Boleh tambahkan ais ikut selera masing-masing. Ada yang suka blend dengan ais sekali. Terpulang. Kalau buat sikit boleh la blend dengan ais sekali. Kalau banyak letak ais kemudian pun boleh juga.



Psstttt... resepi ni saya jeling-jeling ja bila Kak Ct buat. Tak sempat nak interview dia detail sukatan bahan. ekeke. Kalau korang suka pekat. Kurangkan air. Kalau nak jamu ramai orang tambah air banyak sikit. 


Bagi saya SEDERHANA tu yang sedap. Tak pekat sangat dan tak ceghoi (baca:cair) terlebih. 







Minum masa panas memang sedap. 



Selamat mencuba.



Monday, July 19, 2010

Cherry Cheese Cake.

Assalamualaikum wbt.
















Motif tayang gambar :


1 - Semalam dengan jayanya telah membuat cheese cake yang ketiga untuk bulan ini. Mungkin akan ada yang keempat? Tungguuuu...! ;D

2-  Ada lagi separuh cheese cake dalam fridge. Harap-harap HABIS. Saya tukang buat je pandai. Saya tak suka sangat sebenarnya cheese cake ni. Saya lagi seronok tengok orang makan. Macam kat Nottingham lepas. Sampai hari ni dorang termimpi-mimpi lagi. :D

3-  Korang nak makan cheese cake. Meh la jadi tetamu saya. Eceehhh. :P

Semalam sempat berborak dengan sorang pelajar yang balik bercuti musim panas. Dia pun sama buat cheese cake di Malaysia. Katanya bahan di Malaysia mahal. 

Bagi saya LEBIH KURANG ja. Kalau kat sini modal 8 pound. Bila TUKAR duit Malaysia dalam RM 40. Modal di Malaysia RM 50. 10 hengget ja beza. 

MUNGKIN saya tak rasa sebab bukan duit saya yang beli barang. Saya PANDAI cakap ja. 'Kak Ct nanti belikan bahan cheese cake ya.'  ~SENYUM SENGIH~



Skuter.


Layan lah dulu video anak-anak main skuter. Asalnya saya dah goreng entry pasal skuter ni. Allah izin saya TERklik dekat button translate. Terus entry melayu saya BERTUKAR jadi entry English rojak. 

Jadi malas dah nak goreng entry balik. 

Selamat malam.


mode pun bertukar : GERAM. ~gggrrrr~

Wednesday, July 14, 2010

Blueberry Cheese Cake dari D90.




Sekian.


Lemon Cheese Cake punya gambar tak ada. Sebabnya semua pakat tak sabar nak makan. Bila saya tengok dorang potong. Waahhhh.. cantik jugak ye. eceeh. 

Ini Saja Yang Saya Sempat Ambil.

Assalamualaikum wbt.

Masa pergi dapat ambil gambar ini.




Ratcliffe-on-Soar Power Station

Masa balik dapat gambar ini. Antikkan. 






Ada satu lagi gambar. Meh scroll ke bawah. Kita tengok gambar apa la saya nak tunjuk. =)



*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Amacam. TERGeeezzuuuuTT tak? ekeke.

Oooopppsss... ini bukan kerja saya ya. Bagitahu siap-siap. Ni aktiviti anak-anak masa kami sedang berprogram. Sampaikan ummi dia pun tak berapa nak percaya (baca: kenal) Maryam sekali pandang. Tudung dan baju la jadi penyelamat. Ini adalah hasil tangan Aisha. Dia memang berbakat dalam bab seni lukisan. Kalau tengok buku Lukisan sekolah dia memang cantik la apa yang dilukis.

Dah habis gambar. Sikit kan. :)


Pssttt... sebenarnya 2 hari di sana saya duk pegang D90 saja. Mengetest kawan punya. ngee. :D

Saturday, July 10, 2010

Cheese Cake Oh Cheese Cake.

Assalamualaikum wbt.


Leganya dapat duduk. Rehat jap. Buat entry 15 minit. Sekarang pukul 3.03 pagi. Ya. Talak tipu ooo. Ini bibik baru keluar ofis. eheh. 


Tak mau cakap banyak. PENAT binti LELAH

Meh la tengok gambar.


*

*

*

*

*



*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

Ok. Sikit ja scroll. Kunun-kunun entry panjang la kan. ahakss.



*

*

*

*

*


Blueberry Cheese Cake.


*

*

*

*

*


Lemon Cheese Cake

Godeklah blog saya ni. Saya guna resepi yang sama. Takde derhaka-derhaka. Cuma LUPA saja. hehh. Saya tak letak esen vanilla dalam Blueberry Cheese Cake. Kalut binti perasan dah terer. =)


Alhamdulillah. Kedua-duanya menjadi. Setakat ni takda la RETAK MENANTI BELAH. Harap-harap esok masa bukak sponge tin tu dia tetap jadi cheese cake yang baik. ngee.


Sekarang dua-dua tengah disejukgedikkan dalam fridge. Kejap lagi pukul 6 pagi dah nak kena bawak ke Nottingham.


2 hari di Nottingham. Esok dan Ahad.



Nak jumpa Robin Hood. 


Selamat berhujung minggu.