Saturday, December 31, 2011

Pukul 3 pagi.

Assalamualaikum wbt.

Dah macam lagu P Ramlee tajuk entry.

Adeiihhh... dah seminggu saya tak update entry baru.

Laptop dikuasai oleh anak saudara.

Saya pun sempat mencelah sekali sekala tengok FB dengan baca entry kawan.

Petang tadi dorang dah balik.

Yeaahhh... sekarang tengah melayan Maharaja Lawak Mega Akhir.

Adeiihh... tak larat gelak tengok lawak Osbon.

Ni ulang lagi tengok sementara tunggu kek masak.

Memang lawak. Terbaik dowhh..!!

Friday, December 23, 2011

Happy Birthday Yanty.

Assalamualaikum wbt













Red Velvet Cake

Berat : 1.5kg  

Saiz  : 7 inci

Harga : RM 60

Untuk bunga dah tulisan charge tambahan dikenakan sebanyak RM 10.

Untuk menempah boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma

Terima kasih.

Thursday, December 22, 2011

Terima kasih Asiah.

Assalamualaikum wbt.



Dua hari bersama Asiah. Berkongsi tips dan pengalaman.

Dia juga seorang baker di Terengganu. Datang KL untuk belajar sambil cuti-cuti Malaysia.

Bila dah jumpa, macam-macam cerita yang kami kongsi bersama.

Cerita pengajaran buat kami sentiasa beringat.

Dalam dunia, bila kawan jadi lawan. Tak mustahil dari mesra jadi renggang.

Beringat ya wahai Irma.. Sentiasa sederhana..!!




Nota chomel : Cerita pasal Asiah. Tunjuk gambar cheesecake. ;)

                      Kami berdua segan. Cheesecake mana reti segan..!

                      Pasai tu dia jadi model entry ni.

                      Yang sebenar-benarnya... Asiah yang buat kek tu.

                      Terima kasih Asiah. :D

Ole-ole dari Pahang.

Assalamualaikum wbt.





Terima kasih Kak Jah.

Keluar dari lif dah terhidu bau durian.

Sampai depan pintu tengok mangga gate dah duduk belah dalam.

Ni mesti Kak Jah dah sampai dari Pahang.

Buka pintu betul jangkaan saya. Suka. Suka.

Sebab Kak Jah bawak ole-ole dari kampung.

Dah makan 2 ulas durian dan 4 biji rambutan.

Tak leh makan banyak. Batuk tak lega lagi.

Esok kita sambung. :)

Sayang nak buat serawa kuah durian. Sebab durian ni sedap.

Wednesday, December 21, 2011

Maaf ye pada yang bertanya.

Assalamualaikum wbt.

Entry ini ditujukan untuk Kak Marinahunny...

Juga pada mereka yang bertanya tapi soalan tak dijawab.

Saya minta maaf kak sebab lambat balas komen akak.

Sampai tiga kali akak bertanya. Saya tetap lambat nak menjawab.

Maaf sangat... sangat ya...!! ~sekali lagi buat muka seposen~


Untuk yang lain...

Maaf jika saya tak menjawab komen-komen anda.

Adakala saya berhajat nak jawab soalan yang ditanya dalam bentuk entry.

Kononnya nak pung pang pung pang kongsi ilmu.

Dok dang sokmo..!!! :)

Ada je keja yang tak berfaedah saya buat sampai membazirkan masa yang ada.

Jika masa tu digunakan untuk kongsi ilmu siap satu entry.


Ehhhmmm... kadang terdetik jugak dalam hati.

"Malas lah nak jawab. Pandai-pandai la dorang cari sendiri dalam Google. Apa yang takde dalam Google. Sume ada. Rajin dengan tak aje yang membezakan."


Satu lagi... saya ni bila menjawab komen. Bukannya cukup sepatah dua. Mahu jadi 2-3 perenggan. Banyaknya nak bagitahu. Tak cukup-cukup dengan entry. Komen pun panjang. ;P


Ada jugak bila saya tak jawab komen, terus hantar sms. Ada yang saya jawab. Ada yang tak.

Maaf kalau jawapan saya kedengaran ringkas dan macam tak ikhlas bila dibaca.

Bayangkan tengah buat kek, tangan pegang mixer. Sebelah pegang hp jawab sms. Memang saya jawab ringkas dan macam tak ikhlas. Asal balas sudah bunyinya.

Ada tu saya dah baca tapi tak balas. Bila dah lama terus tak balas.




Atas semua kekurangan yang ada dalam diri saya. Mohon maaf dipinta.

