Sunday, May 11, 2008

Musim Bunga Dah Bermula

Assalamualaikum…

Salam sayang dan rindu buat semua ibu-ibu di Malaysia..terutamanya mak. Lama dah rasanya tak menulis…( sebenarnya membebel..) wakaaakaa…

Alhamdulillah…diri ini sihat seadanya dalam keadaan cuaca yang semakin panas..perubahan cuaca dari sejuk ke panas adakalanya menguji diri ini jugak..semua itu pengalaman yg mematangkan diri..insyaallah..

SELAMAT HARI IBU..hari ini hari ibu di Malaysia tapi bukan di UK..kami di sini menyambutnya pada bulan 3 sudah tak silap..apa pun diri ini merindukan "bau" mak yang dah lama tak dicium..tangan mak yang dah lama tak dipegang..wajah mak yang tak mampu di pandang. Ujian bila mana rindu itu hadir. Doa sahaja yang mampu di pohon moga dirinya diberi kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup ini. Insyaallah..

Ehm..dah masuk bulan ke 4 diri ini berada di London. Apa yang dilalui dan dirasai memang tak mampu nak dizahirkan dalam bentuk penulisan yang sempurna. Sebabnya diri ini tak la bagus dalam bidang penulisan. Berleter bagus la kot..he..he..

Alhamdulillah..kami di sini sudah berada di awal musim panas. Ini baru awal.Belum lagi pertengahan yang mana panasnya memang mengujikan diri. Bagi diri ini ujian panas insyaallah dapat di lalui. Ujian yang sebenar adalah untuk menyempurnakan solat 5 waktu tanpa terbabas dari waktunya. Bagi diri ini yang baru pertama kali merasainya memang menuntut kekuatan yang total untuk menyempurnakan kewajipan pada Allah swt. Kerana apa..? Bila musim panas bermula, siang akan menjadi semakin panjang dan malam pula semakin singkat waktunya..5 pagi sudah nampak cahaya siang dan beransur pergi pada jam 8.45 malam. Bayangkan kita perlu bangun jam 3 pagi untuk menunaikan solat subuh. Di saat mata memang sedap terkatup. Tanggungjawab pada ilahi menuntut pengorbanan untuk bangun dari lena yang panjang. Dan diri ini perlu bersabar seketika sebelum mampu melelapkan mata kerana isya’ di sini masuk pada jam 10.45..memang mengujikan. Tapi ini baru permulaan..nanti bila masuk pertengahan insyaallah,lagi la mengujikan. Isya’ dan subuh hanya beza jarak masa 4 jam sahaja. Betul-betul menguji diri..

Selain tue yang best musim panas tak payah pakai baju tebal-tebal la..he..he..kot memang dah kena simpan je la…nak kuar pun bila-bila masa je…takde la halangan sejuk lagi…wuuuhuuu…

haaaa…yang best lagi musim panas nie ada CAR BOOT SALE…apa lagi, shopping la…nanti diri ini akan cerita bila dah p sana ok..

ehm..apa lagi nak cerita..pasal masak..ehm…kalau dulu tak pandai masak kari..alhamdulillah sekarang kalau suruh buat kari.. insyaallah boleh..he..he…macam-macam belajar masak kat sini..ye la,nak tak nak kena gak belajar..kalau tak,takkan nak makan ayam goreng je hari-hari..tapi yang lawaknya..baru sekali je goreng telur untuk maryam makan tengahari…biasanya memang dorang tak pernah makan telur..kecuali telur rebus untuk nasi lemak..satu sebab dorg nie alergi..jadi,macam-macam tak boleh makan..kalau dengan ayam..macam-macam resepi dah cuba..kadang-kadang tue sampai dah buntu nak rotate balik menu.. alhamdulillah,dorang tak cerewat pasal makan..lagi mudah la keja..

Sekarang kak ct dengan akhi fauzi sedang giat megusahakan kebun di belakang rumah..yang kak ct nak tanam bunga..akhi nak tanam pokok sayur..jadi nanti kita tengok la hasilnya melalui gambar-gambar ok..

Banyak lagi cerita sebenarnya…insyaallah,panjang umur bertemu lagi…

Akhir kata sambut la salam sayang dan rindu dari diri ini…

Wassalam…

No comments: