Friday, July 15, 2011

Tower Bridge. Sudut mana yang cantik untuk bergambar.

Assalamualaikum wbt.







Pemandangan dari sudut kiri jambatan. Sekiranya datang dari arah Tower of London anda akan turun di Tower Hill atau Tower Gateway tube station.


Dari atas jambatan London Bridge.






Pemandangan di sebelah kanan dari The Queen's Walk. Sekiranya mahu pemandangan dari sini, anda boleh turun di London Bridge tube station.

Nota penting : London adalah bandar yang cantik dijelajahi dengan berjalan kaki. Sediakan kasut yang baik untuk memaksimakan perjalanan anda. ;)





Harrods at night, Knightsbridge London.

Assalamualaikum wbt.

Jarang saya dapat berjalan waktu malam di London kalau takde teman. Biasanya setakat pukul 8 atau 9 malam dah sampai rumah. Lagi kalau bawak anak Kak Siti berjalan. Tak elok lewat sangat. Sian dorang kecil lagi. Mesti la penat.

Bila ada kesempatan menjadi pemandu pelancong kepada kawan-kawan yang dewasa. Masa ni lah saya pun mula panjang langkah. ~eheh~

Antara impian saya nak tengok London pada waktu malam. Nak sangat sebelum balik Malaysia.

Musim yang terbaik nak tengok London waktu malam ialah masa autumn sampai ke winter. Masa ni siang pendek. Pukul 5 petang dah gelap. Cumanya bila masuk musim luruh (autumn) cuaca makin sejuk. Lama-lama di luar rumah memang mengundang sengsara. Sejuk sampai ke tulang.

Masa ni bukak mulut je keluar asap. ~hoohhh~ ;P

Lama menyimpan impian, akhirnya tercapai juga. Alhamdulillah. Masa tu Kak Ain dan Akhi Yusri datang ke London. Kak Ain tak pernah lagi jalan-jalan di London. Jadi sayalah yang menjadi pemandu pelancong mereka. Yeayy. Sapa tak suka jalan-jalan kan. Lagi-lagi dekat London.

Kitorang keluar lepas saya hantar Fatih ke nursery. Tengahari jugak la.

Bermula dengan Tower of London - Tower Bridge - Harrods - Bayswater  dan berakhir di Westminster. Siapa yang biasa pergi London mesti tahu kan. Keluar dari tube Westminster kita boleh nampak London Eye belah kiri, Big Ben dan Westminster di sebelah kanan.

Nak jadi cerita masa kitorang keluar tu ada demonstrasi tak silap. Banyak tube line yang ditutup. Jadi masa ni lah saya yang tak reti sangat nak bas. Terpaksalah belajar untuk kali terakhir naik bas di tengah London. Bas memang padat kalah ikan dalam tin sardin. Lagilah masa tu orang pakat keluar nak balik dari kerja.

Memang pengalaman yang takde kat Malaysia. ~ewah. bunyi macam tak puas hati je kan~


Baru saya ingat. Masa ni pekerja Tube melakukan mogok nak minta naik gaji tak silap. Tu pasal banyak tube line tak berfungsi. Jadi semua orang TERpaksa menggunakan perkhidmatan bas. Termasuk lah kami. ;)


Kitorang masuk dulu jalan-jalan dalam Harrods. Saya kan pemandu pelancong. Kak Ain nak beli macarons dari Laduree. Saya pun bawaklah dorang pergi sana. ;)


Pintu masuk Laduree dari Harrods. Pintu ni terletak bersebelahan dengan Krispy Kreme. Tersorok sikit. Kena jalan sampai dekat Krispy Kreme baru perasan Laduree ni. Kalau dari luar pun maca tu jugak. kena pusing sampai belakang Harrods baru sampai pintu Laduree. Tak nak sesat, jangan malu bertanya. ;)


Rindunya nak beratur beli macaron. Ikut peraturan tak boleh ambil gambar. Eheemm.. saya. Slumber je ambik gambar sorok-sorok. ;) Masa ni depan saya Kak Ain tunggu giliran nak dilayan. Masa ni saya tak beli walaupun kak Ain nak belanja. Tak larat nak makan macaron dah sebab sebelumnya dah beli. Lagipun, lepas tu saya memang plan nak ke Laduree lagi. Nak beli untuk orang tempah. ;)


Kak Ain belanja Red Velvet Cupcake untuk saya dan Carrot Cupcake untuk Kak Ain dan Akhi Yusri. Sumpah tak sedap. Kek dia dah kering. Tak lembab. Barangkali sebab dah seharian terdedah di udara. Pentingnya. Tidak menepati citarasa saya. Kak Ain sendiri kata. Red Velvet Cake saya lagi sedap. ~ Saya tulis ja apa yang Kak Ain cakap. ngee~




Rupa je cantik. Isi tak la sedap mana.


Portmeirion. Yang ni tak letak makanan pun dah cantik. Letak makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap. ~ahakss~


Adik beradik Portmeirion jugak. Masa ni baru mula Sale sempena Krismas. Biasanya orang beli Portmeirion dekat kilang. Saya pun tak tahu kat mana. Peminat Portmeirion je yang tahu. Saya pernah terdengar cerita. Portmeirion ni kalau takde orang Malaysia dah lama tutup kedai. ;D


Wedgwood. Harga - 6500 pounds x RM5 = boleh dapat sebiji kereta. Terus sesak nafas bila saya zoom dekat harga. Sempuuttt...!!


Agak-agak berapa la ye harga lampu gantung ni..? Mahunya boleh dapat sebiji Myvi lagi best. ;P


Ok... dah habis tawaf dalam Harrods. Tiba masa untuk menikmati keindahan lampu kelip-kelip di bangunan Harrods. Memang terserlah kemewahan lampu memenuhi ruang bangunan.


Masa ni masih lagi di tepi jalan. Susah juga nak ambik gambar dengan sudut yang cantik. layan aje lah kamera cikai yang bukan Dslr. ~ nak juga kamera bagak~


Bila tengok bangunan saja dah gah. Apa lagi orang-orang yang shopping kat dalamnya ye. Duitnya mestilah berganda-ganda gagahnya. ;P


Tahukah anda. Etika pengunjung yang nak masuk ke Harrods mestilah tidak menggalas beg di belakang (back pack). Kalau pengawal dia nampak. Mereka akan tegur dan mengarahkan kita menggalasnya di tangan. Kelas kan..! ;)


Masa ni saya dah berdiri di tengah jalan rasanya. Di perhentian lampu isyarat. Susah jugak nak dapat sudut yang cantik. Almaklumlah. Tukang pukul gambor pun main petik je. Selagi tak puas hati selagi tu dia tak berganjak. :D


Habis dah gambar Harrods. Alhamdulillah. Puas hati dapat jalan-jalan tengok lampu (macam budak-budak kan). Pernah sekali saya pergi Harrods terserempak dengan Rizman Ruzaini and the gengs. Saya perasan sebab dia kan designer baju Dato' Ct. Kenal aje guwe. ;P

Boleh tak saya sapa dia dengan menyebut 'haiii..'. Bila sedar. Saya pandang Ezzah pastu gelak. Haha. Patutnya bagilah salam kan. Ini mentang-mentang jumpa orang glemers. Terus berubah. Ishh.. tak patut. tak patut. ;P

Untung juga dia murah dengan senyuman. Takde lah ai malu syok sendiri. ~Auwww. Tiba-tiba~ 


Nanti saya sambung lagi ye.

Jumpa lagi...!

Thursday, July 14, 2011

Cupcake untuk empat beradik.

Assalamualaikum wbt.


Bila buat cupcakes ni saya teringat dekat tiga beradik yang jauh di sana. Syakirah, Fatimah dan Maryam.

Rindu bila masa nak buat kuih atau kek, dorang pun nak tolong. Terutama sekali Maryam.

Sekarang takde sapa kacau saya. Tolong. Lagi lah takde. :(


Haaa... Ini baru betul. Hujung sekali Upin dan Ipin semestinya untuk Fatih. :D

Masa dorang balik Malaysia hari tu, saya tak reti lagi buat cupcake pakai edible image ni. 

Jadi pegi kedai beli la sebiji. bila tau punyalah senang.

Ehmm.. lepas ni tak yah dah beli. 






Cerita Turkey dari novel terbaru Anis Ayuni.

Assalamualaikum wbt.

Siapa dah baca novel terbaru Anis Ayuni mesti tau kan masa part awal ada cerita pasal dorang pergi melancong ke Turkey. Saya pun bila baca jadi teruja dengan Turkey. Sebelum ni pun memang dah teruja bila dengar sesiapa yang pergi ke sana. Kebanyakan adik-adik yang belajar di UK memang takkan lepaskan peluang ke Turkey dan negara-negara Eropah sepanjang mereka belajar di sana. Setiap kali ada cuti, biasanya Easter break. Memang ada ja yang ke sana. Saya tumpang jeles. ;P

Bagi menghilangkan rasa jeles (haha) saya pun tumpang kirim cenderamata dari sorang adik yang saya sayang. Maryam. Saya kata belikan lah poskad, fridge magnet dan key chain dengan duit 10 pounds yang saya bagi.

Balik dari Turkey, Maryam pun bagilah hasil dagangan (ceh. macam banyak sangat) yang saya kirimkan. Masa tu tengok semua barang-barang terutama poskad tak la rasa apa sangat. Senyum pun tak sampai belakang telinga. Biasa-biasa saja. ;)

Luar biasanya bila saya baca novel Anis Ayuni terus teringat dengan poskad-poskad yang saya kirim dengan Maryam. Saya pun mula selongkar balik kotak yang menyimpan semua poskad saya beli sepanjang di London. 

Cari punya cari jumpalah dengan keping-keping poskad dari Turkey. Masa ni memang senyum sampai belakang telingalah. Setiap tempat yang digambarkan dalam cerita Anis Ayuni ada dalam poskad yang saya beli. 


Setiap satu poskad di atas, Maryam belikan 3 keping. Banyak..!! :D


Hagia Sophia


Suleymaniye Mosque


Topkapi Palace


Rumelihisari and The Bosphorus


Pemandangan dalam Hagia Sophia Museum


Sultanahmet Mosque and St. Sophia Museum


Key chain pun ada yang sama. :D


Fridge magnet yang bakal digamkan di papan FM saya. 

Doa-doa satu hari nanti saya pun akan sampai ke Turkey. Insyaallah. 




Saturday, July 9, 2011

Resepi Chili Con Carne.

Assalamualaikum wbt.

Sekarang saya sedang menonton Enchanted di TV2. Cerita ni saya dah tengok masa kat London dulu. Ni sajalah tengok lagi. Sambil tengok cerita, tangan menaip entry untuk hari Sabtu. Ada faedah juga kan. Berkongsi resepi dengan pembaca saya. Mana la tahu. Ada yang tergerak nak mencuba resepi baru hujung minggu ni.

Sedaaapp..!! nyum. nyum. ;D

Nama resepi hari ni Chili Con Carne. Saya tahu menu ni dari perbualan dengan Fatimah di YM. Saya tanya dia makan apa..? Fatimah bagitahu ummi ( Kak Siti) masak Chili Con Carne. Saya pun cepat-cepat Google nak tahu. Macamana rupa Chili Con Carne.

Oh... Ini ke rupanya. Nampak sedap. Mari kita cuba. ;)

Sebenarnya saya dah beli bahan untuk buat CCC (dasar malas nak menaip. haha) ni dua minggu lepas. Seru tak sampai lagi masa tu. Hari ni dalam duk kalut siapkan tempahan untuk Salimah, sempat lagi saya memasak CCC. Alhamdulillah, siap bekalan untuk seminggu. ;P

Inilah resepi yang saya nak kongsi bersama kalian semua. ;)


RESEPI CHILI CON CARNE.

Bahan-bahan :

500 gram daging cincang
3 biji bawang besar Holland dipotong dadu
3 biji bawang putih dimayang halus
3 biji tomato di potong dadu
1 biji cili benggala dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 tin tomato cincang - saya guna sos spaghetti jenama Kimball
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 tin kacang merah dibuang air
1 kiub pati ayam
1 cawan air
Garam

Tambahan - saya terlebih bijak letak cheddar, mixed herbs dan oregano dalam kuah CCC. Saya suka. ;D

Resepi asal menggunakan serbuk kulit kayu manis. Pastu macam-macam la herbs yang lain. Bila ikut tekak melayu kita ganti je dengan serbuk kari. Kan sonang..! ;)

Cara-cara :

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili garing. Masukkan rempah kari. Kacau sampai semuanya sebati dan pecah minyak.

Masukkan daging cincang. Tuangkan air. Sambil kacau hancurkan daging dengan hujung senduk. 

Masukkan tomato yang didadu, sos tomato Kimball dan cili benggala. Masak dengan api perlahan.

Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam. Kacau jangan sampai hangit. Nak tambah air dalam setengah cawan pun boleh. 

Akhir sekali masukkan kacang merah yang sudah ditoskan airnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Kemudian boleh tutup api.

Chili Con Carne sedap dimakan dengan nasi, spaghetti, kentang goreng atau nak lagi western carilah chip jenama Doritos. Kat Malaysia takde. Saya pun belajar makan Doritos masa kat London. Sedap chip dia..! :(

Oklah, tak mau cakap panjang lagi. Cubalah sendiri ya. Tak rugi.Sebab... saya sendiri dah masak untuk bekalan selama seminggu. ------> Senang. Tak payah fikir nak masak apa selama seminggu. Hooyeaahh..!



Enchanted pun dah habis. Moh la kita tidur. ;)

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday (9)

Assalamualaikum wbt.

TER....beli juga akhirnya.

Assalamualaikum wbt.

Tadi saya ke Jusco Wangsa Maju. Nak beli stok strawberry dan blueberry untuk pavlova. Sampai je dekat supermarket Jusco boleh pulak melencong naik escalator. haha.

Dalam hati konon nak jamu mata ja. Bila dah sampai syurga buku saya, MPH. Fuh... fuuhhh. Banyaknya buku baru. Berpeluh dah dahi. Tangan dah terketar-ketar membelai buku yang ada. Dalam duk membelek buku yang banyak, saya nampak penulis kesukaan saya punya buku baru. Alahai, nak tak nak je ambil. Saya ni kalau buku penulis kegemaran, tak best pun saya beli. Menambahkan koleksi yang wajib ada. 

