Sunday, May 29, 2011

Resepi kentang putar dan kuah.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni atas permintaan Mak Uda saya sediakan kentang putar dan kuah untuk makan malam. Pertama kali nak mencuba. Puas membelek resepi yang ada di kebanyakan laman resepi di internet. Bandingkan resepi ini dengan resepi itu. Kebanyakan menggunakan resepi yang sama. Jadi saya pun apa lagi. Ikut samalah guna resepi mereka.

Cuma, saya hari ni menderhaka sedikit. Bukan saja-saja. Satu bahan takda. Saderi. Itu pun bak kata Hanis, " Sedaplah Kak Ema. Kalah KFC." Ewaahh. Kembang kuncup sengih panjang saya dengar.

Lagi nak seronok, tengok depa makan. Bersungguh. Sorang-sorang pinggan penuh. Kalau tengok Hanis makan siap bertambah. ^_^



Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

Saya cuma sediakan kentang putar dan kuah. Ayam digoreng oleh adik Mak Uda, Bang Ngah. Coleslow disediakan oleh Pak Su. Hebatlah depa. Lelaki tapi rajin masuk dapur. Tu yang seronok. Bukan saya sorang ja buat. Pakat sama-sama berganding bahu. Sekejap ja dah siap. Boleh makan. ;)

Korang kalau ada adik beradik ramai, kerah depa buat sama-sama. Meriah dapur. 

Resepi asal dari sini. Terima kasih. 



Setengah Jam Sahaja.

Assalamualaikum wbt.


Petang tadi kononnya bersemangat nak keluar. Mengintai dari tingkap langit yang dari paginya mendung bertukar menjadi cerah. Hilang habis awan mendung yang menemani hari bibik seharian. Dalam duduk melayan sembang dengan Nasibah saya pun bersiap kononnya nak keluar la jalan-jalan kejap. Punyalah semangat siap bawak bateri lebih 4 ketul. Langsung tak guna.

Nak lagi santai kononnya hari ni tak bawa sorang pun anak-anak sama. Saya jalan sorang-sorang je. Memang bagus tak bawa mereka. Saya pun jalan sekejap sahaja. Baru separuh jalan dah tak tahan. Sejuk sangat. Rasanya beku muka dan tangan sekejap. Asalnya mahu berjalan di tasik tapi sampai sahaja di jambatan saya melencong ke kanan memendekkan perjalanan.

Jadilah jalan-jalan petang ini hanya berlangsung selama setengah jam. Ehm, sempat warming up sajalah. Pastu balik. Tak tahan lama-lama kat luar.

Layan la dulu gambar minggu lepas. Tadi ambil juga gambar tapi macam tak best. Ini masa keluar dengan anak-anak bagi itik dan angsa makan.

Matahari mempengaruhi gambar di musim luruh. Sinar mentari memberi impak yang luarbiasa pada daun yang sedang menguning. Cantiknya dua kali ganda dari biasa.

Masa ni saya tertanya-tanya. Adakah angsa juga mempunyai deria bau yang kuat. Mereka datang dari arah jambatan merah. Jauh tu.

Sekarang kalau berjalan dah bertiga. Syakirah dah masuk sekolah menengah. Sibuk dengan kerja sekolah yang cikgu beri.

Bila la nak p park..?

Tak jumpa lagi pokok yg ada daun merah, kuning, hijau dan oren.

Subhanallah, Maha suci Allah Yang menjadikan langit dan bumi untuk hambamu merasai kenikmatan yang bersifat sementara. Akhirat matlamat utama kita.

Wassalam.


Nottingham Castle, England.

Assalamualaikum wbt.

Saya keseorangan di rumah sedang yang lain semua keluar menghadiri kenduri kahwin. Cuti sekolah kan. Bermula dari semalam dah ada kenduri. Saya lebih senang tinggal di rumah tak nak pergi. Malas nak bersiap. heheh. 

Sooo... bila dah sorang-sorang ni. Mula la boring. Walaupun tv dah terpasang depan mata. Takde anak dara tiga orang tu sunyi rumah. Biasa ada je bunyi riuh yang memeriahkan rumah ni. Bergegar. Biasa berebut laptop la. Lumrah anak-anak kecil. Bila ada mula berebut. Bila dah terbiar laptop tu takde sapa nak guna. Saya senyum ja bila tengok dorang berebut. Zaman saya dah berlalu. Dulu masa kecil macam tu la jugak. Berebut TV. ;)

Sambil duduk ni saya geledah balik draft entry saya yang lepas-lepas. Banyak juga draft saya. bahaha. 

Ini salah satu. Seingat saya Nottingham ni saya pergi tahun 2008. Masa Kak Ct sekeluarga balik Malaysia. Saya dan Husna berjaulah bersama ke Nottingham untuk menghadiri satu program tahunan.

Salah satu tempat yang saya memang nak pergi ialah Nottingham Castle. Gigih tau pergi sendiri sebab masa tu Husna ada hal di rumah. Saya nak juga pergi bila fikirkan inilah peluang yang saya kena ambil. Lain kali tu tak tahu bila boleh sampai.

Bila sampai bandar Notts (singkatan bagi Nottingham) saya melilau dalam bandar sorang-sorang. Masuk lorong ni. Tembus lorong sana. Menyelinap masuk jalan ni, "Eh tadi aku dah lalu." Dalam hati kata, "Tawakkal. Tawakkal. Aku bukan nak buat jahat. Aku nak berjalan."

Alhamdulillah. Dah habis pusing satu bandar Notts (macam besar sangat) barulah jumpa Nottingham Castle ni. Syukur padaNya yang mempermudahkan segalanya. 

Masa sampai tu dah lewat jugak. Istana pun nak tutup dah. Sempat juga saya masuk. Rezeki. Alhamdulillah.

Saya pun tak nak cerita panjang. Meh la layan gambar yang sempat saya ambil masa kat sana. Jemput jamu mata. :)









































Best jalan-jalan dalam Nottingham Castle ni. Ralit. Masa jalan tak perasan pun. Rupanya ianya terletak di atas bukit. Pada satu kawasan saya boleh nampak bandar Notts dari atas bukit. 

Tahukah anda Nottingham juga terkenal dengan lagenda wira yang bernama Robin Hood? ~sambil berlagak memegang panah. wachaaa~

Jap.. Jap.. nak selongkar lagi entry-entry lama. Lupa samada dah cerita belum pasal Robin Hood. 

Stay Tune.




Jalan-jalan di tepi bendang.

Assalamualaikum wbt.

Salam hujung minggu dari kampung.
















Bendang, Parit 3 Selinsing, Perak.

Saturday, May 28, 2011

Nostalgia zaman kanak-kanak. Aiskrim asam boi.

Assalamualaikum wbt.

Lagi lama berada di kampung makin banyak kenangan zaman kanak-kanak bermain di mata. Seronok bila dikenang kembali. Salah satu ialah kenangan makan aiskrim kampung. 

Mula-mula cari aiskrim asam boi tak jumpa. Masa cari tak nak tanya. Konon ingat-ingat lagi rupa aiskrim dengan pembalut kertas. Aiskrim batang. Cari-cari takde la pulak yang dicari. Takpalah. : |

Semalam petang pergi lagi kedai. Kali ni ringan pula mulut bertanya. Rupanya aiskrim asam boi dah bertukar wajah. Tak pakai dah pembalut kertas. 


Nyum. Nyum. Sedap. Rugilah pulak beli satu saja. Tengah duk layan makan aiskrim. Mai datang sepupu yang kecik ngendeng nak rasa.


Muka nak minta rasa aiskrim.


Muka ceria dapat rasa aiskrim saya.


Tak cukup dengan rasa. Last sekali dia nak terus aiskrim saya. Gulpp. Saya telan liur aje lah tengok Wawa perabis aiskrim saya. hu hu.


Aiskrim kedua saya. Perisa sarsi dalam dia ada rasa vanilla. Kurang sedap. Ok lah dengan harga dia. Lima kupang. La dah tak leh cari aiskrim harga dua kupang macam zaman kanak-kanak. Nan ado.


Aiskrim kampung. RM1.60 boleh makan tiga jenis. 


Sambil makan aiskrim layan tengok jiran sebelah bakar sampah.

Bau sampah pun best tau!




Friday, May 27, 2011

Berdebar. Nak jadi cikgu kepada cikgu.

Assalamualaikum wbt.

Salam petang Jumaat dari kampung lagi.




Sekejap lagi 3.30 petang nak start kelas Indulgence cake. Cewaahh. cakap macam dah terer ye. Ada kelas. hihi. 

Ini semua permintaan Mak Uda saya. Katanya mahu belajar satu hari satu kek. Phewww. Cikgu yang ketaq. Biasa buat kek sorang-sorang. Takde sapa tengok. Ni cikgu kek nak ajar cikgu sekolah buat kek. 

Doakan. Indulgence Cake saya menjadi.

Oh. Satu lagi sementara tunggu Indulgence Cake nak siap, saya ajar juga cara nak buat Tiramisu.

Doakan kali kedua untuk saya. ^_^

Thursday, May 26, 2011

Terima Kasih pada yang sudi datang.

Assalamualaikum wbt.


Kemudian, jadi Followers. ^_*




Murahnya kueh di kampung.

Assalamualaikum wbt.


Masalodeh RM 1 = 4 keping


Rojak Utara RM 2 sebungkus


Bingka Tumis RM 6/seloyang


Pulut Serunding = PERCUMA.

Mak menakan saya yang tanak pulut ni. Sedap sangat. Cukup segala. Sampaikan mak saya yang selalu sakit  urat lepas makan pulut, kali ni dia boleh makan banyak. Katanya tak sakit pun. 

Saya sampai terfikir, "Kalau macam ni lah gaya hidup di kampung. Boleh jadi saya tambah sebulan atau dua lagi lah jadi budak kampung. ^_^


Seronok..!!




Tuesday, May 24, 2011

Ada beza tak?

Assalamualaikum wbt.

Baru lepas baca entry ni.  Tips memasukkan gambar yang terang dan jelas ke dalam blog.

Jadi saya pun cubalah buat. Anak murid tengah rajin. ;D


Gambar di atas saya upload terus dari komputer.

.

Gambar ini pula saya upload dari Flickr.

Kesimpulan : Mata saya nampak sama saja sebelum di publish. 

Korang tengok lepas publish ada beza tak?


Kedai Nyonya dah bertukar tuan.

Assalamualaikum wbt.

Salam dari kampung halaman. :) 

Hujan renyai tengah turun mengurangkan sedikit bahang haba yang ada. Hangat. Tak payah pi sauna. Dalam rumah sambil duduk pun peluh memercik keluar. Pheww. Saya suka. Dah lama tak berpeluh. 

Plan nak pi bendang tak tercapai lagi. Semalam petang sibuk membakar Kek Karamel. Kata Mak Uda dia nak belajar setiap hari satu kek. Pukul 8 malam baru siap. Mana nak nampak bendang malam-malam. Plan ditunda entah bila. 

Ni nak cerita pasal Kedai Apek. Kadang depa panggil Kedai Nyonya. Mana-mana pun sama. Kedai ni dekat je dengan rumah Opah. Dulu kecik-kecik pi kedai naik beskal tua. Hat warna hitam. Kayuh sikit je dah laju. Whooaa. Syok o. 

Tapi la dah tak dak beskal lagu tu kat rumah Opah. Semua pakat naik motor dengan kereta. 



Dah lama tak pi. Dari jauh dah nampak kedai. Teruja. Rindu bau kedai kampung. Bau kayu. 


Bila sampai dekat, mata terus tertancap pada titi kayu yang sudah uzur. Memang tak boleh lalu dah. Sekarang titi kayu sudah diganti dengan titi besi. 


Titi kayu yang dah jadi kenangan. Sapa rasa nak jatuh parit. Mai la lalu.


Inilah tujuan pi kedai. Nak cari air menet. Yang ni bukan dia. Dulu botol gelap. 

Rasa lebih kurang sama ja.


Satu untuk saya. Satu untuk Anis.


Satu lagi kenangan zaman kecik dulu. Bekas gula diisi dalam balang kaca. La ni balang plastik ja. Kedai dah moden. Saya tercari juga gula-gula warna ungu. Dulu suka sangat beli. Pun dah tak da sekarang. Ada tinggal dua tiga jenis ja yang ada. Gula bentuk telur. Saya tak suka.


Ini saya punya. Air menet perisa aiskrim soda. Sebungkus harga RM1.20. Dulu enam kupang ja. Rasa dia kurang manis dan kurang bergas dari air berkarbonat biasa. 

Masa sampai kedai, saya nampak perempuan melayu yang keluar dari belakang rumah. Sempat la kami sembang. Rupanya kedai ni dah bertukar pemilik. Nyonya cina tu dah pindah Penang duduk dengan anak dia. Kedai pun sekarang dah banyak perubahan. Tak macam dulu. 

Nampak gaya kena pi Kedai Ulu la pulak. Rindu bau kedai kampung masih belum terubat. :(