Assalamualaikum wbt.
Kejadian berlaku pada hari Ahad malam (8.30 dah kira malam la ye. walaupun terang lagi) yang lepas. Akibat dari tidak puas berada di dapur. heh. Saya pun dengan rajin dan semangat (mesti ada. kalau tak. jangan harap nak masuk dapur tiga kali sehari) pulun nak buat pancake. Dalam kepala dah berangan nak buat pancake macam Mat Gebu dan Kak Hana ni. Salin resepi dah berkurun (tipu) lamanya. Baru hari ni la bersemangat. Bukannya berkesempatan. Kalau sempat tu bila-bila masa sempat. Semangatnya yang tak ada. :)
Meh la. Nak tunjuk resepi bergambar. Gigih ni sebab nak bagi kawan-kawan cuba. Biar LEBIH semangat nak buat sendiri dari p order kat kedai.
Bismillahirrahmanirrahim....
Bahan-bahannya :
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
1 cawan susu segar ( susu sejat boleh. susu tepung boleh. susu pekat pun boleh )
3 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
2 biji telur saiz XL (Kalau kecik pun tak apa. Jangan pulak g beli telur lain)
60 gram butter dicairkan
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu teh esen vanilla
Mula-mula. Mulakan dengan bismillah. JANGAN LUPA tahu. Dapat pahala. Kalau sepuluh kali baca. Allah je tahu berapa banyak pahala nak bagi. Ayak tepung, garam dan baking powder atas kertas suratkhabar. Macam mak-mak kita dulu buat kueh. Err... mak sekarang pakai bekas. Nak jaga kualiti kebersihan. heh. Saya pulak MALAS nak basuh banyak bekas. Bibik.. kalau malas-malas ni p balik Malaysia lah! ;P
Dalam mangkuk kaca. Satukan butter yang telah dicairkan. Gula. Mayonis. Telur.
Ahaa. Tengok tangan siapa yang memegang whisk. hehe. Masa saya tengah duk susun bahan lagi Syakirah dah tanya. 'Kak Irma nak buat apa?'. Saya jawab sepatah ja. 'Pancake'. Terus dia jawab. 'Oh, I like pancake. Ting.. tong.. ting.. tong... (err.. malas nak taip isi perbualan kami). Terus saya tanya, 'Kakak nak tolong ka?'. Laju je dia jawab. 'Nak'. hehehe. Itu je sebenarnya. Dia nak tolong tapi saja saya malas nak bagi sebab saya yang excited nak buat. Kah Kah Kah. Takpa. Takpa. Bibik mengalah.
Sebenarnya lagi cepat kerja saya. Dah ada orang nak tolong. Saya bagi arahan saja. Semua dia yang buat. Sambil-sambil tu boleh la saya kemas dapur.
Dah agak-agak bancuhan tu sebati. Macam inilah rupanya.
Perasan tak. Ada tangan satu lagi. Yang kiri tu jauh beza benar dengan yang kanan. keh keh keh. Siapa lagi kalau bukan Fatimah. Dia datang dapur tengok Syakirah duk tolong saya. Terus dia tanya, ' Why I can't help you?'. HaHa. Nasib tak datang yang no 3 dan 4. kiki. Kalau semua masuk dapur bukan memudahkan kerja saya. Lagi melambatkan ada la. Masa tu mulut murai pun kalah. Semua pakat nak tolong. Ohooo. Kecoh.
Dah Fatimah nak tolong. Saya biarkan mereka berdua uruskan adunan. Saya pejam mata ja bila tengok tepung bersepah. Sabar.
Sebenarnya saya musykil bin hairan. Betul ke adunan ni pekat macam ni. Nak menderhaka tak berani. eceh. Konon-konon nak jadi anak murid yang baik la ni. hehe.
Bila tengok video cara nak buat pancake balik. Tak apa ja kalau nak tambah susu sikit lagi. Agak-agak bila tuang atas pan dia turun cantik je. Bibik je yang terlebih cuak konon.
Ini adunan yang TERAKHIR. Betul. Tak tipu. Dari yang pertama sampai yang sebelum terakhir saya tak sempat nak ambil gambar. TAK NAK AMBIL PUN. haha. Pancake saya dah bertukar menjadi lempeng. agaga. Eceehh. kamu melayu lupa diri. Kalau yang hodoh nama melayu eh. Cantik nama pancake. Tak baik Irma. :)
Adunan saya pekat sangat. Sepatutnya, bila kita tuang tu dia akan turun dengan cantik. Tak payah dah nak bentukkan menjadi bulat. Saya punya. Dah la pekat. Kena main senduk pulak nak bagi jadi bulat. Tapi tak bulat-bulat jugak. Herot bengot. Sob. Sob. T___T
Tapi.. Tapi.. Saya seronok sangat. Pancake (eh. tadi kata hodoh nama lempeng? ;P) saya menjadi rebutan antara anak-anak. Tak sabar-sabar Syakirah dengan Fatimah tunggu hasil yang pertama. Dalam duk tunggu macam-macam permintaannya. Fatimah tak nak hangus. Nak warna dia kuning cair saja. Yang si kakak nak bulat perfect. Adoyaaiii. kalah cafe terkenal ni. Dapat pelanggan yang macam-macam. ;P
Dalam duk kami bertiga di dapur. Datang Maryam duk terintai-intai dari tangga. Saya tanya, 'Maryam nak makan pancake tak?'. Terus turun masuk dapur. Terus cakap, 'I want to eat pancake with knife and folk'. Haha. Hebat anak saya ni.
Fatih.. Fatih makan apa? Yang sorang ni lagi hebat. Duduk atas kabinet dapur makan Nutella saja. Kami semua dah cuak. Dia dah la alergic dengan kekacang. Makan Nutella slumber badak je. Lama saya perati kot-kot mulut dia naik merah-merah. Memang takda. Saya tak nak ambil risiko terus angkat dia turun. Marah dia. hehe. Sekejap ja. Lepas dia tenang saya jugak yang suapkan ubat.
Jom tengok hasil pancake a.k.a lempeng yang saya buat. Aiyookk. Jaga-jaga. Jangan sampai air liur meleleh. ngeee.
Pancake dengan Maple Syrup. Ini untuk Maryam. Dia layan sampai dua keping.
Pancake + Nutella + Strawberry.
Pancake + Nutella + Strawberry + Cherry + Icing Sugar.
Pancake + Strawberry + Maple Syrup.
Malam tu sampai pukul 10.30 juga la baru saya tutup kedai. heh. Anak-anak kenyang. Bibik soooka hati. heh.
Yang ini special. Apasal rupa dia lain. heh. Ini pancake terakhir saya habiskan. Hari Isnin petang selepas Fatimah dan Maryam buat tak kisah je. Saya pun apa lagi. Ooo.. mentang-mentang kosong. Tunggu. Saya pun ambil aiskrim. Letak cherry. Pastu bubuh maple syrup. Dah siap saya panggil mereka berdua. Saja nak tengok reaksi. keh keh keh.
Fatimah : Ohhh.. I want that one with ice cream but not cherry.
Maryam : Kak Irma, can u make another one for me pleaaaaseeee!
HAHAHAAHA.
Kan dah kena gelak besar dalam hati. Saya senyum ja. Tahu dah. Mesti dorang nak punya kalau dah berhias bagai. hehe. Nama pun anak-anak. Suka pada benda yang menarik.
Amacam. Ni gambar Maryam layan pancake kat dapur. Gaya mau ada na. hehe.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Psstt.. sempat lagi kalau nak buat pancake untuk sarapan. Selamat mencuba!