Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday - Jom makan buah. (18)

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi kawan-kawan..!! ~sambil buat muka comel depan laptop macam Ana Muslim.~

Korang dah sarapan...?

Saya tengah tahan lapar. Air panas baru nak masak.

Boleh la bancuh air kejap lagi.

Nak makan dalam kepala dah nampak kedai nasi lemak kat Warung Kita.

Masalahnya malas sangat nak turun beli.

Dulu masa kat London duk teringin nak pergi beli tapi takde kedai.

Sekarang dah boleh beli, ada saja alasan yang keluar. ;P

Saja kan manusia ni. Bila ada depan mata tak hargai.

Bila dah hilang atau jauh dari mata baru nak rindu-rinduan. Sengal..!

Penyelesaiannya.. -----> Makan apa yang ada dalam peti ais.



Eeehh... bukan makan pavlova.

Meh makan buah untuk pavlova. Memang stok buah-buahan ni sentiasa ada.



Oklah ni.. Setakat alas perut pagi ni.

Kejap lagi semangat kelaparan dah datang. Boleh la turun pergi cari sarapan.

Sekarang nak masuk ofis dah. Siapkan barang untuk buat Kek Karamel, Apam polkadot dan Muffin.

Selamat bekerja semua.

Mulakan hari Rabu tanpa kata ini dengan senyum manis dan niat yang ikhlas.

Moga kerja-kerja yang kita lakukan mendapat nilaian yang baik di sisi Allah.

Terima kasih pada Followers blog saya.

Assalamualaikum wbt.

Kali terakhir saya bercerita tentang Follower bila mencecah angka 999. 

Kali ini saya kumpulkan nombor-nombor yang cantik dan ada makna dengan diri saya. 




1001 malam.

ehehh. ni nombor cantik. 



1010 pun nombor cantik jugak.



1011 pun nombor cantik. 

Tak silap nombor ni dapat masa bulan sepuluh (Oktober) 2011. 



Haaa.. ---> 1111.


1129.

11 sebagai tanda tahun. 29 tu umur saya. :)



1182.

11 tu tahun. 82 tarikh kelahiran saya. :)



1212.

Saya target dapat angka ni di bulan Disember. Tak sangka awal dah dapat. 



1229.

Sekali lagi. Yang hujung tu nombor 29. 


Yang terakhir 1234.


Terima kasih pada yang sudi datang. Baca dan ambil manfaat dari apa yang saya tulis.

Maaf. Saya bukanlah blogger yang baik. Rajin komen kat blog kalian.

Kadang saya pergi, jenguk blog yang datang komen di entry saya.

Bila saya baca. Saya tak tahu nak komen apa. Jadi takdelah tinggal jejak.

Kadang tu saya dah tulis. Bila baca balik. Eh.. macam tak sesuai je nak komen macam ni.

Kensel balik. Klik pangkah. Barangkali sebab saya dah tua tu yang segan nak tinggal jejak kat blog orang muda. ehehe. 

Tak semua. Ada juga blog orang muda yang saya rajin komen. Barangkali blog dia kena dengan diri saya. Dekat dengan kehidupan saya. ;)

Jika entry lepas tentang Follower, saya kongsikan gambar musim luruh di London.

Kali ni saya kongsikan gambar musim sejuk pula. 




Tahun ni salji lambat pulak turun ya. 

Ada yang suka salji belum turun. Sebab bila salji dah turun. Seronok sekejap saja. Seksa yang lebih.

Lagi-lagi yang kena keluar mengharung salji nak ke Universiti atau tempat kerja.

Rindunya nak main baling salji.

Eehhh... baru saya perasan. Perkataan Followers dah bertukar menjadi members.

Ke memang dari dulu guna perkataan members.

Kalau macam ni. Kita boleh jadi geng la kan...??

Celet sikeett..!! ;D











Tuesday, November 29, 2011

Fuuuhhh... mai la semangat nak menulis.!!

