Saturday, February 27, 2010

Rajinnya Dia Membantu...

Hari Selasa lepas saya bercadang membaking sebiji kek. SEBIJI SAHAJA. Ini bukan kedai kek nak buat banyak-banyak. Eh, tapi esok mana tahu kan. Kalau ada yang berminat nak tempah kek dengan saya. Tunggu ya saya balik Malaysia nanti. :D


Video Part 1 :





Hari tu, Maryam balik awal dari sekolah. Alasannya sakit perut. Kata kak ct, dalam kereta nak balik dah tak sakit. Haiyya. Sian ummi bergegas dari klinik nak ambil Maryam.


Sampai rumah terus elok je. Sampai masa saya nak buat kek. Beriya-iya nak tolong saya. Mujur mood saya baik hari tu. Dengan senang hati saya pun benarkan dia pecahkan telur.


Video Part 2




Nama pun budak baru belajar kan. Mestilah tak mahir lagi. Takut-takut je nak pecahkan telur. Sampai satu tahap, terlepas telur masuk mangkuk. Pheeww... alhamdulillah. Saya pun relax ja bila tengok. Tak rugi pun kalau tak marah:D


Video Part 3 :





Orait my dear. Esok boleh tolong ummi buat kek ye. :D


Friday, February 26, 2010

Nabi Anak Yatim...




Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung


Sama-sama kita muhasabah diri. Ini peringatan untuk saya. Sebagai manusia yang sering lalai dengan keseronokan dunia sedangkan Allah dah janjikan keseronokan yang lebih abadi kan. SYURGA. Astaghfirullah...


Berapa ramai di antara kita menguasai sirah besar Nabi Muhammad SAW dengan baik. Atau kita lebih mengagungkan sejarah manusia lebih dari sirah Nabi bukan..?


Berapa ramai yang membacakan sirah nabi kepada anak-anak sebelum tidur..? Atau kita lebih mengutamakan cerita dongeng yang tidak membina peribadi seorang muslim.

Adakah anak-anak kita mengingati nama-nama nabi atau mereka lebih mengingati nama-nama penyanyi yang popular masa kini..?

Saya sendiri. Berapa banyak buku-buku sirah dan buku-buku ilmiah yang sudah dihadam dengan baik. Sedikit. Berbanding dengan novel-novel yang ada dalam koleksi sendiri.

Allahu akbar. Lalainya saya.


Kita mahukan syurga bukan sebagai balasan kehidupan kita di dunia ini. Dengan saham-saham yang kita kumpulkan untuk dipersembahkan di akhirat kelak. Malangnya... Berapa ramai di antara kita sedar dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri langsung kemudiannya mencorakkan generasi - generasi pemuda Islam dengan nilaian dan acuan yang telah disediakan sebagai panduan dalam Islam itu sendiri. MasyaAllah.. semoga kita tidak dipersoalkan di akhirat kelak nanti. Wallahu a'lam...


Alangkah Indahnya Hidup Ini...




Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu


Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu


Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu


Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...


Perbanyakkan selawat. Moga kita tergolong dalam umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya. Insyaallah.


Nantikan Kelentang Kelentung Bersama...

Chefffff Irmaaaa...

Hehe.

Perasan nyeerrr...!!


Selamat pagi semua...

Seronoknya korang cuti 3 hari.

Sakan betul Malaysia.

Baru minggu lepas cuti Tahun Baru Cina.

Minggu ni cuti Maulidur Rasul pulak ye.



Oh.. MEMANG JELES.



Ni dah sarapan ke belum...?

Kalau belum bagus la. Lepas tengok gambar-gambar ni.

Boleh la cuba ye.

Kalau malas.

Apa lagi.

Telan liur aje laahh..


Saya yang baik hati ni telah menyediakan sesuatu yang istimewa untuk semua.


TADAAAAAA....


PAKEJ MENU UNTUK 3 HARI.


HARI PERTAMA


*** JUMAAT ***



Sarapan Pagi

Scrambled Egg With Sausage And Cheese



Tengahari

Asam Pedas Ikan Mackarel



Minum Petang

Pandan Marble Cake



Malam

Ayam Masak Lemak Cili Padi




HARI KEDUA


:: SABTU ::



Sarapan

Puteri Ayu



Tengahari

AyamMasak Kicap



Malam

Singgang Ikan



Cicah dengan Air Asam



Minum Petang

Bubur Kacang Hijau



HARI KETIGA


~ AHAD ~



Sarapan

Kue Tiaw Udang



Tengahari

Laksa Johor



Malam

Ikan Masak Lemak

dengan




Udang Goreng Kunyit



AMACAM...??


TERGODA..


TERLIUR..



Apa...?


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*



RESEPI...?


*


*


*


*


*



Tunggguuuuuu......!!


:D

Tunggu Kami Ya Rasulullah...!!!




SALAM MAULIDUR RASUL


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (33: 21)”



Baginda saw juga tidak lahir takjub seperti Adam, Hawa mahupun Isa. Malah sebenarnya, Baginda saw hadir ke bumi Allah tanpa sempat melihat wajah seorang ayah. Bagaimana rupa Abdullah, entahlah Baginda saw tidak tahu. Baginda saw bukanlah kecuali hanya seorang manusia biasa seperti kita-kita juga. Tetapi berbekalkan nur Tuhan dan inspirasi al-Quran, Baginda saw membina sebuah peradaban manusia. Subhan Allah.



Baginda saw seperti anak-anak kecil yang lain. Cuma, ibu dan datuk Baginda saw telah pergi awal. Apakah sebenarnya ya perasaan seorang anak kecil melihat ibunya meninggal dunia di depan mata, nun di tengah padang pasir yang tandus dan kering? Pun begitu, di tangan Baginda saw sebuah peradaban manusia terbina. Subhan Allah.



Baginda saw seorang laki-laki, seperti sebahagian dari kita-kita. Cuma, Baginda saw titiskan air mata ketika Zaynab ibn Muhammad terpaksa pergi dahulu. Baginda saw seorang ayah yang terbaik, walaupun tidak pernah sekalipun Baginda saw fahami dan rasai arti kasih sayang seorang ayah. Air mata pernah juga sebenarnya mengalir di pipi saat-saat Ibn Mas’ud membacakan sebahagian surah an-Nisaa’ untuk Baginda saw, “Dan bagaimanakah, jika Kami datangkan seorang saksi dari setiap ummah, dan Kami datangkan engkau sebagai saksi kepada mereka?” [4 : 41] Dengan air mata itu, Baginda saw hadiahkan sebuah peradaban dunia. Subhan Allah.



Baginda saw juga seorang perwira. Di tangan Baginda saw, telah ramai hati-hati yang tunduk membesarkan Allah Taala. Baginda saw pernah menegur Khabbab al-Arrat kerana tergesa-tergesa, hanya kerana tidak tahan dengan siksaan Quraisy. Saat lain pula, Baginda saw sempat berjenaka dengan Ali ibn Abu Talib ketika menjamah kurma bersama para sahabat. Pada saat makan kurma itu, biji kurma bekas Ali diletakkan di depan Baginda saw. Ketika hampir selesai, Ali berkata “Ya, Rasulullah kelihatan engkau sangat lapar kerana makan kurma begitu banyak, lihat biji kurma itu banyak di depan engkau.”


Kemudian Baginda saw mejawab, “Bukankah engkau yang sebenarnya sangat lapar kerana makan kurma bersama biji-bijinya” . Dengan semangat perwira disulami jenaka, sebuah peradaban dunia Baginda saw bina. Subhan Allah.



Hari ini, harus kita-kita teruskan langkah. Seperti sedih dan sesal Yunus as sebelum keluar dari gelap perut al-Noon, barangkali kita-kita juga perlu turut berdoa ‘Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim’. Kita juga mahu keluar dari kegelapan ini. Juga, kita janji Ustaziyatul Alam sebagai hadiah buat Baginda saw. Dan moga Allah menyampaikan pada Baginda saw di syurga salam rindu kita. Rasulullah, tunggu kami ya!



…Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi

wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera,

‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh...


Tuesday, February 23, 2010

Barney... I LOVE YOU...





I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and
A kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?


Kisahnya begini... Duduk lah. Saya nak cerita ni. Semalam sedang saya membaca novel terbaru (saya yang baru baca) Norhayati Berahim. Di tengah jalan cerita watak perempuan tu digambarkan suka menonton kartun. Semua kartun dia sukalah. Masa tu dikatakan dia sedang menonton kartun Barney.


Saya memang TAK PERNAH tengok kartun Barney. Satu sebabnya Fatih tak tengok. Maka jawapannya saya TAKKAN TENGOK lah. Kami pencinta Dora & Diego yang TEGAR. HaHa. Kartun lain pun tengok juga. Cuma tak SEBANYAK D&D la kan... Celik mata nak Dora. Sampaikan nak makan nasi pun kena upah tengok Dora. Sekarang ni lagi bijak. Dia tahu saya akan bagi dia tengok D&D kalau makan nasi. Kalau tak nak makan. Memang alamatnya . Bye Bye la. Jadi, pagi-pagi dengan sendirinya dia akan cakap. Maa.. nak nasi.


Jadi malam tadi saya cuba meneka bagaimana rentak lagu Barney ni. Secara spontan saya menyanyi syok sendiri. Dua tiga kali menyanyi dalam hati duk kata. Entah betul atau tidak rentak dia. Aarrghh. ABAIKAN. Sambung balik baca sampai dua tiga kali kena libas dengan buku. Ni la akibatnya kalau membaca sambil baring dengan buku setebal 770 mukasurat. Peluang untuk buku makan tuan memang ada. T_____T.


