Thursday, August 19, 2010

Kembang Di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum wbt...




Bunga matahari sangat cantik,
Kembang di waktu pagi...


Ahaaa... korang ingat tak lagu ni. Rasanya masa subjek muzik, lagu ini adalah salah satu dari banyak-banyak lagu yang ada dalam buku teks. Hari ni dengan izin Allah bunga matahari yang ditanam oleh Maryam dah mengeluarkan bunga. Semalam bila jenguk ke luar taman belum kembang sempurna. Petang tadi bila intai sekali lagi. Hurraayy... dah kembang cantik.


Terus lepas solat Asar saya keluar bersama Maryam. Waahhh... dari jauh dah menyilau kuningnya. Memang bersinar. Itu baru sekuntum. Belum lagi setaman. Sakit apa mata silau dengan warna kuning yang garang.
















Ada sekuntum lagi yang belum kembang. Ehmm... agak-agak kan, bila ya dia nak kembang. Seminggu atau dua lagi...? Nanti kita tunggu sama-sama eh...


Tak puas la tengok gambar bunga yang saya tangkap tadi. Esok nak ambil gambar lagi. Posing lagi! ~yeayyy~


Semoga anda semua terhibur... Ramadhan kareem!


Monday, August 16, 2010

Kueh Seri Muka

Assalamualaikum wbt...


Apa perasaan korang. Kalau kueh yang dibuat hasilnya secantik begini?


Pabila dibuka tin loyang. Hasilnya, subhanallah. Seperti yang diharap-harapkan.



Eh... Takkan cheese cake perisa pandan? :P


Sabtu lepas ada jemputan berbuka puasa di kediaman seorang pelajar Phd di sini. Mereka menjemput kami sekeluarga berbuka puasa bersama beberapa keluarga dan pelajar Malaysia yang lain. Jadi adatlah kita sebagai tetamu takkan nak datang dengan tangan kosong. Malulah p makan saja. Kalau tak sempat buat. Belilah barang sesikat pisang ke kan. Nak harap bazar ramadhan mana ada di sini.

Bila Kak Ct bagitahu sahaja tentang jemputan tu terus saya pun cakap. 'Saya buat seri muka lah ye'. Kak Ct tak kisah.

Jadi bermulah episod membuat Kueh Seri Muka ini sejak pagi Sabtu lagi. Sejak kali pertama mencuba saya menggunakan resepi dari Tok Guru dari Johor yang tersohor. Cik Mat Gebu. Alhamdulillah, kalau tak derhaka memang akan jadi =)

Untuk membuat Kueh Seri Muka sebaiknya dibuat dari pagi atau tengahari. Kerana apa? Kueh ini cantik dipotong selepas dibiarkan sejuk dalam 2-3 jam selepas dimasak.

Untuk Kueh Seri Muka kali ini saya gunakan tips dari Tok Guru dari Terengganu. Kak Hanieliza. Dia pernah sarankan supaya menggunakan loyang tin spring form. Senang bila nak buka dan potong. Rujuk gambar di sini. 

Sejak pagi jam 8.30 saya sudah merendam pulut selama 2 jam. Awal-awal dah derhaka dengan resepi tok guru. :D

Bismillahirrahmanirrahim...

BAHAN LAPISAN BAWAH. ( Bahagian pulut)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan

200 ml santan cair*

1/3 camca teh garam*

1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul

Cara-cara membuat bahagian pulut :

1.  Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Masukkan pulut dan semua bahan ke dalam loyang. Kacau rata. Kukus pulut sehingga masak selama 20 -30 minit. Kalau tak puasa boleh rasa pulut dah masak atau tidak. ;)

2.  Bila pulut dah masak, tunggu sejuk sebentar. Kemudian pulut bolehlah ditekan sehingga padat dan rata.

Ketepikan pulut dan korang boleh mula sediakan bahan untuk lapisan atas. 

BAHAN LAPISAN ATAS ( Warna Hijau )
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

Cara-cara membuat bahagian atas yang berwarna hijau :

1.  Masukkan ke semua bahan di dalam satu bekas. Kacau dengan menggunakan whisk. Kalau tak ada whisk, gunakan senduk pun boleh. Ketika mengacau, tekan belakang senduk ke arah dinding bekas supaya bahan yang berketul menjadi sebati. Paham kan?

2.  Bila dah sebati dan gula pun larut. Tapis kemudian masukkan bahan ke dalam loyang yang berisi pulut. Sebelum tu, cakarkan bahagian atas pulut dengan garpu supaya mereka melekat bila masak. 

Tips ketika mengukus :

1. Panaskan kukusan 15 minit sebelum loyang dimasukkan.

2. Balut penutup kukusan dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan titisan wap jatuh ke atas permukaan kueh. Pastikan penutup ditutup rapat.

3. Masak dengan api sederhana besar. Penutup dapur gas berada dalam keadaan di tengah-tengah.

4. Kukus selama 50 minit atau satu jam. 15 minit terakhir. Bolehlah periksa dengan mencucuk bahagian kueh dengan lidi. Sekiranya lidi tidak melekat dengan bahagian yang berwarna hijau. Masak dah la tu maknanya. 

Tips untuk memotong :

1. Biarkan kueh sejuk 2-3 jam sebelum dipotong.

2. Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Sekiranya ada pulut yang melekat di pisau. Buangkan. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.


Alhamdulillah, kueh ini dan kueh lopes mendapat sambutan yang menggalakkan. Habis kesemuanya sampaikan ada tetamu perempuan mengadu pada saya yang mereka tak sempat nak rasa kueh lopes. Aiseeyyy... boleh buka gerai ni nampak gaya. ;D

Friday, August 13, 2010

Bergedil Daging.

Assalamualaikum wbt...


Alahaiiii... siannya kamu bergedil. Senget. Sedih ke? hikhik

Hari kedua Ramadhan saya masak soto. Salah satu yang perlu ada bila nak makan soto mestilah bergedil kan. Kalau tak rasa kureng ja. Tak lengkap. Sejak pagi saya dah masuk ofis. Rebus nasi impit. Petang buat kueh. Pastu lepas asar buat kuah soto dan bergedil.

Kak ct bila tengok bergedil di dapur terus tanya, 'Apasal bergedil ni warna lain?' =D hohoho.

Terus saya bagitahu. Saya gunakan lebihan daging cincang lasagna untuk menyedapkan bergedil saya.

Hantam sajalah. Sedap je. eceh.

Ini saya nak bagi resepi betul. Bukan resepi campak-campak versi nak cepat saya.



Amacam. Nampak lain tak warna bergedil saya?

 kehkehkeh =)

Bahan-bahan :

5 biji ubi kentang saiz besar
100 gram daging cincang/ isi ayam yang disiat
3 batang daun sup dimayang halus
3 sudu besar bawang goreng (ramas sedikt semasa nak gaul)
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa

2 biji telur untuk menggoreng

Cara-cara :

1- Potong ubi kentang nipis-nipis. Kemudian goreng sehingga masak. Tak perlu sampai garing.

2- Tumbuk ubi kentang sehingga lumat. Gaulkan semua bahan dan bentukkan menjadi bulat.

3- Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng bergedil sehingga masak dengan api yang sederhana.

Perrghhh... nak makan soto punya pasal. Sanggup. Memang renyah tapi sedap.

Selamat mencuba. 

Thursday, August 12, 2010

Resepi Churros.

Assalamualaikum wbt.


Resepi sebelum puasa. Baru berkesempatan nak kongsi bersama. Resepi ni saya tengok ada di rumah kak Hana. Cantik churros dia. Saya punya ada macam-macam warna. Yang terbaek sahaja yang boleh ditayang. ekeke.

Ok. Meh nak kongsi resepi yang saya ambil dari kak Hana. Saya gandakan adunan.


 Tamak kononnya ;P

Bahan-bahan :

2 cawan air
2 sudu besar gula
3 cawan tepung
2 biji telur
1 sudu teh garam
2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak. Pilihlah yang mana satu.

Cara-cara:

Didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api. 

Masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.

Angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati. 

Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang yang dimasukkan dalam piping. 


Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.


Angkat dan taburkan dengan gula halus. Boleh juga dimakan dengan nutella.


Sedap.!

Pesan bibik :

Lebih senang kalau habiskan dulu sesi menekan adunan di atas kertas atau dulang. Bila dah habis baru goreng. Masa saya buat, sambil menekan sambil goreng. Kadang punyalah ralit menekan adunan sampai TERgaring churros dalam kuali. Api pun nak kena jaga. Kuat sangat nanti hangit. 


Bila tengok resepi kak Hana, mula-mula saya kompius gak tengok cara yang kak Hana tunjukkan. Almaklumlah nak jadi anak murid yang baik. Tak nak derhaka. Sampai sanggup cari dekat youtube video nak buat churros. Memang ada. Macam-macam gaya ada. Pilih sajalah. 


