Salam sayang dan rindu pada blog sendiri. Err, ye ke. HaHaHa. Lama tak mengupdate cerita. Tak ada cerita menarik. Bibik ada cerita menarik ke..?
Ada. Ada. Kejap nak fikir.
Err, shopping dekat car boot sale sampai tak ingat nak balik. Menarik kan!
Ok lah. Saya akan ceritakan apa yang terlintas dalam kepala saya sepanjang minggu ni.
Semalam datang angin rajin untuk membuat kuih. Bukan kuih baru nak belajar. Kuih yang dah pernah buat. Apa lagi kalau bukan Seri Muka yang berseri mukanya bila pertama kali dibuat. HeHeHe. kalau dapat mak mertua yang tak reti wat kuih. Confirm jeles. HaHaHa.
Kalau dapat yang terer pun, dia akan kata. LULUS ( warna merah bukan untuk gagal ke. highlight. biar bakal mak mertua nampak. erk, bakal mak mertua takkan baca blog ni. hahaha ) Boleh buat menantu.
Alamak, angkat bakul sendiri. Berat. Berat. Senget bahu nak angkat Hahaha.
Kali ni kak ct suruh buat lebih sebab nak bagi kat jiran sebelah rumah. Dah dua kali dia rasa air tangan saya. Pertama kali anak dia kata sedap. Masa tu bagi muffin. Kali ni tak tahu la apa reaksi mereka. Mereka bukan melayu okey. Bangla reti ke makan kuih seri muka. Aaarghh, hantam saja laah..! Kalau dibuang pun bukan saya tau. tapi sedih la kan kalau mereka buang. Hukhuk.. Dah la saya buat dengan penuh kasih sayang. Ceewaah. Ye ke?
Minggu ni tak keluar rumah pun. Setakat hantar Maryam depan rumah takde makna okey. Itu memang kerja seorang bibik yang baik. Eceeh. Perasan!
Kalau cuaca baik dan tidak terlalu sejuk. Ini lah aktiviti kami. Memberi sedekah biskut atau roti kepada itik. Bukan roti habis tarikh ye. Roti yang baru dibeli. Sebab tak sampai hati nak bawak sekeping dua roti untuk diberi makan kepada itik-itik yang ramai ini. Paling sedikit dua bungkus paling banyak tiga. Lebih dari itu sudah dikira membazir. Itik-itik itu sudah berlagak tak mahu makan.
Kalau malas sangat nak keluar ini lah aktiviti kami dalam rumah. Melayan dia menyusun block dan kemudian memusnahkannya.
Lepas tu dengan kuasa separuh veto menyuruh kemaskan balik semua mainan yang bersepah. Err, itu bukan kerja bibik ke? Hahaha.
Err, sebenarnya saya penat sangat minggu ni. Tapi mata tak boleh nak tidur balik walaupun peluang itu ada. Dah lama tak tidur selepas subuh. Oh, betapa nikmatnya tidur selepas subuh. Terkenang zaman sekolah dulu dan zaman mengajar. Syok oo.. Lagi-lagi kena pulak hari hujan. Perrggh, lagi laju selimut ditarik. Tapi sejak bekerja sebagai seorang bibik ni, tidur di waktu siang memang sudah lama ditelan dek zaman. Hahaha. Nak ikutkan kat sini lagi best. Dengan sejuknya. Katil yang empuk. Duvey yang sangat best tak terbayang. Nikmat tidur itu lagi dua kali ganda syoknya. Oii... cukup-cukup la tidur siang. Esok-esok mahunya mati laki kelaparan bila isteri terbongkang tidur lepas subuh. Err, nauzubillah. Simpang malaikat 44. Tak nak bayangkan akibatnya.
Semalam jugak, sudah berjanji dengan Maryam semasa makan. Kalau dia habiskan nasi. Adakah anda mempunyai kesabaran yang TINGGI untuk menyuapkan nasi selama satu atau dua jam kepada seorang kanak-kanak kecil setiap hari? Hari ni nak temankan dia bermain basikal. Tapi dengan cuaca sejuk sebegini, nampak gayanya janji tinggal janji la.
Sudah la. Nak cerita panjang lagi tak tahu la entry ini selamat diterbitkan atau tidak. Sedang menaip pun wireless buat perangai. Sekejap ada sekejap tiada.
Nampak gayanya sebulan saya perlu bersabar untuk guna balik pc dalam bilik tetamu. Takde harapan la nak bukak page banyak-banyak dengan laptop saya.
Arrghh, nak baca blog orang laju-laju. Tensen. tensen. Titik.
Saya Sayang Kamu. Err, kamu sayang saya tak? ( Tak malu tanya. Eh, bukan ke kasih sayang itu perlu diluahkan. Kalau disimpan siapa yang tahu. Melainkan anda boleh membaca isi hati dia.)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment