Monday, October 4, 2010

Resepi Red Velvet Cake.

Assalamualaikum wbt.


Oktober dah tiga hari berlalu. Malam ni baru nak mula dengan entry pertama. Mood nak menulis ibarat seperti bayi yang baru nak pandai mengesot. Lambat. Haaiii... Ini pun gagahkan diri menulis dan memerah idea supaya ayat tak kelihatan derita bila dibaca. 

Sambil membayangkan baju yang belum digosok di sudut bilik ini. Nanti saya gosok kamu ya wahai baju yang menggunung.

Saya mulai dengan entry kelentung-kelentang membuat kek bersama korang. Harapnya keseronokan melihat kek ini mendapat sambutan dapat dibaca melalui ayat-ayat saya dalam entry ini.

Dah lama saya lihat dan baca tentang Red Velvet Cake yang menjadi kegilaan ramai di merata blog. Mereka kata sedap sampaikan saya teruja untuk mencuba.

Bila tengokkan rupanya saya jadi gerun. Sungguh-sungguh gerun dengan warna merah yang garang. Sanggupkah saya membiarkan perut saya tercalit dengan warna merah? Ada ke orang nak makan kek ni nanti? Macam-macam yang bermain di kepala. 

Kiranya lama jugalah saya menangguhkan hasrat nak membakar sebiji kek yang bernama Red Velvet ni.

Setiap hari mesti cari semangat dengan melihat resepi, gambar dan video tentang kek ni. Dalam hati terdetik, 'Bila nak buat kek ni?'

Selepas hampir sebulan lamanya, malam Jumaat lepas barulah saya gagahkan diri untuk masuk ke dapur memulakan misi membakar Red Velvet Cake.

Jadi, dengan sukacitanya saya mahu berkongsi resepi Red Velvet Cake yang sudah tinggal sepotong sahaja di dalam peti ais. Errr... tu petang tadi. Sekarang tak tahulah ada lagi atau tak. Hihi.

Bismillahirrahmanirrahim...

Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~

Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Bukan apa. Katalah kulit telur tu TERjatuh dalam adunan. Kena pulak mak mertua depan mata nampak. Kang tak pasal-pasal kena leter sedas. Kalau mak mertua tak kisah tak apa. Contohlah kan. Esok-esok saya bagi contoh mak sendiri pulak. Err.. rasanya mak sendiri tak kisah kot. Kan mak..?

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.

Disebabkan saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut. 

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu. 

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti. 

Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Sekiranya korang TERlebih rajin. Belah kek menjadi tiga atau empat lapisan. Saya tak berani nak potong. Takut pecah. Siapa yang nangis nanti?

Jadi kek saya ada dua lapis sahaja. 

Ini kaedah dua lapisan

Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah. Ada paham ka? Jadi nanti dia akan terpenyek rata juga.

Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda. Saya sapu sikit ja. Tak tebal. Takut konon. Sebenarnya lagi banyak lagi sedap.

Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

Dalam kes saya terbalik. Saya letak bahagian bawah di bawah kerana kesilapan teknikal (tak sabar sebenarnya) kek saya terpecah bila saya nak tanggalkan kertas minyak. 

Sila tuang kesabaran yang tinggi bila mula menghias bahagian atas. Terutamanya orang seperti saya yang baru pertama kali nak buat. Keras tangan sungguh. Dah la takda spatula panjang. Jangan tanyalah alas kek yang boleh pusing-pusing tu. Memang takda. Idea baik punya pun datang. TING..! Guna pisau panjang la jawabnya. HaHa.

Masa ni la saya tabik spring toing.. toing.. pada mereka yang pakar menghias kek. Sebagaimana cantik mata memandang begitu jugalah lembut tangan mereka menari-nari bermain dengan spatula. 

Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais. Tak sabar dah ni nak tunggu hasil esok.

Keesokkan paginya. Naik pejabat terus buka peti. Tak sabar nak potong. Ambil gambar dan makan.

Berdebar ni... Apalah rasa kek baldu merah ni.. Dup.. Dap.. Dup.. Daaappp..!