Assalamualaikum wbt.

Salam Maal Hijrah buat semua.

Masih belum terlambatkan nak wish pada semua 'moga kedatangan tahun 1433H bakal menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Baik sehingga mampu meraih syurgaNYA. Insyaallah.

Dah lama saya tak menulis. Asyik post entry pendek. Ataupun sekadar gambar kek dan sedikit detail.


Kehidupan saya berkisar pada dunia bakeri saja lah.

Hari-hari bangun pagi buat kek dan pavlova.

Habis bekalan bakeri, keluarlah pergi Jusco dan Yumi Bakeri.

Tu je la tempat saya pegi. Nak kata bosan, tak juga.

Seronok. Cuma saya takde la masa nak jalan hujung minggu.

Nak baca novel pun tak sempat. Baca sehelai dua dah tutup.

Sampaikan anak saudara datang pun saya duk kalut dengan tempahan.

Sian dorang. Duk ajak saya temankan pergi main dekat swimming pool pun saya tak dapat tunaikan.

Ehmmm... dah habis modal. Tak tau nak citer apa.

Meh la nak gantung entry ni..!! ;)



Genap setahun dari masa terakhir saya menikmati sejuknya bermain salji.

Kat Malaysia pun hari-hari turun salji cair. heh.

Friday, November 25, 2011

Semangat Tahun Baru Semanis Karamel.

Assalamualaikum wbt.


Tempahan di awal pagi Jumaat.

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday - Red Velvet Cupcakes. (17)

Assalamualaikum wbt.



Rezeki nurse Klinik Alam Medik.

Petang tadi dorang tegur saya.

' Saya selalu nampak akak bawak kotak kek. Akak jual kek ke.?'
( Mana tak selalu. Satu hari mahunya lebih dari 3 kali saya turun naik hantar kek. hihi)


Saya, ' Ya..'


Nurse, "Nak tengok?'


Masa tu saya tengah pegang RVC nak hantar kat pelanggan. 


Nurse, " Wah.. nak no telefon kak."


Dah lepas bertukar no hp dgn website. Saya hantar kek kat customer. 


Bila naik atas saya pipekan cheese dan bungkus kek yang masih berbaki. 

Maka jadilah RVC ni rezeki mereka.


Tak lama kemudian. Saya dapat sms, 


'Salam..k.irma sy nurse yg klinik bwh pv12 ni.. thanks bg kek... cupcakes ni berapa sbijik... 

sdp gile la!


Okeyyhh... saya suka ayat yang last tu je. Alhamdulillah. :)





Tuesday, November 22, 2011

PavBOLA. Ya nama baru bagi Pavlova.

Assalamualaikum wbt.


Saja kan. Semangat Harimau Malaya tak habis lagi.

Sampaikan pavlova pun kena tempias.

Nampak tak gambar atas tu. Warna kuning dan hitam mendominasi tempat.

Beruntunglah customer saya hari ni.

Dapat PavBOLA Harimau Malaya. Auuummm..!!

Ok.. dengan ini diumumkan -----> TEMPAHAN PAVLOVA DIBUKA SEMULA.

Pavlova di atas harga dia RM45. Size 10 inci dengan berat 850gram.

Berminat. Hubungi saya di talian 013- 258 8230. Irma.

Terima kasih.

Tahniah Harimau Malaya.

Assalamualaikum wbt.

Korang berjaya membuatkan saya duduk depan tv dari mula sampai lagu Negaraku dinyanyikan.

Hebat penangan Khairul Fahmi Che Mat bola malam ni. ;)

Okey... dah boleh tukar TV lain.

Monday, November 21, 2011

TEMPAHAN PAVLOVA DITUTUP.

Entry melekat.

Entry baru ada di bawah. 

Assalamualaikum wbt.

