Monday, May 27, 2013

Ceritalah... Ceritalah lagi...

Assalamualaikum wbt.


Hari ni saya cuti. Yeayy!!! Bangganya bila dapat cuti hari Isnin. Orang semua sibuk duk berMonday Blues. Saya sibuk tarik selimut balik lepas Subuh tadi. Haha. Bestnyaaaa. ~ baca dengan nada nak bagi korang jeles~


Blurrr kejap... tak tahu nak cerita apa.


Hidup saya macam ni lah. Rumah.. Dapur... Buat kek.. Beli barang... Pegi Jusco. blaaa.. blaaa.. Bila dapat cuti pun saya lebih suka duduk rumah. Samada sambung tidur sampai pukul 10 pagi. Tak boleh lebih. Mata ni tak nak bagi kerjasama. Pastu duk golek-golek sambil pegang novel. Bukan baca pun. Selak-selak. Ada call jawab. Ada SMS balas. Whatsapp berbunyi dengar je. Lambat-lambat buka nak jawab. Haha. Dah kata cuti kaaann. Kemas rumah.


Haaiihh.. kadang ada juga terdetik.. 'boringnya life macam ni..' :(


Sabar... sabar.. sabaaarrr.. Insyaallah.. kita doa yang baik-baik untuk hari mendatang. :)


Nak share gambar kek pun. Takde design baru. Semuanya design yang sama diulang buat. 














Jumaat lepas masa Wesak Day saya ada attend kelas Kek Kukus dengan Baklava. Saja nak tambah ilmu. Nak jumpa kawan-kawan baru. Belajar dengan Cikgu baru. Tengok macamana dorang kendalikan kelas.  Pertama kali pergi kelas, masa cikgu mengajar saya tidur. Ya Allah.. tak tahulah nak kata. Kepala ni sakitnya tak leh nak tahan. Dah lama tak sakit kepala. Balik rumah mengadu dengan mak. Kena bebel sekali. 'Tu la.. kerja sampai tak ingat nak rehat. Kan darah dah naik." Haha. entah ye ke tidak darah naik. Pandai-pandai je mak temberang. Dalam hati takut jugak. Cepat-cepat rendam asam keping. Pastu minum. Lepas je Maghrib tak tunggu dah. Terus lena. Alhamdulillah... dapat lena 3 jam. Lepas tu terus cergas masuk dapur balik. :P


Layan la lagi gambar Kek Kukus yang saya belajar. Ada Kek Hati Pari. Kek Lumut. Kek Buah. Pastu belajar buat Baklava. Semua sedap. Memang puas hati pergi belajar. 










 Ini cerita lain... 




Sekarang tengah mengumpul semangat nak menguli pastry puff untuk cream horn. Bahan semua dah ada. Semangat je duk turun dan naik. Haaihhh..!


Bak kata Mentor saya, ' Berniaga jika dipengaruhi turun naik emosi akan mempengaruhi turun naik hasilnya (Jualan)! Belajar kuasai diri dan emosi dan bukan ikut "mood"! - Azizan Osman-


Aaaa.... dushhh.. dusshhh.. kena idung sendiri!


Daahh.. nak bersiap solat Zohor pastu kita pi cari semangat dekat Jusco. heh!


Sorry pada yang bertanya. Mana update terbaru. Life saya biasa-biasa ja sekarang. Nak share resepi pun. Saya tak pernah cuba resepi baru. Nak share tempat berjalan pun. Saya tak pergi bercuti. Terima kasih pada yang masih sudi datang bertandang. Moga ada manfaat entry-entry saya yang lepas untuk korang guna pakai. 


Jumpa lagi.





Thursday, May 9, 2013

Nantikan Produk Baru. Maruku Meletop dan Resoles.

Assalamualaikum wbt...





Maruku Meletops. Makan sebalang tak sedar dah habis. :)





Resoles.  

Jangan takut dengan cili padi tu. Hiasan semata. Kalau suka pedas, makan sebiji. Nak lagi. :)


Sabar. Nantikan kedatangan mereka berdua di entry seterusnya. 


Terima kasih. 







PENGUMUMAN : DURIAN CREPE TIDAK DIJUAL LAGI.

Assalamualaikum wbt.




Holla peminat Durian Crepe.


Setiap hari saya menerima satu dua panggilan bertanyakan tentang Durian Crepe. 






Maaf pada semua pelanggan dan bakal pelanggan Duria Crepe saya.


Penjualan Durian Crepe dah lama ditutup kerana durian dah habis musim. Saya tidak menjual Durian Crepe menggunakan durian biasa. Saya hanya menggunakan durian jenis D24 atau Musang King sahaja. Memandangkan durian ini sudah tidak ada dalam pasaran, makanya dengan sendiri saya tidak lagi menjual Durian Crepe untuk masa-masa akan datang.


Amboi Senah.. ayat skema betul!


Nak katanya... senang cerita Durian Crepe dah takde. Tu jewww..!!


Walaupun ada yang nak beli durian dan minta saya buatkan. Maaf. Saya tak buat dalam kuantiti yang sedikit. Demi menjaga masa dan pengeluaran produk yang lain. Maka saya berhenti setakat ini.





Insyaallah... bila musim durian dah kembali berbuah. Nanti para pembuat Durian Crepe akan mula mengeluarkan iklan masing-masing. Masa tu korang sedia lah dengan duit yang cukup. Beli. Rasa. Mana sedap. Kena dengan selera. Pulun beli dan makan sampai puas.


Terima kasih pada semua pelanggan Durian Crepe saya yang lepas. Kepuasan anda terhadap produk Durian Crepe saya sangat saya hargai. Saya dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan jaza'. 


Semoga Allah memberkati kamu.


Panjang umur kita berurus niaga lagi. Insyaallah.