Dengan segala hormatnya dipersembahkan....

Red Velvet Cake atau Si Baldu Merah.

Alhamdulillah. Menjadi. Nak nangis jugak. Dalam hati sahaja.



Oh... sila abaikan rupa saya yang berkedut. Pertama kali lah katakan.


Perasaan bersalah tetap ada bila tengok warna merah baldu.


Nak makan tak nak makan...?


Mengancam kan saya.


Posing lagi.


Bersedia.


Ini untuk anda. Sedap. Tak rugi mencuba.

Berbaloi sungguh saya pergi ke Tesco pada malam Jumaat lepas. Punyalah seronok nak buat kek sampai tak periksa bahan rupanya tak cukup. Mulanya dah separuh tekad nak batalkan niat buat. Bila fikir balik. Esok tak tahu lah apa nak jadi. Pukul 9 malam keluar beli serbuk koko Cadbury dan baking powder.

Penghargaan :

Resepi - Joy Of Baking dan zatidhati.

Gambar pemangkin semangat - Google Images 

Video penambah keyakinan - Youtube - ExpertVillage.

Tukang rasa kek - Kak Ct sekeluarga, Ezzah, Kak Zue dan Izzah.

Tanpa mereka saya pun tak tahu sapa nak habiskan Si Baldu Merah saya ni. Sebenarnya banyak lagi sumber lain yang saya baca. Ini yang utama. Terima kasih kepada semua. 

Sekali lagi kepada Kak Ct. Tanpa dia. Tak da rezeki kita semua nak merasa dan berkongsi resepi. Terima kasih sangat-sangat. Allah sahaja yang dapat balas jasa Kak Ct. ~Terharu~

Ada rezeki nak juga pergi Hummingbirdbakery. Insyaallah.

Buat anda. Selamat mencuba. Oh ya, kalau baca di resepi asal tak sama dengan saya tulis. Maknanya tu paham-pahmlah kan. Anak murid derhaka. ~Haaiipp... Rotan baru tau~


98 comments:

Nur Ede said...

Assalamualaikum Irma...

Adeehh... mengancam betoi Red Velvet Cake yang irma wat tu... akak baca celoteh irma sambil tersenyum sorang2 depan lappy... anak akak tegur mama senyum aper tu...
Bila dier tengok kek Irma tu... terus dier suruh mama dier buat mcm Irma buat... whoaaaaaa tolonggg irma...

sweetsal said...

first time tgk kek merah ni..merah menyala makngah..hehe..mesti sedap sbb kt atas tu ada cheese...kalo akak la dpt kek ni abis balun semua...hihi

Ummu~Ishak said...

uuuuu~
menggiurkan

aizar said...

red velvet anda sungguh vogue gile..sy melting melihatnye..akan dicuba buat nanti!...

Fazlinil Irma said...

waalaikumussalam kak ede.

gelak saya baca komen akak. maknanya lepas ni. kena nyorok kalau baca entry makan2. hihi.

kak sweetsal.

perghh...memang sedap kak. lemak berkirim cukup semua.

ummu..

jaga-jaga. jangan bg air liur menitik. kihkihkihh.

aizar..

yup.. tak rugi cuba.

Lady of Leisure said...

amboi cantik tul cake ni.. red velvet, nampak sexy gitu hehe

k ct said...

memang sedap sampai teringat balik dah kek tu..tapi dah habis hu hu hu. apa lak terima kasih k siti, terima kasih irma le rajin buat kek .....

eLLy said...

caya la dik ko memang hebat..
klu akak emm hampehh

ZETTY HAZRA said...

hai kak,
saya mmg tgh cari resipi ni... hehehehe... nak tanya, cuka tu cuke apa? saya ni amateur sket...

Fazlinil Irma said...

hai zetty.

cuka masakan biasa pun boleh. kat malaysia akak pakai cuka jalen ja.

My Creative Shoppe said...

whipping cream tu irma pakai jenama apa erk, kena beli yg diary or non diary whipping cream? whipping cream tu pukul asing dulu smpaisoft peak baru cmpur gn cheese ker? sy pernah buat campur terus tp frosting cheese jd lembik laa...

Fazlinil Irma said...

MCS. oh. masa kat sana tak pernah tengok pulak diary or non diary WC. pakai ambik je. biasanya sy akan pukul cream cheese sampai kembang. pastu masukkan mascarpone. pukul lagi. pastu masukkan whipping cream. pukul sampai kembang lagi.

tak pasti pulak kalau kat msia ada cara lain.

munna said...

terujanya tgk kek merah baldu ini

Anonymous said...

Assalamualaikum,

nak tanya pakai pewarna jenis apa, jadi merah mcm tu? sy punya bila buat, mesti kaler maroon... geram tgk org lain punya kaler merah menyala...

Fazlinil Irma said...

waalaikumussalam.

di malaysia sy guna pewarna merah yg beli dlm botol2 kecil saja. beli di kedai bakeri.

koko pun beli yg peket di kedai bakeri.

kak anon guna product apa ya?

Anonymous said...

hurm.. nmpk sdp.. tp mne nk cr mascarpone.. kt malaysia nie ad ke yg halal nyer..

Fazlinil Irma said...

anon. nampak sedap. makan lg bertambah sedap.

mascarpone ni halal even dekat uk sana pun xde tanda halal. dia ada tanda V mean vegetarian. sebabnya mascarpone ni adik beradik cheese. and cheese plak kan dibuat dr susu lembu.

insyaallah takde masalah nak guna.

sy beli mascarpone kat kedai bakeri bagus.

Faiey said...

Assalammualaikum Irma,

Teringin nak try.. tapi kat mana Irma beli mascarpone tu yek?.. cuka tu guna cuka buatan mcm yang biasa jual kat kedai tu kan?

Fazlinil Irma said...

waalaikumussalam faiey.

mascarpone ada dijual di kedai menjual barang bakeri. atau di cold storages. jusco pun ada.

ya. cuka masak yg warna putih tu. yg biasa kita guna dlm masakan.

Anonymous said...

salam irma..nk email pls.thnx

Fazlinil Irma said...

wsalam anon.

ini email saya.

niel_2203[at]yahoo[dot]com

Wafaa said...

Kak Irma, terima kasih sebab share resepi. Saya baru 2 kali makan RV. 2nd time tu saya beli 16 biji RM42. Kalau selalu beli, koyak poket. Saya pernah cuba buat sekali tapi tak menjadi. Sedih sangat. Tapi saya nak cuba lagi saaaampai jadi.

Fida said...

Salaam Kak Irma. Kelakar lah baca your post hehehe. Sungguh menarik dan membuat saya nak membakar kek RV ni sekarang juga walaupun dah berkali2 cuba buat kek ni cuma resipi cream cheese tu berbeza. Nanti saya nak try pakai mascaporne dan whipped cream pula.

Berkenaan komen Anon yang mendapat hasil kek yang maroon adalah kerana lebih serbuk cocoa. Kalau lebih byk cocoa, lebih deep red warnanya. Saya pun selalu buat yang deep red sebab peminat cokelat, kalau letak cocoa powder mesti tamak nak letak lebih sikit. :)

Lastly, thanks for sharing your recipe!

Fazlinil Irma said...

sama2 wafa. kat mana yg tak jd tu. cuba wafa bgtau. mana tau akak boleh tolong. :)

fida. cuba. cuba pakai mascarpone. sy gerenti awk akan jilat bekas cream cheese tak nak membazir.. hehe.

betul2. sy buat baru ni letak lebih cocoa. hasil dia mmg jd coklat. tak merah. kalau 2 sudu teh cocoa. dia akan jd nice warna merah mcm sy dapat. :)

Amirah Anisan said...

tsp tu ape ye? sudu kecil ye?

Fazlinil Irma said...

amirah anisan.

tsp tu teaspoon= sudu teh.

tbsp tu tablespoon =sudu besar.

Amirah Anisan said...

tq kak... petang ni gak nak wat...

azu said...

Pernah buat kek, tp xjadi..red velvet ni lg complicated nmpknya..bila la Azu nk try ye...:(

CA said...

As salam..
dah 2-3 hawi terjah blog awak..ya ampunzzzz ahhkak teruja betul dgn kek baldu mewahhh ni...pehtu dah tengok jugak kat u-tiup cawa2 nak buat maka insyaAllah wiken ni nak cuba...skang mision mencawi bahan2 dulu....tq 4 sharing.Utk ahhkakk yg agak versen bebb** bahsa omputis ni memang wase terutang budi bila dpt wesepi bhs mesia.Halal ekk ahhkak follo wesepi u...muah2

Perjalanan Hidup.......... said...

salam wbt...saya dah 2 kali guna resepi akak utk buat RVC ni...alhamdulillah menjadi elok...cumanya saya tmbah bilangan sudu koko n guan 3 sudu pewarna merah...cantik jadinya..hehe....topping plak utk jimat sy guna 500gram cream cheese+200gram butter+gula kstor

Hana Fikri said...

akak,sy dah try buat pakai resepi nie..sangat sedap dan mengancam..thankx..

lina said...

salam irma - nak minta bantuan colour merah tu guna brand apa...dh dua kali mencuba satu tu ok tp warna tak cantik... kali kedua buat terlupa letak telur...adeh boleh tp tentang warna tu tak cantik juga....dh dua perwarna lina beli tp tk cantik mcm irma buat. Kalau sudi berkongsi sila email kan ke klina07@gmail.com

Bantuan irma sgt dihargai. Terima kasih

farhanaDr said...

Kalau kek red velvet ni tak leh tempah ke kak macam kek yang lain-lain? Heee.. Teringin lak rasa nak makan sebelum puasa-puasa ni. Hehe.

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Oh. Okay akak. Thanx. Saya pun tengah survey survey harga ni. Banyak bahan kan, tu yang mahal tu. Ada pape nanti, saya mesej akak. Tengkiu. :)

nores said...

mascarpone cheese tu yg org selalu buat tiramisu cheese cake kan?

diana said...

Akak, saya first time buat kek ni, saya try ikut resipi akak ni, alhamdulillah jadi! tapi kek saya jadi lebih kepada warna chocolate, mungkin ke sebab terlebih cocoa powder? :(

Anonymous said...

salam..tumpang tanye ye..time nak bakar kek ni,api atas bawah ke ataupun api bawah je..?tlg jawab ye..tq

Fazlinil Irma said...

anonymous..

bakar kek guna api atas bawah ya. tq.

june said...

salam irma, sy link blog irma kat blog sy. serta hasil membaking semlm. tq for ur email n recipe.

++tHe LoLLynIE++ said...

salam akak,


tq for sharing resepi..
dah lama carik resepi nie...
sgt ingin mencuba...

ahaksssss...

TERUJA SAYA!!

aku punya blog said...

salam ziarah..wahh..terujala nk cuba resepi kek nie....mohon izin untuk gunakan resepi ni yee...syukran....

aku punya blog said...

salam ziarah..wahh..terujala nk cuba resepi kek nie....mohon izin untuk gunakan resepi ni yee...syukran....

Cikgu E-jan said...

salam irma, saya try da but rv, 1st try frosting tl letak mascarpone..jd elok jer,2nd try letak mascarpone jd lembik..knp yer irma..sy guna mascarpone Gusto Dolce..plz irma plz...

Fazlinil Irma said...

cikgu ejan..

bila guna mascarpone. kita kena letak sekejap dlm peti ais. agak2 dlm 15 min. sampai adunan tu keras sikit. mudah nak lepa.

kemudian, sebaiknya biar kek dlm keadaan sejuk betul. baru lepa. kalau panas, frosting akan cepat cair.

Cikgu E-jan said...

thanks irma for ur advice...1 more irma,mmg kek ni ada rasa cam pahit cket ker...fungsi cuka mix soda utk apa yer...

