Thursday, February 28, 2013

Tempat Jatuh Lagi Di kenang.

Assalamualaikum wbt...






Inikan pula tempat bermain salji. heh..!



Wednesday, February 27, 2013

Pembekal Bahan Bakeri, Bake Well Melawati.

Assalamualaikum wbt...


Nak kongsi dengan korang. Ada satu kedai bakeri baru selain dari Bagus dekat Melawati. Nama dia Bakewell. Selama ni saya tahu ada satu je kedai ni dekat Sri Gombak. Kiranya ni cawangan baru dorang untuk kami pembuat kek sekitar area Ulu Klang.


Eehh.. orang dari Kuantan, Penang. JB pun boleh singgah kalau datang KL. heh!


Kedai ni satu lorong dengan Balai Polis Melawati. Korang ke depan lagi sampai hujung kedai. Cari papan tanda warna kuning. Bertentang dengan Bakeria.




Kedai baru. Tak sampai sebulan buka. Orang pun tak ramai lagi yang tahu. Masa saya sampai, ada sorang je sama -sama nak beli barang.




Waaa... banyaknya pilihan. Harga pun berpatutan. Jenuh saya mendongak nak tengok barang yang ditayang. Aisshhh... kalau tak sabar. Semua saya nak. Cuma poket je tak mengizinkan. Beli apa yang nak guna je.




Bersinar-sinar mata saya tengok cupcake casing ni. Banyak sangat pilihan. 




Cupcakes Stand. Harga RM249. Haaissshh.. awat hang mahal sangat aaa..!!




Saya beli ni. Teruja tengok orang lain pakat ada pisau chantekk. Saya nak jugak. :)



Hat ni scoop untuk cookies. Kecik dari scoop aiskrim. Sapa yang buat projek kukis. Baik beli ni. Senang. Sama je semua kukis kita nanti.




Haaaa... cer tengok kedai ni. Kemas kan. Tak puas saya pusing-pusing 2 jam. Takpe.. nanti kita pegi lagi. 


Sapa-sapa yang suka buat kek sila lah terjah kedai ni. Harga murah dan banyak pilihan. Mesti korang pun suka jugak. 


Oh yaa.. sila sediakan poket tebal sebelum pegi. :D


Website : Bake Well - http://www.bakewell.com.my/

Masa operasi : Isnin hingga Sabtu 10 pagi - 7 petang. 

                     Ahad 10 pagi - 3 petang.


Alamat :  15 Jalan Bandar 3 Taman Melawati, Ulu Klang. +603-4162 1065.





Tuesday, February 26, 2013

Orang Kurus Tak Reti Bisnes...



Assalamualaikum wbt...







Bagus betul kata-kata di atas. Kata-kata ni boleh membuatkan kami yang comel berisi ni rasa terer ah berniaga. hihihi.


Daaaa... :D






Thursday, February 21, 2013

Hai Tiramisu Milo Tabur...!

Assalamualaikum wbt...




Tiramisu ni dah selamat setel untuk Kak Nab sekeluarga. Alhamdulillah... semua orang suka.


Untuk jualan saya tak berani lagi nak buat. Kecuali... (baca 12 harakat) pelanggan saya tak kisah pasal harga.


Alasannya sebab saya guna Cream Cheese - Mascarpone - Dairy Whipping Cream Anchor. Naaahh... sapa tahu harga barang ni, mesti boleh agak berapa harga sebekas Tiramisu di atas. :)


Berbaloi untuk saya buat sebab untuk 2 biji kek ( Opera dan Tiramisu) dan 2 pack Durian Crepe saya dapat sepasang kasut Clarks dari London. hihi.


Mungkin saya kena adjust resepi untuk dapat jual dengan harga murah. Tunggu la nanti, kedatangan Tiramisu sedap versi murah.


Ting...!!!


Eehhh... bukan laa. Silap muzik latar.


Kaachinngg...!!!



Hai....!

Assalamualaikum wbt...







Saja la singgah sekejap. :)


Tuesday, February 5, 2013

Dah tunjuk ke belum..???

Assalamualaikum wbt..





Saya tak pasti pulak... sama ada saya dah pernah tunjuk gambar ni dekat blog.


Saya cari tak jumpa pulak entry pasal ni.


Korang pernah tengok tak..??


Eehhmm.. pelik..!



Monday, February 4, 2013

Aaarrgghhh.. FB tak boleh bukak..!!!

Assalamualaikum wbt...





Saja je nak meroyan kejap.. Ahaksss..!


10 minit kemudian....






Ehh.. Ehhh.. Eeeehhhh... dah boleh bukak pulak daaahh..


Saje je si Mark ni nak bagi tanjat Gegirl.. ~ Pergghhh... pengsan~


Babai..