Friday, January 23, 2009

22 Hari Di Tahun Baru


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar insan-insan yang saya sayangi di luar sana? Adakah anda sihat sekarang? Lama rasanya tidak mencoret sesuatu di blog fs nie. Sampai ada yang dah tertanya-tanya saya dah tak menulis ke? hehee. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ini.

Alhamdulillah. Saya di sini sihat walaupun adakalanya virus demam dan selsema menyerang. Kalau digunakan kedua-dua jari rasanya lebih dari sepuluh kali saya dilanda selsema dan batuk untuk tahun 2008. Dasyat. Nampaknya antibodi saya sudah semakin lemah untuk melawan virus selsema dan batuk. Waarghh. Sakit ooo. Tapi tu semua tak mematahkan semangat saya untuk terus tinggal sini.
Cheewah. Tak nak balik Malaysia ke? hahaaa..
Nak..nak..tapi nanti..lambat lagi..2010..

10 hari lagi genap setahun saya bekerja dan menjalani hidup sebagai perantau. Macam-macam peristiwa yang berlaku. Suka duka. Manis pahit. Masam manis. Payau pun ada. Hahaaa. Semuanya dilalui dengan tabah dan sabar. Sekejap saja masa berlalu. Entry setahun di Uk akan menyusul nanti. Menjelang detik setahun.
Waarghh..macam-macam la saya ni. Macam la rajin sangat nak menulis..kehkehkeeh

Kalau diimbas kembali pada tanggal 22hb Jan 2007. Saya masih lagi mengajar pada tarikh ini. Sibuk..sangat-sangat sibuk. Ye la..nak tinggalkan sekolah. Tak nak la cabut lari tinggalkan kerja-kerja kat guru ganti. Kiranya saya ni masih ada lagi rasa belas kasihan. Baikkan saya. Warghh..ye la tue..hahaa. Tapi biasa la. Mana-mana cikgu pun memang sibuk bulan pertama bermulanya persekolahan. Cikgu lain sibuk nak siapkan rancangan mengajar setahun. Guru kelas sibuk siapkan jadual waktu+jadual bertugas+kerja-kerja keceriaan kelas. Yang saya sibuk nak berenti..hahaaa. Nasib guru besar baik hati. Bagi saya pelepasan berhenti kerja. Buatnya dia tak bagi. Disuruh mengajar lagi. Melepas la saya nak datang London.

Saya kan cikgu yang baik hati. hahaa. Perasan up diri sendiri. Ye la. Kalau ada rasa zalim dalam diri ni saya tinggalkan je semua kerja-kerja kat cikgu ganti. Biar dia terkebil-kebil nak siapkan semua. Tapi saya taaaak.Amboi,panjangnya tak. Nampak sangat ada sikit rasa zalim..hihihiii. Saya siapkan semua sebelum meninggalkan sekolah. Cikgu tu tinggal nak masuk kelas mengajar dan teruskan dengan RPH bagi sessi dia mula mengajar. Tapi kesian la kat dia. Buku rujukan yang best-best takde. Buku-buku rujukan yang best-best memang hak milik saya. Ambikkau. Yang ni memang saya kejam sikit. Bukannya sekolah yang belikan.heheee. Yang tu sayang la nak bagi. Saya memang bawa balik. Kalau dia nak,kena la dia beli sendiri dan claim pada sekolah.

Macam tu juga dengan kelas.Sapa jadi guru kelas ganti saya memang senang dah keja. Tinggal nak jaga je kelas tue. Sayang bila ingatkan balik. Tiap-tiap petang dok dalam kelas buat kerja-kerja menghias kelas sambil dibantu oleh anak-anak murid. Yang bestnya anak murid bukan kelas saya pun baik hati nak membantu. Warghh, teringat dan rindu kat kamu semua..!

Dalam dok sibuk dengan sekolah. Saya hanya ada masa 4 hari saja bersama keluarga. Warghh..melampau betul kan saya..nak pegi jauh tapi tak luangkan masa dengan keluarga lama-lama. Nak buat camana. Peluang datang dalam masa yang singkat. Dalam masa seminggu tue la sibuk pindah barang balik rumah. Sibuk beli barang nak bawa ke Uk. Hari-hari tak melekat kat rumah. Ada je benda nak di buat. Ambik barang kat rumah kak ct. Beli barang dengan mak (shopping terakhir bersama mak..berdua saja) dalam masa yang sama akak pulak kena operate. Memang sibuk la minggu tue. Sedar tak sedar dah nak fly hari Sabtu malam. Sedar tak sedar dah sampai masa nak tinggalkan semua..

Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran pada Allah swt kerana memberi peluang pada saya untuk merasa berada di negara orang..merasa hidup sebagai perantau. Sebelum ni merantau juga. Tapi dalam Malaysia dan masih lagi boleh balik. Kalau ingat-ingat balik masa mengajar kat klang tiap-tiap minggu balik rumah. Sampai tak nak terlibat dengan aktiviti ko-ko hari sabtu. Dasyat..!

Ok..dah habis idea nak pk. Nanti ada masa saya menulis lagi. Sekarang nak suapkan Maryam makan dulu. Kejap lagi dia nak pergi nursery. Oh..tahun ini saya sudah tidak berpeluang menghantar Maryam ke nursery. Mesti sibuk abang bas rindukan saya..ha..hahaaaa…perasan lagi…!

Saya sayaaaaanggg kamu!

No comments: