Monday, April 18, 2011

Macaron Class at Nathalie's Gourmet Studio, Solaris Dutamas (3).

Assalamualaikum wbt.

Ada dua komen di blog yang saya mahu jawab di sini. Boleh bebel panjang-panjang dan ramai yang boleh baca.

1- macarons tu ap ya??? cookies is it??? aduyai... cam ketinggalan plak rasa tetiba...huhu...tau makan jak..yg laen suma tolak tepi...ni la akibatnya...hehe... Picairin.

Meh nak terangkan biar jelas. Macaron adalah sejenis kudapan/biskut dibuat dari telur putih, badam kisar dan gula caster. Nampak mudah kan bahan asas yang digunakan. Tiga je. Ada lagi bahan lain. Food colouring. Bahan buat filling. Apa yang membuatkan macaron ni mahal adalah bergantung kepada bahan dan teknik pembuatan yang memerlukan kos yang tinggi. 

Silap teknik akan jadi mangsa tong sampah. Sedih. Makan dalam Oo. Tak lama. Lepas tu semangat nak buat datang balik. Betulkan pencinta macaron? ;)

Macaron berasal dari Perancis. Kat sana macaron yang terkenal datang dari Laduree atau Pierre Hermes.

Macaron yang betul menjadi mempunyai permukaan yang rata dan ada feet. Rasanya crispy diluar dan chewy di dalam. Semestinya macaron mempunyai rasa manis. Manis sangat. Jangan gelabah okey. Meh nak bagitau. Nak rasa sedap masyuk, cuba makan macaron dengan teh O pudina tanpa gula. Sedap. 

Nak bagitahu lagi. Macaron tak sama dengan biskut yang boleh dimakan sampai 10 biji sekali jalan. Tak pasal-pasal ada yang dapat kencing manis pulak. Saya pun bila beli excited sampai 15 biji sekali borong. Nak warna tu. Nak warna ni. Bukan beli sebab perisa. Beli sebab warna. ;P Bila makan, saya makan sebiji atau dua pastu simpan. Macaron dari Nathalie Gourmet Studio boleh tahan sampai 10 hari kalau simpan dalam peti ais. Tak yah la kalut perabis sekali jalan kan. Kita enjoy sehari dua biji sambil gigit sikit-sikit. Nyum. Nyum.

Harga mahal. Satu bergantung pada bahan yang diguna. Ada yang guna bahan murah, boleh la jual dengan harga murah. Guna bahan mahal, takkan la nak jual murah kan. Bagi saya lah, bila cakap hal makanan. Tok sah la berkira sangat. Barang lain yang berharga beratus ringgit atau beribu riban boleh beli. Takkan macaron harga seketul RM1.80 atau RM4.40 tak boleh beli. Kita bukan nak makan hari-hari macaron ni. Sekali melabur untuk membantu orang melayu berniaga. Apa salahnya kan. ;) 

Nak bagitahu lagi, nak buat macaron ni memerlukan peralatan yang bukan boleh beli dengan harga RM10 atau RM50 saja. Bukan pakai periuk, sudip atau dapur gas sahaja. Tak. tak. Macaron tak pandang peralatan macam ni. Dia nak baring atas silpat yang berharga RM65 sekeping. Nak diukur suhu dengan digital thermometer yang berharga ratusan ringgit. Dah siap nak duduk dalam peti ais memanjang. Sekadar menyebut beberapa perkara sahaja. Itu kami sebagai pembuat macaron tak kisah. Dah minat kan. Stand mixer harga RM2k pun sanggup beli.

Saya dah belajar buat macaron dari tiga orang cikgu. Kesemua menggunakan peralatan yang berbeza. Uisshhh. ~kesat peluh~ 

Cukuplah cerita pasal biskut mahal ni ye. Harap korang dapat gambaran serba sedikit tentang biskut yang sedang mendapat tempat di hati perempuan comel di luar sana. =)

Sambung cerita kelas pulak.






Bila dah siap dikeringkan. Masa untuk letak filling pulak. Nathalie tunjukkan macamana nak letak filling. Kemudian, dia serahkan semuanya pada kami. Nak letak banyak ke. Sikit ke. Terserah. 


Nyum. Nyum. Masa ni dah tak sabar nak rasa. Tunggu Nathalie bagi lampu hijau saja. 



Macaron Chocolate ni sedap bagi sesapa yang suka dark choc. Saya kurang sikit sebab ada rasa pahit. Saya tahu chocolate mesti lemak berkrim disukai ramai. eheh. 

Saya silap. Saya silap. haha. Macaron atas ni saya makan masa dalam kelas. Tu yang rasa pahit. Terbaru. Selepas dua hari macaron chocolate ni disimpan dalam peti ais. Baru sekejap ni saya rasa. Masyaallah. Sedapnya. Tak tipu. Sungguh. Betul. Dah tak rasa pahit sangat. Saya makan dua biji tanpa rasa bersalah. Sedap sungguh..!



Raspberry macaron bagi sesiapa yang suka filling masam. Auww.. masam ya ampun. Sampai merembes air liur sambil menaip ni. Terasa masam walau tak makan.



Yo, doblas biji macaron yang sedia untuk dibawa pulang. 



Siap. Buah tangan dari Nathalie's Gourmet Studio.




Terima kasih Nathalie. Memang profesional sungguh cara dia bekerja. Bukan setakat dia saja. Saya tengok semua kakitangan yang bekerja pun sama. Tekun bekerja. Serius. Sampaikan pekerja Indonesia yang bekerja pun bukan calang-calang pekerja. Speaking London lagi. Wehooa. Sampai saya pun terdetik dalam hati. "Macam best je keja dengan Nathalie. Nak keja basuh perkakas la dengan dia. Hari-hari boleh tengok dia buat macaron." Punyalah teruja tengok studio dia sampai boleh pikir macam tu. heheh.

Rasa nak je pegi lagi kelas dia. Seronok. :D


Ok bagi sesiapa yang nak merasa macaron Nathalie. Ini alamat dia. 


Nathalie's Gourmet Studio 
Unit A4-1-5 - Solaris Dutamas  
Jalan Dutamas - 50480 Kuala Lumpur


03 - 6207 9572


http://www.nathaliegourmetstudio.com/

Bila dah sampai depan bangunan  Solaris Dutamas  tu kan. Dongak atas belah kanan. Nanti nampak signboard dia. Nak best jom la ajak saya. hehe.

Sesiapa nak join kelas dia bagitahu saya. Eh. Ada pulak. ;P

Sila rujuk tarikh di website Nathalie Gourmet Studio. Klik dekat cooking classes. Ada kosong. Telefon dia dan tempah tempat. Nanti dia akan hantar email untuk prosedur seterusnya. Jangan risau pasal bahasa. Nathalie punya english boleh difahami.  

Ok. Habis dah cerita pasal kelas macaron bersama Nathalie. Cerita macaron takkan habis. ngee.

Sekian. =)




13 comments:

marinahunny said...

happy sgt kan bila dpt buat apa yg kita minat..?

Unknown said...

memula baca entry pasal macaron, dah teringin nak rasa. Pastu ada lg satu entry pasal macaron lg, keinginan bertambah. Ni dah x tau entry macaron yg ke brp k.irma tulis --> keinginan nak merasa semakin memuncak! wuwuwu~~

picairin said...

wah,, wajib cuba....=) thanks for the looong explanation... ^^

Ogy said...

ala sedapnyer.. teringin nak makan.. heheh... nanti bila ku jumpa akanku beli 10pcs. hahaa

Nur Ede said...

Assalam Irma..
Trima kasih Irma yer... diatas maklumat yang tepat dan padat... akak mmg teringin sangat nak blajar..

Anonymous said...

tgk tu irma, byk yg teringin nk tau psl macaron, ape lg cikgu, kn bukak kelas kal cmni dek,hihihhi

nieda said...

bestnya, suka tgk yg comel2..kalau buat nanti tunjuk lah step by step yer sekali dgn peralatan..hehe

mama tisya said...

sedapnye macaron..yum2

nieda said...

salam irma,
minta izin copy paste maksud macaron masuk blog nida yer

toyolkiut said...

dngr citer pun dh tgoda..
blm tngok dpn mata lg tu..

sedapnya macaroon..

Liza Othman said...

salam..
nak tanya Nathalie ade jual silpat mat tu ke?

Fazlinil Irma said...

norliza othman.

takde. nathalie tak jual tools utk macaron. cuba cari dekat pastry pro kepong atau bake with yen chow kit.

Liza Othman said...

irma,

thanks. aritu ade pergi bwy chow kit nampak ada macam mat rupa ala2 silpat (tp bukan). saiz die besat sangat, takmuat oven kecikku =D.

silpat tak boleh potong kan? nak carik saiz kecik aje..