Thursday, January 31, 2013

Mengantuk Di Petang Hari.

Assalamualaikum wbt...




Meh la uji ketajaman mata masing-masing.


Apa tiga perkataan pertama yang korang nampak..?


Saya ------> LOVE - MONEY - POWER.



Wednesday, January 30, 2013

Oh My Kampung..!

Assalamualaikum wbt...


Mode kampung masih menebal dalam diri. Teringat sepupu kecik saya cakap,'Awat Kak Ema mai sat sangat..?' Aarghhh... memang sat sangat. Singgah bermalam rumah Pak Uda semalam ja. Selalu sampai seminggu berkampung. Agak-agak kalau saya cuti seminggu maunya panas punggung pelanggan duk SMS tanya bila nak balik. heh..!


Dah.. malas nak menceceh lama-lama. Sehari di kampung, sempat jugak la saya berjalan tengok sawah padi. Kali ni balik kampung, padi dah menguning. Ada kawasan padi dah diambil. Ada kawasan masih hijau.


Oh My Kampung..!




























Saya dah cerita entry lepas. Ni saya buh gambaq lagi banyak masa duk tengok orang ambik padi. Jakun..!


Nanti saya letak gambar esok harinya pulak. Semangat nak jalan-jalan kat bendang lagi. Mak ajak pi Pondok Tanjung pun tak mau dah.


Sebelum saya tutup entry. Meh nak kasi satu gambar Oh My Kampung lagi.





Babai..!




Friday, January 25, 2013

Musim Ambik Padi.

Assalamualaikum wbt...

Olaaa... bersiaran dari kampung. Cuti-cuti di Kg Selinsing.



Petang tadi sempat tengok orang ambik padi. Kiranya aktiviti wajib bila balik kampung. Jalan-jalan dengan sepupu pusing kampung. 

Tengah seronok jalan, hujan rintik turun. Makin lama makin lebat. Saya seronok je nak main hujan. Jalan sambil melenggang kangkung lagi. Sian kat sepupu kena ikut perangai saya yang jakun nak main hujan. Heh!

Tak lama pun dapat main hujan, Pak Menakan saya telefon tanya duk mana. Selang 5 minit berteduh bawah pokok pisang, datang kereta Pak Menakan ambik kami.

Balik rumah.. riuh sepupu dua orang ada pacat melekat kat kaki dengan ketiak depa. Arghh.. terus check badan sendiri. Lega. Takde. ~Pheww..~

Esok sambung lagi jalan. Tak puas jalan sekejap sangat tadi.


Nak pi makan buah duku sat. Daa..!

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday - Cintaku Luruh Di Oxford. (35)

Assalamualaikum wbt...




Peneman saya sepanjang cuti di kampung. ;)


Korang dah beli..?



Tuesday, January 22, 2013

CUTI. 23 - 27 Jan 2013.





Assalamualaikum wbt...


Pengumuman... Pengumuman... Pengumuman..!




23 - 27 JAN 2013 ( RABU - AHAD )


SAYA CUTI NAK BALIK KAMPUNG. 




Tempahan akan dibuka semula pada hari SELASA 29 JAN 2013.


Harap maklum. 

Terima kasih.

Monday, January 21, 2013

Mihmihmihhh.

Assalamualaikum wbt.


Apasal kau letak tajuk Mihmimihhh..?


Entah..


Aku tengok blogger hebat guna. Aku pun nak le jugak..


Blerrghhh..!!


Takpa laahh.. tajuk apa-apa pun boleh. Sementara ada masa dan semangat ni. Baik ler saya gunakan untuk keluarkan satu entry. Promosi kek sendiri. Dapat duhet.

Kaaa chinggg..!! ;P


Kek ni dah lama sangat saya buat. Dah seminggu lebih. Baru hari ni nak letak kat blog. Ampun ya sayangku blog..! ~pitammss~













Bangun.. bangun jangan pitam..! ;P


Choc Moist Cake dengan hiasan M&M dan KitKat.

Saiz 8 inc. Harga RM150.


Berminat. Boleh hubungi saya. Irma 013 258 8230.


Mihmihmihhh...! ~ sambung buat kerja. nak hias pavlova ~





Tuesday, January 8, 2013

BOH Tea Centre, Sg Palas.

Assalamualaikum wbt.








5 Jan 2013 - 6 Jan 2013.
Cameron Highland.



Thursday, January 3, 2013

TEMPAHAN DURIAN CREPE DITUTUP.

Assalamualaikum wbt.







Buat makluman semua peminat Durian Crepe,



TEMPAHAN DURIAN CREPE UNTUK ESOK JUMAAT DAH DITUTUP.


SABTU DAN AHAD SAYA CUTI.


HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH.


Kita jumpa minggu depan pula ya.

Tunggu update dari saya. :)









Tempahan Durian Crepe, Jumaat 4 Jan 2013.

Assalamualaikum wbt.





Panggilan terakhir untuk penggemar Durian Crepe.


TARIKH : JUMAAT 4 JAN 2013.

MASA PENGAMBILAN :  3.00 -3.15 PETANG / 5.00 - 5.15 PETANG / 6.00 - 6.15 PETANG.

Pilih satu masa di atas.

HARGA : RM10 4 BIJI/BEKAS.


Sila SMS tempahan anda ke talian 013 258 8230.


NAMA - BILANGAN DURIAN CREPE - TARIKH - MASA PENGAMBILAN.






