Tuesday, January 10, 2012

Semanis Pavlova.

Assalamualaikum wbt.

Sepuluh hari sudah berlalu di tahun 2012. Syukur padaNya atas rezeki yang tak pernah putus. Alhamdulillah.

Sesekali bila bersembang dengan saudara yang lebih berusia, mereka mesti tanya satu soalan.

'Tak nak bukak kedai ke?'

Setakat ni saya menjawab, 'Tak nak lah. Lagi best buat kerja dari rumah. Tak payah fikir pekerja. Sewa kedai. HUTANG.'

Seronok kerja dari rumah ni. Tak payah fikir nak pakai baju apa. Dengan t-shirt buruk dah boleh siapkan sebiji kek. hihi. 

Cuma satu lah nak kena tahan mata. Dapur bersepah masa tengah pulun siapkan order. Kadang saudara datang, saya tengah duk sibuk di dapur. Dah la berkecah. Malu sekejap.

Mak kata, 'Ambik lah pekerja tolong kemas dan basuh peralatan dapur.'

Takde lah saya penat sorang-sorang buat semua.

Eehhhmm.. tak perlu koootttt pembantu.~sambil geleng kepala~

Biarlah saya sorang-sorang tunggang langgang dekat dapur. Susah senang cuci peralatan berbaloi bila tengok peralatan tu bersih mengikut piawaian saya. Nak kata sebenarnya saya ni -----> Cerewet ! Mak saya pun saya tak bagi kemas dan basuh peralatan saya. Ada peralatan yang kena basuh dengan air panas. Kena rendam dulu. Kena sental betul-betul. Bila orang lain buat. Ada je yang tak kena. ;P

Macamana nak ada pembantu? Sian dia nanti saya buli suruh cuci bersih-bersih. 

Masa depan tak tahu lah kan. Kalau dah tak menang tangan. Saya kena fikir juga ambil pembantu.


































Terima kasih pada semua yang pernah menempah kek dari saya.

Setiap komen yang di hantar saya baca sambil tersengih panjang. 

Seronok bila setiap mereka berpuas hati dengan apa yang ditempah.

Bagi yang ingin menempah boleh hubungi saya di talian 013 258 8230.

Setiap panggilan akan di jawab. Setiap SMS akan dibalas walaupun lambat. ~ Ya ampun!~










5 comments:

::CIK LYNN:: said...

alahai...tliur nya tgk kek2 akak...huhu

nadiahazhari said...

salam kak, saya banyak kali try pavlova nie....luar crispy dalam dia still nampak putih...ke saya buat tebal sangat and bakar sekejap...tapi dekat 1 and half hour dah dlm oven.....ley bg tips...

notie said...

Yang no 2 tu kek apa? Nampak sedap je dalam bekas

SuRiA said...

salam..kak

trm ksh byk2 sbb sudi berkongsi resipi...sy dah pun bt cheese cake orea..suami puji sedap...smg ilmu2 yg akak trnkn menjadi ikutan dan akak mendapat pahalanyer...

ayukhairy said...

teringin nak try tempah dengan akak