Pagi ni sementara bila teringat lagu Barney semalam. Saya cari dalam Youtube. Naaaahhh. Rupanya BETUL rentak yang saya HENTAM semalam. Eceeehh.. pandai jugak awak ni ye.. !! ~ senyum syok sendiri~


Jadi apa lagi. JOM NYANYI RAMAI-RAMAI. Ekspress sayang anda dengan anak-anak sendiri. Takde anak. Pinjam la anak sesiapa pun. Kalau takde juga. Praktis dulu. Esok kalau jumpa anak kecil. Cuba nyanyi depan dia dengan penuh kasih sayang. MESTI DORANG PUN SAYANG ANDA NANTI.


Saya kena tunggu Fatih bangun baru boleh nyanyi. Ngeeee.


Ok. Sambung balik kerja.


Dah.. Dah.. anda pun boleh la bangun. Dah pukul 6.33 petang kan kat Malaysia.


P mandi.


Monday, February 22, 2010

Banyak Cerita Tergantung...


Semenjak menerima berita abang kurang sihat. Mood untuk menulis memang jatuh merudum. Mana taknya. Hari-hari risaukan tentang abang. Memang takda benda lain yang saya fikirkan. Kalau disamakan dengan suhu musim sejuk sekarang. KALAH SUHU. Mood saya lebih teruk lagi. Mujur tidak lama. 4 hari sahaja. Alhamdulillah...


AJAL dan MAUT di tangan Tuhan kan... Kita dah berusaha sehabis daya. Kalau dah sampai masa. Kepada DIA jugalah kita kembali.



Nanti saya kongsikan cerita dan resepi kelentung kelentang ya... Itulah saham yang mampu saya lakukan. ILMU YANG BERMANFAAT. Selain dari saham-saham yang lain.


Sabar ye... Nanti saya sambung lagi.


Selepas 6 Hari Abang Di ICU...



Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...



Tak henti mulut mengucapkan syukur atas rahmat dan kasih sayang Allah swt kerana masih memanjangkan umur abang untuk menjadi hamba di muka bumiNYA.


Semalam saya menghubungi mak untuk mengetahui perkembangan terkini kesihatan abang. Alhamdulillah, abang dah sedar tetapi masih di bawah pengawasan doktor. Mak cerita, abang bila sedar minta makan dan minum. Merayu-rayu dengan mak tetapi doktor tak benarkan. Paru-paru abang masih lemah untuk menerima air. Takut-takut paru-paru berair.


Lagipun, menurut kata isteri sepupu saya, aban
g masih tak sedar sepenuhnya lagi. Apa yang diucapkan tu hanya racauan semata-mata. Lebih membuatkan mereka terkejut, abang seolah-olah sedar dan sempat lagi memarahi nurse yang memakaikan alat bantuan pernafasan. Kalau ikutkan, mereka yang koma mengambil masa seminggu untuk pulih daya ingatan seperti orang normal.


Sedih bila dengar mak cerita tentang abang yan
g sentiasa memanggil mak. Sampaikan mak perlu menyorok tak boleh berjumpa dengan abang. Saya tahan air mata tak nak menangis dah. Cukup besar rahmat yang Allah berikan untuk abang. Harap dia kuat untuk terus bertahan dan kembali sihat seperti sediakala.


Buat semua yang mendoakan abang dan memberi kata nasihat dan kekuatan. SEKALI LAGI, SAYA UCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH...



Teringat perbualan terakhir dengan abang sebelum dia masuk ICU. Katanya, "Ma, belikan abang jersey Arsenal 2-3 helai. ABANG TERINGIN NAK PAKAI. Abang dah kurus." Kemudian saya gelakkan saja. Alasan yang selalu saya berikan bila dia meminta belikan baju. TAKDE SIZE. Abang menambah. "Tak percaya. Nanti aku tunjuk gambar aku kurus. Jangan lupa tau beli."


Insyaallah, nanti abang dah sihat. Boleh la pakai jersey tu.


Buat yang tertanya-tanya... Abang saya memang dah 3 bulan keluar masuk hospital Ampang Puteri. Pada asalnya dia menerima rawatan kerana dua injap jantung tidak berfungsi/ lemah kerana dengkur. Kemudian ada pula jangkitan kuman di paru-paru. Doktor memang nasihatkan dia supaya berjaga-jaga. Jangan sampai jatuh. Kalau jatuh kemungkinan untuk maut itu memang ADA.

Jadi pada malam Selasa yang lepas, dia jatuh dari duduk ketika menonton tv. Alhamdulilah, ambulans cepat sampai dan jalanraya tidak sesak. Jadi, peluang untuk kena stroke itu tipis. Doktor sempat selamatkan walaupun menurut mak, abang dah menggelupur kerana kancing gigi. Sampaikan luka lidah kerana digigit.

Jadi 4 hari di hospital doktor komakan dia untuk memberi kerehatan kepada jantung dan untuk rawatan susulan.


Begitulah kisah di sebalik tabir.

:D



Wednesday, February 17, 2010

Berita Dari Malaysia...



Berita Pertama :


Jam 4.oo waktu UK... Abang jatuh pengsan ketika menonton tv. Tengah tunggu ambulans untuk ke Ampang Puteri.


Berita Kedua :

Jam 6.30 waktu UK... Abang masuk ICU. Sedang nazak.


Berita Ketiga :

Jam 7.45 waktu UK... Abang dah nazak. Doktor minta semua ahli keluarga datang ke hospital.


Wahai pembaca yang di rahmati Allah sekalian...

Mohon doa dari kalian untuk abang saya. Moga yang terbaik dariNYA untuk saya dan keluarga.


Saya juga mohon kekuatan untuk diri saya sendiri yang kejauhan dari mereka.




Doa kalian saya sudahi dengan ucapan Jazakillahu Khairan Kathira...




Monday, February 15, 2010

Ayam Goreng Tandoori...


Mai.. mai.. saya nak kongsi resepi tertunggak. Ahaaa... jangan ingat bil je boleh tertunggak. Resepi pun boleh tau. Ni kes blog dianak tirikan seketika. BLOG SAHAJA. Internet mana boleh diketepikan. Celik je mata. Perkara pertama yang saya petik ialah suis laptop. See... betapa karibnya saya dengan dunia maya. Bagai SAMBAL dengan BELACAN. Ceehh... apa punya perumpamaan daa...


OK... Ini resepi yang tak jemu diulang berhari-hari. SUNGGUH. BETUL. PERCAYALAH. Nampak gaya boleh tolak ketepi ayam goreng kunyit. Beri laluan karpet merah kepada menu baru untuk dimasak sampai JEMU.



Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 paket rempah tandoori
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar tepung goreng ayam
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

cara:
  • gaulkan semua bahan dengan ayam dan perapkan selama 1/2 jam
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan kekuningan
  • hidangkan panas-panas.
Tip.. Kalau korang rasa resepi ni kena dengan selera harian. Boleh la buat perencah tandoori ni banyak-banyak. SENANG untuk digunakan di kemudian hari.


Resepi asal dari sini.

Selamat Mencuba ya...!!

:D

Sunday, February 14, 2010

The Princess And The Frog...


Hoooreeyyy... Dah tahu nak tengok cerita FREE camana.

HaHa.

LAMBAT bin LEMBAB betul.

Orang lain dah sampai bulan kamu baru nak start enjin.

Haiyyooo... Takpe. Takpe.
~pujuk hati sikit~

;)


Lambat-lambat saya pun tak payah nak DOWNLOAD. Klik je terus boleh tengok.

Apa macam. Ada sesiapa nak belanja pop corn sambil tengok movie.

JOM LAYAN....!!


Tenkiu Teacher Ezzah..!! akakaka.

:D




Thursday, February 11, 2010

Maa... Jom Jalan...!!

Hari ni matahari dengan baik hatinya memancarkan sinarnya sampaikan Fatih tak henti menyebut. Silau. Maa... silau. Walaupun cuaca panas terik tak bermakna panas. Sejuk tetap sejuk. Sampaikan dalam rumah pun terasa sejuk sampai ke tulang. gegegee. Semalam salji turun sikit. Memang sikit pun. Tak sempat sampai tanah dah cair. Tu pun saya dah teruja. Almaklumlah kan. Dah lebih tiga minggu takda salji. Rindu nak pegang salji lagi. HeHe.

Lepas mandi hari ni Fatih ajak saya berjalan. Betul ni. TAK TIPU. Dua tiga kali menyebut. Maa.. Jom jalan. Siap sebut nak pakai Thomas. Pakai socks. Punyalah suka nak jalan. Dah lama pun dia tak berjalan. Kalau naik kereta pastu sampai destinasi turun. Jalan dua puluh langkah masuk rumah. Tu memang la ada. Mana sama kan.

Sanggup tunggu saya selesai solat zohor. Du
duk kat tangga sambil pegang stokin. Saya selesai solat terus panggil. Maa. Konon nak suruh cepat la. Sambil saya bersiap mulut tak henti bercakap. Ada sekali tu dia semacam dah tak sabar. Saya cakap, sekejap. Ma nak pakai tudung. Dia balas. Why..? Saya cakap. Ini aurat. Allah suruh. Terus diam. Moga dia mengerti satu hari nanti. Alahai.. Fatih.. Fatih. :D



Dengan rela hatinya SENYUM dan pandang kamera. Jalan punya pasal. Sanggup dengar kata Kak Irma. HikHik.


Cubaan untuk membuat PEACE...!!



Singgah di Tesco se
kejap.



Nak beli roti.



Muka minta simpati. Maaa.. roti ni berat. Tolong laa.

HuaHua.


Tadaaa... Inilah destinasi kami untuk jalan-jalan. Tak banyak pilihan sebenarnya. Dari jalan-jalan takda matlamat. Biarlah kami menggembirakan itik, angsa dan burung yang kelaparan. Berebut-rebut mereka dengan roti yang dilempar. Sampai tak cukup. Fatih pun siap merengek nak roti lagi. Siap bagitau. Ma, roti kat atas. Atas tu merujuk kepada dapur di rumah dia. HaHa. Lawak la Fatih ni.


Setiap musim memberi impak yang berbeza. Kali ni rasa sayu nak balik. Sejuk punya pasal. Nak tak nak kena balik. Fatih pun dah
meleleh hingus. Sian pulak.


Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah...


Segala puji kembali kepada Pencipta.


Singgah sebentar melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan.




Dah habis. Jom balik.




Tuesday, February 9, 2010

Ayam Ala Kassim...




Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil

3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah

2 sudu besar kicap pekat

3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa


bahan2 kisar:


1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia


cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
  • masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • biarkan seketika sambil dikacau selalu
  • kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
  • masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2

Resepi asal dari sini.


Tip dari bibik :

Dengar ya adik-adik sekalian. Buat kakak yang dah terer masak. Tak yah la. Malu saya. HikHik. Saya pun kalau masak sambal kadang-kadang GAGAL. Terlebih pedas la. Terkurang bawang la. Minyak tak cukup la. Tak cukup garing. Ada je la yang tak kena gaya. SERBA TAK KENA.

Ada masa tu bila masak kalut pun tak jadi. Bila masak sambil lewa menjadi. Ni lah jadinya kalau dah hari-hari memasak. Kadang jadi kadang tak. :D


Ok. Ini tip yang sebenar. :D

Pastikan bahan tumis betul-betul garing. Begitu juga dengan cili. Kalau dua-dua ni masak betul. CONFIRM jadi. Yang penting curah la kasih sayang yang FREE OF CHARGE tu banyak-banyak. Mesti sedap punyalah.

Saya punya hasil dah terbukti sedap.

Apa lagi... SELAMAT MENCUBA.



Pancake With Vanilla Ice Cream & Nutella.



Resepi asal dari sini

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 6 sudu butter - cairkan
  • 21/2 cwn tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar lemon juice - optional
  • secubit garam
Cara-cara
  • Campurkan ke semua bahan dan blend hingga sebati.
  • Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  • Cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
  • Hidangkan panas2 dengan topping pilihan.

Selamat Mencuba.

Monday, February 8, 2010

SMS Dari Sahabat...



Tadi dalam duk leka dengan lappy.

Tiba-tiba hp berbunyi.

Ting.. Ting..

Saya duk ingat siapa la yang bagi sms yang menyentuh perasaan tengah malam buta.

Ceewaahh.. perasan.

Dalam duk ingat tak juga keluar siapa. Terus call no ni. Dengan skemanya terus

tanya sapa ni. Dia terkejut. Haha. Sekali bila dah sembang rupanya Muni.

Terus sembang. BlaBlaBlaaa.

Yippi. Dapat berita gembira. Seronok. Seronok.

Moga Allah permudahkan urusan sahabat saya.


Nak tahu apa sms dia. Meh. Meh kita baca sama.

Ya Allah, wanita yang membaca ini adalah wanita yang cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya.

Tolong murahkan rezeki & tingkatkan kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia.


Ameen... Ameen... Ameen...


Terharu. Sungguh.

Moga Allah juga limpahkan kehidupan yang baik untuk sahabat saya.

Bukan sahabat saya sahaja.

Untuk semua yang membaca entry ini.

Insyaallah.



Sunday, February 7, 2010

Jamu Mata Dulu Sebelum Tido...

Mata dah ngantuk.. Jadi sebelum dia bertukar kan macam dibubuh galah.


Baik saya tidur dulu. HeHe.



Sebelum tido nak bagi korang jamu mata dulu.



HikHiikk...



*

*

*

*

*

*

*

*


Waaalllaaaahhhh.. yum.. yummm..



Lamb Fajitas



ada satu lagi...



scroll bawah lagi

*


*


*


*


*


*


*


*


*

Pheeewiiitttt.....



Fajitas Pie


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


SELAMAT MALAM...

Orang Malaysia kalau nak sambung tido pun boleh.

JOM Titun..



Saturday, February 6, 2010

Akhirnya Dapat Juga...






Haiyooo... Lama sungguh mak lang tunggu nak dapat gambar kalian bertiga. Bila dah dapat seronok tak terkata. Tu tak termasuk melihat video kak jiah dan kak wawa dok menyanyi kat FB. Tak larat mak lang nak gelak sorang-sorang. Pheeww.. penat mak lang tahan gelak. Nasib tak pecah ketawa. Kalau tidak mahu kecoh satu rumah. hehe.

