Assalamualaikum wbt.
Nama saya Tako Tao Octopus. Saya berharga RM4.50 untuk tiga biji. Saya diperbuat daripada bancuhan tepung, kobis cincang dan ada sedikit sos merah yang sedap. Dah nama octopus, mestilah letak octopus barulah saya jadi sangat bertambah-tambah sedap. Mabeles laahh..!
Tu baru kat bahan dia dah sedap. Belum tamat lagi cerita sedap saya ni. Bila dah siap golek-golek dalam acuan sampailah saya jadi bulat bin montel bertambah garing barulah boleh diangkat masuk dalam kotak. Nak tambah lagi kesedapan saya diletak lagi kepingan ikan yang nipis, mayonis dan kicap bukan cap kipas udang. Kicap khas tak tahulah jenama apa. Tak teringat pulak nak tanya.
Saya tidak keseorangan di sini. Ada lagi kawan lain yang turut sama dijual. Namanya prawn, chicken cheese, unagi dan abalone.
Jadi untuk yang ingin mencuba. Sila dapatkan saya dan kawan-kawan di semua cawangan Jusco yang berhampiran.
Selamat mencuba..!
4 comments:
tak pernah rasa lg menda alah ni. tp biasa dgr org dok mkn sedap sgt ke? halal kan?
sedapnyaaa.....camna nak buat eh? kalau buat macam cucur sotong jer aci tak..:P
sedap sangat tako nie....kalo g jusco mid valley mesti beli....
alamak tiba2 terasa nak makan tako tao. ehehe.. sedap!! =)
Post a Comment