Tuesday, March 15, 2011

Meatball in Tomato Sauce.

Assalamualaikum wbt.

Haaiii.... ~ ala.. ala... sleeping beauty yang tidur 100 tahun baru bangun. Ini versi tuan empunya blog yang malas nak menulis entry. Maafkan kami.~

Ini pun saya tulis sebab nak kongsikan resepi. 

Oh... so sweet..!! ;P

Dah lama saya cuba resepi Meatball in tomato sauce. Tak la lama mana pun. Hari Jumaat lepas. Nyum... Nyum... wallah. Seronoknya bila mood rajin masuk dapur datang sekali sekala. Masa ni lah saya akan gunakan semaksima yang baik untuk memasak. Bila mood memasak ala kadar sahaja. Menu brunch saya ialah biskut dengan air milo sementara tunggu petang nak turun bawah pilih mana satu restoren yang nak cuba. Bila tak sedap (baca: tak kena selera) mulalah komen tak sedap. Bla. bla. bla. Esok cari kedai lain pulak. Sampai la dah boring nak makan kat kedai. 

Resepi meatball. 5-7 orang makan.

500 gram daging cincang
2 biji bawang besar -dipotong dadu
3 ulas bawang putih -dicincang
1 biji telur-dipukul sedikit
3/4 cawan bread crumb
1 sudu besar mentega
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh rosemary
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam

Cara -cara :

Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan mesra. Bentukkan menjadi bebola sebesar bola ping pong. Pastikan anda kepal dengan sebaiknya untuk mengelakkan bebola terlerai ketika dibakar.

Siap kesemua adunan bebola. Bolehlah dibakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 170 'C atau digoreng di atas kuali dengan kadar minyak yang sedikit selama 10 min. Syarat tak nak melekat. Jika ada kuali non stick lebih baik. Amalkan gaya memasak yang sihat. ;)

Sambil menunggu bebola daging masak. Boleh lah disediakan kuah tomato.

Bahan-bahan :

1 mangkuk tomato cincang/dadu, anggaran 3-5 biji tomato- kalau jumpa tomato soup dalam tin yang siap ada creamer tu lagi best. sedap.
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan tomato paste
2 sudu besar oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 cawan air - boleh tambah air kalau rasa kuah pekat sangat.
minyak untuk menumis

untuk dibakar :

parmesen cheese 
mozarella cheese

Cara-cara :

Tumiskan bawang sampai garing. Masukkan cili kisar. Tunggu sampai cili garing. Masukkan sos tiram, cili dan tomato paste. Kacau sampai sebati.

Masukkan tomato cincang atau tomato soup. Kacau sampai mendidih. 

Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam. Rasa secukupnya. Cukup masin, masam dan pedas. Boleh tutup api.

Alihkan sos tomato dalam bekas yang tahan panas. Susun bebola daging dan taburkan cheese.

Bakar dengan suhu 180'C selama 20 minit sehingga cheese bertukar kekuningan atau garing keemasan.

Boleh di hidang dengan spaghetti atau dimakan dengan roti macam Subway. Waahhh.. terliur lah pulak saya malam-malam ni. Gullpp..!!





Selamat mencuba ya kawan-kawan..!!


2 comments:

marinahunny said...

sedapnye...asyik beli yg dh siap je, buat sndiri mesti lagi sedap kan..

ADEEYA said...

Hihi my fav lil boy tgk gambar ni dia trus kata 'Jajan nak jajan nak' huhu meraung lah jp sebab ckp tkde.