Boleh la buat pengubat rindu mak lang kat sini. Mak Lang rasa semangat mak lang dah makin menipis. Dah terasa macam duduk kat Malaysia sekarang. Ni dah pukul 2 pagi pun masih tak tidur-tidur lagi. HoHo.

Mentang-mentang esok Sabtu. Boleh la masuk pejabat lambat sikit. HeHe.

Babai..




Mak Di London- London Eye...


Cerita bergambar lagi semasa Mak Di London. Rindu dekat mak jadinya keluarlah entry tentang mak. Yolah tu. Kalau hari-hari rindu takkan keluar entry mak hari-hari. HuaHuaHua. Saja je saya simpan cerita tentang mak. Rasa macam nak simpan sampai bulan 10. Boleh ke..? :D


Tarik nafas yang sarat dengan rindu sebelum memulakan cerita.

Hari ni saya bawa mak jalan-jalan naik The London Eye. Asalnya mak tak nak naik atas alasan 'Kan kita dah naik kat Malaysia. Sama je.' Mak.. mak.. cakap macam saya jalan berdua saja dengan dia. Kalau berdua takpe lah juga. Ini makcik dan opah dah tanya sejak kali pertama nampak London Eye. 'Bila kita nak naik benda ni ma..?' Nak tak nak kena la naik jugak kan. Nak jadi anak yang solehah kena SABAR melayan kerenah mereka. Lagipun saya yang bayar. Mak naik je. Muahaha :)



Alhamdulillah, dengan bantuan kak ct, kami dah siap sedia beli tiket secara online. Kalau tidak mahunya jenuh nak beratur panjang. Dengan tiket online tak sampai 15 minit dah selesai urusan di kaunter. Nak jadi cerita masa saya nak ambil tiket di kaunter, Fatih mengamuk dengan Syakirah. Jenuh Syakirah pujuk tapi tak jalan. Kemudian bila saya sampai dia masi
h mengamuk. Saya biarkan dia berjalan sendiri. Nak kata beraninya dia. Dari pintu masuk kaunter tiket London Eye sampailah ke McDonald Fatih berjalan. Ambooii. Sakan betul anak bujang saya ni kalau mengamuk. Tak padan dengan kecik lagi.


Rupanya nak naik London Eye tak perlu ikut masa yang ditetapkan. Asalkan ada tiket, terus tunjuk pada pengawal dah boleh naik. Hampeh. Kami ni punyalah kejar masa takut terlambat. Sambil duduk makan cucuq udang dekat tepi Thames River, saya nampak sekumpulan wanita sedang solat dalam bangunan County Hall di khalayak ramai. Ehhmm, dalam hati saya terdetik. Bukan tak boleh solat. Orang seperti saya saja yang takut nak solat di khalayak ramai. Takut kena tangkap atau disoal. Kalau tengokkan mereka takda apa pun
yang terjadi. Pengajaran untuk saya. JANGAN TAKUT UNTUK MENGAMALKAN ISLAM DI MANA SAJA. Inikan bumi Allah. Apa pun yang terjadi, yakin dengan pergantungan kita padaNYA. Ingat tu..!! :P


Masa ni Syakirah cuti sekolah. Tu yang boleh bawa dia sama. Ada juga peneman Fatih ketika berjalan. Oh ya. Teringat pertanyaan Ain di entry yang lepas. Siapa Fatih..? HeHe. Ingatkan semua pakat dah tahu. Rasanya banyak cerita tentang Fatih dalam blog saya. Mungkin tak jelas kot. Saya main aci sembunyi. KuiKuiKui.


Fatih anak majikan saya yang bongsu. Saya di sini bekerja sebagai pembantu rumah merangkap pengasuh Fatih sepanjang ketiadaan ummi dan abahnya keluar bekerja. Kan selalu je saya sebut 'bibik' dalam entry lepas. Bibik tu sayalah. :D

Lebih manis kalau dipanggil Nanny Mc Irma. Konon-konon macam Nanny McPhee la kan. Pheewiiitt. Perasan betul...!! Ini nanny versi makan belacan tapi tak makan tempoyak. Ikan salmon masak tempoyak boleh makan. Ada-ada ajelah kamu ni BIBIK. Kah Kah Kah...



Cuaca semasa kami menaiki London Eye sangat BEST. Langit cerah ditemani awan gemawan. Ceewaahh. nasib dalam kapsul kami takda pasangan baru kahwin ka. Tak kahwin lagi la. Minta simpang. Kalau tak mahunya kami dapat tengok wayang FREE. Dorang mana reti malu. Namanya pun London. Kurang sikit romantik dari Paris. Kan..? :D



Ini namanya kapsul ya. Eja dalam omputeh CAPSULE. Kenapa namanya capsule..? Kerana bentuk yang mirip kepada rupa ubat atau lebih tepat lagi bentuk telur. Satu capsule boleh memuatkan 25 penumpang pada masa sesak. Kalau takda orang nak naik sorang capsule pun dorang bagi. Tapi mustahil la kan. Kalau setahun 3 juta orang yang teruja nak naik. Berangan la sampai jadi anak raja. Boleh la naik capsule VIP.



Dah nak sampai bawah dah. Satu capsule membuat putaran sekali dalam masa 30 minit. Jangan berangan nak pusing sampai tiga kali. Melainkan kalau beli tiga tiket berasingan. Boleh la duduk lama-lama. Rupanya ada 32 capsule yang mewakili setiap London Borough. Nak tahu lebih lanjut silalah layari Cik Puan Wikipedia - London Eye.
Bibik tak larat nak taip banyak. Malas sudah..!!


Oh ya.. Ini gambar Big Ben dan House Of Parliament dari puncak London Eye. Duduk dalam capsule tak henti berjalan ke sana ke mari. Nasib ramai je orang. Kalau tak boleh main lari-lari pusing kerusi. Mula-mula malu juga dengan yang lain sebab mereka diam menikmati pemandangan dari kerusi atau satu tempat ja. Saya jangan harap la nak duduk diam. Mahunya saya manfaatkan sebaiknya 18 pound yang kak ct hadiahkan. Rugi la kalau tak ambil gambar.



Ini versi capsule dah makin rendah. Nampak tak awan gelap tu. Haa.. cuaca London memang sukar dijangka. Kalau korang tengok gambar di bawah ini cuaca cantik dengan awan cerah yang melatari langit. Awan cerah di sebelah Barat manakala awan gelap di sebelah Timur. Mana-mana pun kita layan je lah.

Dari arah Barat kelihatan Charing Cross Railway. Yang menariknya di sini bagi saya awan tu kelihatan dekat untuk dicapai dek tangan.Ehmm.. tak habis dengan angan-angan kamu. Hujung tu Waterloo Bridge.



Masa ni mak tak nak diambil gambarnya. Takut dia dengan pengawal yang jaga pintu keluar. Bahaya sebenarnya di situ kerana tiada penghadang sebagai benteng dari jatuh ke dalam air. Jadi, keluar sahaja dari capsule kami perlu segera beredar keluar. Saya pula cepat-cepat suruh mak berdiri tegak sebab nak ambil gambar. Hehe. Dapat juga sekeping walaupun mata mak menjeling. :D




Kalau anda bijak. Teka apa yang pelik dalam gambar di atas..?? Kalau rajin tekalah. Kalau ada yang teka betul. Ada la hadiah yang akan saya sediakan. :)



Pemandangan dari atas Westminster Bridge. Boleh buat poskad. Sekarang dalam angan-angan. Aiikk.. angan-angan lagi..? Yelah. Angan-angan ni tak mustahil untuk menjadi kenyataan. Itu pun kalau ada teman. Kalau tak memang jadi angan-angan Mat Jenin je la. HukHukk. Insyaallah, andai diizinkan saya mahu mengambil gambar London Eye pada waktu malam atau senja. Saya tengok kat Google Images memang cantik.



Macam ni. Cantikkan..?

Friday, February 5, 2010

Tinta Buat Bakal Suami...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, ”Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.” Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab dihadapan ALLAH kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga…

Wassalam…

mujaheedsoleh~hasil perkongsian email yang diterima~


Warkah Buat Bakal Isteri...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assolatuwassalam a’la Rasulillah
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam…

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

”Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu”

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa–bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?” Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya” Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.
“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.
Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,
” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku…

Kredit to naeim...~hasil perkongsian dari email yang diterima~

Nantikan balasan Warkah Buat Bakal Suami....

2 Hari Sesudah 2 Tahun...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...


Dah dua tahun saya berada di London. Sihat. Gembira. Seronok. Montel. Comel. Errr.. Perasan. Bluweekk. Hik Hikk. Macam ni la. Tak berubah-ubah pun dari segi fizikal. Macamana datang dua tahun lepas. Macam ni la juga sekarang. BELUM BERUBAH. T____T. Mak dah bising. Bila nak kurus..? Chaiyoookkk Irma..!! ;P


Apa yang saya perolehi sepanjang dua tahun berada di London.

SATU... Saya menjadi manusia yang SABAR dan sentiasa berusaha untuk MENJADI LEBIH SABAR. Dulu sebelum datang ke Londo
n saya memang seorang yang KURANG SABAR. Cepat marah. Anak no tiga la katakan. HeHe. Bila berada dalam suasana yang soleh. Melihat sendiri bagaimana sabarnya kak ct dan suami melayan kerenah anak-anak. Membuatkan saya berfikir. Proses balik diri. SAYA MESTI BELAJAR BERSABAR.


