Thursday, June 5, 2008

Kari Yang tak Menjadi

Assalamualaikum…
Salam rindu buat semua terutamanya keluarga di Malaysia. Rindu sangat-sangat. Tak tau nak cakap tapi air mata dok bergenang. Patut la ezzah nak sangat balik. Bengong jugak dok lama-lama kat London nie.

Alhamdulillah hari nie cuaca cerah sangat. Dah 3 hari cuaca mendung. Kalau kat Malaysia mendung pasti akan diikuti dengan hujan. Tapi bukan di sini. Kalau mendung, mendung la seharian. Jadi kalau dah 3 hari mendung, automatik perasaan kita pun akan berubah. Mendung macam cuaca jugak.he..he..
Tue sebab kebanyakkan orang sini akan pergi bercuti kalau cuaca macam nie. Dorang tak suka. Ada pulak cerita, di Ireland, antara sebab bunuh diri ialah cuaca mendung. Kalau dah ada masalah. Pastu dengan cuaca yang mendung setiap hari lagi la jadi tekanan. Tetapi bagi kita umat ISLAM ini adalah nikmat yang perlu di syukuri juga. Syukur...syukur...syukur Ya Allah..

Aceli nak citer pasal kari.. Tapi tue la melalut dulu..he..he…

Dulu masa kat Malaysia boleh kira dengan jari berapa kali masak kari kalau mak suruh. Sebab selalunya kalau kari memang surrender tak reti. Dah la tak reti pastu malas la pula nak belajar..hehe..
Ingat lagi kalau balik kampung suka makan kari arwah Tok Lang dengan kari Ucu. Memang sedap. Tak minta dah lauk lain. Setakat nie memang takde sapa lagi leh lawan kot. Sebab tak makan lagi kari yang lagi sedap dari yang depa nie buat..he..he..

Nak jadi citer bila datang London nie. Nak tak nak kena la masak jugak kari. Buka internet cari resepi. Ikut la satu persatu. Tapi still juga tak jadi. Minyak tak naik. Mungkin sebab kurang minyak. 2 3 kali juga masak lepas tue tak jadi. Geram juga sebenarnya. Semalam masak lagi kari. Ehm..ok jadi tapi lidah nie still tak puas hati. Tak rasa macam yang Ucu dengan arwah Tok Lang masak. Rasa macam ada something yang tak cukup. Rasa macam halba. Tapi takut nak buh. Halba kak ct nie macam pelik je. Sebenarnya saya pun tak tahu rupa sebenar halba.. KAH KAH KAH

Moralnya, dulu tak nak belajar walaupun tak suka. Sekarang bila dah dok kena masak baru menyesal..he..he..

Sesiapa yang baca entry nie, ada resepi kari yang memang WORLD. Leh la bagi kat saya ye…

Wassalam…

No comments: