Friday, June 20, 2014

Testing.. testing...!

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat.

Saja try test blogging dari Note. Nak rasa syok ke dak menulis tempat baru.

Ehm... boleh la. Dari tak ada orang kata.

Mana icon nak buh gambaq.

Tak boleh ka? 😕

*

*

*

*

*

Lepas godek.. jumpa dah..haaihh. dah tua2 nak belajaq benda baru. Memang lambat. Tak macam dulu. Cepat je dapat.

Pelan- pelan kayuh.

Thursday, May 22, 2014

Resepi Sambal Nasi Lemak.

Assalamualaikum wbt.

Penangan Masterchef UK. 


Bismillahirrahmanirrahim...

Bahan-

3 bj bawang besar *
5 bj bawang putih *
1 inc halia tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis *
tumbuk / kisar bahan bertanda *
2 inc belacan
1/2 cawan air asam jawa
1 mangkuk cili kisar
1 ketul gula kabung/ gula perang
1/2 cawan gula - kurangkan jika suka sambal pedas.
Garam
1 bj bawang besar potong bulat
2 cawan minyak untuk menumis

Jika suka sambal cair, boleh tambah air 1/4 cawan ketika menumis.

Cara -

Tumis bahan bertanda * dengan halia sehingga garing. Tempoh 15-20 min bergantung pd byk mana bawang. Kalau blender bahan jgn letak air byk. Cukup sekadar boleh jlnkan blender. ada food processor lg best. Tu kira lesung batu moden la kan. Preettt 3 kali. Siap!

Masukkan belacan sambil menumis. Saya suka masuk lambat sikit. Tunggu bahan tumis tu dah separuh garing. Nak cepat garing, belacan tu hancurkan sikit. Jangan masukkan seketul.

Masukkan cili kisar. Kacau sampai sebati. Masa ni sy masukkan air yg sy kocak dlm blender cili. Bagi bersih blender dari sisa2 cili. 1/2 cawan ja.

Bila dah masukkan cili, masa ni nak kena rajin kacau. Satu nak elakkan hangit kat bawah periuk. Dua, nak kurangkan percik. Proses ni ambik masa lama. Lagi banyak cili lagi lama. Lebih 1 jam. Api sederhana. Nak elak percik, tutup periuk. Sendal dengan senduk kayu. Sambil2 tu kacau jugak.

Masa menumis, kalau tengok minyak tak keluar. Boleh tambah minyak. Masak sambal, minyak memang kena guna banyak. Baru cili elok garing.

Bila makin lama tumis, nampak cili dah garing. Minyak dah naik. Boleh letak air asam. Sambung kacau lagi. Tunggu 1/2 jam lagi. 

Dah elok cili garing. Boleh masukkan gula kabung/ gula melaka dan gula putih. Kacau biar serata. 

Masukkan garam. Rasa. Masukkan bawang potong bulat. 

Tunggu dalam 1/2 jam lg. Biar api sederhana. 

Dah puas hati dengan warna sambal ( merah gelap) boleh tutup api. 

Tip tambahan - 

1- untuk kurangkan pedas. gunakan cili kering yg kerinting dan berkilat. Campur dengan cili kering yg gemuk tak berkedut. Cili gemuk tak berkedut tu bg warna sambal cantik.

Rebus cili sampai kembang. Buang air rebusan. Basuh cili bagi bersih. Masa blend masukkan minyak 2 sudu nak hancurkan biji. 

2- boleh juga guna tomato blend untuk kurangkan pedas. Blend hancur. Masukkan bila cili dah garing. Ni utk kes cili pedas sangat.

3- untuk kurangkan pedas. Boleh masak sambal sehari awal. 

4- sambal ni boleh juga guna sebagai perencah nasi goreng atau mee. Masak lebih. Simpan beku.

5- masak sambal memerlukan minyak yg banyak utk menumis. Jika minyak kurang, cili tak garing betul. Jgn risau. Minyak yg bergenang. Ambil dan simpan. Boleh juga diguna utk menumis mee/nasi goreng.

6- jika ada minyak ayam yg diguna utk menggoreng. Boleh juga guna utk menumis. Campur dgn minyak baru. Optional. Xde pun xpa. Guna minyak baru. 

7- penggunaan gula melaka/ gula kabung adalah utk menggelakkan sakit perut bila makan sambal terlalu banyak. Ini petua dr mak sy.

8- untuk bawang putih dan halia, sy prefer tumbuk lesung dari blend sekali dgn bawang besar. Jika ada food processor lebih baik. proses menumis takkan ambil masa yg lama. 
Masa tumis sy akn masukkan bawang putih dan halia dulu. Dah nampak garing sikit (2min) baru masukkan bawang merah dan ikan bilis. 

Tak rajin... blend semua pun xpa. Make sure bawang garing baru masukkan cili. 

Jangan lupa selawat dan zikir sepanjang masak. Insyaallah. dengan izin Allah sedap sambal tu. :)

Monday, April 7, 2014

Hi..!

Assalamualaikum wbt...











Beaumanor Hall,

Leicestershire.





Thursday, January 9, 2014

Nak Tulis Tajuk Pun Blurrr. Baca aje lah.

Assalamualaikum wbt...



Bismillah... *** tarik nafas... hembus..*



Saya cuba. Yup... saya cuba untuk menulis dan habiskan tulisan saya sampai ke butang klik dan publish.



Bukan hanya tersimpan di dalam draft sahaja.



2014 telah berlalu sebanyak 8 hari.



Tahun baru. Cerita baru. Tempat baru. 



Dah 4 bulan saya berada di London. Tempat yang sangat menyenangkan bagi saya. Walaupun jauh dari keluarga. Mereka tetap dekat di hati saya. 



'Dah tu... pembaca blog ni takde tempat ke di hati kamu Irma?'



Ada. Cuma bila umur makin bertambah ni. Saya segan nak merapu raban macam dulu. Segan. Perasaan nak menulis tu memang ada. Cuma macamana saya nak corakkan penulisan saya selepas ni tu yang tengah duk fikir. Perangai loyar buruk dan merapu tu masih ada. Cuma biarlah mereka yang bertemu dan bersembang secara realiti ja yang tahu. Kalau ada terbabas dalam penulisan ni. Maafkan saya yerk..! Perangai budak tu masih ada lagi. *senyum sikit*



Nak buat saya tambah segan kan. Balik dari London 2010 sampai 2013. Saya berjumpa dengan ramai pembaca blog ni bila mereka menempah kek dengan saya. Ada yang sebaya. Ada pangkat adik. Yang saya tak leh nak terima sekejap bila pembaca saya dikalangan makcik baya mak-mak saya. 



Ayat dorang sama je. 'akak suka baca blog awak.'



Aduh.. malunya. Nak buat tutup-tutup muka. Tangan tengah pegang kotak kek. Apa boleh buat. Sengih je la. Alhamdulillah. Respond mereka baik-baik sahaja. Ramai yang dah cuba resepi yang saya kongsi. Maafkan saya jika korang terpaksa baca bebelan saya yang panjang berjela tu. Almaklum la.. semangat menulis tengah membara masa dulu. Panjang berjela tu tak fikir dah. Belasah...!



Apa berlaku sepanjang 4 bulan kembali Ke London?



Hamboi Mak Jemah.... soalan kau. Kerlasss gitu!



Welll.... ehmm. *Tarik nafas... TAHAN 10 SAAT. Baru hembus pelan-pelan*



Kadang saya segan nak bercerita. Takut jika ada bisikan-biskan hati yang berkata. 'Alaaa... poyo lah kau ni. Keja macam tu pun nak cerita dekat blog..' 



Maafkan saya sekiranya saya tak pernah menjawab pertanyaan korang. Biarlah korang tahu sendiri. Atau pun biarlah pertanyaan tu berlegar-legar di kepala. Lama-lama dia hilang punya. Yang pasti... tak semua cerita saya boleh dikongsi dalam blog ni. Konon nak simpan la sikit. Privasi la kata ko..!



Saya kerja biasa-biasa saja di sini. Bukannya ada apa yang nak dibanggakan pun. Cukup lah kiranya ada sedikit kebaikan yang saya dapat dari hijrah ini untuk dikongsi bersama. Buat bekal saham akhirat sana.



Akhir kata... apa pesanan untuk pembaca blog ni?



Begini lah... korang jangan berharap sangat saya akan update blog macam dulu. Memang tak ah..! *amboi.. belagaknya ayat dia*



Insyaallah... bila ada cerita baru. Tempat baru yang saya pegi. Resepi baru. Saya akan cuba kongsi dengan korang. Kalau setakat cerita teringin minum teh ais tengah malam buta. Hangpa pi ah usyar instagram saya. Kat sana memang saya kongsi gambar dan cerita pendek. Buat pengubat rindu semua. Ecewaaahhh..!



Yang lain-lain. Semua masih sama. Tempat yang sama. Kerja yang sama. Cuma majikan saya ja yang berbeza. Sapa yang baca blog saya dari zaman 2008. tentu dah tau saya buat apa kat London ni. Sayang korang-korang sume. *peluk ramai-ramai*



Apasal takde gambar?


Memang tak best kan baca entry takde gambar. Kisahnya begini. Laptop rosak. Saya pulak tak biasa lagi update dengan henfon. Jadi gambar dalam kamera memang tak leh nak transfer ke laptop. Ini pun menulis dari pc Syakirah. Tu yang semangat. Sebab serupa macam imbas kembali kenangan 3 tahun lepas. Di sini. Bersama mereka. Bahagia.



Kang ada yang tanya. Kata majikan baru?



Saya cuti. Duk lepak rumah kak ct. Serupa balik kampung la kiranya ni. 



Sekian. Publish.