Kepada bakal pelanggan pavlova,

Buat sementara waktu saya terpaksa menutup tempahan pavlova sehingga waktu yang dinyatakan.



Saya sedang mencari penyelesaian. Doakan saya dapat balik pavlova yang garing di luar dan chewy di dalam.


Terima kasih.








Sunday, November 20, 2011

Selamat Pagi Blogger..!

Assalamualaikum wbt.



Selamat berhujung minggu.

Jom pegi pasar tani.

Cari sarapan dengan mak. :)

Saturday, November 19, 2011

Chicken Dance.

Assalamualaikum wbt.





Alhamdulillah... !!!

Suka sangat. Pavlova saya dah kembali menjadi.

Ooppsss.. tapi tak leh suka sangat.

Esok nak beli lagi telur. Nak cuba lagi.

Hari ni saya dah guna 12 biji putih telur utk pavlova.

Lapan biji menjadi. Empat biji masuk tong sampah.

Ala kulli hal --------------- > Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Berbaloi tak tidur malam ni.  ------> tapi dah zzzz ni. ~ Pacak lidi dekat mata~

Cubaan.. cubaan.. bukan takat 1.. 2.. 3...

Assalamualaikum wbt.






Cubaan bukan takat satu. dua atau tiga kali.

Hari-hari...

Harapnya kali ni tak meragam lagi.

Sekian. Jumpa lagi nanti.





Thursday, November 17, 2011

Untuk kamu...!!

Assalamualaikum wbt.



Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Tuesday, November 15, 2011

Blog terabai bila tuan tanah ...

Assalamualaikum wbt.



Sibuk praktis buat bunga dengan buttercream.

Ye kawan-kawan.... ini bunga tipu.

Bukan bunga betul.

Bunga yang biasanya baker letak atas kek.

Saya baru dapat buat dengan baik lepas pergi kelas dengan Kak Rani.

Suka bangat sampai dah dua papan saya buat.

Satu bunga pink.

Satu lagi bunga purple.

Ingat nak buat satu lagi dengan warna biru.

Tapi .... -----------------> dah pengsan lepas maghrib tadi. Penat.

Hari ni saya tolong ajar adik junior sekolah saya buat tartlet.

Ini baru satu resepi dah penat. Belum ajar 10 orang. ~Geleng kepala. Tak sanggup~



Ok bai. Nak masuk dapur balik.

Esok pagi customer nak ambik order.

Tempahan dibuka sekarang.

Assalamualaikum wbt.






Ini hasil kerja saya. Ada sesiapa nak tempah..?

Hubungi saya di talian 013- 258 8230.

Kita sembang lanjut nanti ya.

Terima kasih.

Friday, November 11, 2011

Nak bagi semangat dekat kakak saya.

Assalamualaikum wbt.













Salam di pagi hening pada tarikh 11.11.11 jam 1.11.11 pagi.


Salam Jumaat yang penuh barakah. 


Moga kita sentiasa dalam kasih sayang Allah swt.


Sebenarnya saya nak kongsi tips membuat Kek Karamel ni. 


Berdasarkan pengalaman sendiri. Jatuh bangun buat kek karamel ni.


Memang adakala stress bila tak jadi. 


Cuma tak sampai menangis je. hihi.


Dah lama plan. Gambar pun dah ada.


Masa nak menulis yang menjadi kekangan saat ini.


Rasa bersalah berlama-lama di depan laptop.


Sambil mata menjeling pada dapur yang belum bersih. 


Insyaallah, saya akan cuba cari masa untuk tulis. Sabar ya.


Makanya -----> Ini adalah entry untuk kakak yang saya kenal bila berblog. 


Kak Lady Lavender ini untuk akak. 


Harap dapat naikkan semangat akak untuk berkaramel lagi.


Onnea siskoni..! :)




Mengabadikan entry ini pada tarikh 11.11.11 jam 1.11.11 pagi. 











Thursday, November 10, 2011

Buah Blackberry.

Assalamualaikum wbt.

Saya duk tengok entry masakan terbaru Kak Azlita mengenai Mangkuk Coklat Tiramisu.

Aduuhh... mengancamnya..!

Dalam kepala dah nampak peluang bisnes dengan resepi tu. hihii.

Bila tengok buah yang Kak Ita guna. 

"Mak aihhh... ada dekat RM 50 jugak nak membeli tiga jenis buah."

Menggigil tangan nak membayar.




Dulu buah ni saya petik tepi jalan ja. Petik terus ngaapp..!

Ye lah kan. Tempat lahir dia. Macam pokok mangga yang senang nak jumpa di Malaysia.

Macam tu lah buah blackberry ni.

Teringat jugak dengan peminat kecik buah blackberry ni. Fatih.




Suka sangat. Dia sorang makan buah yang kami duk petik.



Wednesday, November 9, 2011

Video tahun lepas. Baru nak kongsi.

Assalamualaikum wbt.

Punya lama peram video, hari ni baru nak kongsi.



Layan... Fuuhhh..!! sambil hembus salji. 







Tuesday, November 8, 2011

Tempahan | Opera Cake.

Assalamualaikum wbt.










Opera Cake

Jaconde Sponge Cake yang mengandungi serbuk badam dilapisi dengan chocolate ganache dan Italian Coffee Buttercream  yang istimewa.

Sekali cuba pasti nak lagi.

Meh order meh..!!

8x8 inci 

RM 90

Untuk tempahan sila hubungi :

Irma 

013 258 8230


Mulakan pagi ini dengan senyuman.

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi semua..!

~ bukan gaya cikgu ye.. ~

bunyi budak perempuan seronok di pagi hari nak buat kek.  hooh.




Opera Cake. Kecik je kek ni. 7x7. Atau boleh jadi 8x8 kalau sy baik hati. Ewah. ;P

Rasa kopi disulam dengan coklat dan badam disertai dengan Italian Coffee Buttercream memang sangat lah NGAM..!!

Sungguh... bukti dia bila kek ni yang habis dulu dirasa oleh adik dan mak masa saya bawa balik dari Seremban.

Memang sangat mabeles..!!

Bismillah --------------------> Mulakan kerja dengan doa dan niat yang betul. ;)

Hadiah Raya Korban.

Assalamualaikum wbt.

Salam Eid Adha buat semua.

Saya yakin ramai yang dah kembali pulang ke sarang rumah semula.

Esok dah kembali bekerja. Saya pun mula pegang mixer dan bakar kek esok.

Bahan Opera Cake menanti saya. Fuhhh --------> berdebar..!

Sebelum saya sign out. Nak kongsi gambar pemandangan kampung masa nak balik KL tadi.



Kampung Selinsing, Taiping.

Gambar ambik dari dalam kereta. Senget pun senget lah..!

Thursday, November 3, 2011

Praktis. Kata pakar kena buat 50 kuntum baru cantik.

Assalamualaikum wbt.






Yang gambar nombor tiga ni untuk peminat roses.

Nak bagi yang saya buat. Malu..!

Tak chantek lagi. :)

Tunggu naaa... Minggu depan saya praktis lagi.

Esok dah nak balik kampung. Yeaayy..!!

Wednesday, November 2, 2011

Angkat tangan siapa yang rambang mata..?

Assalamualaikum wbt.



Saya...!!




Doakan saya nak beli yang ini..!!




Wordless Wednesday - Yogurt Parfait. (16)

Assalamualaikum wbt.


Resepi : Yogurt Parfait.

Strawberry

Anggur Hitam

Yogurt

Apaapa jenis cereal. 

Cara :

Campur semua dan boleh di makan.

Nyum... Nyum..!!

Senang kan..!!


Sapa duk pejabat, balik sat ni boleh buat sendiri na. 



Errrr... Wordless Wednesday yang derhaka. hihii.