Thursday, January 9, 2014

Nak Tulis Tajuk Pun Blurrr. Baca aje lah.

Assalamualaikum wbt...



Bismillah... *** tarik nafas... hembus..*



Saya cuba. Yup... saya cuba untuk menulis dan habiskan tulisan saya sampai ke butang klik dan publish.



Bukan hanya tersimpan di dalam draft sahaja.



2014 telah berlalu sebanyak 8 hari.



Tahun baru. Cerita baru. Tempat baru. 



Dah 4 bulan saya berada di London. Tempat yang sangat menyenangkan bagi saya. Walaupun jauh dari keluarga. Mereka tetap dekat di hati saya. 



'Dah tu... pembaca blog ni takde tempat ke di hati kamu Irma?'



Ada. Cuma bila umur makin bertambah ni. Saya segan nak merapu raban macam dulu. Segan. Perasaan nak menulis tu memang ada. Cuma macamana saya nak corakkan penulisan saya selepas ni tu yang tengah duk fikir. Perangai loyar buruk dan merapu tu masih ada. Cuma biarlah mereka yang bertemu dan bersembang secara realiti ja yang tahu. Kalau ada terbabas dalam penulisan ni. Maafkan saya yerk..! Perangai budak tu masih ada lagi. *senyum sikit*



Nak buat saya tambah segan kan. Balik dari London 2010 sampai 2013. Saya berjumpa dengan ramai pembaca blog ni bila mereka menempah kek dengan saya. Ada yang sebaya. Ada pangkat adik. Yang saya tak leh nak terima sekejap bila pembaca saya dikalangan makcik baya mak-mak saya. 



Ayat dorang sama je. 'akak suka baca blog awak.'



Aduh.. malunya. Nak buat tutup-tutup muka. Tangan tengah pegang kotak kek. Apa boleh buat. Sengih je la. Alhamdulillah. Respond mereka baik-baik sahaja. Ramai yang dah cuba resepi yang saya kongsi. Maafkan saya jika korang terpaksa baca bebelan saya yang panjang berjela tu. Almaklum la.. semangat menulis tengah membara masa dulu. Panjang berjela tu tak fikir dah. Belasah...!



Apa berlaku sepanjang 4 bulan kembali Ke London?



Hamboi Mak Jemah.... soalan kau. Kerlasss gitu!



Welll.... ehmm. *Tarik nafas... TAHAN 10 SAAT. Baru hembus pelan-pelan*



Kadang saya segan nak bercerita. Takut jika ada bisikan-biskan hati yang berkata. 'Alaaa... poyo lah kau ni. Keja macam tu pun nak cerita dekat blog..' 



Maafkan saya sekiranya saya tak pernah menjawab pertanyaan korang. Biarlah korang tahu sendiri. Atau pun biarlah pertanyaan tu berlegar-legar di kepala. Lama-lama dia hilang punya. Yang pasti... tak semua cerita saya boleh dikongsi dalam blog ni. Konon nak simpan la sikit. Privasi la kata ko..!



Saya kerja biasa-biasa saja di sini. Bukannya ada apa yang nak dibanggakan pun. Cukup lah kiranya ada sedikit kebaikan yang saya dapat dari hijrah ini untuk dikongsi bersama. Buat bekal saham akhirat sana.



Akhir kata... apa pesanan untuk pembaca blog ni?



Begini lah... korang jangan berharap sangat saya akan update blog macam dulu. Memang tak ah..! *amboi.. belagaknya ayat dia*



Insyaallah... bila ada cerita baru. Tempat baru yang saya pegi. Resepi baru. Saya akan cuba kongsi dengan korang. Kalau setakat cerita teringin minum teh ais tengah malam buta. Hangpa pi ah usyar instagram saya. Kat sana memang saya kongsi gambar dan cerita pendek. Buat pengubat rindu semua. Ecewaaahhh..!



Yang lain-lain. Semua masih sama. Tempat yang sama. Kerja yang sama. Cuma majikan saya ja yang berbeza. Sapa yang baca blog saya dari zaman 2008. tentu dah tau saya buat apa kat London ni. Sayang korang-korang sume. *peluk ramai-ramai*



Apasal takde gambar?


Memang tak best kan baca entry takde gambar. Kisahnya begini. Laptop rosak. Saya pulak tak biasa lagi update dengan henfon. Jadi gambar dalam kamera memang tak leh nak transfer ke laptop. Ini pun menulis dari pc Syakirah. Tu yang semangat. Sebab serupa macam imbas kembali kenangan 3 tahun lepas. Di sini. Bersama mereka. Bahagia.



Kang ada yang tanya. Kata majikan baru?



Saya cuti. Duk lepak rumah kak ct. Serupa balik kampung la kiranya ni. 



Sekian. Publish.