Wednesday, May 9, 2012

Tahniah Aisha - Terima kasih semua.

Assalamualaikum wbt.











Tempahan minggu lepas dari kawan sekolah rendah saya.

Lama kan.. Lapan belas tahun baru jumpa balik. Jumpa kat FB tak leh kira.

Ni yang buat saya seronok. Masakan membuatkan saya berjumpa dengan ramai orang.

Kawan sekolah rendah. Jiran yang tak pernah jumpa.

Saudara jauh pun ada. Tiba-tiba sms kata pavlova tak jadi. ~Adeiihh.. macam-macam tau~

Jumpa pembaca blog saya yang comel. ^ ^

Ramai. Tu belum campur yang tahu dari mulut ke mulut.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA.

Segala komen yang baik dan yang membina saya terima dengan tangan terbuka.

Friday, May 4, 2012

No Chocolate No Cheese.

Assalamualaikum wbt.






Makanya.. jadilah Butter cake dengan jem blueberry ditengah.

Dah siap... Happy Birthday Reihana. :)

Wednesday, May 2, 2012

Char Kue Tiaw, Mali's Corner.

Assalamualaikum wbt.




 Siap minta cili jeruk tambah. Sekali dia bagi. 

Tuuu diaaa.. semangkuk!

Marah ke dik? hiikkss...

Ini Char Kue Tiaw special. Udang banyak. Dah habis makan kue tiaw. Udang ada lagi.

Harga tak pasti. Rasanya dalam rm7.50 tak silap. Orang belanja memang tak kisah dah pasal harga. ;)

Dulu kedai dia satu ja. Sekarang dah jadi dua. Sebelah bahagian Nasi Lemak. Dan sebelah lagi bahagian Char Kue Tiaw. Dorang buat kerja memang cepat. DUA MINIT dah siap masak. Yelah.. tinggal campak-campak je kan. Semua dah siap dimasak sejak awal. Tak sempat perut nak berbunyi. ;P

Bagi sesiapa yang nak mencuba. Char Kue Tiaw Mali's Corner ni dekat dengan Uptown Danau. Dalam kawasan Platinum Walk. Sebelah Tutti Frutti. Dari tepi jalan dah boleh nampak.

Saya..? Jalan kaki 5 minit dah sampai. HeHe. Dekat sangat. :)





Tuesday, May 1, 2012

Pavlova 1 Mei.

Assalamualaikum wbt.










'Ma.. pavlova tadi ada lagi tak?

'Ada.'

'Akak nak bawak balik boleh?'

'Boleh.. boleh..'

'Nanti kira sekali dengan order akak hari Khamis ni ya.'

'Begheh..!' :)

 

Pecah Tanah.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni secara rasminya acara pecah tanah telah berlangsung di dapur bersama ahli keluarga baru kami.

Heh.. heh. Sebenarnya, semalam dah rasmi. Hari ni dah masuk hari kedua.

Memang kerja keras sungguh ahli keluarga baru kami hari ni.

Seawal 8 pagi dah mulakan tugas.


Bermula denga Red Velvet Cupcake 25 biji.








Seterusnya dapat order last minit. Pukul 12 tengahari lebih kurang, ada sms masuk nak order apam polkadot 150 biji. Memandangkan saya memang takde order untuk tengahari. Maka, saya pun terima.




Tempahan ketiga dan ke empat adalah pavlova. Satu layer diambil waktu petang dan 2 layer diambil sebelah malam.










 Alhamdulillah. Aktiviti pecah tanah berjalan dengan lancar walaupun hakikatnya tuan tanah masih lagi terkial-kial nak guna setting kelajuan mixer. Laju sangat! Tak sampai 5 min dah siap meringue. Suka. Suka. Suka! Sangat mempercepatkan kerja. Cuma dia tak leh nak pukul lebih dari 6 biji putih telur. Dalam hati, ' kan best kalau ada yang besar!' ---> Dasar tamak. ehehh. ;)

Syukur takde kejadian buruk yang tak diingini berlaku. Ahakss! apalah tragedi sangat yang akan berlaku. Bukan kamu pakai lama sangat. Cuma semalam rasanya dah terlebih putih telur saya pukul. LAPAN BIJI..!! Takut saya bila dah kental, dia naik sampai atas wire whisk. Aiyoooo..!! bertenang. bertenang KA. Jangan meletup.! haha.