Lagikan kalau dah best. Memang dalam terketar-ketar tangan mengambil. Kuatkan semangat pergi ke kaunter. Letak dan bayar. 

Phewww... sampai sekarang rasa bersalah tu masih ada. Bukan apa. saya masih ada 10 buah buku lagi yang masih belum habis dikhatamkan. Bukan novel. Buku motivasi. Tu yang nak juga beli buku ni. Kononnya nak bacaan santai la kan. ~alasan~ ;P


Saya pilih untuk baca buku Anis Ayuni dulu. Nampak gaya ada yang berjaga sampai 3-4 pagi ni kang. ;)







Sunday, July 3, 2011

Meh la tengok gambar. Tak habis lagi gambar kat kampung.

Assalamualaikum wbt.

Saya tengah tunggu pelanggan ambil cupcakes. Tak tahu pukul berapa dia nak mai. Sambil duk tengok drama tv3 ni dalam hati duk bosan tak sangka.

Sebenarnya saya dah rindu nak balik kampung. Keadaan tak mengizinkan untuk pulang. Kerja sedang menunggu.

Jadi dalam duk bosan saya pun tengok balik gambar dan video masa di kampung. Rindunya nak jalan kat bendang. Dah sebulan ni mesti padi dah mula menampakkan buah kan. Saya agak ja. Mesti cantik.


Adegan berani mati. Cewah. Takde maknanya. Jalan kampung. Lengang. 


Masa saya ambil gambar ni, Wa Pin saya tegur. "Hang duk buat apa terpusing-pusing kat situ?" Datang Ucu saya terus bagi penerangan panjang lebar. " Haa. tu la gheja dia. Duk ambik gambaq tak sudah. Duk kat dapuq, sebelum makan ambik gambaq. Dia tengok orang duk sembang. Ambik gambaq. Tu la gheja dia." 

Saya sengih besar dengar cakap Ucu. Hahaha. Ucu pun dah tahu perangai saya. Suka ambil gambar. :)

Pernah sekali lampu flash menyala bila saya ambil gambar senyap-senyap. Habis melatah orang tua kat dapur yang tengah bungkus pulut nyior. Lepas tu kena penampaq manja dari Wa Tam. Sebab dia yang paling dekat dengan saya. 


Pengiring peribadi saya (ewaahhh) sepanjang cuti di kampung. Tak cukup sorang lagi. Wawa. Dia tidur masa kami semua keluar. Depa ni la yang bawa saya pusing kampung. Kalau takda depa, saya SEGAN nak jalan sorang sambil bawa kamera. :P


Air yang tenang, pasti ada bayang. :D


Inilah nikmat duduk di kampung. Tenang. Takpalah takde Mymydin kat bawah rumah. Takde Platinum Walk nak makan kedai. Takde pemandangan KLCC dan KL Tower di luar rumah. Sekali sekala dapat pandang sawah padi yang menghijau memang lupa sekejap rumah di KL. Alhamdulillah. Syukur saya masih ada kampung. 


Tali air. Kami jalan dari sini sampai hujung sana.


Subjek utama kita ialah pokok kelapak. Ya, kelapak. ;D


Tok Su Din saya. Sebelah kanan sana tu bendang dia. 


Subjek semakin dekat. Apa lagi. Pokok kelapak jugak. ;P


Berkawan dengan sepupu yang masih muda, saya pun jadi muda sekali. Euww. ;)


Saya tercari-cari patung tipu yang biasa dipacak kat tengah sawah. Patung yang tangan terdepang konon nak takutkan burung yang suka makan padi. Tak ada. Yang ada ni haaa. Sarang burung yang tak ada pun burung. Eerrrr... ke kena tunggu padi masak baru ada patung tu ye..? ~ehhmm...~


~ Dalam air ku terpandang wajah. Adikku yang ku puja ~

~ lalala.... laaaa ~


Dah senja. Tak boleh lama-lama kat bendang. 

Moh la kita balik. Sebelum balik tu ada pemandangan bangau pulang ke sarang. 

Siapa yang belum tengok lagi. Meh klik sini. 

Klik.  Klik.  Klik.

Tak rugi tengok.


Sampai saja rumah Wawa duk menangis sebab kami tinggai dia kat rumah. hihi. Sian la pulak. Esok pagi dah kena balik KL. Sekejap je dua minggu kat kampung. Raya ni tak tahu lagi balik ke dak. :(

----> Kejap tadi kakak tu kata tak leh ambil kek malam ni. Esok la pulak. 

~Ehm.. Apa nak dikata. Tunggu ajelah~