PICK UP POINT : 

KLINIK ALAM MEDIK PV12 PLATINUM LAKE CONDO 

JALAN LANGKAWI DANAU KOTA SETAPAK.



LANDMARK :

BANGUNAN KE 4 SELEPAS OLD TOWN WHITE COFFEE.

SEDERET DAN SELANG SEBUAH BANGUNAN DARI HAYAKI.

SATU BANGUNAN DENGAN MYMYDIN.


Cepat.. Cepat.. Siapa lambat nanti melepas.


Terima kasih. 


Selamat Datang 2013.

Assalamualaikum wbt.


Blur...


Blurr....


Blurrr.....


Blurrrr.......


Nak bercerita tetapi semuanya hanya bermain dalam kepala saja. Haisshh.. rindunya nak merapu panjang-panjang. Cerita macam-macam. Semuanya tak terluah.


Alhamdulillah... 2012 melabuhkan tirai dengan rezeki yang tak disangka. Terutamanya sepanjang Disember lepas. Jualan Durian Crepe yang menghuru-harakan kehidupan saya. Huru hara yang best. ~senyum lebar~


Sampai hari ini permintaan terhadap Durian Crepe masih tak berhenti. Cuma tak serancak bulan Disember yang lepas. Saya pun tak nak ambik banyak sangat order dalam sehari. Cukup lah pengalaman sebulan lepas bekerja dalam keadaan yang stress dan kalut. Tak cukup tidur tu tak yah cakap la kan. Nak bagitahu, sebenarnya nak tidur pun takut. Takut terbabas. huhuu.


Tu belum masuk masa nak hantar Durian Crepe dekat customer. Masa mula-mula tu setiap 15 minit turun naik lif. Kadang tu dah sampai lif, ada pulak customer sms bagitahu dah sampai. Patah balik rumah ambik Durian Crepe lagi. Penat. Pembantu saya tengok pun penat. Semua kerja saya yang buat. Tu pasal saya tetapkan masa setiap 1 jam saya tunggu 15 min dekat bawah. Tu pun kalut jugak sikit. 


Dengan izin Allah, rezeki dari Durian Crepe dapat la saya beli peti ais baru secara tunai. Alhamdulillah.


Sepanjang 2012 juga saya dapat 14 tawaran untuk kerja di UK dan Australia. Mula-mula tu seronok. Bestnya la kan kalau dapat pergi. Semua tu tinggal angan-angan bila tengok muka sedih mak. Saya pun semenjak tinggal dekat dengan mak dah semakin berat hati nak berjauhan. Macam-macam ada dalam fikiran. Belum masuk lagi cerita anak murid mengaji. Bila makcik Faridah dapat tahu saya teruja nak ke London balik, makcik cakap, 'Lepas ni takde sapa nak ajar makcik mengaji.' Dushhh... terus bertambah-tambah rasa serba salah. Kensel... tak jadi pergi. :)


2012 juga menyaksikan kegilaan saya mencari guru untuk menuntut ilmu. Terutama ilmu fondant. Sanggup travel sampai Kuantan semata-mata nak cari guru yang terbaik. Alhamdulillah. Impian terlaksana. Cumanya yang tak terlaksana lagi, entah bila nak membuatnya. Ilmu dah ada. heh..! 


Pengalaman mengerjakan umrah dan melawat negara Turki juga merupakan kenangan terbaik sepanjang 2012. Masih terbayang kenangan duduk depan Kaabah di pagi hening sebelum solat Subuh sambil mengerjakan solat sunat. Subhanallah. Kenangan terindah. Moga ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana lagi. Target utama semestinya mengerjakan haji di usia muda. Insyaallah.


Apa lagi ehhh..? Amboi... tadi beria - ia kata blurrrr..! ;P


Terima kasih buat semua pelanggan-pelanggan saya... terima kasih kerana memberi kepercayaan pada saya menyediakan kek untuk meraikan hari istimewa korang semua. Maaf sangat-sangat sekiranya ada cacat dan terkurang pada hasil kerja saya. 


Insyaallah... sempena kehadiran 2013 ini, dengan berbesar hati saya bakal menambah produk kek baru bagi memenuhi permintaan pelanggan semua. 


Antara produk terbaru dari saya. Jeng... jeng... jeeennngggg....!!! ~ketuk kompang plissss~























Kredit semua gambar di atas kepada Kak Ina Bzee Bakeri. Buat pertama kali saya tak bawa kamera pergi kelas. Bagus tak anak murid. Pinjam gambar cikgu dulu. heh..!





Brownies Kukus Dengan Lapis Keju. Ini resepi segera. Saya pakai tepung premix beli dekat Bagus. Balik rumah bancuh, kukus pastu tuang ganache. Saya buat pun atas permintaan suami junior sekolah saya. Bukan isteri dia yang mengidam. Suami dia tahu isteri dia nak tempah kek dengan saya. Dia pun tumpang sekali. Saya ni yang tak pernah buat brownies. Hantam sajalah. Kebetulan dalam almari memang ada stok tepung brownies. Bertambah senang kerja saya. Hasilnya memang sedap. Tak tipu..!


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Bila saya kenangkan balik semua pengalaman sepanjang tahun ni. Betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan pada saya sebagai hamba Dia. Adakah cukup/berlebih rasa syukur yang saya panjatkan kepadaNya sebagai balasan atas segala nikmat yang diberikan. Allahuakbar..!



Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kamu Dustakan?