Nak tutup lah entry ni. Ikutkan hati memang nak tulis lagi. Masa tak mengizinkan. Hari ni tak de order. Ada kelas ngaji. Petang kawan nak datang.

Bagi yang berminat nak dapatkan KITCHEN AID EMPIRE RED atau WARNA LAIN. Macam-macam warna ado. Rambang mata. Boleh cari kak Sue Aleen di FB. Silalah perkenalkan diri dan tujuan korang cari dia. Kang terkejut pulak dia apasal ramai-ramai pegi add dia. hehe. Tawaran untuk main kutu KA masih terbuka rasanya untuk penghantaran bulan Jun (tak silap). Sebelum raya korang dah leh dapat. Waahh... melaram la raya ni dengan kuih raya Kitchen Aid. haha. Boleh buh nama Kitchen Aid Tart Nenas. Kitchen Aid Almond London. Ahakkss. :)

Selamat bercuti.!

Selamat Hari Pekerja! 


Selamat ke Pesta Buku! ------> ehh! ;)




Monday, April 30, 2012

KFC Egg Tart.

Assalamualaikum wbt.


Sedap.! Sedap sangat!

Patut la adik beradik ni bergaduh berebutkan egg tart KFC.

Semalam saya siap sound adik lelaki bila nampak dia pegang tart telur yang terakhir, "Eh adik... tu mak punya. Ko kan dah makan tadi." 

Dia sengih je bila kena tegur. Perlahan-lahan dia letak balik dalam kotak.

Memang tak cukup makan sebiji. Rasa nak lagi. Sedap. Alaa.. beli pun 3 biji je. Kunun nak rasa. Naahh.. sekali rasa sedap sangat. Kan dah tak cukup.

Ini pertama kali saya makan tart telur. Tak pernah teringin nak makan pun sebelum ni. Lepas tengok adik beradik ni berebut tart telur yang terakhir terus rasa nak jugak lah.

Saya pergi cari dekat KFC Jusco Wangsa Maju tak ada. Adik semalam pergi dekat Ong Tai Kin baru ada. Dapat la jugak rasa. Puas hati.

Nanti nak pergi beli lagi lah. ;)




Friday, April 27, 2012

Selamat Datang Ahli Baru Dapur Saya.

Assalamualaikum wbt.



Nama saya Si Merah Menyala.

Nama awak siapa? ;)

Alhamdulillah. Terima kasih atas setiap rezeki yang diberikan.

Moga apa yang diterima setakat ini menjadikan saya hamba yang sentiasa bersyukur. :)

Hari Paling Sibuk.

Assalamualaikum wbt.

Di saat orang lain sedang lena beradu ( heww.. jeles ai) saya masih berjaga menunggu Red Velvet Cake saya masak dalam oven. LIMA BIJI kesemua sekali.

Tinggal lagi 4 loyang. Lepas ni bagi oven rehat sejam. Pastu sambung lagi dengan kek karamel dan pavlova.

Ada SEPULUH BIJI kesemuanya. Alhamdulillah rezeki.

Ini order yang lepas. Semalam punya.












 


Terima kasih pada yang mengorder.

Nak sambung buat cream cheese frosting. Pagi ni seawal jam 6.45 pagi dah ada pelanggan nak ambil kek.

Salam Jumaat!

Tuesday, April 24, 2012

Umrah Ziarah 2012 : YSL Kuoros.

Assalamualaikum wbt.



Ini entry selingan saja. Bukan penting pun. Saya je yang teruja sebab dah jumpa. ;)

Masa kejadian berlaku (cewah. macam kes polis la pulak) kami tengah tunggu nak check in flight ke Madinah dari Turkey. Ada lebih kurang sejam lebih sebelum dipanggil masuk ke dalam kapal terbang. Masa yang ada saya isi dengan jalan-jalan sekitar kedai bebas cukai airport. Bukan nak beli apa pun. Sekadar cuci mata. 

Ada la sekali saya tolong seorang pakcik belikan aiskrim Turkey. Tu nanti saya cerita lain entry. 