DUA... Saya semakin pandai MASAK. ececee. Yolah tu
. Dulu saya tak reti masak kari. GAGAL. Ingat lagi kari yang dimasak tak naik minyak. Punyalah ngelat. Saya letak minyak masak lagi masa dah masak. Pun tak naik juga minyak. wawawaa. Sadis betul bila ingat balik.

Sekarang. Pejam mata sebelah pun gerenti jadi punya.
Hehehh.

Saya dah cuba kebanyakan resepi barat. Di Malaysia dulu memang saya TAK PERNAH masak semua menu yang saya cuba di sini. Mak pula memang bukan PAKAR dalam masakan barat ni. Setakat makaroni bakar tu boleh la. Yang lain memang saya takkan dapat belajar dari mak. Kena belajar sendiri.

TIGA... Saya semakin menghargai KELUARGA. Jauh kan. Mana boleh sesuka hati nak balik hujung minggu macam dulu. Telefon la sebagai penghubung kasih antara saya dan mereka. Kadang-kadang tu seminggu sampai dua tiga kali saya hubungi mereka. Bila ada masalah saya yang jauh ni jugalah menjadi pendengar yang setia. Cuba mencari penyelesaian ataupun paling kurang tadah telinga untuk menjadi pendengar. Nasib la telefon sini murah.


EMPAT... Jauh perjalanan luas pengalaman. Betul. Saya setuju dengan kata-kata ini. Tak dapat disangkal. Merasai pengalaman berjalan melihat budaya, cara hidup dan pemikiran mereka dari apa yang ada sekarang membuatkan saya kagum dengan mereka. Tak banyak. Sikit je. Mana yang baik saya ambil. Yang buruk tolak buang jauh. Piuuuunnngggg... masuk lombong..!! ;D


LIMA... Masa yang flexible. Best oo kerja jadi bibik ni. Bangun pagi lepas solat subuh boleh golek-golek atas katil. Tak payah mandi dah boleh pergi kerja. HaHa. Ikut suka hati je nak kerja macamana. Tak payah fikir nak gosok baju apa. Nak pakai baju mana. Haaa.. lagi best. Dah dua tahun tak buat baju baru. Betapa jimatnya saya. HuaHua. Jimat kat situ. Boros kat lain. akakaka. Lagi best, Tension tu takde. Boring je kadang-kadang datang. Tu pun tak lama. Bila fikir orang lain yang tension kerja. Saya kira kenapa perlu merungut..? Ini kan pilihan saya.


ENAM... Saya dapat bawa mak jalan-jalan di London. Lebih manis lagi makcik dan opah menemani mak sepanjang dua minggu mereka di sini. Kepuasan yang tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Sampai sekarang bila dikenangkan balik airmata saya akan bergenang. Bukan kerana sedih. Tetapi saya gembira kerana dapat memenuhi hajat mak untuk melihat negara orang.


Eehhmm.. cukuplah. Malas nak fikir apa lagi. Kalau disambung memang panjang berjela. Udah-udah ler tu...!! :D


Ada juga suara-suara yang mempertikaikan kenapa saya berhenti dari mengajar dan ingin bekerja sebagai pembantu rumah. Rugi
kata mereka dengan pengalaman yang saya ada sebagai seorang guru. Ada juga rasa menyesal masa dengar kata-kata mereka. Saya ni kan degil. HeHe. Kalau saya nak. Saya akan buat bagi jadi. Masa tu saya tak kisah apa orang nak cakap. Yang saya nampak masa tu. SAYA DAPAT PERGI LONDON. Whooaaaa... seronok tak yah cakap la ok. Kalau nak harapkan kerja sebagai guru swasta memang TAKKAN DAPAT MERASA.


Bukankah ini namanya PELUANG. Alhamdulillah, peluang yang saya rebut ni sedikit pun tidak merugikan malahan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.


Insyaallah. Pengalaman yang saya dapat di sini akan membuka peluang yang lain untuk saya semasa di Malaysia nanti. Moga Allah permudahkan urusan saya. Ameen...


Tahukah kamu. Bila berjauhan dengan keluarga. Di
mana tiada siapa yang menjaga kamu. Tiada siapa yang menemani kamu. Maka kita akan meletakkan Allah sebagai tempat bergantung sepenuhnya. Nak tak nak memang kena yakin Allah sebagai pelindung. Itulah yang saya rasa selama berada jauh dengan keluarga. Adakalanya saya berjalan seorang diri. Tiada teman. Memang kepadaNYA jualah saya memohon perlindungan. Alhamdulillah. Selagi mana niat kita betul. Tidak melanggar batas-batas syariat. Selagi itulah Allah akan bersama kita. Kena yakin. Bukan setakat hari ini tapi untuk selamanya. Insyaallah..



Ada kawan-kawan yang dah mula bertanya.


Ma.. nanti bila awak balik. mesti awak rindu dengan Fatih kan..??


T_______T

Bukankah pertemuan itu sahabat kepada perpisahan.