Sunday, April 17, 2011

Macaron Class at Nathalie's Gourmet Studio, Solaris Dutamas (2).

Assalamualaikum wbt.

Mari menyambung cerita macaron. Mood sangat baik hari ni. Momentum bermacaron masih di tahap tinggi. Jom lah tengok apa cerita lagi ye.

Selepas Nathalie menunjukkan cara-cara membuat macaron raspberry. Tibalah giliran kami menunjukkan kebolehan dan kefahaman kami dalam membuat macaron. Waahh. masa ni takut la jugak. Mana tau kena dekat tangan kami tak menjadi ke kan. Bagusnya Nathalie ni dia seorang yang tenang. Macamana kalut pun kami dia tetap relax ja. Mulut dia tak pernah berhenti dari memuji.

Perfect. Perfect. Perfect.

Anak murid mana tak bangga kan. Kembang kuncup hati bila cikgu kata perfect. Buatnya bukanlah banyak mana pun. Cuma godek adunan tu bagi sebati. Buat sorang sikit. Setiap langkah tu penting. Silap langkah, jatuh sapa nangis. Kami jugak. ;)



Masa genting. Bukan pegi Genting. ;P

Tengok muka cuak sapa tu..? keh keh keehh.


Dengan cikgu sekali muka cuak. 

Cikgu cuak. Tipulah kau ma. Mana ada. Dia dah buat beribu-ribu lemon. Dah tahu kat mana kurang kat mana terlebihnya. Jangan risau ma.


Semua orang dapat peluang. Piping adunan sorang sikit.


Ehhh... eehhhh... anak siapa ni..?


Mencuba bakat mengadun. Nampak senang. Kacau. Kacau. 


Tengok.. tengok.. budak tangan Parkinson buat. ;P

Saya suka bila Nathalie betulkan adunan yang cacat.

Memang terbaeekk..!


Dalam hati ada taman betul bila tengok 'feet' dah keluar.


Dah terbaring selepas siap dibakar dan dikeringkan.

Tak sabarnya nak letak filling pulak.


Ok. Masa untuk menyediakan filling.


11 orang dalam satu kelas. Oklah kan. Kelas besar. Selesa. 

Boleh main kejar-kejar dalam kelas okey.


Salted Caramel Macaron. 

Oh.. oh.. oh lihatlah warnaku. ~macaron gediks~

Inilah keistimewaan macaron Nathalie. Warna dia memang tersendiri. Lain dari macaron tempat lain. Itulah kelebihan dia. Kami pelajar dia pun tak boleh nak tiru. Pewarna tu memang datang dari Paghi. Woiit.. bukan Parit. Ate korang silap sebut. Paris lah senang citer. Dia sendiri tak dapat nak tolong kami belikan pewarna. Pendapat peribadi saya, itulah strategi dia. Kalau dia bagi rugilah kan. Orang lain jual macaron dengan harga yang murah ( sekupang dua) dapat menjamu mata dengan rupa sama macam macaron Nathalie.

Saya terfikir kenapa dia tak tunjukkan botol pewarna yang digunakan. Boleh juga saya cari dekat internet atau minta kawan-kawan belikan dari UK. Ehmm.. itulah. Tak dapek den nak tengok. Dia dah letak dalam sudu siap-siap. Rupa botol atau peket pewarna pun ngak ada. Kalau korang nak warna cantik boleh beli di Nathalie Gourmet Studio. 

Pengalaman kawan-kawan yang guna pewarna sedia ada di pasaran memang tak dapat nak tandingi warna macaron Nathalie. Warna dia memang lain. Haiiishhh, jeles ni tau. 

Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sekiranya Nathalie bagi semua kat pelajar dia. Bankrup la dia kan. Jadi nak jadi macam Nathalie kena usaha sendiri. Buat kajian. Cari pembekal yang dapat jual pewarna serupa  macam Nathalie. Kejayaan takkan datang bergolek. Jatuh, bangun, kritikan dan pujian orang ramai tu lah yang akan mematangkan kita. Ewaahhh, kamu cakap macam dah buat macaron untuk menjual. ;P Saya tulis berdasarkan pemerhatian mereka yang dah berjaya dan sedang menuju kejayaan. 


Bersambung lagi.



12 comments:

picairin said...

macarons tu ap ya??? cookies is it??? aduyai... cam ketinggalan plak rasa tetiba...huhu...tau makan jak..yg laen suma tolak tepi...ni la akibatnya...hehe...

orang muka cuak said...

kahkahkah!! nampak benor "veteren" nya...ishhhh... :P

p/s a'ah lah irma..baru terpikir pasal bekas serbuk kaler dia tu..

Nur Ede said...

Irmaaa...
Terghuda nyer akak... jelous nyer akak... adusss... nak blajar jugak.. tapi takut tak faham.. main cakap paris maris nie... akak tak pandai... huhuhu....

♀ Perempuan Manis said...

mmg teringin gler nk blaja wat macaron ni..slalu tgk kt flm citer gossip girl jer..huhuh..teringin nk makan same..^.^ cantik macaron tu!

marinahunny said...

irma, akak teringin sgt nk rasa macaron yg filling pistachio tu, yg wrna hijau tu..huhuhu

Ummu~Ishak said...

soalan yg sama dgn picairin - macaron tu apa kebendanya? dah lama nak tanya tapi tak tanya2. nampak macam biskut tapi tatau la biskut ke tak

Afifi said...

wah napk mcm sedap jer....

kamu..ye,kamu! said...

best nye..kelas ni kat mane ek?? i menarik,,nak join la

farhanah said...

sukanya baca post akak pasal kelas tu! cepat-cepat sambung tau :D

mrs kayrul said...

salam kenal kak....sedap tengok macarons tue...

Anonymous said...

ini sudah cukup bagus... nnt akak tempah yer, bg discount tau! heheh.
jom tgk daffodils!

Zaza said...

sronoknye dia.. hihihi. nnt kite blik msia blh la tlong masakkan..