Friday, July 17, 2009

Saya Ada Simptom Swine Flu..!

Assalamualaikum wbt

Tiga hari tidak mengeluarkan entry memang satu perkara biasa pada satu masa dahulu. Tak heran pun tak buka blog. Apa kes main blog ni. Amboi, berlagak betul minah ni. Tak padan dengan sakit. Sejak dua tiga bulan kebelakangan ini saja yang hari-hari terlebih jatuh cinta pada blog sendiri. Ceewaah, tengok tu. Tak sihat lagi dah mula loyar buruk. Seperti yang sudah dimaklumkan, saya demam. Bukan demam biasa. Memang demam sungguh-sungguh. Tiga hari tak makan nasi. Satu rekod yang luar biasa bagi saya. Hoho. Memang sangat-sangat tidak larat nak bangun apatah lagi bekerja.

Hari pertama demam ok lagi. Cuma sakit tekak dan selsema sahaja. Yang tak tahan tu sakit tekak sampai luka kerongkong. Apatah lagi bila nak makan ubat. Adoii, sakitnya. Tiga hari ni ubat adalah sahabat baik saya. Nasib ibuprofen tu sedap. Tak macam panadol. Pahit. Ini masuk mulut ada rasa mint. Siap boleh hisap lagi sebelum telan. Sangat la sedap sampai ada hati nak makan sampai tiga biji. Biar cepat sembuh. Hehe. Cuma ubat batuk dengan selsema tu je yang kena bancuh dengan air. Pastu campur dengan vitamin C yang soluble. Ohho, sangat tidak sedap. Haa, sapa kata saya takut ubat. Bukan takut cuma tak suka. Bila dah terpaksa sampai jadi bestfriend apa. Naik atas semata-mata nak panaskan air dan ambil ubat. Hihi.

Masuk hari kedua dah mula sejuk, menggigil badan dan sakit sendi-sendi. Berjalan pun dah jadi macam nenek yang takde bongkok. Sesekali terpaksa berpegang pada dinding takut jatuh. Memang tak larat. Hari kedua memang menyaksikan katil adalah teman paling setia selain dari tandas. Sejam sekali memang berulang sahaja ke tandas. Yelah, duduk sini mana nak berpeluh. Jadi nak tak nak tandas la jawabnya.

Jadi bila tiga hari demam yang serius dengan tanda -tanda di bawah:

demam
batuk

selsema
sakit tekak
sakit kepala
letih
sejuk

Semua tanda di atas saya alami kecuali muntah dan cirit-birit. Dengan keadaan semasa di mana SWINE FLU sedang menular. Maka sedikit sebanyak saya pun dihantui dengan tanda tanya. Adakah saya juga sedang mengalaminya? Ting..Tong..

Takut. Sedikit. Apapun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Makan ubat, minum air dan menguarantinkan diri selama tiga hari dalam bilik. Langsung tak ambil tahu hal rumah. Pandai-pandai ambil MC sendiri. Jangan percaya. Bibik tipu. Anak-anak saya semua termasuk kak ct turut mengalami demam sampai tak pergi sekolah dan kerja. Jadi mana ada bibik curi tulang. Hoho. Kami semua SAKIT SECARA BERJEMAAH. Sampaikan masak nasi lauk sardin pun tak laku. Masa masak tu dah teruja nak makan nasi panas dengan sardin. Tapi sampai masa, baring, tarik selimut dan terus terlelap. Huhu. Memang langsung tak berselera nak makan.

Tiga hari ni yang masuk dalam perut saya adalah coklat panas cicah biskut rich tea dengan buah limau yang berbiji-biji. Tengahari tadi makan la sosej dengan kentang buat alas perut nak makan ubat. Kalau tak mahu jadi sakit lain pulak. Dah la ada gastrik. Huhu. Saya rindu nasi panas dengan telur mata kerbau yang cair kuningnya. Eh, silap. Tak. Tak. Saya mengidam nak makan cucur ikan bilis. Tadi dah terliur-liur nak makan tapi fikirkan dah malam. Tahan la sampai esok pagi. Tu pun kalau rajin. Kalau tak, nampak gaya coklat panas dengan biskut lagi la jawabnya.

Alhamdulillah, hari ni dah semakin beransur sembuh. Ada sedikit saki baki simptom di atas. Disebabkan boring yang amat dalam bilik. Dengan beraninya keluar ke Tesco membeli strawberry dan jagung. Itu ajelah yang mampu saya beli mengikut selera sekarang. Yang nak geramnya jagung tu dah naik harga sampai 12 pence. Harga asal 54 pence je. Kena tadi 66 pence. Haaiissh, nasib la. Takkan nak pergi Morrison pulak semata-mata nak harga murah. Tak kuasa. Dah la sakit. Ceyhh, orang sakit duduk rumah la. Ni sempat lagi membeli strawberry. Sedap..!

Mesti korang tertanya-tanya. Dah ada tanda swine flu apasal tak jumpa doktor? Ehm, doktor kat rumah ni pun tak cakap apa. Hihi. Kan kak ct kan. Tak lah, kalau ikut berita semasa dan keadaan di sini. Sesiapa yang disyaki dijangkiti swine flu tak dibenarkan untuk ke mana-mana hospital. Lagi best GP (general practitioner) yang akan datang rumah periksa pesakit. Kemudian seperti biasa ubat diberi dan kuarantin diri sendiri sampai sembuh. Bagi saya lebih baik kuarantin dalam bilik sendiri. Dari duduk hospital yang dah tentu memboringkan. Duduk rumah pun dah boring. Huhu. Tak sabar-sabar dah ni nak sihat. Penat asyik dok baring ja.

Lagi nak buat tambah heran dan tambah perenggan. Macamana saya nak dapat swine flu. Saya bukannya terdedah dengan orang ramai. Kerja pun dalam rumah saja. Wallahua'lam. Semuanya bermula dengan Maryam yang demam. Kemudian berjangkit kepada Fatih dan seterusnya Syakirah, Fatimah dan Kak ct termasuklah saya. Bila sudah tiga hari mengalami demam dan simptom-simptom swine flu ada pada saya maka saya buat kesimpulan sendiri tanpa merujuk pada mana-mana pakar atau hospital yang saya DISYAKI mengidap swine flu. Eceeh, macam best je. Nauzubillah.

Sekarang semakin beransur pulih dan berharap akan segera sembuh. Doakan saya sama ye.

Sekian, berita terkini dari Battery Road Hospital, Greenwich. Haha. Pandai-pandai buat hospital sendiri.

Wassalam.


Wednesday, July 15, 2009

Demam Lagi

”Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabah, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya.” (HR. Bukhari-Muslim)


Tuesday, July 14, 2009

Strawberry Trifle Southampton

Entry ini sarat dengan gambar Strawberry Trifle.

Jika anda berpuasa hari ini, lebih baik lihat selepas berbuka. Ceewaah...!

Bagi ibu-ibu mengandung, silalah dapatkannya di pasaran. Jangan putus asa untuk memujuk si dia membuatkan untuk anda. Jangan serang saya sudah la. Pandai-pandai buat entry masakan. Hahaha.

Pemandangan dari atas helikopter

Pemandangan dari atas lori

Pemandangan dari tingkap kereta

Pemandangan dari dalam kapal selam

*-*-*-*-*-*

Resepi ini tak dirancang pun nak buat pada petang Sabtu lepas. Atas permintaan tetamu kami, jadi saya pun meraikan beliau dengan rela hatinya membuat Strawberry Trifle Southampton.

Wallah, siap ada nama glamer lagi. Hehe.

Resepi kita hari ni memang mudah.

Tak percaya. Baca sampai habis okey.

~Strawberry Trifle Southampton~


Ini bahan-bahan untuk Strawberry Trifle Southampton

Birds Trifle perisa strawberry

1 gulung sponge cake perisa strawberry
13 biji strawberry dibelah dua. Setengah masuk mulut anda okey. Saya guna 12 biji setengah sahaja. Hehehe.
Susu segar
3 sudu gula

Resepi asal menggunakan finger biscuit. Sedia di dalam kotak. Saya gantikan dengan sponge cake untuk mendapatkan kuantiti yang lebih besar.

Potong kek gulung anggaran setengah inci. Susun seperti gambar di atas. Eh, susun mengikut bekas anda. Kang ada yang menangis guling-guling. Nak susun macam saya punya pulak. Hehehe.

Bancuh jelly crystal dengan air suam-suam panas. Ikut arahan di paket. Jangan derhaka.

Petua bibik:
Biarkan jelly sejuk seketika sebelum dituang ke dalam bekas. Ini untuk mengelakkan kek mengembang dengan dasyatnya.

Biarkan sehingga jelly mengeras. Nak cepat masukkan dalam peti ais.

Sambil menunggu jelly keras. Bancuh custard powder dengan susu segar dan gula. Ikut sukatan dipaket. Maaf bibik lupa.

Petua bibik:

Sekiranya anda malas mahu mengacau custard di atas api yang perlahan. Bancuh custard dalam bekas tahan panas. Masukkan dalam microwave selama 3 minit. Kacau sehingga bancuhan tidak berketul-ketul.

Tuangkan custard dan ratakan menggunakan punggung sudu. Sila lakukan dengan lemah gemalai okey. Biarkan sejuk di dalam peti.

Bancuh dress topping dengan susu segar. Ikut sukatan dipaket. Pukul dengan menggunakan whisker atau mesin sehingga kembang.

Petua bibik:
Sekiranya anda mahukan topping lebih lembut, tambahkan sedikit susu dan teruskan memukul sehingga kembang.


Ratakan topping menggunakan belakang sudu dengan cermat. No kasar-kasar okey.


Ok, ini cara saya mendekorasikan trifle. Untuk mendapatkan bentuk love yang cantik lagi menawan. Silalah menggunakan kertas yang ditebuk berbentuk love. Pandai tak saya. ekeke.

Hias trifle dengan strawberry yang dibelah dua.
Atau mengikut citarasa anda.

Selepas siap semuanya. Balutkan trifle dengan cling foil dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum boleh dimakan. Lebih lama anda mensejukgedikkan ia, lebih sedap rasanya bila dimakan.

Lebih-lebih lagi musim panas. Memang wallah..!

Selamat Mencuba.

Wassalam.


Monday, July 13, 2009

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum wbt

Oh rindunya dengan blog. Rindu Serindu Rindunyaaa. Oh... tidak. Sumbang mambang habis. Lariiiii. HuHu. Dua hari tidak membebel di sini semacam 2 tahun. Cewaah, nampak sangat mulut sangat kepohci tak boleh tahan. Mahunya bernanah telinga siapa yang mendengar. Haha. Dua hari menahan diri dari memblog. Sedangkan ada banyak cerita nak dikongsi. Entry yang patut di buat pada Sabtu dan Ahad pun dah jadi basi. Lagi dasyat sampaikan dah terlupa nak merepek apa. Hoho. Oh, alasan bibik yang dah semakin terputus wayar otaknya.

Jadi tanpa membuang masa, marilah kita melayan
gambar-gambar yang akan membuatkan anda menelan liur tak henti-henti. Bagi mengelakkan dari terbentuknya peta dunia. Baiklah anda beredar dengan kadar segera. Kui Kui Kui.

Eh.. Tak nak beredar jugak. Nak tengok.



Ok. Sedia. Tadaaaa.

Pandangan Dari Atas

Pandangan Dari Sisi

Amacam.. Nampak menyelerakan tak? Apa...!Menggoda. Hihi. Pinjam ayat komen kak chik sekejap. Lagi buat saya gerun, kalau ibu mengandung melihat gambar ni. Alamak. Siannya. Tapi nak buat macamana. Inilah sumbangan yang dapat saya kongsi dengan anda semua. Nak mengajar. Jauh. Ewah, mengada betul bibik ni tau. Kang balik Malaysia tak mengajar siap. Eh, ajar membaca dikira mengajar jugak kan. Hihi. Berangan. Berangan. Sekarang makin kuat berangan la. Haaip. Tu dah lari tajuk la. Sekarang kita sembang bab mari memasak. Hihi.

Ok. Semenjak dua tiga menjak ni memang rajin menayangkan gambar masakan yang berunsurkan pasta. Macam takde menu lain je. Hoho. Eh. Ada la. Tiap-tiap hari masak nasi berlaukkan ayam pelbagai. Tapi resepi ayam masak kicap tak thrill la nak membuatkan orang meleleh air liur. Haha. Ada unsur tak baik dalam ayat ini. Wakaka. Eh, bukan tak baik.Tapi ayat yang memberi maksud tersirat. Kalau dah terliur, apa lagi. Marilah kita memasak. Hihi.


Bahan-bahan- Untuk hidangan 6 orang

500 gram spaghetti
500 gram daging cincang
2 biji bawang besar- didadu
3 biji bawang putih- dicincang
4 sudu besar cili kisar
4 biji tomato-didadu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
1/2 cawan air atau 100 ml susu segar
Minyak untuk menumis

Cara-caranya-

Rebuskan spaghetti yang dicampur dengan minyak dan garam sehingga masak. Rasa dulu spaghetti dah lembut belum sebelum diangkat. Erk, jangan jadi macam saya, konon dah selalu masak. Konfiden je angkat. Tengok-tengok sedikit keras( memang kena baca sedikit keras. Bukan keras sungguh) Jadi, hati-hati ye..!

Panaskan api jangan sampai berasap kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing.

Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.

Masukkan daging cincang dan kacau dengan irama dangdut. Ceyh. Apasal dangdut tak hip hop..? haha.

Masukkan tomato yang didadu, sos tomato, air dan lada hitam. Kacau sehingga mesra. Haaii, terkenang kat Bob ke? ;P

Tunggu sehingga kuah sedikit kering.

Ops.. Jangan lupa garam ye. Kang ada yang komen tawar. Haha.

Letakkan spaghetti di dalam pinggan. Curahkan kuah bolognese. Oh, ini memerlukan skill sedikit. Tuang dengan gaya sedikit menggoda. Haha.

Hiaskan dengan serbuk daun parsley dan percikkan sedikit minyak zaitun untuk menambahkan keenakan spaghetti.

Sedia untuk dimakan.

Anak Murid Derhaka.

Apasal warna merah..? Gagal ke. Haha. Mana ada gagal. Cemerlang okeyh.

Okey. Seperti yang sedia maklum, saya kan suka memandai-mandai campak-campak bahan yang menjadikan resepi saya semakin sedap. ekekeke. Perasan betul bibik ni. Gedebush sekali baru tau.

Kali ni saya letakkan 100 ml susu segar dalam kuah bolognese. Hahaha. Ops, jangan gelak banyak-banyak. Cuba letak baru tau. Hehe.

Eh, takde susu segar. Ehm, nak ganti apa eh. Errk.. tak tahulah kalau santan. Saya angkat tangan siap-siap. Tak pasti. Kat sini kami memang minum susu segar setiap hari. Jadi takde masalah la kan. Tak pun tak yah la letak. Senang kan.

Oh. Tak pun ganti dengan susu tepung. Sesiapa ada anak kecil, pau sedikit susu mereka. Bancuh dengan segelas air suam. Cubalah. Hehe.

Optional-

Ehm. Katalah anda malas sangat nak cincang tomato macam saya. Eh, saya bukan malas. Tapi dah ada yang siap. Guna aje lah kan. Hoho. Beli tomato dalam tin yang dah siap cincang. Tak kisah la jenama apa. Saya pun guna jenama Sainsbury je. Senang. Buka penutup dan curah. Ish. Mana ada Sainsbury kat Malaysia. Kang melilau suami-suami kat pasaraya cari tomato chopped jenama Sainsbury. Hahaha. Tak kisah jenama apa. Satu tin dah cukup.

Satu lagi. Saya tahu kat dapur rumah anda jarang ada daun parsley, oregano, basil, mixed herb, mint, thyme, sage, rosemary, bayleaf, coriander dan bla. bla. Oh banyak sangat. Saya pun bukannya mahir lagi menggunakan kesemuanya. Jadi boleh la menukarkan parsley tu kepada daun sup. Apalah payah sangat nak tulis daun sup sampai kena merepek panjang-panjang. Hehe. Ilmu. Ilmu. Saya duduk sini baru la tahu semua jenis herbs tu. Tak rugi kalau anda beli sebotol herbs yang asas seperti oregano, parsley dan thyme. Tak lupa juga minyak zaitun. Sangat bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik. Saya tahu MAHAL. Apa pun terpulang pada bujet anda. Senyum.

Bagi menambahkan lagi kelazatan bolognese. Taburkan parmesen yang diparut ke atas bolognese anda. Yummy..! Er, takde pun masih lagi sedap. Betul. Tipah Tak Tipu.

Info Sihat-

Haa. Satu lagi. Bagi sesiapa yang menjaga kesihatan. Letaklah sayur campur atau cendawan. Kang tak pasal-pasal ada yang tak makan sebab takde sayur. Hoho.

Tahukah anda mengapa setiap resepi bolognese berwarna merah yang sangat menarik perhatian mata memandang? Ini adalah kerana resepi asal dari Barat menggunakan red wine untuk menjadikan ianya berwarna merah pekat. Wallahua'lam.

Info Resepi-

Bolognese diambil sempena nama satu tempat iatu Bologna, Italy.

Selamat Mencuba.

Wassalam.

Tataplah Sepuas Hati

Spaghetti Bolognese

Strawberry Trifle

Resepi saya ceritakan kemudian. Silalah menelan air liur dahulu. Hihi

Saja je kan. Gedebush sekali baru tau.

Wassalam.

Friday, July 10, 2009

Berehat Sebentar Bersama Kit Kat

Assalamualaikum wbt

Kepada blog yang dikasihi,

Hujung minggu ni MUNGKIN tiada entry dari saya. Kalau saya rajin, saya sembang dengan awak ye. Maklumlah, saya ada kawan yang boleh diajak sembang bersua muka. Boleh ajak jalan-jalan. Jadi blog kamu duduk sorang-sorang ya. Nanti bila kawan saya sudah pulang, kita GENG balik. Nanti saya ceritakan semua yang berlaku kat awak.

Oh ya. Kalau ada tetamu ajak mereka masuk. Beritahu mereka buat macam rumah sendiri. Layanlah dengan menu yang ada. Sembanglah dengan cerita yang ada. Kalau mereka rajin, tinggalkan jejak di sini. Nanti boleh saya tahu siapa yang datang.

Ok, blog. Kamu jangan nakal-nakal masa saya tiada. Saya mahu menunaikan hak pada diri sendiri sebentar. Harap-harap sekembalinya saya nanti. Saya akan menjadi manusia yang lebih bersemangat.

Tata..

Wassalam.

Bahang Manchester United Di Malaysia

Adakah Pemain-Pemain Ini Yang Akan Beraksi Di Malaysia?



Nampak gaya Ronaldo tidak beraksi untuk Man U lagi.

Saya Sokong Siapa? Ehm... Ntah. Hahaha.


Thursday, July 9, 2009

Bukan Happy Farm Atau Barn Buddy

Assalamualaikum wbt

Sekarang hujan tengah turun renyai-renyai. Tak seperti semalam, hujan turun diiringi guruh dan petir. Jadi peluang ini diambil untuk bersantai sambil menulis entry baru. Ehm. Tak ada cerita baru pun. Sekadar mengisi masa yang panjang sementara menunggu untuk solat maghrib, isya' dan subuh. Ya, siang yang panjang menuntut pengorbanan masa dari dihabiskan dengan lena. Cukuplah sekadar lena yang sedikit tapi berkualiti. Dari lena yang panjang tetapi hanya dipenuhi dengan bergolek ke kiri dan kanan. Ceyh, penulis ni sebenarnya dah hilang nikmat tidur. Itu pasal ayat yang ditulis ada unsur-unsur kejelesan yang amat. Hihi.

Ok. Mari kita cerita pasal kebun. Ini bukan Happy Farm atau Barn Buddy seperti dalam facebook tu. Tanam pokok sehari dah keluar buah. Kalau betul memang bibik kerjanya tercongok la depan pokok tak nak orang curik. Haha. Best o, tanam pokok boleh curik. Mahunya hangin tuan punya kebun. Mana taknya, setiap kali tanam ada je yang kutip dulu. Haha. Lawak gila. Jangan marah ya wahai kawan-kawan sepermainanku. Kita main suka-suka je. Apapun saya ni takde la nak buat khenat kat pokok orang. Bubuh weed dengan bugs. Saya nak siram dan bubuh racun je. Biar points saya bertambah. Weee..!

Sekarang masa untuk lily pulak menghiasi taman. Ehm, tak pasti la pulak kat taman awam ada atau tak. Yang ni kak ct tanam dari tahun lepas. Tahun ni baru dia berbunga lebat.

Rasberry Yang Masam dan ada sikit rasa sabun.

Ehm, tak pasti la itu memang betul rasa rasberry atau tidak. Masam dan sedikit macam sabun. Atau saya je yang rasa macam tu. Hihi. Entah.


Rasberry di atas selamat masuk dalam perut saya. Ehm. Saya kurang minat la rasberry. Anak-anak yang saya jaga suka la. Takde pulak dorang komplen rasa sabun. Nampak sangat lidah saya ni makan belacan banyak. Hahaha.

Aha. Inilah pembantu tetap saya kat kebun. Tau dah kalau kat kebun kerjanya nak menyiram pokok. Tapi yang banyaknya bukan siram pokok. Siram lantai. Apa-apa ajalah sayang.

Gemukkan daun pudina ni. Ehm, memang menjadi. Suka bau dia tapi jarang guna. Kalau buat teh bubuh la jugak sehelai dua bagi bau mint. Mana larat nak minum teh hari-hari. Kami kat sini minum teh hujung minggu ja masa sarapan. Jadi daun pudina ni banyaknya disimpan bagi beku. Rasanya yang tahun lepas ada lagi. Hihi. Kalau mak ada dia suka la daun pudina ni. Dia akan masukkan dalam nasi minyak. Biar bau wangi.

Whooooaaa. Sapa yang geli cacing sure dah meremang bulu roma. Kah Kah Kah.

Ehm. Tahun ni aktiviti berkebun kurang rancak banding dengan tahun lepas. Akhi Fauzi pun jarang turun berkebun. Ada la jugak yang ditanam tapi tak banyak. Kak ct takde tanam bunga. Bibik? Saya tak minat la berkebun. Kalau setakat tolong bersihkan tu boleh la. Nak suruh tanam. Sampai masuk musim sejuk tak bertanam kot. Hihi. Berkebun dalam fb bukan main rancak, tapi realiti hampeh.

Wassalam.


Tuesday, July 7, 2009

Tagliatelle With Creamy Tomato Sauce

Assalamualaikum wbt

Ini resepi hari Sabtu lepas. Maaf la ye lambat pos. Angin M sedikit bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lagi pulak bilik dah kembali menjadi seperti charity shop. Kena la dulukan yang mana pentingkan. hihi.

Menu ni saya sediakan untuk dinner. Disebabkan dah boring masak nasi. Jadi tanya la kak ct. Nak makan apa hari ni ( baca: Sabtu lepas). Dia tak kisah. Lagi la saya seronok nak masak ikut kata hati. ekeke. Tu yang jadinya seronok nak masak pasta. Lagi bertambah best, hari tu mengada-ngada nak main masak-masak macam dalam tv. hihi.

Bila angin rajin menjelma...

Ni buku resepi yang saya salin dari internet. Macam-macam sumber ada. Kalau rajin saya salin. Kalau tak saya angkut laptop ni masuk dapur. Hahaha.

Sambil menyediakan bahan, sambil la melayan dua orang ni kat dapur. Lagi-lagi yang pakai dress tu. Saya dok potong ayam dia dok mengecek sosej. Tak tahan tengok sosej. Hahaha. Kat dia ja habis 3 batang. Lepas tu bangun Fatih join sekali makan sosej.


Bahan-Bahan

350 gram tagliatelle atau sebarang jenis pasta lain
3 batang sosej di potong bulat
20 ekor udang dibelah belakang

250 gram isi ayam
1 biji bawang besar Holland didadu
3 biji bawang putih dicincang

1/2 biji capsicum merah, kuning dan hijau didadu
1 biji tomato dicincang
1 mangkuk sayur campur
3 sudu besar sos tiram*
3 sudu besar sos to
mato*
3 sudu besar kicap*
3 sudu besar sos cili* (*disatukan menjadi sos)
1 cawan cream
Hirisan parsley sebagai hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara:

Rebuskan tagliatelle bersama sedikit minyak dan
garam sehingga empuk. Angkat dan toskan.

1- Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga garing. Kemudian masukkan tomato cincang dan masakkan sehingga layu.

2- Masukkan sos yang dicampur semua dan tambahkan setengah cawan air. Kacau dan masukkan bahan mentah iatu ayam, udang dan sosej. Biarkan sehingga bahan mentah masak.

3- Masukkan cream. Kacau. Jika mahukan kuah lebih, tambahkan sedikit air.

4- Masukkan sayur campur dan capsicum. Biarkan seketika sehingga bahan tersebut masak.

5- Masukkan tagliatelle yang direbus. Kacau sehingga rata.

6- Angkat dan hiaskan dengan serbuk parsley. Bo
leh diganti dengan daun sup sebagai hiasan.

Tagliatelle With Creamy Tomato Sauce

Resepi ini saya ubah sedikit (baca:banyak) dari yang asal. Resepi asal menggaulkan tagliatelle dengan kuah. Tetapi saya curahkan kuah bila nak makan. Sebabnya kalau tak habis boleh makan esoknya. Hihi. Dan itulah yang berlaku. Keesokannya barulah tagliatelle ni digaul oleh kak ct seperti resepi asal.

Selamat Mencuba.

Monday, July 6, 2009

27 Dresses


Assalamualaikum wbt

Salam penuh kerinduan dan kelaparan T...T
Maaf la ye.. Tadi saya pos gambar sahaja. Cerita tiada. Bukan apa.
Malas nak cerita lagi.
Ni dah habis masak. Tunggu masuk asar. Then tunggu maghrib pula.

Semalam pergi car boot lagi. Eh.. memang akan pergi selagi orang ajak. hihi.
Jadi semalam saya memborong baju kanak-kanak perempuan.
Salah satunya di atas.