Sebenarnya kan... nak bagitahu. Untung juga saya balas walaupun lambat. Saya pernah tanya soalan kat baker lain. Langsung tak berjawab. ~buat muka sedih~













Sedih la sangat...!!! ;P

Takde mana. Selagi saya mampu. Saya usaha jugak sampai tahu.

Alhamdulillah.. Man jadda wa jada. Man zara'a hasoda. :)







Tuesday, December 20, 2011

Ombak Rindu,PD.

Assalamualaikum wbt.

Orang lain tengok Ombak Rindu di pawagam.

Saya... melihat Ombak Rindu di tepi pantai. :)













Salah satu perkara yang bila kita buat dapat pahala ialah melihat laut sebagai bukti kekuasaan Allah swt.

Untungkan siapa yang duduk dekat laut. ;)

Tenang je rasa hati bila tengok ombak yang tak jemu menghempas pantai. 

Duduk saja pun dah best. 






Monday, December 19, 2011

Hujung minggu yang padat.

Assalamualaikum wbt.




Penat sebab tak sihat. Allah izin semalam badan belah kanan rasa sakit bila nak tarik nafas. Hari ni dah ok tak sakit. Batuk pulak datang. :((

Dengan tak tidur siapkan tempahan dua biji kek karamel bersambung dengan tetamu-tetamu yang datang ziarah mak. Kemudian petang datang kawan dan adik yang sama belajar di Matri dulu.

Malam sambung lagi pergi bawak diorang jalan kat KL Festival City. Masa jalan tak penat. Dah sampai rumah, semua orang dah balik. Baru penat tu datang.

Bestnya ialah seronok tengok dorang makan pavlova yang saya buat dan soto yang mak buat dengan berselera sekali. Bertambah-tambah. Pavlova tu sebiji tiga orang yang makan.

Saya tengok pun seronok. Seronok dapat gembirakan mereka. :)

Ada sorang kawan, dia ambik pavlova ni tadi, masa dia cubit sikit pavlova tu pun dah kata sedap. Seronok lagi. :)

Sekarang tuan tanah dah nak masuk lena. Esok dan lusa takde tempahan. Nak cover tiga malam yang tak cukup tidur.

Daaa.

Saturday, December 17, 2011

Senyuman di pagi Sabtu.

Assalamualaikum wbt.






Bila nampak ja nama saya pada kotak tu terus mata yang mengantuk jadi segar.

Tak sabar nak habiskan bayar baki yang ada.

Friday, December 16, 2011

Resepi Butter Cake.

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya dah tunjukkan gambar. Hari ni saya nak kongsi resepi mudah Butter Cake yang saya ambil dari blog Mama Fami. Terima kasih mama. :)

Sebelum ni saya pernah cuba dua kali resepi Butter Cake yang berlainan. Ini kira resepi yang ketiga. Alhamdulillah, menjadi dan mendapat reaksi positif dari pelanggan saya sendiri. Katanya lepas ni nak order lagi. Katanya, ' Jangan letak chocolate rice. Biar kosong.'

Sebenarnya chocolate rice tu saya yang pandai-pandai pi letak. hihii. 

Almaklumlah... nak ikut resepi chekgu. :)

Resepi ni memang senang. Dengan lima bahan saja dah boleh makan sebiji kek.

Serupa macam rancangan 5 Rencah 5 Rasa kan. Alaa.. yang chef dia suka lambung-lambung bahan tu. Nasib terer lambung. Ada sekali dia lambung telur pecah. Haha. Gabra dia. Siap bagitahu tokey yang dia akan bayar harga telur pecah tu. ;P




Resepi Butter Cake.

Rujukan asal : Butter Cake MamaFami


Bahan-bahan :

5 biji telur saiz A
180 gram gula kastor - saya kurangkan jadi 150 gram.
200 gram tepung naik sendiri - saya gantikan dengan tepung gandum + 3/4 sudu makan rata baking powder. Ayak ya tepung dengan baking powder.
250 gram butter - saya pakai butter jenama SCS. Konon nak sedap. Memang sedap pun. Sedap bangat..!
1/2 sudu teh esen vanilla.- boleh juga guna orange oil. macam yang Mama Fami guna.

Tambahan-

Chocolate rice untuk ditabur. Takde chocolate rice boleh ganti dengan kismis, badam, chocolate chip. Takde semua ni pun boleh. Tak yah letak apa. Sempoi kan. Yang penting rasa. 

Nanti ada yang tanya. 'Kak Irma kalau nak pakai Buttercup boleh tak?'

Boleh sayaaaanngg.. ;)

Buttercup, Butterlite, Anchor, Tartura, Farmcow dan Fernleaf. Semuanya boleh. Bezanya rasa lah kan. Semestinya butter yang mahal SCS akan menghasilkan kek yang lebih lemak dari segi rasa. Butter yang murah contohnya Buttercup dia merupakan campuran susu dan bahan lain seperti minyak kelapa sawit.

Jadi terpulang pada awak semua lah nak pakai butter jenama mana. 

Cara-cara :

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Leserkan loyang dengan saki baki butter yang ada pada pembalut. Kemudian alaskan permukaan dasar loyang dengan kertas minyak.

Panaskan oven pada suhu 170' C selama 15 minit atau lebih. Oven yang cukup panas lagi memudahkan kek untuk naik semasa tempoh pembakaran.

Ok. kat sini mungkin berbeza. Saya selalu dapat pertanyaan pasal oven. Ada yang kata oven dia kecik. Ada yang kata oven dia tak panas sangat. Saya plak garu kepala. Kadang saya tak dapat nak bagi jawapan yang tepat. Awak semua kena kenal oven sendiri. Macam saya, saya guna oven jenama Zanussi. Biasanya saya panaskan oven 170'C. Bila bakar saya turunkan jadi 160'C. Ada resepi menjadi. Ada resepi kadang terhangit jugak. Saya sendiri masih berkenalan dengan oven sendiri. Setahun masih belum cukup untuk saya betul-betul kenal dengan Baby Zanussi saya. ;)

Dalam satu bekas, satukan butter dengan gula. Putar dengan kelajuan perlahan selama 2 minit. Bila nampak dah sebati. Naikkan kelajuan mixer. Sampai habis tinggi. Putar sampai adunan bertukar warna krim dan sebati/ringan. Biasanya saya pukul dalam masa 4-5 minit. Bergantung pada mixer masing-masing.

Pastikan gula dah hancur baru masukkan telur ya. 

Bila butter dan gula dah hancur/sebati. Masukkan telur SATU PERSATU. Masa masukkan telur satu persatu saya perlahankan mixer pada kelajuan sederhana. Dah habis 5 biji saya masukkan satu persatu, baru saya naikkan kelajuan dan putar telur sampai sebati selama 2-3 minit.

Sambil putar, kaup bahagian tepi dinding supaya mereka jugak mendapat kasih sayang mixer yang cukup. :P

Kalau tak leh nak buat 2 kerja sekali gus. Berhentikan mixer. Kaup bahagian tepi. Sambung balik putar.

Masukkan esen vanilla atau jika suka gantikan esen vanilla dengan orange oil. Terpulang. Pilih salah satu. Putar lagi 1-2 minit.

Masukkan tepung yang telah diayak. Sikit demi sedikit. Guna kelajuan perlahan sehingga tepung habis. Kemudian naikkan kelajuan. Putar selama 2 minit. 

Masukkan adunan dalam bekas. Jika mahu taburkan chocolate rice (contoh). Tabur masa ni. Sebelum dimasukkan dalam oven untuk dibakar.

Masukkan adunan dalam oven. Bakar selama 45-50 minit bergantung pada oven masing-masing. Satu tips untuk tahu kek dah masak ialah bila adunan dah mula merenggang dari tepi loyang. Jika sudah, boleh keluarkan loyang dan tutup api oven. Jika belum renggang, tambah masa membakar 5-10 minit.

Sejukkan selama 30 minit. Kemudian boleh keluarkan kek dari loyang.

Butter Cake sedap dimakan sehari selepas dibakar. Masa ni kek akan menjadi lebih gebu dan lembab. 

Alhamdulillah... mereka yang menikmati kata sedap. Lain dari Butter Cake yang di beli di kedai. Yolah akak.. saya pakai butter mahal. Tu yang sodap..! ;)




Cer terai pakai SCS buat kek. Memang sedap. 

Selamat mencuba ya kawan-kawan. :)










Thursday, December 15, 2011

Butter Cake.

Assalamualaikum wbt.




 Errrr... Wordless Wednesday yang dah basi. kekee.

Resepi nanti saya bagi eh. Malam ni tengok gambar dulu. ;)

Tuesday, December 13, 2011

Akhirnyaaa... dapat jugak dia merasa.

Assalamualaikum wbt.

Pavlova lagi.

Pagi pavlova. Malam pun pavlova.

Maka jadilah Irma Pavlova. ~ewaahh... pandai-pandai jewww letak nama kat belakang teww~ ;)




Pavlova ni kawan saya dah order 2-3 minggu lepas.

Allah izin masa tu 2-3 kali saya buat, meringue dia tak menjadi.

Sian kawan saya.  Tunggu punyalah lama nak makan pavlova.




Malam ni tertunailah hajat nak makan.

Terima kasih Ila kerana sabar menunggu. :)

Order pertama selepas cuti. Pavlova.

Assalamualaikum wbt.










Pavlova special request.

Customer nak saya gantikan anggur dengan blueberry.

Jadi harga dia RM75 utk 1kg dan RM55 untuk 850 g.

Untuk Pavlova biasa ( guna anggur hitam)

850g RM45 dan 1kg RM65.

Untuk tempahan sila hubungi saya.

Irma - 013 258 8230.

Tips sebelum ke Snowalk I-City, Shah Alam.

Assalamualaikum wbt.




TIPS UNTUK MEREKA YANG NAK KE I-City, Shah Alam.

Pakai pakaian yang sesuai. 

Bagi yang tak tahan sejuk sila pakai baju dan seluar 2 lapis + dengan winter coat yang disewa. 

Please... Please... Please... jangan pakai sandal atau kasut terbuka. 

Saya gerenti korang akan keluar tak sampai 30 min kat dalam sana. RUGI. 

Sepanjang pemerhatian saya, ramai yang pakai selipar. Ada yang pakai seluar pendek dan skirt bagi yang bukan muslim. 

Ya ampun... korang memang terer...!!!

Sesiapa yang bawa anak kecil, pastikan mereka memakai pakaian extra tebal. Anak saudara saya berzikir-zikir kesejukan masa mula-mula masuk. Dorang semua pakai sandal. Ingatkan tak sejuk la kan. Sekali masuk.  Naahhh... menggigil-gigil tak tahan sejuk. 

Untung Kak Ema pakai kasut sekolah kan Hanis..! ;P

Nak keluar terus memang rasa rugi. Jadi dorang (keluarga Pak Uda) keluar untuk sewa kasut boot. Tak silap sorang RM20. Pastu nanti dia pulangkan balik RM10. Saya belikan Najihah glove. Sedangkan kat rumah ada berpasang-pasang glove dan boot budak yang saya bawa balik dari London. 

Rupanya ada satu perkara yang saya tak tahu. Bila baca review orang lain baru tahu.

Untuk menjimatkan duit. Pergi sebelum pukul 6 petang. Tiket berharga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Banding bila pegi lepas pukul 6 petang, tiket berharga RM25 dan RM15. 

Saya pun lepas ni ada rezeki lebih nak pergi lagi. Kali ni nak pergi awal. Sebelum pukul 6 petang masuk Snowalk. Dah malam jalan bahagian luar tengok lampu yang cantik sambil main lastik. :)





Masa kat dalam Snowalk tu macam-macam pertanyaan yang keluar.

"Mak Lang... macam ni ke sejuk kat London?"

"Mak Lang... kat London ada ke rumah salji macam ni?"

"Mak Lang kat sana orang pakai macam ni ke?"

"Mak Lang.. Maryam jatuh tak kat sana masa main salji?"

Mak lang itu... Mak Lang ini... seronok melayan soalan-soalan mereka.

Jatuh tu tak yah cakap la. Bukan hanya budak kecil. Orang dewasa pun ada yang jatuh.

Memang licin permukaan jalan kalau tak hati-hati berjalan.









Kredit pics to my beloved sister ---> Kak Zurina.
Location - Southampton U, England.

Semestinya tak sama dengan salji asli ciptaan Allah swt.

Putih terhampar.

Melihatnya saja mampu membuatkan kita menitiskan air mata keinsafan.

Kerdilnya kita sebagai hamba Dia.

Pesan saya pada mereka, " belajar sungguh-sungguh. nanti boleh pegang salji betul."

Nota Comel 1 : Hari ni genap SETAHUN selepas saya balik dari London.

Nota Comel 2 : Semalam ada lagi tawaran kerja dari sana. :)

Monday, December 12, 2011

Berakhir sudah 6 hari cuti yang menyeronokkan.

Assalamualaikum wbt.



Papan tanda cuti dah diturunkan.

Sekarang tempahan dah dibuka kembali. Yeaayy..!!!

Saya memang tengah bersemangat nak pegang balik mixer dan main dengan tepung segala bagai.

Mesti dorang rindu dengan saya jugak kan..!

Rindu nak bekerja lebih masa dengan saya. ;P

Sekarang tengah membalas msg dan email mereka yang bertanyakan pasal kek dan pavlova.



Siapa mahu order. Boleh sms atau call saya ya.

Irma - 013 258 8230 / irma_pv12 [at] yahoo [dot] com

Red Velvet Cake 

1.5kg size 7" RM60

2.2kg size 9" RM90

Red Velvet Cupcake

16 biji size M RM60

25 biji size M RM90

Jom raikan yang tersayang dengan Red Velvet Cake dari saya. :)

Sunday, December 11, 2011

Tutup Kedai Sat.

Assalamualaikum wbt.

ENTRY MELEKAT SELAMA 5 HARI.

Entry baru di bawah. Terima kasih.



Gendang berbunyi lagi. Dung... dung. duunnnnnggg...!!!!

Pengumuman.. Pengumuman... Pengumumaaaannn.

~sambil berdiri nak baca titah baginda. ;P~

Buat semua bakal pelanggan yang mahu berurusan dengan saya.

Bermula esok 7 hb Disember ( Rabu ) sehingga 11 Disember 2011 ( Ahad ) saya akan bercuti. Segala tempahan dan panggilan tidak akan diambil. Sekiranya mahu menempah, boleh SMS saya hari Isnin nanti ya.

Saya minta maaf awal-awal sekiranya SMS tidak dibalas ketika saya bercuti.

Terima kasih.

Gendang penutup titah pengumuman bergema..

Dungg... Dung... Dunnnnggggg...!!! ;)

*


*


*



*


*


*



*


*


*



*


*


*



*


*


*



*


*


*



*


*


*



*


*


*




*


*


*


Psssttt... buat kakak yang sms sy minta update hari-hari.

Hai kakakkk..!!!

Are u ready..... vrooomm... vrooommmm...!!!

Lets update entry sampai muntah.

Yeehhaaaa...

Eeehhh... nanti.. nanti. Loyang, spatula, mixer, mangkuk dah panggil.

Irmaaaa.... basuh kami cepat...!!!

Daaa... jumpa lagi nanti ya. ;D

Berakhir sudah kerjaya pemandu pelancong.

Assalamualaikum wbt.

Secara rasminya kerjaya pemandu pelancong dah berakhir petang tadi jam 6.47.

Keluarga Pak Uda dan Mak Uda saya dah balik semula ke Selinsing petang tadi.

Husna dan Hanis,

Tahun depan dapat keputusan peperiksaan nombor satu lagi.

Nanti kita ajak abah dengan mama pergi Singapura pulak. hihii. ;)



















Putrajaya - Melaka - Nilai - PD - I City - KL Festival City.

Selesai.

Ada 2 hari baki cuti untuk diri sendiri.

Ok.. mak dah minta tolong urut badan dia.

Tak leh nak citer panjang sikit lagi.

Jumpa lagi nanti na.

Wednesday, December 7, 2011

Terkojut den..!

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi Wordless Wednesday .

Hari ni dalam sejarah blog saya.

Tak pernah sepanjang 4 tahun berblog saya dapat komen sebanyak hari ni.

Almaklumlah, ai kan low profile. Euwww.

Dah la jarang berblog walking. Tinggal komen pun jarang sekali.

Tapi bila dapat doblas komen pagi ni.

Tanjat bobooooiii..!!! hahaha. Seronok sekejap.

Bila tengok komen kat entry mana.

Rupanya ramai peminat tin cantik dr Munchy's.

~haaiiii.. peminat2 tin cantik..!!~

Jom kumpul tin cantik ramai-ramai. :)



Ok.. bagi saya syok sekejap tengok angka 12. heheee.

Macamana la blogger yang dapat komen sampai 120 org tu kan.

Mesti lagi tanjaat bobooooiiii..!! ;P

Beli barang sebab nak hadiah 2.

Assalamualaikum wbt.

Ingat dak lagi entry ni. Pasal ' beli barang sebab nak hadiah.'

Hari semalam saya beli lagi. Dekat Jusco.

Kali ni barang lain pulak.

Pandang kali pertama belum jatuh cinta.

Pandang kali kedua. Terus pegang dan kata, " Eh.. eehh.. cantiknya bekas ni."

Ok. tak payah cakap banyak. Ambik terus.

Saya nak jugak..!! :)









Saya bukan nak makan biskut sangat. Tin biskut tu yang saya nak. Buat koleksi.

Ada 2 lagi corak lain. Tengok lah minggu depan.

Ada yang beli lagi nak lengkapkan koleksi.

~Tra lalalaaa~ :)