Assalamualaikum wbt
Entry ini dibuat sempena penukaran masa 1 JAM ke depan hari ini. Err, skemanya ayat. Hahaha. Tak yah la serius sangat.
Saya pun tak tahu sangat pasal asal usul tukar jam ni. Haa, itu tak bermakna tak tahu terus buat tak tahu. Ini lah masanya nak kena ambil tahu. Dah merasa duduk London kena la ambil tahu. Esok-esok kalau orang tanya tak la malu. Duduk London saja tapi tak ambil tahu. Berapa banyak tahu daaa. Erk, sebab makan tauhu ke tadi. Kueng. kueng. kueng.
Sebelum menulis entry ini saya menggoogle apa sejarah tukar jam ni.
Ok, jadi ini adalah apa yang saya dapat. Terjemahan dari wikipedia yang telah dipendekkan oleh orang yang tak reti sangat BI. Saya sedang mencuba. Erk, kalau nak tahu lebih lanjut anda taip la Daylight saving Time. Mesti jumpa punya. Lepas tu baca puas-puas dan buat entry yang lebih bagus, padat dan tepat informasinya dari apa yang saya buat. Tolong buat entry dalam BAHASA MELAYU. Saya sudah membaca banyak web yang ditulis dalam BI. Jujurnya BM tiada. Atau saya yang tidak ketemu. Jadi kenapa tidak anda yang mampu menguasai dua bahasa membuatnya di dalam bahasa ibunda kita. Boleh kan? Eceeh, membodek pulak. Lepas tu beritahu saya. Boleh saya tumpang baca dan tambah info. Saya pandai merapu untuk memanjangkan entry saja. Kah kah kah.
Ini apa yang saya dapat dan faham. Jangan Gelak. Saya tahu ayat ini skema bila dibaca.
Daylight saving Time(DST) atau dikenali waktu musim panas adalah satu sistem yang mengkedepankan masa supaya waktu tengahari mempunyai lebih sinar cahaya matahari berbanding waktu pagi.Biasanya jam akan diubah awal satu jam apabila hampir kepada musim bunga dan diubah kembali kepada jam asal apabila tiba musim luruh. Kedua-dua kejadian ini akan berlaku pada hari Ahad terakhir bulan Mac dan Oktober setiap tahun.
Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah. DST biasanya digunakan di wilayah yang suhunya sederhana, kerana perbezaan yang cukup besar antara waktu hari terang berbanding gelap sepanjang musim di wilayah-wilayah tersebut.
Daylight saving time (DST) pertama sekali dicadangkan oleh Benjamin Franklin. Kemudiannya diperkenalkan secara serius pada 1907 oleh seorang jurubina bernama William Willet. Sejak itu banyak negara telah mengaplikasikan sistem ini di negara masing-masing.
Britain mula mengaplikasikan sistem ini antara 21 Mei dan 1 Oktober 1916.
Sistem ini pernah menjadi satu kontroversi. Ini kerana individu harus bangun dan tidur lebih awal daripada waktu yang biasa. Err, memang pun. Hehehee.
Dengan menambah cahaya matahari pada waktu tengahari memberi banyak faedah kepada industri perniagaan, sukan dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan cahaya matahari.DST berpotensi menjimatkan tenaga elektrik. Penundaan masa matahari terbenam dan matahari terbit mengurangkan pengunaan cahaya buatan manusia (cahaya lampu) pada waktu petang dan meningkatkan pengunaannya pada waktu pagi.
Pada tahun ini di UK DST bermula pada 29hb March 2009 Jam 12:59:59 pagi. Masa akan diawalkan ke jam 2 pagi.
Serentak dengan penukaran masa ini maknanya beza jam London dengan Malaysia ialah 7 jam. Hooreeyy.. Ada lebih masa untuk berym dengan kawan-kawan. Haisshh, bibik ni. Internet je memanjang. Err, tapi memang betul. Saya tak buat kerja belakang boss. Kak ct memang tahu saya ada blog, friendster, facebook dan fotopages. Kadang-kadang dia pun tumpang tengok apa yang ada dalam benda alah ni. Sporting kan boss saya. Eleeh, bodek lagi la tue.
Sesiapa yang berkenaan sila tukar jam anda kalau tak nak ketinggalan. Saya tak perlu sebab semua jam di rumah ini mempunyai radio kontrol. Dia akan bertukar dengan sendirinya apabila tiba waktunya nanti.
Errkk, pengsan la kalau saya nak menukar semua jam di rumah ni. Ewaaahh, dasar bibik pemalas. Hahaha. Wahai bibik-bibik sekalian, jangan ikut macam saya ya. Kerja rajin-rajin. Jangan main internet je memanjang.
Err, ada ke bibik lain baca blog saya. KAH KAH KAH. Gelak guling-guling.
Titik. Tutup entry.
Cop, kalau ada informasi saya yang salah sila tegur ya. Kesian pada mereka yang membaca info salah saya. Tolong tau..!
Saya Sayang Kamu.
No comments:
Post a Comment