Monday, December 13, 2010

Siaran langsung Dari Airport Stanstead, London.



Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah... Segalanya dipermudahkan.

Insyaallah, flight saya jam 10 malam dari London.

Kejap lagi nak masuk dah.

Doakan moga segalanya dipermudahkan.

Panjang umur kita jumpa lagi.


2 Febuari 2008

saya tiba di London.

12 Disember 2010

Saya pulang dari London.


Masyaallah, betapa cantikkan walau ia sekadar nombor.

:)





Saturday, December 4, 2010

Pendiang Api.

Assalamualaikum wbt.






Pendiang api ni saya jumpa di rumah makcik Maria masa ziarah dia di Cardiff. Masa sampai rumah dia dah malam. Tak perasan pun ada pendiang api ni. Esoknya bila dah siang, baru perasan. Masa tu makcik duk kat dapur masak. Saya pulak duk tepi pendiang api. Saja duduk. Lagi best kalau dapat minum coklat panas. 


Best. Terasa seperti berada di zaman dahulu kala. Aiceehh. Berangan. Dusshh!


Yang ni tak guna kayu api. Dah moden sikit guna batu. Nanti makcik nyalakan api. Batu tu akan panas. Tengoklah, sampai keluar api biru. Panas oo..! 


Duduk dekat memang panas. Sapa suruh. 


Duk jauh-jauh sikit. Sambil makan pakora. Makcik, rindunya dengan pakora makcik! Sedap sangat. Sampai sekarang tak sempat nak buat. Takde tepung gram. :(


Nasib tak berangan pi panggang ayam kat situ. ;P


Tujuh Hari Bersama Kak Ain. Antara Kenangan Terindah Di London.

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, Kak Ain dah selamat sampai Dublin dengan Dr Yusri selepas terkandas di London akibat snow yang turun. Airport tutup. Besar betul hikmah yang Allah bagi pada saya. Peluang untuk bersama Kak Ain di London. Bukan sehari atau dua. Tujuh hari ( termasuk dua hari di Warwick).


Nak harap saya pi Dublin memang tak lah. Tak boleh. ;)




Masa hantar Kak Ain balik tadi tak rasa sangat sedih. Bila masuk bilik tetamu, depan pc ada sekeping kad dari Kak Ain dan Dr Yusri. Bila baca isi kandungan kad tu baru datang rasa sedih. Terima kasih Kak Ain dan Dr Yusri.




Semoga ukhwah ini akan berpanjangan. 

Insyaallah.


Pstt... saya dapat anugerah Tour Guide Best In The World dari Dr Yusri. Tenkiu Dr..! Boleh rekemen kat orang di Dublin. Siapa nak guna pemandu pelancong di London. 


Cewaahh. ewaaahh. Balik bibik. Balik Malaysia yo!




Friday, December 3, 2010

Penat Terasa DUA KALI GANDA Bila Berjalan Dalam Salji Yang Tebal.

Assalamualaikum wbt.


Salji yang turun semakin hari makin tebal. Takde tanda-tanda nak cair lagi. Seronok tu dah berkurangan sikit. Tinggal sejuk dan penat yang ada. Kali ni tak semangat pun nak buat snowman. Malas ah nak berlama-lama kat luar rumah. 


Sejuk. 


Amboi, mentang-mentang dah masuk kali ke enam merasa salji. Kerek eh bibik ni. 


:P


Takdelah kerek mana. Keterujaan terhadap salji dah menurun. Dulu yelah, sanggup menahan sejuk semata-mata nak main salji. Sekarang, tulang dah tak kuat. Nyilu rasa bila pegang salji lama-lama. Dalam rumah pun bila sejuk terasa lenguh badan. Errkk.. badan banyak angin kot eh.


Ni dah masuk hari ketiga. Rasanya seluruh Bumi Permaisuri ini dah diselaputi salji. London taklah tebal sangat salji. Kawasan South East London ni adalah dalam tujuh atau lapan inci tebalnya. Kawasan paling teruk sekali di utara England. Lebih sepuluh inci ada rasanya. Tak kurang jugak yang turun nipis sahaja. Sabar eh. Nanti dah turun lebat. Mahunya tak larat nak main snow fight. Enjoy dulu jalan laju-laju takde salji. ;)


Ini adalah sedikit gambar salji buat tatapan kawan-kawan yang sukakan suasana bila salji turun. Moga ianya dapat mengubat rasa teringin nak berada di sini. Insyaallah, satu hari nanti korang pun dapat merasa. 


Saya doakan ye. :)


Greenwich Park.




















Nama-nama yang minta saya tulis di salji ada yang dah saya tuliskan. Ada dua tiga orang belum ditulis.


Cuma saya nak minta maaf di sini. Saya tak beritahu awal. Saya tulis untuk mereka yang dah berkeluarga dan individu solo sahaja. Bagi yang belum berkahwin (baca : couple) saya tak dapat nak tunaikan hasrat anda. Sebagai ganti saya tulis nama anda seorang sahaja. Harap anda faham. 


Nanti saya emailkan. :)


Wednesday, December 1, 2010

Snow Turun Di Akhir November.

Assalamualaikum wbt.


Hari terakhir di bulan November dengan izin Allah swt salji telah turun dengan lebatnya. Alhamdulillah. Merasa lagi tangan ini memegang halusnya salji dan dinginnya angin sejuk yang membeku.


Sejak pagi semalam salji turun perlahan-lahan sehingga membawa ke malam. Ada sekali sekala salji bertukar menjadi lebat tetapi tidak lama.


Sehingga sekarang ketika saya menulis entry ini, salji masih lagi turun. Rasanya ada kot lebih dari tiga inci tebalnya. 


Esok sekolah akan ditutup. Macam biasa. Demi keselamatan pelajar.


Biasanya, salji seronok bila baru mula turun sehinggalah lebat pada hari pertama. Masuk hari kedua dan ketiga sehinggalah seterusnya. Salji dah tak jadi seronok. Lebih kepada bahaya. Masa ni rasa nak je pakai kasut yang ada paku. Biar lebih cengkaman. Kalau tak mahu ada yang jadi nangka busuk. ;P


















Sediakan payung semasa salji. Senang nak ambil gambar. Risau saya bila tengok salji jatuh kat kamera. Kena lens. Masuk celah-celah kamera. Jenuh setiap kali jatuh atas lens nak kena lap dengan tisu. 


Harap-harap kamera saya gagah menghadapi sejuk beku salji macam tuan dia. Kewl kan..!! ;D