Wednesday, February 27, 2013

Pembekal Bahan Bakeri, Bake Well Melawati.

Assalamualaikum wbt...


Nak kongsi dengan korang. Ada satu kedai bakeri baru selain dari Bagus dekat Melawati. Nama dia Bakewell. Selama ni saya tahu ada satu je kedai ni dekat Sri Gombak. Kiranya ni cawangan baru dorang untuk kami pembuat kek sekitar area Ulu Klang.


Eehh.. orang dari Kuantan, Penang. JB pun boleh singgah kalau datang KL. heh!


Kedai ni satu lorong dengan Balai Polis Melawati. Korang ke depan lagi sampai hujung kedai. Cari papan tanda warna kuning. Bertentang dengan Bakeria.




Kedai baru. Tak sampai sebulan buka. Orang pun tak ramai lagi yang tahu. Masa saya sampai, ada sorang je sama -sama nak beli barang.




Waaa... banyaknya pilihan. Harga pun berpatutan. Jenuh saya mendongak nak tengok barang yang ditayang. Aisshhh... kalau tak sabar. Semua saya nak. Cuma poket je tak mengizinkan. Beli apa yang nak guna je.




Bersinar-sinar mata saya tengok cupcake casing ni. Banyak sangat pilihan. 




Cupcakes Stand. Harga RM249. Haaissshh.. awat hang mahal sangat aaa..!!




Saya beli ni. Teruja tengok orang lain pakat ada pisau chantekk. Saya nak jugak. :)



Hat ni scoop untuk cookies. Kecik dari scoop aiskrim. Sapa yang buat projek kukis. Baik beli ni. Senang. Sama je semua kukis kita nanti.




Haaaa... cer tengok kedai ni. Kemas kan. Tak puas saya pusing-pusing 2 jam. Takpe.. nanti kita pegi lagi. 


Sapa-sapa yang suka buat kek sila lah terjah kedai ni. Harga murah dan banyak pilihan. Mesti korang pun suka jugak. 


Oh yaa.. sila sediakan poket tebal sebelum pegi. :D


Website : Bake Well - http://www.bakewell.com.my/

Masa operasi : Isnin hingga Sabtu 10 pagi - 7 petang. 

                     Ahad 10 pagi - 3 petang.


Alamat :  15 Jalan Bandar 3 Taman Melawati, Ulu Klang. +603-4162 1065.





7 comments:

mama tisya said...

oh ada cawangan melawati..kalo nk baking2 blk umh mak sri gombak sure singgah bli brg kt bakewell...bagus tu bole tahan mhl gk..ok la ada bakewell melawati ni

asyifamustaffa said...

Hohoho....konpem rambang mata msuk sini.....kena bwak duit ckup2....klau x.....abissssss....

nanonano said...

kt kuantan pon ade bakewell, kehkeh

Ekin said...

Semalam baru Ekin pegi yang dekat Sri Gombak. Mmg kalau kat gombak itu paling femes. Harga memamg murah dari kedai lain :)

Unknown said...

kat belakang kip mart home masai, johor pun ada....hehehe

riusgnal said...

Cik Ekin...kedai kat sri gombak tu ape name nye ?

riusgnal said...

Cik Ekin.. ape name kedai kat sri gombak tu ?