Izzatul Azma said...

Salam Irma, thanks untuk resepi ni. Saya dah lama cari :D Nnt nak try buatla. Tapi mascarpone cheese itu adalah mahal kannnn

penselVSpenmerah said...

teringin nk rasa n nk wat tp sy masih xfaham n xtau rupa bentuk bahan2 nk wat kek huhuhu almaklum la seumur idup xsampai 5x wat kek dr tepung segera jer... best la tgk kek akak ni huhuhu

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Saya dah cuba, mmg sedap !!
Tapi nak buatnya ahai tak cukup 1 malam, banyak kecah .hehe
dan tak naik tinggi leper je, mungkin kena beli pan kecil sikit.
Saya guna kekdah stim, kek pon moist je ;)

Amiratun Nadhirah said...

Salam,sy br jer try buat kek ni tadi. Tapi sy tak pakai creamcheese topping sbb x cukup bahan,jd sy gna cake frosting yg biasa jer. Rasanya tersangatlah rich n manis. Mmg cmtu eh rasa dia? Ke combination topping sy tu yg buat dia jd manis? Musykil2 .... -_-

Amiratun Nadhirah said...

Dah try buat tp tak pakai creamcheese frosting,pakai yg biasa punya cake frosting. Rasa dia sgt rich n manis. Mmg camtu ke rasa dia? Ke sbb frosting tu x sesuai dgn kek ni? Musykil2.... -_-

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Rasa nya sbb combination yg wat rasa dia camtu.
Frosting cream tu kan mmg manis, saya pakai Philadelphia cheese rasa nya sikit2 masam manis sbb saya kurangkan gula nya,.
Tapi mmg sedap

FaizaH said...

sy try buat tapi topping cream cheese dia tak menjadi,lembik..menyebabkan ade masalah bila nak letak atas kek. so saye try letak toping tu dalam freezer 20mins then dia keras sket.tapi still bila letak atas kek sambil2 nak cover semua kek, toping dia mencair.btw kek memang b4 tu sy dah masukkn dlm fridge.any suggestion kak utk keraskn toping?red velvet akak+toping cheese sangat mengancam

~ana~ said...

salam, mintak izin nak letak link ni kat blog ana yea...:)

Ibu Lala said...

Kalau tak letak serbuk coklat tu ok tak? Apa beza kalau letak serbuk coklat dengan tak letak ye. Cuka tu untuk apa ye?

Puan NisaKhaidir said...

Kak irma, CNK mohon pinjam resipi untuk di tampal dalam entry ini ya.

http://pelangichanteque.blogspot.com/2011/12/red-velvet-cuppies-in-making-you-ols.html


tq kak irma. Muga ilmu ni bertebaran pada yang lain pula :)

Puan NisaKhaidir said...

kak irma, nisa buat frosting as u guide above... tapi cair betul.. cane nak bg likat ek? adakah factor mixer mainkan peranan?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kak..macam cara betul buat frosting tu? sbb dah putar cheese,mascarpone & gula Icing. tapi bila saya masuk whipping cream tu terus cait & dia pecah x kembang. apa brand whipping cream tu yek?

Calmal Adam said...

Thanks kak, dah try buat byk kali n mmg sedap :)

lg best kkdg buat topping je n makan cam tu saje =p

Zaidatul Ziela said...

salam, k.irma saya nk bertanya lah kalau topping cheesecream ni akan cpt cair ke? soalnya saya nk memcuba resepi akak ni sbb nmpk sedap dan menarik. saya nk buat utk mertua saya yg akan menyambut harijadinya pada sabtu ni.

shuhadah Zainol said...

salam..nak tnya..baking soda tu soda bikarbonat kah? compius..:)

Izzati said...

Akak, nak tanya. mascarpone cheese akak guna jenama apa? yang saya jumpa kat tesco cuma galbani dan gusto dolce. harga pun boleh tahan. hehe.

Shazlin Aida Cup Cakes said...

salam irma...nak tanya sikit....base on sukatan resepi ni..klu utk cupcakes blh dpt dlm brp biji yea?