Ada banyak lagi. Tapi takkan nak tunjuk semua. Tak yah la.
Ini pun saya belikan untuk Nazira.

Yang lain saya beli sebagai pelaburan masa depan. Memang rugi kalau tak beli. Dengan kualiti yang masih baik dan harga yang membuatkan anda akan mengalirkan air mata. Jadi memang rezeki saya. hihi.

Ehm, ada yang bertanya. Saya tak nak jual ke.

Maaf la ye. Buat masa ni saya takde niat nak jual lagi sebab belum jumpa rakan kongsi yang betul-betul boleh saya percayai.

Insyaallah, kalau ada rezeki. Adalah.

Psst.. lagipun ini car boot. Bukan yang baru dari kedai. Jadi memang ada satu. Tidak dua atau tiga. Jadi keutamaan diberikan kepada yang membeli. Ngeee..

Wassalam.

Sunday, July 5, 2009

Strawberry Pun Jadilah

Saya nak:

Durian

Rambutan

Manggis

Duku

Pulasan

Betik


bla.. bla.. blaaa

Tapiiiiiiiiiiiii

Mana ada kat London ni yang FRESH dari kebun

..sob.. sob.. sob..

Yang ada ni ha..



~Stoberi~



Dalam hati sudah gelak guling-guling. Hahaha

Err. Memang la terliur tengok buah-buah yang mereka tunjuk. Tapi saya steady lagi.



Dah nama duduk London. So kita makan dulu buah ni puas-puas. Sok balik Malaysia tak heran dah. Kui Kui Kui.

~la la la la~

Saturday, July 4, 2009

Jodoh Itu Rahsia


“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah Yasin. Ayat ke 36.

To Love And To Be Love In Return
~2 Julai 2009~

Friday, July 3, 2009

Panjang Umur

Tengahari tadi seperti biasa, eh tak la. Ayat jangan menipu. Minggu ni sahaja la. Saya menghantar maryam ke nursery menaiki bas. Dalam perjalanan nak ke perhentian bas, saya rasa cermin mata saya tercabut di tengah. Sebabnya cermin mata saya takde skru. Entah tak tahu nak cakap camana. Sudah.

Tanpa membuang masa saya buka cermin mata dan letakkan atas bumbung stroller Fatih. Kononnya tak sempat nak baiki di tengah jalan. Nanti ketinggalan bas. Bila dah tertinggal bas, mesti tak sempat nak masuk ikut pintu pagar nursery. Kalau dah tak masuk ikut pintu pagar nursery, kena la buat muka bersalah hantar Maryam ikut pintu pejabat. Huh, sekolah di sini ( err, tak tahulah sekolah lain kan) sangat menepati masa. Pintu di buka jam 12.45 sehingga 1.00 tengahari. Lebih seminit kalau cikgu nampak ok la sempat dia nak buka balik. Kalau dua minit, alamatnya pintu pejabat la jawabnya. Kalau lambat ambil Maryam pun, cikgunya dah kekwat semacam je.

Ok. Sambung balik cerita cermin mata. Haaiiiyaa.. Bibik ni kalau merepek memang panjang.

Tanpa disedari, cermin mata saya terbang sebelah disebabkan angin yang bertiup sepoi-sepoi kurang asam. Nasib saya perasan. Rupanya terbang dan terjatuh di tengah JALANRAYA. Lagi dramatik dan suspen punya cerita. Dengan sederhana laju ( kawasan perumahan. Gila bawak 120km seminit) datanglah sebuah kereta yang dah lupa cap apa sipi-sipi nak langgar cermin mata saya.

Perrghhh... Saya tak boleh buat apa. Tawakkal je dalam hati, janganlah cermin mata saya dilanggar oleh sang kereta. Alhamdulillah, cepatnya doa saya termakbul. Tak sampai satu minit pun. Terus saya berlari tergedek-gedek ambil cermin mata di tengah jalan. Ouhh. Tentulah selepas melihat kiri dan kanan. Buatnya datang bas 380. Tak ke naya saya. Innalillah..

Kereta yang tak tahu cap apa tu pun terkejut barangkali melihat saya mengambil cermin mata sejurus kereta dia berlalu. Sebabnya dia berhenti di depan dan berlalu selepas beberapa minit. Agakan saya je lah. Entah ya entah tidak. Saja nak buat ayat bertambah mantap. Muahaha.

Makanya, selamatlah duit saya dari melayang buat cermin mata baru. Keh keh Keh.

Wassalam.

Thursday, July 2, 2009

Saya Menang Award

Waahh.. Bujet artis betul la bibik ni. Siap dapat award lagi bila menulis blog. Hihi. Jawapan tak boleh blah. Dah orang bagi. Kutip ( baca: ambil) aje la kan.

Ehm. Nasib la award ni sorang je bagi. Tu pun tak terlarat nak mengutip. Meh kita bagi ucapan penghargaan sket kat Ummi Anas.

Assalamualaikum wbt. Jazakillahu khairan jazak cik ema ucapkan pada ummi Anas di atas anugerah yang tak terkata banyaknya ini. Semoga ummi Anas akan sentiasa menjaga kesihatan selalu. Cik ema takut oo baca entry terbaru ummi Anas. Cuak sekejap. Harapnya tak berlarutan.

Eh. ayat sudah merapu. Cukup.

Memetik kata-kata ummi anas tentang bibik yang berlagak glamer sekejap. Sekejap je. Lepas tu dah takde maknanya.

Senior saya masa sekolah menengah, Ma'had Attarbiyyah Al-Islamiyah (MATRI)... Sekarang kat London, jd bibik... Canggih ooo bibik ni, bukan bibik agent mcm bibik indon tu tp jaga anak2 rakyat Malaysia gak yang stay kat sana, kawan Cik Ema... Teringin nak bawak Anas gi London jumpe Cik Ema...

Ok, mari kita melawat award yang dimenangi bibik. Wakakaka. Ya Allah, anak siapa ni yang cuba berlagak diva perah santan.

Siaran berhenti seketika untuk memberi laluan kepada penulis (baca:bibik) menunaikan solat maghrib seketika. Ecece. Nampak sangat nak sambung membebel lagi tu. Hahaha. Ok. Bibik solat jap. Bujet macam siaran langsung la ni. Eishh, budak ni. Lempang kang. Adooiii....!

Dipersembahkan.. Pemenang award terbanyak dalam masa satu malam. Jatuh kepada buk Irma. Muahahaaa.

Award Pertama

Award Kedua

Award Ketiga


Award Keempat

Award Kelima
Award Keenam


Award KetujuhAward Kelapan

Award Kesembilan

Waaahhh.. Saya suka yang last sekali ni. Mampukah saya memblog sampai ke tua. Muahaha.

Orait. Sudah habis anugerah. Banyak juga award. Tapi yang lain tak sesuai sebab bukan untuk saya. Ada nama owner blog yang saya tak kenal. Jadi, tak yah la buat diva terlampau nak ambil award yang bukan hak kit
a. Ecece. Bagus pulak diva (baca:bibik) ni.


Ini award saya untuk anda yang sudi membaca ocehan saya setiap hari. Terima kasih banyak-banyak. Anda penyeri blog saya setiap hari. Walaupun tak kenal tapi saya tahu ada yang membaca. Seribu kemaafan ( eh, macam ucapan raya pulak. bibik ni memang pandai mengayat) dihulurkan andai ada yang tidak menyenangi kehadiran blog ini. Ini sekadar bebelan saya yang disalurkan ke jalan yang benar. Hihii.

Wassalam.

I Hate SOMA..

Assalamualaikum wbt

Semoga kalian sentiasa di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Ilahi dan sentiasa merasai manisnya nikmat Iman dan Islam. Insyaallah...

Sekejap sahaja masa berlalu. Sekarang kita melalui bulan ketujuh dalam kalender masihi dan bulan Rejab dalam kalendar Hijri. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar sudah setahun lima bulan saya berada di London. Sungguh terasa sekejap sahaja. Alhamdulillah, banyak pengalaman dan perubahan yang dapat dirasai bila berada di sini. Semoga segala yang baik dapat dikekalkan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Insyaallah...

Ok. sekarang dah masuk musim panas. Memang panas. Lebih panas berbanding tahun lepas. Masyaallah, tak tahu nak gambarkan. Apa yang boleh dikhabarkan, bila keluar saja dari rumah silau matahari menusuk mata dan kulit ni terasa digigit. Err. betul ke ayat saya ni. hehe. Macam tu la. Kalau dalam rumah pula, saya tutup semua langsir supaya keadaan dalam rumah sedikit gelap. Kalau tidak memang tak boleh buka mata. Sakit bercampur mengantuk. Atau.. saya perlukan ini di dalam rumah..?


Hahaha. Sumpah saya takkan pakai. Bujet artis betul la sunglasses ni. Fuyooo. memang saya tabik spring pada siapa yang berani pakai. Memang anda seorang yang berani berpesen ( baca: fesyen ) Nak ngam lagi kena beg pun polka dot. Kasut pun polka dot. Pastu jalan-jalan kat pasar malam. Wakakaka. Sangat la glamer. Tak percaya. Try la.


Ehm. Ada berbaki dua hari lagi untuk saya menghantar Maryam ke sekolah. Tadi masa nak tunggu bas. Jumpa la mak Ope ( kawan senursery Maryam ). Terjadilah perbualan di bawah.

O.M- You lost 244 bus?
S- Ya. Just now.
O.M- Its hot today. Very hot. I HATE SOMA. ( sambil mengesat peluh)
S- Soma..? ( dalam hati. apa kebenda soma..)

Ish.. Dalam kepala ni dok menggali-gali. Apa kebenda la soma. Nasib la otak ni cepat bertindak. Oh. summer. Kah Kah Kah. Nasib Tak pecah gelak bibik kat situ. Tak ke naya bibik. Baru nak belajar faham ascent British. Nak tambah lagi dapat kawan African pulak. Memang jenuh la saya mengutip perkataan-perkataan yang berterabur di udara.

Perbualan terhenti setakat itu sebab dia jumpa kawan lain. Duduk sebelah dengan saya. Maka berlakulah perbualan di antara tiga orang african dan saya di tengah-tengah. Ya Allah. Dah la panas. Bertambah panas dengan bahasa mereka yang saya langsung tak faham. Nasib bas datang lepas tu. Pheeww.. lega bibik.

Wassalam.

Wednesday, July 1, 2009

Binatang Pun Pandai Khenat..



Tak baik khenat orang. hihii..

“Orang muslim yang kuat imannya tidak mencintai sesuatu kecuali kerana Allah. Dan tidak pula membenci sesuatu, kecuali benci kerana Allah. Oleh kerana itu ia akan mencintai atau membenci sesuatu kalau Allah dan Rasul-Nya mencintai atau membencinya”.

Monday, June 29, 2009

Doa Rabithah Di hening Malam...



اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَ
سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ

Doa Rabithah

Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya

terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…

Sambil menunggu masa untuk bersahur, saya melayan telinga dengar nasyid ni. Berulang kali saya putarkannya. Tak jemu malah membuatkan saya berfikir tentang diri sendiri.

Tentang diri yang sering lalai dengan dunia.

Tentang hati yang sering berbolak balik antara kebaikan dan kejahatan.

Tentang amalan saya selama ini.

Tentang kehidupan selama ini.

Ya Allah, di manakah letaknya kedudukan hamba ini di sisimu...

Sangat terkesan dengan kata-kata mujahid Islam ini -

Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat. ~ Ammar Zulkifli.

Wassalam.

Sumpah..Menakutkan..

Assalamualaikum wbt

Hari Khamis lepas saya ditugaskan ( baca:menggantikan) kak ct ambil anak-anak di sekolah. Haaiikkk. skema jer ayat. Kak ct tak dapat ambil sebab dia temankan Syakirah ke Islamia School. Dia kan dah nak jadi a
nak dara sunti. hihi. Nak masuk sekolah menengah la. Senang cerita. Ok. Bukan tu cerita penting entry kali ni.

Ceritanya begini ya. Sebelum tu tengok gambar dulu. Weeee..

Eksyen tu posing.

Boleh la sesapa nak panggil jadi model iklan eskrem..

Tadaaa. Nak ke..?

Ini saya punya. Hehehe.

Balik dari sekolah, saya beli aiskrim kat tepi jalan. Maryam tak minta pun. Saya yang nak makan. kui. kui. kui. Sangat sedap. Bukan perisa vanila. Tapi susu. Sesiapa yang memang tak suka susu. SILA DIAM.

Jadi nak pendek cerita. Saya suruh dia letak sprinkle. Sebab kat rumah pun memang selalu buat macam tu.

Lepas aksi di atas, Maryam pun start makan aiskrim. Baru sekali jilat je dia dah mengadu gatal mulut. Saya kata kenapa. Dia dah gelisah sambil tunjuk lidah. Saya pun hairan. Apasal pula makan aiskrim gatal mulut. Takkan elergic susu kot.

Sambil tu saya cepat-cepat menuju ke kelas Fatimah. Lepas ambil Fatimah, Maryam dah mula nak menangis. Lagi bertambah hairan. Terus dia tak nak aiskrim tu. Jadi habuan Fatimah la. Bila Fatimah makan ok je. Sedangkan Fatimah lagi teruk elergic dia.

Yang saya ni dah gelabah. Suara maryam dah start bunyi macam orang susah bernafas. Mati saya kalau jadi apa-apa kat sekolah. Saya cepat-cepat sua air suruh dia minum.Masih jugak tak jadi apa.

Dalam duk hairan tu kami mempercepatkan langkah nak kejar bas. Takut jadi apa-apa kat Maryam. Dalam hati memang tak henti-henti doa. Jangan la jadi apa-apa dengan dia. Sambil berjalan bagi
lagi air. Mana tahu boleh lega ke.

Muka budak makan aiskrim tapi tak habis.

Sampai stesyen bas. Maryam masih lagi kegatalan. Saya dah panic tapi tak tunjuk. Suruh Maryam relax. Saya periksa tekak dia. Kot-kot bengkak ke tak. Ok, alhamdulillah. Takde apa-apa.

Dalam kes alergik ni, kalau dah sampai bengkak di kerongkong sehingga sukar bernafas, boleh bawa kepada kematian kalau tak segera di beri rawatan. Waaaa, tak molah jadi dengan saya. Takut oooo..

Sambil tunggu bas. Fatimah menikmati aiskrim tu tanpa menunjukkan apa-apa yang pelik.
Tiba-tiba. Nah, inilah puncanya. Fatimah tunjuk ada serpihan kacang tanah melekat kat sprinkle tu. Patut la Maryam gatal. Huhuu. Bila ingat balik. Memang bekas kacang dia letak sebelah dengan sprinkle dalam satu bekas. Jadi masa tukang jual tu bubuh sprinkle terkena la sebutir dua kat aiskrim Maryam.

Nasib Fatimah perasan. Kalau tak habis dua-dua gatal. Lepas tu saya buang semua sprinkle dan fatimah sambung balik makan. Dah separuh jalan nak sampai rumah, Maryam saya tengok dah ok sikit. Siap boleh nyanyi suka hati lagi. Fuhh, sabar aje.

Tapi saya tetap risau jugak. Sampai je rumah terus bergegas ambil ubat alergik dan suap Maryam makan. Tak lama je terus dia ketiduran. Saya ni punya la panik lagi, siap suruh Fatimah periksa setiap lima minit
. Maryam bernafas ke tak. Huhu.

Alhamdulillah, takde sebarang kejadian yang buruk berlaku. Memang menakutkan betul saya. Sebab kalau tengok kes alergik yang serius memang boleh membawa kepada kematian. Nauzubillah.

Wassalam.