Assalamualaikum…
Salam sayang buat semua….
Lama dah tak tulis dalam blog nie..sibuk..semua org sibuk..apa la yang disibukkan kan…? Sibuk mengejar tuntutan dunia…wallahua’lam…
Sekarang sepatutnya musim bunga di sini…tapi,nak dijadikan cerita, hari nie salji turun…turun bukan sedikit..tetapi turun yang membuatkan semua orang teruja….apa lagi buat saya yang baru pertama kali berada di London…
Ceritanya begini….pagi Ahad…macam biasa selepas usai solat Subuh…saya layan email dan friendster sebelum naik ke atas utk buat sarapan…macam biasa..tak dak apa yang istimewa..nak naik awal pun dorang dok tido lagi…dalam pukul 8..naik atas…rutin biasa bila naik atas..selak langsir…pagi nie…bukak je langsir…waahhhh,salji turun ma…lebat lak tue…dalam kepala betul ke nie…?memang tak percaya..bukak lagi langsir kat dapur…memang betul la….salji turun…excited tue jangan cakap la…tapi tak leh nak kongsi dengan sapa2..semua orang tido lagi…hu..hu….
Apa lagi…turun bawah..ambik kamera..pakai jaket..keluar nak ambik gambar…keluaq ja…huhuuuuu…sejuk…tapi tak kira nak jugak ambik gambaq…tangan ketaq dah sejuk…lepas snap 10 keping…masuk balik umah…senyum sorang2..sambil bersila kat tingkap.. koyak ayam nak buat nasi goreng..nampak la,masa tue ramai gak jiran-jiran yang keluar ambik gambar dalam salji…sapa nak lepaskan peluang…!
Pukul 10..dengar bising kat atas…maryam menjerit…"kak yah,its snowing today…"pastu dengar bunyi orang turun tangga…rupa-rupanya fatimah nak bagitau salji turun…saya sengeh je…bila saya bagitau saya dah ambil gambar…dia macam tak puas hati…dia kata kenapa tak kejut dia…he..he…sian pulak bila tgok muka dia..sebab masa tue snow dah tak lebat macam pagi tadi….
Lepas je breakfast…saya ajak dorang p main salji…apa lagi..melompat la semuanya….mula-mula kitorang just main salji kat atas keta ja..kutip..buat snow ball..baling…habis salji atas keta kitorg kerjakan…ajak dorang jalan-jalan…maryam dah kesejukan…tapi still lagi nak ikut…kitorg jalan-jalan kat tasik…
Wahhhh…!putih ja rumput semua…kat situlah kitorang main snowball….lepas main ingatkan nak naik bukit..sebab atas bukit ramai orang main salji…tapi,sebab maryam dah tak tahan sejuk…kitorang pun balik…sampai rumah,maryam menangis sebab sejuk…he…he…
Kiranya..hari nie memang tak sangka salji nak turun…sebab tak sejuk pun semalam..tapi yalah..kerja ALLAH..kita sebagai manusia bersyukur dan menikmatinya…
Jumpa lagi…..
No comments:
Post a Comment