Wednesday, December 1, 2010

Snow Turun Di Akhir November.

Assalamualaikum wbt.


Hari terakhir di bulan November dengan izin Allah swt salji telah turun dengan lebatnya. Alhamdulillah. Merasa lagi tangan ini memegang halusnya salji dan dinginnya angin sejuk yang membeku.


Sejak pagi semalam salji turun perlahan-lahan sehingga membawa ke malam. Ada sekali sekala salji bertukar menjadi lebat tetapi tidak lama.


Sehingga sekarang ketika saya menulis entry ini, salji masih lagi turun. Rasanya ada kot lebih dari tiga inci tebalnya. 


Esok sekolah akan ditutup. Macam biasa. Demi keselamatan pelajar.


Biasanya, salji seronok bila baru mula turun sehinggalah lebat pada hari pertama. Masuk hari kedua dan ketiga sehinggalah seterusnya. Salji dah tak jadi seronok. Lebih kepada bahaya. Masa ni rasa nak je pakai kasut yang ada paku. Biar lebih cengkaman. Kalau tak mahu ada yang jadi nangka busuk. ;P


















Sediakan payung semasa salji. Senang nak ambil gambar. Risau saya bila tengok salji jatuh kat kamera. Kena lens. Masuk celah-celah kamera. Jenuh setiap kali jatuh atas lens nak kena lap dengan tisu. 


Harap-harap kamera saya gagah menghadapi sejuk beku salji macam tuan dia. Kewl kan..!! ;D



5 comments:

Lady of Leisure said...

hehehe betul2 bila dah keras tu nak jalan susah kan.. tapi masa tengah turun tu best tegok, cantik dia jatuh melayang layang kan.. :)

Ummu~Ishak said...

sedapnya buat ABC

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

salji terakhir sebelum balik mesia kan.. mesti sayu jer hati irma.. kami2 yang tak pernah rasa salji lagi la teringin kan. apa kan daya tak de peluang...

eh tawaran tulis nama masih terbukak lagi tak. hehehehe, kalau yer, tulis gini " Cik Puan Mimi, Mama Farhan & Emily" .. hehehe kalau tawaran dah tutup tak yah la. hahahahaha

Anonymous said...

bestnya salji..teringin juga nk merasa salji..rindu london..
tp bg sy,to be honest,salji di london ni nipis n tercemar kan..
salji di swiss or korea sgt heaven!

ape2pun..rindu london very much.

ummu said...

assalamualaikum Irma
mungkin salji itu bagaikan mengerti...