Sunday, June 13, 2010

Malangku Berbau Darah.


Assalamualaikum wbt.


Inilah jadinya bila tangan lebih pantas dari minda. Sedang saya memotong cili untuk hidangan bihun sup. Zaaasss... pisau yang saya pegang terkena hujung jari. Eerr... masa tengok tu ingatkan takda apa-apa. Sebab nampak macam sikit ja.


Makin lama darah mula mengalir. Saya cepat-cepat lalukan di bawah air. Lama kemudian tak berkesan juga. Saya mula ambil tisu dan letak minyak gamat. Eeehh.. bukan. Minyak angin. hahaha. Punyalah kalut. Saya sedar pun bila kak ct balik bagitahu. Letak minyak gamat yang satu lagi.

Hampir sejam jugaklah baru darah berhenti. Selepas penuh tiga helai tisu dengan darah. hoho. Tak sakit pun. Cuma rasa kebas sikit bila gerakkan tangan.

Anak-anak kak ct tengok dah buat mimik muka takut. Lagi-lagi Maryam. Saja saya tunjukkan darah yang mengalir dekat dengan muka dia. Terus dia mengelak.

Lain kali jangan berangan (baca : berfikir) banyak sangat masa pegang pisau ya bibik. Fokus kerja. Dah la pisau rumah ni memang tajam semuanya. Nak jadi cerita. Masa potong cili tu saya gunakan pisau yang jarang saya guna. Memanglah tajam.

Apa pun setiap kejadian ada hikmahnya. Lagipun adatlah kan. Dah kerja hari-hari di dapur. Kena pisau tu biasa ja. Alah bisa tegal biasa. Cool bebeh. aiceh. yelah tu bibik. :)

Nasib saya tak mabuk darah. Kalau tak mahunya pengsan. haha. Cuma lepas tu saya tak boleh nak potong sayur untuk dimakan dengan bihun sup. Kang tak pasal-pasal ada yang bau minyak gamat. ngee. Nasib tak mintak cuti kan. haha. Gedik la kamu bibik!

Dalam duk tunggu darah berhenti sempat lagi ambil gambar. Free. Tak payah bayar. Royalti pun takda sapa nak bagi. Layan. :)


Wassalam.

4 comments:

Nadiah Sidek said...

isy..gerun pulak tgk darah (mcm mana la dulu blh ada cita2 nak jd Dr? :p). lmbt ek darah irma berhenti mengalir

Fazlinil Irma said...

nadiah..

samalah kita. dulu cita2 jd dr mmg x tinggal.

la jd dr utk diri sdiri ja. :)

ehm. mungkin sbb panas. darah tgh aktif mengalir. heheh tp selalu mmg mcm ni.

p!nkerton said...

adoila irma! careful yea tskk! (smpat lagi tu amik gambar ye hehe :)

Fazlinil Irma said...

fatih..

thanks.. sesekali pisau mahu bermanja dgn tuannya.. hehe.

guna gambar sdiri baru real. ;)