Friday, July 9, 2010

Ayam Percik Madu

Assalamualaikum wbt.


'Sedap,' kata kak zue. Alhamdulillah. Saya pun bukannya selalu buat ayam percik. Kadang-kadang buat ikut resepi A. Nanti cuba pulak resepi B. Lagi nak derhaka. Resepi A campur dengan resepi B jadi resepi C. ekeke.

Ini resepi C ya kawan-kawan. eheh. 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam di potong 12.
3 cawan santan pekat ( sama dengan 1 biji kelapa)
3 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis)
3 sudu besar madu
1 sudu teh halba
Garam secukup rasa
1 kiub ayam
3 sudu besar cili kisar
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan untuk dikisar :

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 cm halia, lengkuas dan kunyit
5 batang serai


Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Tak garing sangat pun tak apa. Saya suka kalau bahan kisar tu kering. Tak diblend dengan air. Kalau ada blender kering lagi senang. Kalau tidak. Rajin-rajinlah menumbuk ya.

2. Masukkan ayam. Masak dengan api SEDERHANA. Biar ayam masak perlahan-lahan. Nanti lembut isi daging.

3. Lebih kurang 10 minit. Masukkan santan. Kacau. Ayam tak perlu masak sangat. Cukuplah separuh masak saja. Lepas ni nak bakar pulak.

4. Angkat ayam. Kalau ada pemanggang arang. Sedapnya. Dapat bau-bau arang. Takda pun tak apa. Oven pun boleh.


Edited - Pagi ni baca balik resepi macam ada yang tak kena. eheh. Kuah percik tu. Lepas ayam diangkat. Masak lagi dengan api perlahan sampai pecah minyak ya kawan-kawan. Makasih. :)

5. Panggang ayam dengan suhu 180'C selama lebih kurang 45 minit. Selang 15 minit keluarkan ayam. Sapu dengan kuah. Ulang sebanyak 3 kali.

6. Agak-agak dah masak. Letakkan dalam bekas. Curahkan kuah percik. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.



Faluda at Milkylane.

Assalamualaikum wbt.




Ni cerita masa kat Preston. Salah satu tempat yang pemes (baca:wajib pergi) ialah Milkylane. 



Ahaaa.. amacam. Telan liur tak tengok barisan aiskrim pelbagai perisa. Lagi telan liur bila tengok harga. Berpinar. ahaha.



Inilah yang kami makan. Namanya Faluda. Konon-konon cendol UK. Rasa...? Ehhmm.. boleh la.

 Apa isinya. Aiskrim vanilla, jelly (baca:cendol pink), selasih, sirap dan susu. Yang sedap tu aiskrim dia. Perrgghhh.. yummeeeehh!



Ini lakonan semata-mata. haha. 

Saya kata kat dia (errr.. lupa dah nama) 'abang. buat muka sedap'.

 :)


Mudchute Farm, London.

Assalamualaikum wbt.


Pada cuti pertengahan tahun yang lepas (cewaah. ayat budak sekolah.) saya berpakat dengan kak  Niza untuk berjumpa. Dah 3 tahun baru nak jumpa. Sedangkan rumah sepelaung je jaraknya. Nanti punya nanti punya nanti. Cukup 3 tahun baru jumpa. :)



Jadi kami rancang jumpa di Mudchute Farm. Almaklumlah, bawak anak-anak. Jadi pilih tempat kenalah sesuaikan dengan jiwa depa. Kang tak pasal-pasal ada yang buat drama bersiri nak ajak balik. Bukan sorang. Empat beradik. huhu.

Errr.. kak Irma pun teruja jugak nak p tengok apa yang ada kat ladang tu. heh.


Nak bagi makan kuda. Tapi takut. Kak Irma la kena tolong dukungkan. 


Berjiran dengan kuda adalah kandang kambing. Saya tukang cabut rumput. Bukan untuk sorang. LIMA. Sampaikan terkena miang rumput. 

Gatal ooo. 


Fatimah yang takut-takut tapi buat berani. 


Dah penat bagi makan kambing dan kuda. Masa untuk kami pulak makan.



Yumm.. Yumm.. Siap dengan karipap lagi. Semangat bibik nak mengelim karipap berkobar-kobar. 

Ada cerita. Ingatkan sebelum balik nak bagi kak Niza baki karipap yang ada. Kalut dengan anak-anak. LUPA. 


Masa ni Maryam merajuk. Sofia cepat-cepat datang peluk. Pujuk kakak Maryam.


Aiceehhh... Fatih pulak yang malu. eheh.


Comel budak perempuan ni. Datang dengan ayah dia. 


Ayah dia bagi kat Fateh carrot. Siap offer nak tolong ambilkan gambar lagi. Suka.


Nak bagi ke tak nak? Takut.


Keletihan.


Ahaaa... ada gaya ketua rombongan tak? =)


Thursday, July 1, 2010

My Name Is Cleopatra.

Assalamualaikum wbt...


Nak kongsi lagi gambar bunga. Rindu sebenarnya nak pergi park lagi. Sejuk mata memandang bunga yang sedang berkembang. Terasa kerdil diri ini bila melihatkan betapa cantiknya ciptaan Allah. Subhanallah... 

Saya nak kongsi satu cerita. Sepanjang saya di Regent's Park memang ramai pelancong-pelancong termasuklah saya. heh. 

Alkisahnya begini... sepanjang saya bergerak dari satu pokok ke satu pokok memang takkan sunyi dari suara-suara yang menyatakan kekaguman mereka terhadap bunga yang sedang kembang dan mengeluarkan bau yang pelbagai.


'Gorgeous'

'Beautiful'

'Nice smell'

bla.. blaa.. blaaa...


Macam-macam versi pujian. Sayangkan. Pembaca dapat rasa tak apa yang saya rasa. Pujian itu hanya pada bunga sahaja. Sepatutnya pujian itu hanya Allah swt sahaja yang berhak menerima kan. Tak apa. Dalam hati moga satu hari nanti Allah swt berikan hidayah kepada mereka. Ameen.


Petikan dari buku Harun Yahya..

Orang yang beriman sadar bahwa segala sesuatu ini diciptakan Allah agar ia memuji-Nya. Sadar akan hal ini, seseorang yang menyaksikan keindahan kebun ketika sedang berjalan-jalan akan mengagungkan Allah seraya mengatakan, ''Maa syaa Allahu, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)'' (QS. Al-Kahfi, 18: 39).





















Bersambung... ada lagi. Tunggu..! =)

Wednesday, June 30, 2010

Malu Nak Mengaku Pancake.



Assalamualaikum wbt.


Kejadian berlaku pada hari Ahad malam (8.30 dah kira malam la ye. walaupun terang lagi) yang lepas. Akibat dari tidak puas berada di dapur. heh. Saya pun dengan rajin dan semangat (mesti ada. kalau tak. jangan harap nak masuk dapur tiga kali sehari) pulun nak buat pancake. Dalam kepala dah berangan nak buat pancake macam Mat Gebu dan Kak Hana ni. Salin resepi dah berkurun (tipu) lamanya. Baru hari ni la bersemangat. Bukannya berkesempatan. Kalau sempat tu bila-bila masa sempat. Semangatnya yang tak ada. :)

Meh la. Nak tunjuk resepi bergambar. Gigih ni sebab nak bagi kawan-kawan cuba. Biar LEBIH semangat nak buat sendiri dari p order kat kedai. 



Bismillahirrahmanirrahim....


Bahan-bahannya :


1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
1 cawan susu segar ( susu sejat boleh. susu tepung boleh. susu pekat pun boleh )
3 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
2 biji telur saiz XL (Kalau kecik pun tak apa. Jangan pulak g beli telur lain)
60 gram butter dicairkan
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu teh esen vanilla


Mula-mula. Mulakan dengan bismillah. JANGAN LUPA tahu. Dapat pahala. Kalau sepuluh kali baca. Allah je tahu berapa banyak pahala nak bagi. Ayak tepung, garam dan baking powder atas kertas suratkhabar. Macam mak-mak kita dulu buat kueh. Err... mak sekarang pakai bekas. Nak jaga kualiti kebersihan. heh. Saya pulak MALAS nak basuh banyak bekas. Bibik.. kalau malas-malas ni p balik Malaysia lah! ;P




Dalam mangkuk kaca. Satukan butter yang telah dicairkan. Gula. Mayonis. Telur. 


Ahaa. Tengok tangan siapa yang memegang whisk. hehe. Masa saya tengah duk susun bahan lagi Syakirah dah tanya. 'Kak Irma nak buat apa?'. Saya jawab sepatah ja. 'Pancake'. Terus dia jawab. 'Oh, I like pancake. Ting.. tong.. ting.. tong... (err.. malas nak taip isi perbualan kami). Terus saya tanya, 'Kakak nak tolong ka?'. Laju je dia jawab. 'Nak'. hehehe. Itu je sebenarnya. Dia nak tolong tapi saja saya malas nak bagi sebab saya yang excited nak buat. Kah Kah Kah. Takpa. Takpa. Bibik mengalah. 

Sebenarnya lagi cepat kerja saya. Dah ada orang nak tolong. Saya bagi arahan saja. Semua dia yang buat. Sambil-sambil tu boleh la saya kemas dapur. 


Dah agak-agak bancuhan tu sebati. Macam inilah rupanya. 


Perasan tak. Ada tangan satu lagi. Yang kiri tu jauh beza benar dengan yang kanan. keh keh keh. Siapa lagi kalau bukan Fatimah. Dia datang dapur tengok Syakirah duk tolong saya. Terus dia tanya, ' Why I can't help you?'. HaHa. Nasib tak datang yang no 3 dan 4. kiki. Kalau semua masuk dapur bukan memudahkan kerja saya. Lagi melambatkan ada la. Masa tu mulut murai pun kalah. Semua pakat nak tolong. Ohooo. Kecoh.

Dah Fatimah nak tolong. Saya biarkan mereka berdua uruskan adunan. Saya pejam mata ja bila tengok tepung bersepah. Sabar. 


Sebenarnya saya musykil bin hairan. Betul ke adunan ni pekat macam ni. Nak menderhaka tak berani. eceh. Konon-konon nak jadi anak murid yang baik la ni. hehe. 

Bila tengok video cara nak buat pancake balik. Tak apa ja kalau nak tambah susu sikit lagi. Agak-agak bila tuang atas pan dia turun cantik je. Bibik je yang terlebih cuak konon.



Ini adunan yang TERAKHIR. Betul. Tak tipu. Dari yang pertama sampai yang sebelum terakhir saya tak sempat nak ambil gambar. TAK NAK AMBIL PUN. haha. Pancake saya dah bertukar menjadi lempeng. agaga. Eceehh. kamu melayu lupa diri. Kalau yang hodoh nama melayu eh. Cantik nama pancake. Tak baik Irma. :)

Adunan saya pekat sangat. Sepatutnya, bila kita tuang tu dia akan turun dengan cantik. Tak payah dah nak bentukkan menjadi bulat. Saya punya. Dah la pekat. Kena main senduk pulak nak bagi jadi bulat. Tapi tak bulat-bulat jugak. Herot bengot. Sob. Sob. T___T

Tapi.. Tapi.. Saya seronok sangat. Pancake (eh. tadi kata hodoh nama lempeng? ;P) saya menjadi rebutan antara anak-anak. Tak sabar-sabar Syakirah dengan Fatimah tunggu hasil yang pertama. Dalam duk tunggu macam-macam permintaannya. Fatimah tak nak hangus. Nak warna dia kuning cair saja. Yang si kakak nak bulat perfect. Adoyaaiii. kalah cafe terkenal ni. Dapat pelanggan yang macam-macam. ;P

Dalam duk kami bertiga di dapur. Datang Maryam duk terintai-intai dari tangga. Saya tanya, 'Maryam nak makan pancake tak?'. Terus turun masuk dapur. Terus cakap, 'I want to eat pancake with knife and folk'. Haha. Hebat anak saya ni.

Fatih.. Fatih makan apa? Yang sorang ni lagi hebat. Duduk atas kabinet dapur makan Nutella saja. Kami semua dah cuak. Dia dah la alergic dengan kekacang. Makan Nutella slumber badak je. Lama saya perati kot-kot mulut dia naik merah-merah. Memang takda. Saya tak nak ambil risiko terus angkat dia turun. Marah dia. hehe. Sekejap ja. Lepas dia tenang saya jugak yang suapkan ubat. 

Jom tengok hasil pancake a.k.a lempeng yang saya buat. Aiyookk. Jaga-jaga. Jangan sampai air liur meleleh. ngeee.



Pancake dengan Maple Syrup. Ini untuk Maryam. Dia layan sampai dua keping. 


Pancake + Nutella + Strawberry.


Pancake + Nutella + Strawberry + Cherry + Icing Sugar.


Pancake + Strawberry + Maple Syrup.

Malam tu sampai pukul 10.30 juga la baru saya tutup kedai. heh. Anak-anak kenyang. Bibik soooka hati. heh. 


Yang ini special. Apasal rupa dia lain. heh. Ini pancake terakhir saya habiskan. Hari Isnin petang selepas Fatimah dan Maryam buat tak kisah je. Saya pun apa lagi. Ooo.. mentang-mentang kosong. Tunggu. Saya pun ambil aiskrim. Letak cherry. Pastu bubuh maple syrup. Dah siap saya panggil mereka berdua. Saja nak tengok reaksi. keh keh keh. 

Fatimah : Ohhh.. I want that one with ice cream but not cherry.
Maryam : Kak Irma, can u make another one for me pleaaaaseeee!

HAHAHAAHA. 

Kan dah kena gelak besar dalam hati. Saya senyum ja. Tahu dah. Mesti dorang nak punya kalau dah berhias bagai. hehe. Nama pun anak-anak. Suka pada benda yang menarik.


Amacam. Ni gambar Maryam layan pancake kat dapur. Gaya mau ada na. hehe.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Psstt.. sempat lagi kalau nak buat pancake untuk sarapan. Selamat mencuba!