Monday, February 22, 2010

Selepas 6 Hari Abang Di ICU...



Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...



Tak henti mulut mengucapkan syukur atas rahmat dan kasih sayang Allah swt kerana masih memanjangkan umur abang untuk menjadi hamba di muka bumiNYA.


Semalam saya menghubungi mak untuk mengetahui perkembangan terkini kesihatan abang. Alhamdulillah, abang dah sedar tetapi masih di bawah pengawasan doktor. Mak cerita, abang bila sedar minta makan dan minum. Merayu-rayu dengan mak tetapi doktor tak benarkan. Paru-paru abang masih lemah untuk menerima air. Takut-takut paru-paru berair.


Lagipun, menurut kata isteri sepupu saya, aban
g masih tak sedar sepenuhnya lagi. Apa yang diucapkan tu hanya racauan semata-mata. Lebih membuatkan mereka terkejut, abang seolah-olah sedar dan sempat lagi memarahi nurse yang memakaikan alat bantuan pernafasan. Kalau ikutkan, mereka yang koma mengambil masa seminggu untuk pulih daya ingatan seperti orang normal.


Sedih bila dengar mak cerita tentang abang yan
g sentiasa memanggil mak. Sampaikan mak perlu menyorok tak boleh berjumpa dengan abang. Saya tahan air mata tak nak menangis dah. Cukup besar rahmat yang Allah berikan untuk abang. Harap dia kuat untuk terus bertahan dan kembali sihat seperti sediakala.


Buat semua yang mendoakan abang dan memberi kata nasihat dan kekuatan. SEKALI LAGI, SAYA UCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH...



Teringat perbualan terakhir dengan abang sebelum dia masuk ICU. Katanya, "Ma, belikan abang jersey Arsenal 2-3 helai. ABANG TERINGIN NAK PAKAI. Abang dah kurus." Kemudian saya gelakkan saja. Alasan yang selalu saya berikan bila dia meminta belikan baju. TAKDE SIZE. Abang menambah. "Tak percaya. Nanti aku tunjuk gambar aku kurus. Jangan lupa tau beli."


Insyaallah, nanti abang dah sihat. Boleh la pakai jersey tu.


Buat yang tertanya-tanya... Abang saya memang dah 3 bulan keluar masuk hospital Ampang Puteri. Pada asalnya dia menerima rawatan kerana dua injap jantung tidak berfungsi/ lemah kerana dengkur. Kemudian ada pula jangkitan kuman di paru-paru. Doktor memang nasihatkan dia supaya berjaga-jaga. Jangan sampai jatuh. Kalau jatuh kemungkinan untuk maut itu memang ADA.

Jadi pada malam Selasa yang lepas, dia jatuh dari duduk ketika menonton tv. Alhamdulilah, ambulans cepat sampai dan jalanraya tidak sesak. Jadi, peluang untuk kena stroke itu tipis. Doktor sempat selamatkan walaupun menurut mak, abang dah menggelupur kerana kancing gigi. Sampaikan luka lidah kerana digigit.

Jadi 4 hari di hospital doktor komakan dia untuk memberi kerehatan kepada jantung dan untuk rawatan susulan.


Begitulah kisah di sebalik tabir.

:D



3 comments:

YucIkA said...

alhamdulillah..
moga selamat semuanya..

jgn lupa sentiasa berdoa..Allah sentiasa ada untuk mendengar doa2 kita... :)

qaseh um masyitah said...

Salam dik,alhamdulillah,abang Irma dah makin sedar. sedih akak baca bila mak Irma kena nyorok..besar kuasa Allah kan dik...
kejadian akak koma dulu pun..semuanya keajaiban Allah.

fazlinil irma said...

yucika..

TERIMA KASIH atas doa dan nasihat awak..

kak asma..

wsalam.. betul kak. moga yg terbaik dari allah utk hambanya..