Saya pilih yang ini. Abaikan apa yang dia cakap. Yang penting boleh nampak cara dia buat. Kan? :)

Kalau ikut video ni acuan yang digunakan besar. Kalau nak cepat habis memang best guna acuan yang besar. Saya pun mula-mula guna acuan besar tapi saya tukar sebab tak cantik macam tok guru punya. huahuahua. Nak macam tok guru gak. ;D


Kalau ada acuan macam kat atas ni lagi senang. Tiga kali saja dah habis adunan churros saya. Memang cepatlah. Bibik suka. Sampai kata dalam hati. Eh, boleh buat lagilah nanti. Bila. Tak taulah. :D

Masa saya buat churros ni anak-anak baru lepas makan roti dengan hummus. Kira dah kenyang la. Fatih sempat makan dua batang. Bagi saya churros ni sedap dimakan bila masih panas. Makan macam tu saja pun dah sedap. Bila dah sejuk. Kureng sikit rasa dia. Kena panaskan balik sekejap dalam microwave.


Selamat mencuba. 

Errr.. boleh jadi kueh raya ke? =)

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan - Bulan Pelbagai Gelaran.

Assalamualaikum wbt.




* Bulan Puasa – kerana Allah memerintah kita berpuasa sebulan di bulan ini. 


* Bulan Nuzul Quran – Al-Quran diturunkan Allah dari sisi-Nya ke langit dunia (al-Baqarah: 185) 

* Bulan Lailatul Qadar – Terdapat satu malam pada akhir bulan ini iaitu malam yang lebih daripada seribu bulan (al-Qadr: 1-5) 


* Bulan Hadiah – dianugerah khusus bagi umat Muhammad saw dan tidak kepada umat-umat lain 

* Bulan Penghulu Bulan – terpilih dari sebelas bulan yang lain kera ia adalah sebaik-baik bulan 

* Bulan Keampunan – Orang yang berpuasa serta beribadat di dalam nya dengan mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Allah swt akan diampunkan segala dosa yang terdahulu dan kemudian. 

* Bulan Gandaan – Setiap ammalan yang ikhlas pada bulan ini, baik amalan wajib maupun sunat digandakan ganjaran pahalanya berlipat kali ganda. 

* Bulan Keberkatan – Setiap perkara, amalan dan ibadah malah sepanjang bulan ini penuh dengan keberkatan – “Ramdhan al- Mubarak” 

* Bulan Ibadah – umat Islam berlumba-lumba melaksanakan berbagai ibadah baik wajib mahupun sunat. Solat berjamaah, bertarawih, bertilawah, berbuka puasa , bersahur,bersedekah ,berqiamullail, mengurus rumah tangga, mencari nafkah yang halal semuanya adalah ibadah. 

* Bulan Kemuliaan – atau bulan rahmat kerana semua syaitan akan dirantai, semua pintu syurga akan dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya. 

* Bulan Junnah Hasinah – bulan perisai/pendinding kerana puasa yang sebenar ialah puasa yang dapat membentengi diri dari segala bentuk kejahatan dan benteng kepanasan api neraka. 

* Bulan Riadhah – bulan latihan kerana pelbagai program dan pengisian disediakan sebagai panduan untuk dipraktik pada sebelas bulan yang mendatang. 

* Bulan Kesabaran – bulan ini menuntut kesabaran setiap mukmin dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Sabar mengekang keinginan nafsu yang keji. 

* Bulan Taqwa – membina taqwa adalah tujuan dan matlamat puasa (al-Baqarah : 185) 

* Bulan Keikhlasan – Hanya mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharap redha Allah sahajalah yang akan diampunkan dosanya yang terdahulu atau kemudian. 

* Bulan Jihad – Orang yang berpuasa sebenarnya sedang berperang dengan nafsunya yang keji lagi tidak pernah puas. 

* Bulan Mustajab Doa – Sepanjang Ramadhan sangat makbul berdoa khasnya sewaktu berbuka. 

* Bulan Zakat – zakat harta membersihkan harta, maka puasa pula zakat bagi tubuh badan. 

* Bulan al-Farah – bulan kegembiraan kerana para mukminin sangat ceria, terhibur dan bergembira di bulan Ramadhan. Sabda Nabi saw : “ Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ada dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah.” 

* Bulan Kesihatan – Muslim yang ikhlas berpuasa kerana Allah dianugerah kesihatan yang baik. 

* Bulan Syafaat – Sabda Nabi saw : “Puasa dan al-Quran itu akan memberi syafaat kepada hamba-hamba( dengan izin Allah) pada hari kiamat nanti .” (Riw: Ahmad dan Thabrani) 

* Bulan Penghapus Dosa – penghapus dosa-dosa kecil secara tahunan bagi mereka yang menghayati Ramadhan dengan sepenuhnya. 

* Bulan Keimanan – menyuburkan keimanan dan setiap amalan juga dipersembahkan dengan penuh keimanan bagi mengharap rahmat Allah swt. 

* Bulan Kebajikan – Rasulullah saw menggandakan segalan amalan kebajikan seperti sedekah pada bulan ini. 


AHLAN YA RAMADHAN 

Kita sering mendengar ucapan Selamat Tahun Baru , Selamat Hari Lahir , Selamat Hari Raya sebagai tanda ucapan selamat bagi sambutan. Namun kita jarang atau mungkin tidak pernah mendengar ungkapan ‘Selamat Menyambut Ramadhan” sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan dengan kedatangan Ramadhan. 

Dalam masyarakat Arab kedatangan Ramadhan disambut penuh meriah sejak 15 Syaaban lagi. Apabila berjumpa sesama sendiri akan terdengarlah ucapan “Ahlan ya Ramadhan” atau “Ramadhan Karim”dan disambut pula “Allahu Akram” yang bermaksud Ramadhan itu mulia dan disambut pula dengan ucapan sesungguhnya Allah lebih mulia kerana Dia memuliakan Ramadhan. 

KEM RAMADHAN 

Berapakah usia anda sekarang ? Berapa kalikah anda telah bertemu Ramadhan selepas usia baligh ? Sepuluh? Lima Belas? Dua Puluh atau lebih? 

Sebanyak mana kita bertemu Ramadhan maka sebanyak itulah kita telah memasuki Kem Latihan Ramadhan. 

Di dalamnya kita dilatih bersahur, berbuka, menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu, mendekatkan diri dengan Allah, menjaga mata, mulut, lidah, telinga dan anggota badan yang lain, bersedekah, pemaaf dan seumpamanya. 

Sepatutnya selepas belasan dan puluhan tahun kita memasuki kem ramadhan , maka jiwa, mental dan fizikal kita semakin bertambah baik Kita menjadi manusia yang semakin sabar, semakin pemurah, semakin penyayang, semakin berhemah, semakin berkeyakinan, semakin proaktif, semakin berwawasan dan semakin maju dalam serba serbi yang bersesuaian dengan syariat. 

Maka pada kesempatan Ramadhan kali ini, elok rasanya kita bertanya pada diri mmasing-masing: ‘Dapatkah aku menjadi lebih baik dalam Ramadhan kali ini berbanding dengan Ramadhan yang lalu?’ 

PERSEDIAAN RAMADHAN 

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); 
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; 
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. 

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. 

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yangdi sengajakan, semoga kita dapat mengimarahkan ramadhan ini dengan ibadah yang khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'. 

Artikel diambil dari FB Noni Nadiah Md Yusoff. Rupanya awak ada blog juga ye. :D

Ramadhan Kareem.

Assalamualaikum wbt.






Alhamdulillah, dengan izin Allah swt tahun ini bertemu lagi dengan bulan yang dimuliakan Allah swt. Bulan yang mana segala amal kebajikan dilipatgandakan. Bulan yang menuntut kita berusaha untuk memerangi hawa nafsu dek kerana syaitan sudah dirantai.

Maaf dipinta andai sepanjang saya menulis di sini ada kata-kata yang kurang menyenangkan.





Marilah... marilah kita sama-sama merebut peluang yang sudah ada di depan mata. 

Andai kata ini Ramadhan yang terakhir. 

Jangan lepaskan peluang...

Ini SALE yang disediakan oleh Allah untuk hambanya yang beriman. 

Jangan lepaskan peluang.

~Ramadhan Kareem~


Wednesday, August 4, 2010

Teesside, Middlesbrough.

Assalamualaikum wbt.


Perjalanan ini sudah dirancang (baca:diangankan) sejak awal tahun lagi. Sebelum pulang ke Malaysia saya berhajat sangat ziarah sahabat-sahabat saya yang berada di merata UK. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt dua daripadanya telah terlaksana bila saya bercuti selama 6 hari 5 malam. Alhamdulillah.

Bermulanya perjalanan dari London ke Middlesbrough jam 3 petang hari Rabu 28 Julai 2010. Berbekalkan tiket tambang murah berharga 10 pound Megabus. Saya tawakal pada Allah swt berjaulah seorang diri. Biasanya ada Husna. Kali ini Husna bercuti jadi nak tak nak saya perlu berani. Yea. Berani naik bas sorang-sorang =)

Hari kedua di Teesside, Salimah bawa saya jalan-jalan sekitar bandar. Jom tengok gambar sambil saya bercerita.


Selamat datang ke Tside Uni. Ahaa, Inilah Salimah. 

Salah seorang pelajar di sini. Merangkap sahabat saya. Pangkat adik sebenarnya. ;)


Kebanyakan pelajar Malaysia di sini belajar dengan tanggungan sendiri. Selain yuran, kos sara diri dan sewa rumah sangat berpatutan. 300 pound sudah cukup untuk sebulan. Ini tak termasuk duit shopping dan jalan-jalan ye. Bagi yang memang niatnya untuk belajar. Bolehlah fikir-fikirkan untuk sambung di sini.


Tumpang sekaki. Ini bukan pelajar. Pelawat saja.


Tak habis lagi musim bunga. Atau saya yang pantang jumpa bunga? ;D


Salah satu bangunan lama yang terdapat di sekitar Tside Uni. Tak tahu apa fungsinya. Salimah pun tak tahu. Saya apa lagi. Sekadar merakam gambar bangunan lama untuk dikongsi bersama korang. 

Boleh kan?


Destinasi seterusnya adalah bandar Middlesbrough. Walaupun bandar ini kecil tetapi jangan wat peleceh. Shopping mall depa macam-macam ada. LENGKAP. Saya ja tak nak tawaf. BUANG MASA. Otak saya dah disetkan untuk tidak mencuci mata di semua kedai kecuali kedai-kedai tertentu. Kedai apa? eheehhh..~ kejit mata sket~


Salimah sedang memeriksa. Cukup ke tidak lagi bahan nak buat cheese cake? ;P


Middlesbrough Town Hall


Layan ayaq pancut sat. 


Ini saya tahu bangunan apa. Sebabnya Salimah bagitau. heh.

Middlesbrough Central (Public) Library


Bangunan yang sama sudut saja yang berlainan. Layankan aje.


Salimah kata, Ini mercu tanda Teesside. Botol. :D

Bukan sebarang botol. Ini namanya Bottle of Notes.


Transporter Bridge (yang warna biru)



Video bagaimana Transporter Bridge berfungsi.



Bangunan berhadapan dengan train station.


Masa ni dah pukul 8.30 malam. Kawasan sekitar dah sunyi. Kami tak berani nak berlama-lama di luar rumah. Bahaya. Malam Jumaat adalah biasa bagi mereka untuk keluar minum di pub. Lepas ambil gambar terus pecut. Balik.

Selesai satu episod jalan-jalan di Teesside. Malam tu sesi masak-masak untuk Salimah dan kawan-kawan. Seronok depa tahu saya datang Tside. Macam-macam menu yang direquest. Akhirnya setelah sepakat membawa kenyang mereka nak saya masak Kari Ikan. Lawan dengan sambal belacan, ayam tandoori dan mango lassi. Syok tengok dorang makan sampaikan saya tak lalu makan. Dah pukul 1 pagi baru saya makan. Lepas budak lelaki semua balik. Haha, punyalah lambat. 

Ok. Cerita akan bersambung. Destinasi seterusnya ialah York. Tunggu! =)


Tuesday, August 3, 2010

Thorntons, the Art of Chocolatier.

Assalamualaikum wbt.





Ahaaa... dalam banyak-banyak gambar. Ini juga yang saya pilih. Sebenarnya kan, tak terpilih. Mood nak berblog pun tak datang lagi sepenuhnya. Eceehh. Alasan kan. Terimalah.

Amacam? Nampak menyelerakan tak? Kalau ya. Memang sedap pada mata yang memandang saja. Pada lidah yang merasa. Biasa ja. Sebabnya Allah izin 5 hari saya bercuti selsema dan batuk yang telah meragut deria rasa saya. Dalam duk sakit pun saya rembat ja aiskrim. Alasan paling best ialah UBAT. 

Sendiri makan sendiri tanggung la kan sakit. =)


Cuti Dah Habis.

Assalamualaikum wbt.




Teesside, Middlesbrough

York

Leeds (singgah tukar bas)

Liverpool



Alhamdulillah. Selesai perjalanan solo saya menziarah sahabat-sahabat yang saya sayang di UK ini. Terima kasih pada Allah kerana melindungi perjalanan saya pergi dan pulang. Insyaallah, nanti saya kongsikan gambar sepanjang bercuti.




Sementara tu, meh nak tunjuk tiga keping dulu. =)






Pekan Teesside, Middlesbrough




York




Liverpool