Dah habis jalan semua kedai kecuali satu je bahagian yang saya tak masuk. Bahagian ni memang saya tak berapa minat. Dek kerana masa yang ada, saya pun masuk la jugak bahagian ni.

Tahu bahagian apa. Bahagian kosmetik dengan segala macam perfum ni. Saya bukannya reti hal-hal minyak wangi. Ada pun sebotol je la perfum Cool Water yang saya beli dekat car boot sale 3 tahun lepas. Tak habis-habis pun lagi. Mana nak habis. Sembur pun sekali je dekat pergelangan tangan. Buat syarat dah ada perfum. :)

Dalam duk pusing-pusing nak kenal perfum bagai, saya teringat dekat satu perfum . Senyum saya bila tengah tulis ayat ni. Haha. Dah lama saya cari. Asyik duk baca je dalam novel. Nampak sangat saya duk ulang baca. ;P

Pernah saya cari dekat Jusco. Tapi saya segan nak tanya dekat SA yang duk jaga bahagian perfum. Dah tak jumpa, saya balik je terus. Sampai la bila dekat airport Turkey saya teringat balik pasal perfum.

Gigih saya cari dari satu rak ke satu rak. Cari punya cari baru lah jumpa . Elok je duk bersusun bahagian bawah sekali.

Haaaa.. haaa.. akhirnya. Setelah sekian lama mencari, baru lah jumpa wangian yang dipakai oleh Aiham Fakhri. Dalam hati, 'ohh... macam ni ka bau dia.' ;P

Dah jumpa dan tahu bau dia terus saya beredar balik ke tempat mak dan mak saudara menunggu. Sambil duk tunggu sambil duk cium pergelangan tangan. ~ Nasib bukan dalam keadaan ihram~ ;P

Korang tahu siapa Aiham Fakhri? Sapa kenal.. angkat tangan!! :D



 

Umrah Ziarah : Raudhah, Masjid Nabawi.

Assalamualaikum wbt.

Kita relaks kejap dari entry kek ya. Nanti tak henti-henti telan air liur. Sian kawan-kawan saya. :)

Sebelum mengerjakan umrah, saya selalu mencari maklumat dari sesiapa yang sudah mengerjakan umrah. Membaca kisah dan pengalaman mereka di sana. Ada juga maklumat yang saya peroleh dari buku juga.

Jadi... bila dah banyak sangat cerita dan pengalaman yang sama ( atau lebih kurang) membuatkan saya berfikir sebelum menulis. Saya sendiri takde kerajinan untuk menulis secara terperinci perjalanan saya di sana.

Nak menulis tentang Raudhah ni pun ambil masa berminggu-minggu. Sebelum ni saya dah kongsi cerita Raudhah di FB. Cuma bila nak pindahkan ke dalam blog, saya duk bertangguh kunun nak tulis lagi. Nak tambah gula sebagai penambah sedap cerita.

Raudhah, salah satu tempat yang menjadi tumpuan dan impian setiap jemaah umrah dan haji untuk masuk solat dan berdoa di dalamnya. Bagi jemaah lelaki, boleh melawat makam Rasulullah SAW dan juga sahabat Nabi SAW iaitu Abu Bakar dan Umar al-Khattab.


Inilah Raudhah bahagian perempuan. Dalam sehari jemaah wanita dibenarkan untuk masuk sebanyak 3 kali.

Selepas Subuh sehingga jam 10 pagi. 
Selepas Zuhur sehingga jam 3 petang. 
Selepas Isya' sehingga jam 11 malam. 

Pada masa yang lain kawasan ini dibuka untuk jemaah lelaki. Seperti gambar di atas.

Suasana ketika ini sangat berbeza apabila raudhah dibuka untuk jemaah perempuan. Sesak. Jemaah dibahagikan mengikut negara. Jemaah Malaysia diletakkan bersama jemaah Indonesia, Thailand dan Singapura. Tak mungkin dan sama sekali JANGAN cuba-cuba untuk masuk jemaah Arab dan seangkatan dengan mereka. Lunyai korang nanti kena tolak. Alangkan saya yang besar pun terasa sengal bila berselisih.

Pernah satu masa, saya ke Raudhah bersama kawan dan beberapa rakan emaknya. Saya dan rakan berusaha menghalang dari belakang agar tidak ditolak dengan jemaah yang lain. Halang punya halang sampai masa kami dah berada di Raudhah, emak kawan saya dan rakan-rakannya bergerak perlahan-lahan keluar dari Raudhah. Saya diam tidak bergerak. 10 minit kemudian rakan saya datang beritahu mak dan rakan mereka mahu pulang. Tak sanggup bertolak dengan jemaah lain yang seakan dilanda amuk histeria bila dapat memasuki Raudhah.

Tinggallah saya seorang di celah-celah himpitan jemaah wanita yang ramai.

15 minit pertama saya berdiri. Berdiri sambil berdoa dan berselawat. Langsung tak dapat ruang untuk solat. Tiada ruang untuk rukuk apatah lagi sujud. Bila dah lama berdiri, saya dengar petugas wanita mengarahkan kami untuk keluar. Saya dengar tetapi buat-buat tidak faham. Saya tak mahu keluar lagi. Saya mahu berlama-lama di Raudhah. Apa yang saya buat. Berdiri seperti orang sedang solat. Sebenarnya tak solat pun. Doa sahaja.

Selepas 15 min... keadaan beransur sedikit tenang. Saya bergerak ke hadapan lagi. Pada masa ini ada sedikit ruang untuk solat. Saya angkat takbir. Solat. Ketika rukuk, saya berhati-hati turun. Takut ditolak dari arah belakang. Berjaya. Sampai masa untuk sujud. Saya terpaksa menolak sedikit jemaah di hadapan saya supaya dia sedar saya mahu sujud. Alhamdulillah selesai satu solat sunat.

Hati saya berkeras untuk berlama lagi di Raudhah. Saya bangun. Berdiri lagi seolah-olah mahu solat. Sedangkan tidak. Saya berdoa sambil berdiri. Jika duduk ada potensi besar petugas wanita akan menyuruh saya keluar.

Puas berdoa.. Saya solat lagi. Solat.. berdiri. Solat... berdiri.. Sehinggalah selesai semua solat sunat yang boleh dilakukan.

Semakin lama Raudhah semakin tenang. Saya boleh berdiri tanpa merasa himpitan dan asakan dari jemaah lain. Masa ini saya ambil peluang menghayati suasana Raudhah sambil melihat gelagat jemaah dari bermacam negara.

Pada masa ini hati terdetik. dari saat saya mahu ke Raudhah. Menunggu giliran yang mengambil masa 2 jam baru dapat menjejakkan kaki ke Raudhah. Bersesak-sesak dengan pelbagai ragam manusia. Hati berbisik, 'ini adalah sedikit gambaran kita nanti di padang masyar. ini baru sedikit. Nanti di bawah terik mentari dengan lautan manusia menunggu giliran dihisab. Bagaimanakah keadaan kita?

Moga Allah tempatkan kita dikalangan ahli syurgaNya. Insyaallah.

Sayu rasa hati mahu meninggalkan Raudhah. Bila memikirkan ramai lagi jemaah lain yang mahu mengambil barakah solat di Raudhah. Perlahan-lahan saya bergerak keluar. Sedih. Tak lama kemudian saya disapa oleh jemaah malaysia yang sama dalam rombongan umrah saya. Kami bergerak keluar bersama.

Moga-moga Allah jemput lagi saya ke sini.

Tips untuk ke Raudhah bagi jemaah perempuan :

1- Doa moga Allah permudahkan perjalanan kita untuk masuk ke Raudhah.

2- Bawa al-quran atau buku doa untuk dibaca ketika menunggu. Proses menunggu boleh mengambil masa paling lama 2 jam. Paling sekejap setengah jam. Alhamdulillah saya merasa kedua-dua proses ini.

3- Sabar. Sabar dan banyakkan bersabar. Anda akan melihat bermacam gelagat jemaah yang boleh membuatkan anda berputus asa untuk datang ke Raudhah lagi.

4- Jika datang bersama rakan jemaah yang lain. Sama-sama berpakat. Sorang  atau dua solat yang dua lagi berjaga/ halang jemaah lain dari merempuh atau melangkah badan rakan anda. Katakan saja, 'ya hajjah.. isbir... isbir. solah.'

5- Sekiranya ada peluang atau ruang utk solat di depan tiang. Manfaatkan ruang tersebut. insyaallah.. akan kurang asakan dari arah belakang.

6- Karpet raudhah berwarna hijau muda. berbanding ruang lain berwarna merah. petugas wanita akan mengarahkan kita untuk segera solat dan keluar selepas selesai salam. terpulang kepada kita utk memanfaatkan masa dan peluang ketika di sana. Sekiranya anda mahu selamat, cari ruang yang jauh dari petugas wanita. Biasanya ke depan sehingga tabir putih yang menghadang Raudhah. Ataupun bergerak ke kanan Raudhah menghala ke Makam Nabi.

7- Dalam sehari, ada tiga masa yang diperuntukkan untuk jemaah wanita, manfaatkan ketiga-tiga masa untuk masuk ke Raudhah. Biasanya waktu siang memerlukan masa yang lama untuk sampai ke Raudhah. Hampir 2 jam menunggu giliran. Berbanding waktu malam, saya bergerak ketika jam menunjukkan angka 10 malam. Ketika kami sampai, giliran jemaaah Asia sudah sampai ke ruang menunggu yang terakhir. Tak sampai setengah jam, kami sudah berada dalam Raudhah. Alhamdulillah.

Barangkali jemaah yang lain, selesai sahaja solat Isya' terus bergerak pulang ke hotel masing-masing selepas seharian di masjid. Tu sebab Raudhah sedikit lenggang.

Bagaimana cara dan apa yang saya kongsikan takkan dapat dilaksanakan tanpa izin Allah. Berdoa banyak-banyak moga Allah permudahkan urusan dan laluan kalian.

Rasai dan nikmati asakan dan momen-momen anda untuk berada di Raudhah. Ianya akan menjadi kenangan manis yang akan dirindui selalu.

Sampaikan salam saya buat Rasulullah saw dan sahabat jika anda ke sana. :)

Kredit gambar kepada Prof Kamil. Saya tak bawa kamera sepanjang berada dalam masjid. Hanya mengambil gambar sekitar sahaja. 
 

Saturday, April 21, 2012

Dapat kuning telur kembar dua.

Assalamualaikum wbt.

Di saat semua orang sedang lena beradu, saya masih lagi segar mata mengadap laptop. Eheee... dah puas tidur dua tiga hari ni. Alhamdulillah. Minggu ni dapat rehat yang cukup. Masa order tak banyak ni lah saya pulun cover balik hari-hari yang mana saya tak cukup tidur. Sambil baca buku pun boleh lelap. Punyalah banyak masa sengang. ;)

Malam ni saya mula berjaga kembali untuk menyiapkan tempahan esok. 

Tadi, masa saya duduk tengok Johnny English, sambil saya pecahkan telur nak asingkan kuning dan putih telur. Sampai pada telur yang ke empat ( tak silap la), apasal susah sangat nak pecahkan. Dua tiga kali juga saya cuba tapi tak berjaya. Nak buat kasar takut kuning dia pecah. Itu yang saya nak elak sangat. 

Selepas percubaan yang ketiga, dapat juga pecahkan kulit telur sikit. Bila dah nampak kuning telur, tiba-tiba saya rasa pelik. 'Eh.. kenapa nampak macam ada dua biji kuning telur ye?' 

Saya goyang-goyangkan kulit telur tu nak bagi nampak jelas. Pelik. Cepat-cepat saya kupas sikit lagi kulit telur dan tuangkan kesemua telur dalam bekas kosong.

Naahh..! Memang ada dua!!!

Subhanallah. Masyaallah.. Allahuakbar..!!!

Seronok saya tengok sampai tak habis-habis senyum panjang.

Tanpa buang masa, saya ambik gambar. Saja. Seronok-seronok!

Seperti biasa, gambar yang luar biasa bagi saya ( jakun sekejap!) terus share dekat FB. :)

Rupanya bagi Bakers yang lain dah biasa jumpa kes macam ni. Saya je yang baru pertama kali. Kata Kak Wanie, dia panggil kuning telur ni dengan nama 'Telur Bandung . Jangan tanya saya kenapa namanya begitu. Saya pun tak tanya balik kat Kak Wanie. Kata dia lagi, biasanya telur gred A atau AA memang biasa dapat telur kembar macam ni.

Ada kes lagi, saya Google dekat internet (kes teruja) ada yang pernah dapat sampai tiga atau empat kuning telur dalam satu biji. Waaahhh!! macamana tu ye? Saya yang jumpa dua ni pun dah teruja. Jumpa empat terus kecoh seminggu kot! ~melampau betul~ :D



Inilah gambar kuning telur yang saya jumpa. Segala puji kembali pada Dia yang menciptakan telur sebegini rupa. Subhanallah! Tengok telur ni pun boleh buat saya gembira.

Akhirnya... telur ini selamat menjadi sebahagian adunan untuk Kek Karamel di bawah.




Bagi yang bertanyakan resepi... Maaf ya, resepi ni takde dalam blog saya. Saya sendiri ambil resepi kek karamel ini dari internet. Kalian taip saja Kek Karamel di Google. Semua resepi bersumberkan pada resepi yang sama. Resepi dari Kak Munira Baharum. Insyaallah, korang kena rajin sikit (baca :banyak) untuk baca dari pelbagai sumber. Ada yang baik hati siap bagi tips dan kaedah satu persatu lagi. 

Penting sekali... jangan baca saja. Kena lah cuba baru tahu jadi atau tak kan. ;)

Kalau dah malas sangat.... meh la telefon atau sms saya. Order terus. hihi.

Jangan pulak telefon tanya, ' Akak ada buat kelas ajar kek karamel tak?'

Jawapan saya, ' Maaf ya, buat masa ni belum lagi.' Jangan kecik hati ya. Bukan tak nak ajar. Belum sampai masa lagi nak buka kelas. Doa-doa lah, mana tahu kan. Nanti... nanti. :)

Ok... nak sambung buat order trifle pulak. 

Jumpa lagi. Selamat berhujung minggu. :)

Korang pernah dapat kuning telur kembar dua. atau tiga. ---> lagi best kembar empat?





Tuesday, April 17, 2012

Perfecto..!

Assalamualaikum wbt.


Salam kak irma...
This is my first lemon cheese cake. I made it myself!! Well, ummi helped a bit!!- Syakirah

Ini mesej yang saya terima dari Syakirah di FB. Jumaat lepas tak silap. Dah selamat kek semua dalam perut orang di London. heh!

Masa tengok gambar ni... terus melompat. Eh.. takk.. tak.. Takde la sampai melompat. Melampau tu. Jantung saya je yang melompat. ahaks.!

Memang kagum plus tumpang bangga dengan Syakirah. Baru umur 14 tahun ( ehh.. ke 13. lupa pulak) dah boleh hasilkan kek macam ni. Waa.. waa.. waa. hebak! Ni nampak gaya ummi dah ada pembantu la kan di dapur. :)

Lepas ni gambar apa pulak Syakirah nak share dengan saya. Tunggu je lah! :)

Tahniah Syakirah. Kamu dah besar sekarang. ---> Dah jadi anak dara pun. ;)

Umrah ziarah 2012 : Masjid Nabawi, Madinah.

 Assalamualaikum wbt.



Lorong yang selalu saya gunakan untuk ke Masjid Nabawi.

Dekat sangat masjid dengan hotel. 150 meter.

Rindu datang lagi..

Monday, April 16, 2012

Entry kejam. Tanpa suara tanpa kata.

Assalamualaikum wbt.

















Selamat menjamu mata..! ~larikss..~

Pelangi di pagi Isnin.

Assalamualaikum wbt.



Selamat memulakan tugasan harian.

Bismillah...

Saturday, April 14, 2012

Mulakan hari dengan Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi..!

Mendung je pagi ni kan. Tempat korang macamana? Mendung jugak ke?

Cuaca macam ni memang best untuk aktiviti sambung tidur lagi. hihi.

Mata pun bagi kerjasama baik je nak lena.

Bagi yang bekerja... mulakan hari dengan niat yang ikhlas dan lafaz bismillah.

Moga urusan kita dipermudahkan...





Semenjak pembangunan baru dijalankan bersebelahan dengan PV10, dah tak nampak pemandangan KL Tower dan Istana Budaya. KLCC pun nampak sipi-sipi je.

Tak lama nanti boleh ber hai -hai dengan orang di sana. heh. :)