Shazlin Aida Cup Cakes said...

salam irma...nak tanya sikit....base on sukatan resepi ni..klu utk cupcakes blh dpt dlm brp biji yea?

versus said...

akak,kalau x guna mascarpone 2,takpe tak?

shuhadah Zainol said...

salam.. saya da try kek ni..ambik resepi dr blog awak tau...TQ..:)

http://shuhadahf.blogspot.com/2012/04/dapur-shu-shinju-red-velvet-cake.html

Ridhwan said...

Salam puan Fazlini..nak tanya sikit la psl buttermilk tu..klau nak cuba buat sendiri susu yg nak guna campur cuka tu guna susu fresh milk ke atau skim milk...mekasih...

missmeraa said...

salam kak, mcm mne nak order kek ni? tq

alin.firdaus said...

Harini kali ke 2 wat rv ni...utk besday boboy esok..first time wat aritu mnjadi...tp mascarpone susah nk dpt..wat2 pandai je huhu....janji menjadi merah seksi tu n topping pon sedap mnjilat jari...tq irma share resepi rv ni..xpyh nk beli lg dh...huhuuu...

zilla said...

Salam K.Irma,
Saya pun dh try topping akak nih.Ikut step by step 100%. Saya simpan kat tmpt beku ats.Nk cepat guna. Pastu keras sgt, saya kuarkan smbil kacau2 bagi lembut. Dlm 15min, guna wat topping, terus cair giler mcm susu cair, meleleh2!! Dlm hati ckp klu camnih camner nak wat deco.Katakanlah kita mmg dh keraskan Nk bg kat org tp org tu nk jln jauh, alamat bila bukak kotak, keke dh x der bentuk!!huhuhu

Suka tgh akak nyer deko, kemas jer bordernyer. X der nmpk tanda2, cream cheese nk cair!! Kena simpan dlm peti 1hari 1 mlm ker??

zilla said...

Salam kak, saya dh buat topping ikut step akak bg nih 100%. Tp kenapa pas 15min bwk kuar dr peti ais,masa tgh nk topping cream cheese tu terus cair mcm susu cair meleleh2!!huhuhu.
Kalu camni susah ler nk bg kat org . Sat g dia dh smpi umah bukak kotak, kek dh x der rupa!!!


Suka tgk akak nyer deco, kemas jer. X der tanda2 cream nk cair. Kena simpan kat peti ais 1hari 1mlm ker?

Please S.O.S

Fazlinil Irma said...

wsalam..

kalau ikut akak punya 100% sure menjadi xde masalah..

org lain buat ok je.

awak pkul tak whip cream tu..? ke main curah je..

kalau main curah mmg ler dah jd adik beradik susu cair.

sila baca resepi betul2 ya..

akak guna whipped cream.. maknanya cream yg dah dipukul. bukan whip cream yg cair dr kotak terus curah masuk bekas.

lpas ni buat tgok jd mcamana.

kalau jd sila komen bgtau ya.

selamat mencuba..!!

MekNa said...

Salam kak irma...minta izin dan halalkan resepinye..saya amik cuba dan insyaallah nk buat meniaga..tenkiu kak share resepi

nabila azmi said...

nk bljr buat ni=)=)..bru follow blog ni=)..sgt mnrik

Fatimah said...

klu ikut sukatan gula resepi ni,manis sgt ke ok ?

Unknown said...

Assalamualaikum,
kek red velvet ni boleh ke kukus?

Lily said...

Salam Sis,

Saya nak tanya,sis pakai pewarna jenama apa?sebab saya pakai jenama star brand sukatan sama dengan resipi sis,tapi kek saya tak jadi color merah pun.agak kecoklatan sikit.

Unknown said...

salam..kek ni mmg masak guna oven ea.. kalau kukus, jd x ?? huhuhu

raise said...

tadi tengok chef wan di uk di afc channel makan kek ni memang famous kek ni rasa pahit-pahit sikit kan tapi sodap....ngeee

monasrie said...

salam.. GD kopipes dlm blog yer..
semalam dah try test.. Alhamdulillah.
sedap rupanya kek ni..
Harap dihalalkan ilmu nyer yer..

Unknown said...

asalamualaikum akak,saya nadiah,
saya belum pernah try kek red velvet ni sebab takut nak try..first time nak buat kek..saya ada satu soalan,suhu oven yang akak bagi tu,kan 175'C kan?kalau saya guna oven bersaiz 48cm lebar 30cm tinggi,sesuai x suhu 175'C?ke patut kurangkan suhu?
terima kasih..:)

fawesome kot said...

assalmualaikum kak irma,

sye dh penat wt red velvet ni. alhamdulillah jdi tpi gne resepi kwn.
cme mslhnye ble sye gne resepi kwn sye ni utk jdikn red velvet cupcake, texture dye jdi lembut sgt mcm nk pecah tpi x pecah. mungkin sbb sye gne cupcake case yg x keras kot. ada beza ke kak?

fawesome kot said...

assalamualaikum kak irma,

sye dh penah wt cake ni tp gne resipi kwn. alhamdulillah jadi jgak cake ni cme org tua kte manis sikit. hehe tpi sye rse okay je. cme mslhnye, ble sye gne resipi kwn sye jdikn red velvet cupcake, texture cake tu lembut sgt mcm nk pecah tp x pecah. sje je cake ni wt gimmick. mungkin sbb sye gne cupcake case yg x keras kot. ade beza ke kak?

fawesome kot said...

*penah wt red velvet ni.

Fazlinil Irma said...

fawesome..

akak rasa.. kawan awk yg patut jawab soalan awak. sebab awk guna resepi dia.

akak tak tahu kat mana silapnya.

terima kasih.

fawesome kot said...

hahahah. okay. tpi dye mmg x gne resepi tu wt cupcake. ada lgi satu nk tny, time kak wt red velvet cupcake tu cake dye jdi kecik sikit dri cupcake lining x?

fawesome kot said...

hahaha. okey tp dye x gne resepi tu wt cupcake. nk tny lgi, time kak wt red velvet cupcake tu cake dye jdi kecik sikit x dri cake linig?

Unknown said...

kak nak tanya resepi ni utk 1kg ker 2 kg ya

Unknown said...

slm irma..nk tnya klu x guna marcarspone xpe ke

Unknown said...

slm irma..nk tnya klu xgune marcarspone tu xleh ke..huuhuuu

ecakhairul said...

salam irma.. sy dah buat kek ni... mmg sedap.. kwn2 sume puji sedap..lembut dan moist2 gitu. tp aritu sy baka dlm cup. klu baka dlm loyang agak2 adunan ni dpt brape kg ye... time kasih.

ecakhairul said...

salam irma.. sy dah buat kek ni... mmg sedap.. kwn2 sume puji sedap..lembut dan moist2 gitu. tp aritu sy baka dlm cup. klu baka dlm loyang agak2 adunan ni dpt brape kg ye... time kasih.

ecakhairul said...

salam irma.. sy dah buat kek ni... mmg sedap.. kwn2 sume puji sedap..lembut dan moist2 gitu. tp aritu sy baka dlm cup. klu baka dlm loyang agak2 adunan ni dpt brape kg ye... time kasih.

Unknown said...

saya guna resepi awak yer...sebelum nih bayak dah resepi saya cuba...tp tak baper menjadi sangat...dok pikir² balik..agaknyer luper mintak izin tuan tanah neh...tetiba masa blog walking jumpa laks resepi neh..tu yang mintak izin dlu tu...he..he..

Unknown said...

tuan tanah yang dikasihi..saya guna resepi awak yer...

Unknown said...

kak boleh ke bakar dua kali?? sebab oven muat masuk satu je

Unknown said...

kak boleh ke bakar dua kali?? sebab oven muat masuk satu je

AinulZarha said...

assalamualaikum kak,,philadelphia cream cheese tu halal ke x ek?